Assalamu'alaikum.
11|04|2017 Selasa. Setelah berfikir sekeras-kerasnya, untuk plan hari ini, aku decided nak ke Great Wall of China di Badaling. Sebenarnya ramai kawan-kawan aku cadang Mutianyu sebab lagi lawa berbanding Badaling tapi untuk ke Mutianyu takde direct public transport dan disebabkan itu aku pilih untuk ke Badaling. Oh, untuk info, Great Wall of China tersangatlah panjang sampai ada rumors cakap tak tau kat mana ending dia. Dan Great Wall of China a.k.a Tembok Besar China ni dapat di access dari beberapa tempat dan antaranya adalah Badaling, Mutianyu dan Jinshanling. Great Wall of China di Badaling adalah yang paling terpelihara untuk tujuan tourism dan commercial. Sebab tu ada public transport direct ke sini.
So bangun pagi, bersiap macam biasa, dan jam 8.00am aku bergerak keluar sebab dari Beijing nak ke Badaling mengambil masa selama 2 jam. Pagi ni, cuaca agak sejuk. Dan menurut research aku, untuk ke Great Wall Badaling, dari Ping'anli Station, ambil Line 4 dan turun di Xizhimen Station (Exit A then bergerak towards Beijing North Railway Station). Then beli tiket train S2 untuk ke Badaling berjumlah ¥6 . Tapi itu research dari aku la. Sekali sampai Xizhimen Station, melilau aku cari Beijing North Railway tapi tak jumpa pon! Aku dah start cuak. Dah lah escalator di Xizhimen Station tu rosak so aku kena mendaki tangga yang maha tinggi untuk keluar ke Exit A. Tengah aku melilau, tetiba ada sorang lelaki local datang approach aku. Dia boleh speaking sikit-sikit so dia tanya aku nak ke mana. Disebabkan trauma sesat semalam dan semua ni berpunca dari aku lari bila ada local tunjuk arah kat aku, aku pon bersangka baik hari ni. Aku pun cakaplah, aku nak ke Badaling tapi tak jumpa pun North Railway Station. To make it short, dia offer untuk hantar aku ke Badaling. Pastu kawan dia sorang lagi datang. Aku dah start cuak and I knew it! I'm dealing with scammers right now! Argh! Stress terok! Bila aku dah sedar dorang scammer, aku cakap taknaklah car pool. Aku nak naik train dan bila aku start nak blah dari situ, dorang dah start himpit aku dan sorang lagi pegang lengan aku. Leh bayang tak perasaan aku masa tu? Aku tak takut sebab aku ni spesis besar. Sekali rentap je silap haribulan tak pasal dorang boleh melayang tapi aku lebih nak marah bila terbayang kalau dorang tarik perempuan macam adik tercantik aku yang berspesis kecik. Huh!
Lepas dah 'lari' dari 'cengkaman' scammers tu, aku terus lari masuk dalam ruangan pemeriksaan polis dan dorang tak kejar aku sebab banyak polis dalam tu. Kesimpulannya, tanya je abam or kakak polis dalam train station kalau tak pasti jalan. Macam kes aku, lepas masuk dalam station, kakak polis ni tolong aku sampai aku paham apa yang dia cuba sampaikan. Berpeluh-peluh aku tengok dia cuba nak explain kat mana aku boleh naik S2 train untuk ke Badaling. Thanks kakak!
So kesimpulan yang kedua, untuk ke Badaling by S2 train, boleh ambil Line 8 atau 13 dan turun di Huoying Station, then menapak sampai berpeluh ketiak ke Huangtudian Station (Exit G4). Seriously, mood aku nak ke Badaling dah kelaut. Rasa macam nak demam pun ada. Naseblah dari Xizhimen Station boleh terus naik Line 13 untuk turun di Huoying Station. Sesampai je di Huoying, aku memang confuse nak ke mana sebab takde pun petunjuk ke Huangtudian Station atau exit G4. Laagi la aku rasa nak bad mood. Then tanya pakcik guard, surprisingly dia faham soalan aku dan dia yang tunjuk Exit untuk ke Huangtudian Station. Thanks pakcik!
|
Exit G4 di Huoying Station. Keluar je exit ni, terus nampak signage S2 Train Line. |
|
Tapi kawasan apekah ini? Betul ke jalan ni yang harus aku tuju? |
|
Jauh meninggalkan Huoying Station. Yakin pada signage S2 train line tadi. |
|
Naseb ada jugak orang yang nak ke station Huangtudian. Kalau sorang-sorang, agak scary kawasan ni sebab sunyi sepi. Yang ada pekerja-pekerja binaan tengah construct apetah. |
|
Alhamdulillah macam betul dah jalan ni. Besor nampak S2 tu. Yang penting aku nampak perkataan S2. Yang belakang-belakang tu tak paham so abaikan. |
|
Line S2 Badaling. Sohih! |
|
Tadaaa~ Kaunter tiket S2 train yang tak seperti aku bayangkan. Haha. Sila berhati-hati dengan scammers di luar train. Dorang sangat aggressive ok. Kesian polis perempuan yang jaga di entrance station ni. Kena tolak-tolak je dengan sorang scammer ni. Dan scammer ni akan cuba approach kita masa tengah beratur nak beli tiket. Actually aku syak dorang pengusaha van or teksi untuk ke Badaling. |
|
Nak masuk ke dalam sation ni pun kena lalui pemeriksaan polis dengan beg-beg di scan. Alhamdulillah selamat masuk dalam Huangtudian Station. Kecik je station dia. Macam baru siap. |
|
Tiket ke Badaling. Sedih tengok. Haha. Harga ¥6 seorang. Sila check jadual train S2 Line ni sebab aku kena tunggu 2jam lepas beli tiket sebab terlepas train yang sebelum ni.Arghh! |
|
Ada jugak jualan makanan. Maggi babi ada dijual disini. Hahaha. Tapi pesan aku, kalau dah duduk tu sila jangan bangun sebab nanti seat korang disambar orang lain. |
|
Kalau korang takde seat memang masak nak berdiri. Lama tu 2 jam nak tunggu. Aku jamah KitKat je untuk alas perut. |
|
After 2 jam menunggu, train pun sampai. It's a free seat so duduk je memana nak duduk. Aku ambil coach yang depan-depan sikit sebab coach kat belakang sesak dengan penumpang. |
|
Berkelana seorang diri. Pendapat peribadi? Serius membosankan. Haha. |
|
The train is moving. Tazabarnya nak tengok Great Wall of China ! Salah satu keajaiban dunia tu! |
Dan dalam train ni sempatlah aku bersarapan merangkap lunch aku. Menu aku adalah roti gardenia dan serunding dan daging dendeng by Faliza Rich. Yummeh!!! Sedap gila rasa! Dan lepas makan tu, aku pun terkulai layu di tasik madu. Sedar-sedar je, nampak view ni:
Dan tetiba! Oh Mai Gawttttttttttttttttttttttttt!!!! Subhanallah!!!! Ommo..Ommo..
|
Great Wall!!!!!!!!! Thanks Allah for giving me this opportunity! |
|
Aku terpaksa zoom. Realitinya dari dalam train, kecik je nampak component Great Wall ni. |
|
Arghhhhhh!!! Camne dorang construct Great Wall ni?? Panjang giler! Dah la dia ikut bentuk muka bumi yang gunung ganang itu. Subhanallah! |
|
Serius dari jauh nampak macam Naga. Omputih cakap Dragon. Hah gittuh! |
|
Lajunya train ni. Adalah dalam 2 minutes kitorang sempat rakam moment Great Wall of China ni. |
Sebaik saja sampai di Badaling Station, aku follow the crowd dan shuttle bus sudah siap sedia menunggu. Shuttle bus ni free je dan akan bawak kita ke 2 point. Point pertama khas untuk mereka yang nak berjalan kaki menawan Great Wall of China ni dan point kedua untuk mereka yang malas seperti aku iaitu point di mana terletaknya Cable Car station untuk naik ke puncak ke-6 Great Wall of China.
|
Dalam jam 12.00 tengahari camtu, aku selamat sampai di Badaling Station. Patutnya sampai pagi-pagi. Ini semua kes tak update latest S2 Train Station la. |
|
Badaling Station. Berjalan ke arah Shuttle Bus. Don't worry, sampai je kat sini, ada staff akan guide kita ke Shuttle Bus. |
|
Benda free, memang ramai orang akan naik. Haha. |
|
Aku turun di Point kedua sebab memang target nak naik cable car je. Inilah bus stop untuk tunggu shuttle bus. |
|
Kawasan dataran yang luas. Banyak aktiviti jualan di sini. Subhanallah. Cantiknya langit harini. |
|
Aku macam blur nak kena beli tiket kat mana. Sebab bas turunkan kitorang macam tu je. |
Mengikut kajian aku, tiket masuk ke Great Wall Badaling ni adalah sebanyak
¥40 seorang. Manakala harga return tiket untuk cable car adalah sebanyak ¥100 seorang. So masa di kaunter tiket, aku bagi ¥200. Aku cakap basic term English je sebab aku tau cakap panjang-panjang dorang bukannya faham. Aku cakap 'Entrance ONE. Cable-Car-Return Ticket-ONE' sebijik perkataan yang ada dekat signboard tiket tu. So lepas dia bagi tiket kat aku, dia pulangkan ¥60 kat aku. So dalam hati, betullah ni kajian aku tu. So menapaklah aku ke station cable car pulak. Masa ni cuaca nampak terik tapi tak rasa terik pun dan sedikit berangin. Aku pulak rasa macam nak demam. Mungkin sebab stress bergelut dengan scammer tadi kot. Haha.
|
Menapak ke cable car station. Takde orang tunjuk arah ye. Berjalan lah kau ke mana yang kau rasa betul. The buildings all scattered around. So main agak-agak je. |
|
Tiket entrance satu. Tiket pegi balik cable car satu. |
|
Tengok apa tu pakcik? |
|
Badaling Cable Car Station. |
|
Ready untuk lompat! |
|
View dari dalam cable car. |
|
Awan yang membiru. Alhamdulillah. |
|
Dah nampak dah! Ramainya orang! |
|
Sampai di upper station, kena lalu lorong ni untuk ke dunia luar. |
|
Ikut je the crowd. Kata musim bunga tapi awat pokok kering beranting je ni? |
|
Dan tadaaaaaa~ View takdelah mabeles sangat sebab dalam imaginasi aku, kawasan ni penuh dengan kehijauan. |
|
Apa lagi! Start selpie lah! Hahaha. |
|
Nampak tak manusia yang ramai tu? Stress pulak aku. Memang orang akan ramai di Badaling sebab sini je yang easy access. |
|
Ada jugak tempat untuk lepak makan-makan tapi haruslah tak halal kan. |
|
Erkkk.. Tingginya. Curamnya. Ramainya orang! |
|
Aku naik tak sampai suku distance, aku turun balik. Hahaha. Gayat giler ok! Memang curam! |
|
Cubaan selpie lagi sekali sebelum turun. Hahaha. Ramai giler kowtt orang. Siap kena berasak. Semak otak aku. |
|
Warning! |
|
Serius macam naga. Yang aku kagum tu, Great Wall ni ikut permukaan muka bumi. Macam mana dorang buat eh? |
|
To be honest, aku tak terlampau kagum dengan Great Wall ni. Aku lagi meremang masa tengok pyramid yang tak logik dek akal di Egypt dulu. Mungkin sebab keadaan kat sini yang agak kotor. Kesan air liur merata-rata. Aku siap terpegang bekas chewing gum lagi masa aku pegang railing untuk daki tu. Serius perkataan carut dah keluar. |
|
Ikut hati nak balik je tapi memikirkan perasaan kagum tu tak sampai lagi, aku teruskan jugak mendaki Great Wall ni. Pakai wheelchair pun masih gagah nak daki. Respect! |
|
Cantiknyaaaa sakura! |
|
Jom naik tower ni. |
|
Kalau lebih hijau, mesti lawa giler kan? |
|
Zoom in binaan Great Wall. Sayang sebab ada kesan conteng. Sedih sungguh. |
|
Aku yang mengelat. Terus sampai Tower ke enam. Hahaha. |
|
See? Ramai giler orang sampai spoil mood aku nak jajah Great Wall ni. |
|
Kan best kalau aku datang dengan parent aku. Sob..Sob.. |
|
Happynya pakcik tu. |
|
Cubaan selpie terakhir kali. Serius aku ni pemalu orangnya. Haha. Segan giler nak mintak tolong orang ambilkan gambar. Sedikit ralat di situ. Kalaulah adik tercantik aku ada, memang memacam gaya aku dah plan nak posing. Keke. |
|
Sakura color putih. Rasa macam nak petik je. |
Aku spend dalam sejam lebih je kot atas ni. Satu, rasa nak demam. Dua, rasa loya sebab terlampau kotor Great Wall ni. They spit every where, hok hok tuih tu dah jadi music kat sini, dengan chewing gum dorang tepek merata kat dinding Tembok Besar China ni. Sedih sangat aku rasa. Bersih bukan culture Chinese Mainland. Tapi aku salute usaha kerajaan dia nak jadikan negara dorang setanding macam Jepun. Masa aku nak turun cable car, aku tunjuk tiket yang aku dapat masa aku memula naik. Then dia cakap itu bukan tiket untuk turun. Aku kena beli tiket untuk turun. Aku malas nak bertekak, aku spend another ¥100 untuk tiket cable car turun. Aku syak memang orang kaunter kat bawah tu tak paham langsung apa aku cakap. Sorry tapi nak jugak compare. Japanese better dari Chinese Mainland ni in terms of English knowledge. Tak pasal je aku kena spend ¥240 kat Great Wall ni saje.
|
Turun ke bawah dengan hati yang bebal. |
Untuk ke Badaling Train Station, sekali lagi aku naik Shuttle Bus. Then aku dengar dia buat announcement tapi in Chinese. Aku tengok luar, macam bukan train station dan dalam 1% je penumpang yang keluar so aku assume itu bukan tempat yang aku patut turun. Then bila dia berhenti kat satu tempat ni, 99% baki penumpang turun so aku pun ikut la dorang. Tapi aku tengok kitorang berhenti dekat satu mall yang besar dan semua orang masuk ke mall tu. So aku pun ikut dorang dan end-up kat sini:
|
Parking lot seluas-luas alam. Rupa-rupanya 99% penumpang tadi datang sini by car. Aku tertipu! |
|
Aku masuk semula ke dalam mall ni. Dan keluar ke tempat memula bas turunkan kitorang. |
Masa dekat sini, aku memang tak tau apa nama tempat dia. Tapi aku perasan area ni macam bus station. Sangat cuak masa ni sebab aku tak berapa study pasal bus route ni tapi aku check la papan tanda yang ada dekat situ kot-kotla ada nombor bas dan station yang familiar diingatan. Dan masa aku tengah busy melihat papan tanda tu, sorang pakcik yang memang terpacak dekat situ dah approach aku. Dia tanya 'Where are you going?' Patut pakcik ni yang jaga kaunter tiket, bukan budak pompuan yang muka masam mencuka tu. Aku jawablah, aku nak balik ke Badaling Train Station. Shuttle Bus lalu sini jam berapa? Then dia cakap takde shuttle bus ke Badaling Train Station. Kalau aku nak, dia boleh hantar. Macam merapu je pakcik ni. Baru jam 2.00pm kot. Takkan bas dah takde. Bila aku dah start tak caye cakap dia, dia lagi tinggikan suara mcam nak paksa aku. Serius aku sangat frust masa ni. Apalah nasib aku asyik jumpa orang yang nak try scam aku. Tapi Allah SWT tu Maha Mendengar. Tetiba mamat kepala botak kat belakang pakcik tu bagi signal mata kat aku dan kitorang berbicara melalui hati. Todiah! Gitchew~ Mamat tu bagi hint yang the one I'm dealing with is a scammer. Aku kuatkan suara aku, aku cakap kat pakcik tu, 'No, aku taknak naik train. Aku nak naik bas ke Beijing City Centre', dengan harapan mamat kepala botak tu bagi signal kat aku sekali lagi kalau bas ke Beijing lalu. Kena paham ye, scammer ni bergerak berkumpulan. Aku risau kalau aku buat-buat keras, dorang datang ramai-ramai kat aku. Tetiba ada satu bas ni,
bas 919 masuk then mamat kepala botak tu bagi signal kat aku yang that bus is the right bus nak ke Beijing. Dahsyat tak mainan hati kitorang? Hahahahaha.
Aku terus lari masuk bas tu, tinggalkan scammer kat luar. Scammer ni dia takkan buat kacau kat premis orang so kalau aku dah masuk dalam satu kawasan yang bukan kawasan dia, dia memang tak kejar dah. Pheww~ Selamat. Aku berharap bas ni akan berhenti dekat memana Metro Station but then mamat kepala botak tu tegur aku. Dia pun naik bas yang sama dan nak ke Beijing jugak. Naseblah dia boleh speaking English. Alhamdulillah Allah hantar someone yang boleh tolong aku untuk sampai ke Beijing. Pendek cerita (pendek mende camni. Panjang giler dah kot kau bercerita. Hahaha.) mamat tu bawak mak dia mai jalan-jalan tengok Great Wall. Dia dari Suzhou tak silap aku. Ye ke mak. Sekali jadi macam couple semalam masa aku dekat Summer Palace. Haha. Anyway, bas yang aku naik ni berhenti di Dongzhimen Bus Station. Aku tak sempat tangkap gambar sebab gelut ikut mamat ni bawak aku sampai ke train station. Thank You So Muchoss Abam! Sampai bila-bila aku takkan lupa jasa kau.
|
Aku sempat snap laluan yang bas ni akan lalu. |
2 jam dalam bas memang aku tido je. Letih giler kott banyak sangat dugaan hari ni. Dan nasiblah aku ada Yikatong Card, so boleh touch je bila naik bas. Yelah, satu hal pulak kau nak tanya berapa tambang kalau takde kad tu. Melainkan kau boleh cakap cina. Keke. So, wajib dapatkan Yikatong Card ni ok? Dari Dongzhimen Station, aku terus naik Line 4 untuk ke Ping'anli Station dan balik ke bilik aku untuk lunch dan solat. Seriously aku takkan solat di luar sebab Beijing ni memang bersih sebab cleaner dia ramai. Tapi budaya dorang yang spit dan kencing merata, buat aku tak yakin dengan kebersihan sejati suatu tempat itu. Keke.
|
Aku yang kehausan, singgah mini mart beli air ni. Sumpah sedap giler!!! Air mineral yang ada perisa peach yang tak berapa manis. Dalam 6 Yuan je. Memang japgi aku keluar, aku akan borong lagi air ni. |
Hari kedua ni Beijing ni, ikut rencana aku nak stop kejap kat Zoo Beijing (Line 4 jugak) sebab ada shopping mall yang jual souvenir murah kat situ tapi sebab train yang naik tadi dari Dongzimen, dan tak lalu Zoo Beijing, so aku skip plan untuk ke sana. So lepas solat dan rehat barang sejam dua, aku plan nak ke
Silk Market! Ada apa kat sana? Sambung entry Part 2 ok? Keke.
Sekian.
Notakaki:
Berdasarkan pengalaman aku sahaja, elakkan bertanya pada local untuk elak ditipu. Better tanya pada abam polis. Lain orang lain pengalaman kan? Dan aku memang cadang pergilah ke Great Wall Mutianyu sebab aku tengok gambar bini si Nazri, bapak mertua si Nora Danish tu, lawa giler Mutianyu. Bini dia pegi bulan yang sama dengan aku pergi. So please, pergi Mutianyu. Haha. Dan silalah beli
Yikatong Card a.k.a
Beijing Transportation Card. Jimat banyak naik bas dengan kad tu. Dan kalau berminat nak ke Great Wall Mutianyu, mungkin boleh consider option untuk bermalam di Mutianyu sebab host tempat penginapan kat sana boleh tolong hantar ke Great Wall for free!
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment