Day 01: (Part 1) - KLIA- Beijing

Assalamu'alaikum.

09|04|2017 Ahad. Buat pertama kalinya, bermulalah solo trip aku. Dari Brunei lagi aku memang dah well prepared tapi bila sampai je KLIA, jadi debar giler. Untuk info, tiket flight aku ke Beijing murah giler sebab tu stand-by ticket. Macam mana aku dapat ticket tu, usah ditanya. Biarlah rahsia. Gitchew ~ Kesimpulannya, aku agak worry sebab seminggu sebelum berlepas ke Beijing, aku check website MAS, seat untuk ke Beijing pada 09/04/2017 tu penuh! Diulangi, PENUH! Itulah risiko beli stand-by ticket ni tapi nasiblah aku seorang je yang stand-by so possibility untuk dapat naik tu ada. Maka berdoalah aku siang malam agar ada sorang insan yang akan kena tahan kat Imigresen pasal kes PTPTN. HAHAHAHA! Keji tak aku?  


Di KLIA, aku kena ke kaunter C untuk bagitau aku stand-by ke Beijing. So 3jam sebelum waktu berlepas, aku dah terpacak kat sana. Risau beb. Dahlah first time beli tiket stand-by ni. Tak tau sistem dia macam mana, kena beratur ke apa, dan memang aku blur. So lepas bagitau kakak kat kaunter C tu yang aku stand-by ke Beijing, dia cakap lagi sejam before flight nak berlepas, dorang akan bagitau aku dapat naik ke tak sebab flight memang penuh. Adoilah. Tapi time ni memang aku dah pasrah dan dah mula susun beberapa plan andai kata aku tak dapat ke Beijing pada hari ni. Lagi 50 minit sebelum berlepas pun, nama aku tak dipanggil. Takpe, ada plan A-B-C-D-E, don't worry. 45minit sebelum berlepas, Abam MAS kat kaunter C tu panggil aku dan bagi tiket kat aku. Phew~ Ada orang kena tahan kes PTPTN ke? Sorry! Apa lagi, terus ke kaunter sebelah untuk drop luggage dan staff MAS masa tu sangat helpful. Semua bagi laluan kat aku. Even orang yang tengah beratur untuk drop luggage pun bagi laluan suruh aku pegi drop dulu. Alhamdulillah, minit terakhir semua dipermudahkan. Urusan di kastam dan imigresen pun mudah. Masa aku sampai di gate balai berlepas, orang dah start masuk dalam pesawat. Please, pray for my safety everyone. Jam 630 petang gitu, MH360 bergerak cemerlang ke udara. Beijing, here I come!

Alhamdulillah. Nikmat apa yang aku dustakan? Aku siap nazar nak puasa kalau lepas fly ke Beijing ni. Nampak tak ke'despacito'an aku masa tu? Hehe.

Acara wajib bila fly ke oversea. Isi borang kemasukan & pelepasan.

Dinner is served~ Alhamdulillah kenyang. Aku memang tak makan sebelum fly sebab perut memulas-mulas tak sedap hati. Bila dah lepas tu apa lagi, telan semua yang ada kat depan mata.

10|04|2017 Ahad. Alhamdulillah. Jam 1230 am, pesawat MH360 selamat mendarat di bumi Great Wall of China, BEIJING! Thumbs up to Capt. Lau TL sebab landing yang sangat smooth. Tak bergegar langsung. Sedar-sedar je dah mendarat. Mr. Pilot buat announcement masa tu suhu dalam 16° celcius. Agak sejuk pada aku. Tapi, TAZABARNYA! Tak sabar nak memulakan solo journey aku. Woot woot!

First impression, wow~ Cerahnya! Haha.

Orang tak ramai yang sampai sama dengan kitorang.

Lengang dan sejuk. 

Masa nak beratur untuk cop passport aku di Imigresen, aku terserempak dengan geng pakcik-pakcik dari Majlis Bandaraya Dot Dot Dot. Ada urusan kerja katanya. Smart ber'coat'. Dorang tanya aku travel sorang-sorang ke? Aku jawab ye. Dorang tanya lagi, tak takut ke? Aku jawab takutlah jugak tapi insyaaAllah ok. Dorang tanya lagi, boleh berbahasa Mandarin ke sebab tu boleh pergi sorang-sorang? Aku jawab tak tapi dah well prepared. Dan lagi mereka bertanya, selalu ke backpack sorang-sorang? Aku jawab taklah, ini baru pertama kali nak cuba. Then ada sorang pakcik ni tanya, backpack tu apa? Dan pakcik yang banyak tanya dari tadi jawab, "Ala, yang selalu merayau-rayau kat tempat orang pastu mintak sedekah nak beli tiket flight balik tu." Hmm.. naseblah mak ayah aku ajar aku untuk hormat orang tua so aku tak balas balik walaupun aku terasa sedikit offended. Satu, I'm a traveler dan tak semua traveler itu pergi secara backpacks. Dua, tak semua backpackers itu travel secara kedekut dan tangkap muat. Tiga, aku travel 100% duit sendiri ok pakcik. Korang tu jalan ke sini macam guna duit cukai rakyat jeee. Fuh, sabar je lah. 

Nak jadi cerita, masa kat kaunter untuk cop passport, minah imigresen yang super cerewet tu suruh aku bukak spec. Then suruh aku senyum. Then dia buat muka macam 'nape tak sama eh dengan gambar passport.' Oii cik kak, haruslah aku kena senyum sejibik macam dalam passport? I don't have any copyright for my smile kowtt. Dan ada possibility aku kurus sikit dari gambar passport (padahal tak pun. Maintain je bulat sama macam dalam passport. Ataupun mungkin lagi bulat, tu yang dia confuse. Haha.) Then minah kekwat tu panggil sorang lagi officer yang pada aku not bad rupa parasnya. Sempat! Hahaha. Then, minah tu cakap something, konon nak ngadulah tu muka aku lain dengan passport. Choi~ Naseblah officer abam kacaks tu cakap sama je la muka aku dengan passport, maka lepaslah aku. Risau weh kalau tak lepas. Dah lah memacam dengar pasal penjara kat China ni. Ape lagi, laju-laju aku jalan untuk ke baggage claim. Pheww~

Keluar dari balai ketibaan. Dalam mind aku masa ni, sila berlagak tau sebab tak nak bagi peluang dekat scammer approach aku. Maklumlah aku dah pernah kena pukau dekat KL masa tengah teragak-agak cari jalan.

Keluar je dari balai ketibaan, sorang Malaysian pun aku tak nampak. Tak tau mana dorang pegi. Laju giler. Aku ingatkan akan ada Malaysian lepak sama-sama di airport dengan aku. 

Disebabkan aku sampai pun dah jam 1200am lebih, so aku plan lepak atau tido dekat airport je sementara tunggu train ke pusat bandar Beijing beroperasi. Aku nampak ramai orang naik bas kat luar airport untuk ke bandar Beijing tapi aku tak pasti berapa bayarannya sebab aku tak study pasal bas ekspress ni.  Lagipun, aku tak berani lah nak gerak tengah-tengah malam buta cenggini kat tempat yang asing. Satu, aku takut dengan manusia durjana. Dua, aku takut hantu. Hahaha. So, tunggu hari cerah baru aku berani nak keluar dari airport.

Beijing Capital Airport (PEK) takdelah besar giler-giler tapi aku perasan ramai local yang lepak sini. Aku agak cuak sebenarnya dan perasaan tu berdebar-debar sebab selalu travel dengan family atau kawan-kawan tapi kali ni gedik travel sorang. Keluar je dari Level 3 Arrival Hall, aku terus menuju ke Level 1 sebab aku baca satu blog ni, dia cadang lepak dan solat di situ sebab orang tak ramai. Memang tak ramai pun orang tapi sunyi sangat la pulak. Level 1 ni area taxi so macam worried kalau aku nak tido kat sini. Buatnya ada orang datang raba aku. Ngeri woi! Bila dah sorang-sorang ni, aku memang jadi jakun. Habis satu airport aku tawaf. Dah puas tawaf Level 1, aku naik ke Level 2 then naik semula ke Level 3 then naik terus ke Level 4. Nampak macam orang hilang arah tujuan kan? Tak leh jadik ni. So, aku duduk kejap pikir apa next move aku. Aku tak solat Maghrib & Isyak lagi sebab flight dari Malaysia 630pm. So  lepas tenangkan diri, aku ke toilet dengan beg tarik aku. Sedih giler masa ni. Mula lah teringat kat parent dan adik aku. Haha. Then aku ambil wudhu' di Nursing Room. Masa aku tawaf airport memula tu, aku dah spot tempat cantik untuk aku solat di Level 2, corridor sebelah escalator sebab orang tak ramai dan ada police dekat situ (at least masa aku tengah solat, takdelah sesapa berani rompak beg aku.). Lepas ambil wudhu', aku turun ke Level 2 semula dan solat Qasar Jamak Ta'akhir dengan aman dan damai (tapi mata melilau jugak tengok-tengokkan beg aku tu. Hehe.) Masa aku solat ada few people lalu tapi dorang buat dek je. Takdelah nak soal siasat ke apa. Alhamdulillah. Thanks kepada Muslim travelers terdahulu yang dah bukak minda orang sini untuk tau apa itu solat. Muah ciked~

Aku naik ke Level 4, Balai Perlepasan Domestic dan International. Kaunter semua dah tutup tapi ramai jugak lepak kat atas ni. Suhu kat sini suam-suam gitu. 

Hmm.. Macam tak boleh solat kat sini sebab open sangat.

Jalan lagi ke depan. See? Lengang. Takde satu pun kaunter yang bukak. Dorang takde flight malam kot kan?

Macam hensem pulak mamat selpie tu. Hahaha.

Macam nak tangkap gambar tapi malu nak mintak tolong orang. Kesudahannya, set kamera kat lantai dan snap sendiri dan inilah hasilnya. Hahaha. Trust me. Tempat ni tak gelap pun. 

Nampak tak kebosanan aku? Sampai self-service machine pun menarik perhatian aku. Haha.

Habes tawaf di Level 4, turun semula ke Level 3.

Macam ok lepak sini tapi takde plug point la pulak. Phone aku dah nyawa-nyawa ikan sebab masa dalam flight, cable aku tak leh pakai. Argh..stress.

Aku taktau camne nak guna mesin ni untuk dapatkan code Wifi. Lecey tol.

Sinilah tempat aku menunaikan kewajipan aku. Ada penghadang so tak terlampau expose tapi dekat dengan police stand. Kiblat aku tawakal sebab tak dapat Internet untuk check arah kiblat.

Lepas solat amek selpie. Bermulalah detik aku menceburkan diri dalam arena selpie-melpie ni. More to come. Hahaha.

Lepas dah solat tu, aku melilau atas bawah lagi sebab nak cari tempat lepak yang sesuai. Dari satu tempat ke satu tempat aku tukar. Nak try lelapkan mata, memang tak boleh. Kagum betul pada mereka-mereka yang boleh tido di tempat public camni. Nak try charge phone yang makin nazak, plug dekat seat yang aku lepak tu, rosak pulak. Dugaan apekah ini.  Nak beli sim card, aku tak jumpa dekat mana. Dari jam 1.00am tu sampai jam 3.00am aku try untuk connect to Airport wifi, tapi tak boleh. Pegi tanya Information Counter pasal sim card, sepatah haram dorang tak boleh cakap English. Motif kau ditempatkan di International Arrival Hall? Di saat aku dah hampir give up untuk charge phone aku dan connect to the wifi, aku ternampak satu spot berdekatan dengan laluan ke Airport Express, ada stand untuk charge phone. Apa lagi, laju-laju tarik beg aku dan connect my phone dekat plug yang kosong. Tetiba jugak dapat connect Wifi. So terus aku log in VPN and that's it. FB, IG, Whatsapp come to mama please~ Lega dapat update dekat parent yang aku dah selamat sampai.

My baby pink tengah sedut nyawa. Lepak kat sini hazab jugaklah sebab laki sebelah kiri aku tu bau busuk arak. Aku suspect dia local yang melepak dan tido dalam airport sebab airport ada aircond. Kesian giler aku tengok tapi terpaksa pakai mask sebab busuk sangat. Sebelah kanan pulak, pak arab mana tah asyik bervideo camera dengan aweks tersayang. 

Dan update status dekat IG. HAHAHAHAHA!
Dalam jam 6.00am aku tengok satu group Muslim yang duduk belakang aku dah start solat Subuh. Aku ingatkan dorang dari Indonesia tapi sekali aku buat ramah tanya, dia cakap cina dengan aku. Terus aku blah. Haha. Then tak buang masa, terus ambil wudhu' kat toilet dan solat Subuh di tempat semalam. Phone dah 70% charged, tengok luar Airport pun dah semakin cerah, dalam 630am camtu, aku gerak menuju ke Airport Express. Dari Malaysia lagi, aku dah print siap-siap gambar transportation card di Beijing. So, aku tunjuk je gambar tu dan minah yang jaga kaunter tu paham dan aku bayar 50 Yuan (20 Yuan untuk deposit kad & 30 Yuan untuk topup) dan tak lupa juga tiket Airport Express sebanyak 25 Yuan dan bila dah settle, terus masuk ke platform. Alhamdulillah semua mudah. Untuk ke hotel yang aku dah booked, dari PEK Terminal 3, aku kena naik Airport Express, then turun di station terakhir iaitu Dongzimen Station. Dari Dongzimen Station, transfer ke Line 2 dan turun di Chaoyangmen Station dan transfer ke Line 6 sebelum turun di Ping'anli Station. Hah! Penat kau. Camne aku tau pasal line untuk train ni? Train line for Beijing boleh download di Google Play Store je. Mudah kan? So refer je apps Beijing Train Map tu kalau nak ke mana-mana. Boleh refer post sini untuk tau bentuk logo apps yang korang boleh download sebelum ke Beijing. Kalau takut tetiba phone buat hal, boleh Google 'Beijing Train Map', dan print dan simpan bawah ketiak. Mana tau kot laa nanti dah sampai Beijing, hilang hardcopy tu. Keke.

Nak ke kiri atau ke kenan ni?

Kalau nak naik Airport Express, sila ke kanan.

Kalau ke kiri, tak pasti nak ke mana.

Waiting fot Airport Express. Cerah gila platform dia.

Tiket Airport Express. Seorang dan sehala berjumlah 25 Yuan sahaja.

Di bahagian belakang tiket ada tunjukkan route Airport Express. Kalau nak ke city centre boleh turun di Dongzimen Station.

Yikatong Card a.k.a Beijing Transportation Card. Boleh tunjuk je gambar ni kalau nak beli. Deposit 20 Yuan bersama-sama dengan balance yang tinggal akan dipulangkan lepas kita dah tak nak guna. Boleh guna untuk naik train dan bas,
Selpie lagik! Haha. 

Sesampainya di Ping'anli Station, aku confuse nak keluar exit mana sebab ada 4 exit tak silap aku dan bila aku email hotel tu, dia tak jawab. So, berpandukan pada maps yang aku dah print (like seriously my phone kena campak dalam gaung sebab kejap naww dia mati), aku agak-agak je exit untuk ke hotel and Oh My Allah! Tinggi giler tangga yang aku kena panjat! Takde lift ke??!! *nanges peluk railing tangga*. Dengan beg tarik yang berat ini. Sob..sob..

Pertukaran train di Dongzimen Station. Masa ni manusia agak ramai.

So aku tunggu next train untuk ke Ping'anli Station.

Exit 4 di Ping'anli Station. Pandang ke bawah. Tak nampak dasar kan? Punya lah tinggi.

Avoid this exit please. Semput ahkak sado nak memanjat.

Berjalan mencari hotel yang aku booked dengan berpandukan pada maps aku dah print. My first impression. Eh bersihnya Beijing.

What is this? Kenapa bersih sangat ni? Hakak jakun. Dan oh ye, Spring di China sangat berjerebu ye. Sila pakai mask.

Lorong 'hantu' pun BERSIH GILA! Ni sempena aku nak datang ke? OMG..OMG..
Aku macam sesat memula sebab banyak giler lorong. Nak masuk lorong nan satu ni macam tak logik sebab takkan hotel dalam kawasan lorong-lorong ni. So aku tanya abam polis yang berjaga dekat situ (Yes, di Beijing selang 500m ada polis kot. Another thing yang buat ku kata wow~), aku tunjuk map, dan walaupun dia tak boleh speaking English, dia tetap membantu dan tunjuk aku ke jalan yang lurus. Kekeke. Alhamdulillah dan tadaaa~
Finally! Jumpa jugak Beijing 161 Beihai Courtyard Hotel. Lebih kepada hostel sebenarnya. Takpe, layan je.

Boleh rent bike kalau nak sebab sini dah dalam area Hutong. We'll see, sempat ke tak.

Urusan check-in mudah walaupun dorang tak boleh berbahasa Inggeris dengan lancar. Relaks ah, English aku pun kelaut. Keke. Cool je kawasan dia. Aku suka!

Pintu masuk ke arah bilik aku. Berpusing-pusing kami berjalan.

Pusing lagi. Banyak naw selok-belok hotel ni.

Kena naik tangga pulak. Dah la berbunyi-bunyi tangga ni bila dipijak. Aku berat sangat ke?

Roof top area kalau nak melepak-lepak minum kopi sambil bergaul mesra dengan potensi jodoh. Kakaka.

My room kat tengah-tengah tu. Alhamdulillah tak sabar nak rehat.
Masa aku sampai hotel ni, jam baru menunjukkan 8.00 pagi so aku plan, letak je dulu beg then terus ke next destination tapi sekali abam kaunter bagi check-in awal. Alhamdulillah. Dahla penat giler dan tak tido langsung semalam. Lepas dah masuk bilik tu, check memana yang patut dan I'm satisfied. Okla untuk aku sorang for 3 nights.


Katil cute. Semua merah dalam bilik ni.

Sempit sikit lah bilik dia tapi OK la untuk aku sorang.

Ada TV tapi sah-sah aku switch on je dan tak tengok. Keke. Ada kettle, ok, cukup untuk masak maggi.

Toilet sedikit berbau. Biasalah hostel kan. Tapi bersih dan besar. Pressure air pun laju. Sedap mandi.

Dorang provide basic toiletries like berus gigi dan sabun mandi.

Brunch aku untuk hari ini. Maggi cup dan daging dendeng by Faliza Rich. Serius sedap dan tahan lama daging dia. Tak busuk pun lepas 3 hari di luar sebab bilik ni takde fridge.

Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan penginapan di Beijing. Lepas dah isi perut, aku update dekat parent yang aku dah selamat sampai hotel, dan sepatutnya aku keluar ke next destination yang dah di plan sejak dari Malaysia, tapi aku ngantok giler. Kita tido dulu! Yehaaa! Ini untungnya travel sengsorang. Tak payah nak rasa bersalah kalau tukar plan. Keke. Cucuk phone dekat plug, dan aku pun beradu dengan tenangnya. Lepas bangun tido, mana aku pergi? Tunggu~

Sekian.

Notakaki:

Masa naik flight, sebelum letak barang-barang di compartment atas, sila keluarkan pen, passport dan jugak charger phone. Kalau tak jadi macam aku yang tak dapat nak charge phone. Rugi for 5 hours tak dapat charge phone. Keke. Dan kalau tak sempat beli Beijing Transportation Card (Yikatong Card) di Airport terminal, boleh dapatkan di memana train station sekitar Beijing.

Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment