Kalau naik train untuk ke Narita Airport, kitorang kena follow sebijik macam memula sampai aritu. Kiranya dari Narita Airport then turun di Shinagawa Station then dari Shinagawa Station naik lagi train ke Gotanda Station. Tapi disebabkan manusia sangat ramai dan sesak berebut naik train (yes, walaupun dorang beratur tapi sebelum pintu train tu tutup, dorang akan tolak kita sampai jadi roti canai. Trust me. Tu tak masuk dengan beg-beg kitorang lagi.) di Gotanda Station, ayah aku nak kitorang naik bas je untuk ke Shinagawa Station. Adoi, dahlah tak study langsung pasal bas ni. Pastu bila tanya si host AirBNB, dia cakap takde bas yang berhenti depan rumah dia. Khuatir giler kitorang dengan jawapan dia tu. Dan semalam ayah aku dah tanya few people macam mana nak ke Shinagawa Station by bas. Ada la yang paham sikit-sikit English tu cakap, tunggu je bas depan Gotanda Station tu. So menapak lagilah kitorang dari accom ke Gotanda Station dengan beg tarik masing-masing. Sorang tarik dua beg. Inilah yang lecehnya pegi masa Winter sebab pakaian extra banyak dan extra tebal so dia amek extra space. Gittuh~
Hah! Berangkut beg-beg ni naik bas tapi Ahamdulillah orang tak ramai so tak payah berebut macam naik train. |
Next time datatng Jepun kena try naik bas. Kena study bus route dia sebab more convenient selain dapat tengok kawasan sekitar dengan lebih jelas tanpa perlu berjalan dengan terok. |
Sampai di Shinagawa Station. Dari Shinagawa naik bullet train ke Narita Airport. |
Naik escalator ternampak benda ni. Cute kan? Penutup botol disusun cantik-cantik macam ni. |
Habis pakat bergambar lagi. Haha. |
Atok Adam pun nak jugak. Takpe ada masa lagi sebab sampai awal di airport. |
Bergerak menuju ke kaunter check-in JAL. |
Check bebetul terminal 1 ke 2 tau. Nanti last minute jadi drama pulak. |
Berposing di hadapan kaunter check-in sebelum drama bermula. |
Sepanjang trip ke Jepun aku tengok ayah aku muka masam je. Tak tau sebab apa. Letih sangat kot. |
Orang tak ramai lagi masa ni. Tapi kesian jugaklah pada yang beratur lane kitorang. Mesti lama giler tunggu. |
Alhamdulillah lepas. |
Macam biasa, mak ayah aku nak masuk dalam balas berlepas 10jam lebih awal. Hahaha. |
Adam yang happy nak jumpa mak ayah dia. |
Cool. Seat dia mengadap direct ke lapangan pesawat. |
JAL is getting ready to accept the passengers. |
Aku ternampak mesin jual ais krim ni. Cool kan? Senang sungguh duduk Jepun ni. Semua dalam mesin je. |
Semua sedap. Happy Adam. |
Orang Jepun panggil Adam 'kawaiiii'. Comel la sangat *rolling ayes* Sekali dia mengamuk, rasa nak lepuk je. |
Menunggu announcement untuk masuk ke dalam pesawat. Tak sabarnya nak balik Malaysia. |
Sebaik je pesawat berlepas, kami dihidangkan dengan meal ni. Halal. Untuk penerbangan premium ni kita boleh book siap-siap jenis meal yang kita nak. |
Sekali lagi. Makanan halal dia memang tak menarik langsung. |
Telan je lah. Lapar kan sebab tak makan something heavy masa check-out dari accom di Tokyo. |
Tak tau ni sejenis side dish apa. |
Entertainment pun biasa-biasa je. Boring naik JAL ni. Hahaha. Tapi technology macam canggih sikit lah. |
Sekian.
Notakaki:
Sila inform airlines terlebih dahulu kalau nak cancel connecting flight. Rezeki dan takdir kitorang lepas. Alhamdulillah. Dan perfume baru ayah aku kena rampas masa di airport Tokyo walaupun less than 100ml. Nak selamat, sila letak perfume dalam beg yang nak masuk dalam kargo. Kalau tak, free je jadi macam ayah aku. Ngamuk adik tercantik aku sebab dia yang belikan perfume tu dengan penuh kasih sayang. Keke.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment