Day 02: (Part 2) - Silk Market & Wangfujing, Beijing.

Assalamu'alaikum.

11|04|2017 Selasa. Rasa macam panjang sangat hari ni mungkin sebab dugaan nak ke Great Wall of China pagi tadi. Tapi bagi aku, scammers yang aku jumpa di Beijing tak main kotor macam dekat KL. Di KL ada yang main pukau tu yang takut. Aku dah kena OK. Trauma dah nak ke KL. Hehe.

So, lepas dah merehatkan badan, aku bergerak keluar sekali lagi untuk ke Silk Market. It's shopping time! Siapa yang cakap dia tak suka shopping, memang penipu besar. Hahaha. Aku suka je shopping tapi bukan sejenis shopaholic lah sebab aku tak pandai nak bargain (tawar-menawar untuk turunkan harga) dan aku sejenis scan dari luar kedai je. Kalau sekali scan ada yang berkenan, baru aku masuk dan pergi belek. Dan dah datang ke Beijing ni, rugilah kalau tak membeli barang seketoi dua kan? Dengar cerita, barang-barang di Beijing sangat-sangat-sangat murah. Tapi dengar cerita jugak, peniaga dekat sini suka letak harga tinggi, lepas tu suruh kita main harga, lepas tu dia akan maki dan marah kita bila kita tak nak beli barang dia. Ngerinya! Well, we'll see.

Kali ni aku try masuk Ping'anli Station dari Exit yang lain sebab aku yakin mesti ada escalator atau lift di Exit yang lain dan masa aku nak ke Exit seberang jalan, makkkkaihhhh. Takut giler nak melintas. Lampu dah merah pun dorang main redah je. Senang cerita aku jalan sebelah Beijingers yang nak melintas. Kecut I tau~ Dari Ping'anli Station, ambil Line 4 dan turun di Xidan Station. Kemudian ambil pulak Line 1 dan turun di Yong'anli Station (Exit A1) . Untuk info, Line 1 ni kiranya train line paling glamour lah. Banyak tourist hot spot boleh singgah kalau naik Line 1. Antaranya Tiananmen Square & Forbidden City dan dengar cerita ramai Malaysian suka book hotel berdekatan Dongsi Station (Line 1 jugak). So sesampai je di Yong'anli Station, aku rasa macam nak pitam. Dengan bau tengik dan bau peluhnya, dengan manusia yang ramai dan sepakat dok 'hok hok tuih' nya, ya Allah kembang tekak aku! Dahlah macam nak pitam, cari Exit A1 tak jumpa tapi ada signage Exit A je. Aku ikut je Exit A then nampak signage 'Street Silk Market' dengan terang dan nyata dan jelasnya tak perlu disuluh. Silk Market ni bersambung terus dengan laluan station so senanglah kan tapi bila dah masuk dalam Silk Market tu, peninglah jugak sebab tak tau nak tuju kat mana. Atas bawah, kiri kanan semua kedai.

Welcome to Silk Market! Sebenarnya aku tak ada plan nak membeli pun. Saja je nak tengok kot-kot ada yang berkenan di hati. 

Haa nampak tak sticker penunjuk arah kat lantai tu? Kemahen besar dia nak bagitau arah Silk Market. Nampak sangat ramai dah bershopping kat sini.

Kerlassss ada circular sliding door kau~ Masuk-masuk je terus nampak muka Rosmah bini Najib shopping kain sutera kot. Sebesar-besar alam dorang tampal gambar dia kat dinding. Kekonon Hall of Fame la. Cait~ Tak koser nak ambik gambar dia. Hahaha.

Gloomy je. Biar betul ni Silk Market. Tapi macam-macam ada! Dari kain silk, beg, luggage, jeans, baju, baju kanak-kanak, baju tido, seluar dalam, souvenir, semua ada!

Disebabkan aku takut nak masuk kedai yang memerlukan skill tawar menawar ni, aku masuk satu kedai barangan Jepun. Like seriously, aku ke Jepun tahun lepas, aku tak jumpa pun kedai macam ni. Apa lagi, borong sakan lah sebab cute-cute barang-barang dia. Murah pulak tu. Tak payah bargain pulak tu sebab harga memang dah tetap. Then aku nampak kedai jual lingerie, aku masuk sebab ada underwear yang berkenan. Serius kain dia sangat berkualiti cuma aku terus sambar je tak bargain teruk sangat. Untuk dua helai woman underwear, aku bayar 60 Yuan. Harga dia sedikit mahal kan tapi bagi aku worth it la sebab kualiti kain dia (nak sedapkan hati sebab sebenarnya leh dapat lagi murah. Haha. Patut boleh tawar dua helai tu 30 Yuan).  Then aku jenguk kedai souvenir pulak. Cantik giler sling bag embroidered with floral motives. Sambar satu! Then jalan-jalan lagi, nampak Jamiah Shop! Setiap blog yang aku baca, semua tuju ke sini. So, aku pon tumpang sekaki lah. Nak tengok apa yang buat rakyat Malaysia akan ke sini kalau datang Silk Market.

Haaa.. Kedai ni agak glamour di kalangan rakyat Malaysia. Aku pun saje la nak menyibuk masuk. Sekali dorang akan buat sampai kau beli jugak barang kat dalam kedai ni. memang aggressive giler penjual dia. Kedai ni jual alas meja, alas kaki, alas katil dan segala jenis barangan rumah berunsurkan kain. 

Aku sempat bergambar dengan owner Jamilah ni. Dia kata dia Islam. Aku sempat sambar alas meja bulat untuk mak aku. Memang lawa giler! Harga dalam 300 Yuan.
Untuk first trip shopping ni, aku takdelah memborong sangat. Aku target nak beli beg tarik tapi sebab sorang-sorang, aku tak berani nak masuk memana kedai beg. Teruk kan? Ini semua sebab aku takut nak bargain sebab aku kurang arif pasal info harga basic setiap barang-barang tu. Kalau tak tau harga basic, macam mana aku nak main harga kan? Mula lah teringat kat mak aku. How I wish she was here. Jaguh tawar menawar tu. Hahaha. Aku nak beli silk pun, aku tak tau harga 1 meter silk berapa, so susahlah nak tawar.
Alas meja bulat untuk mak aku. Lawa tak? Kait tangan ok. 300 Yuan satu. Tak pasti worth it ke tak sebab aku tak tau harga basic orang jual benda ni. Hehe.

Embroidered sling bag, 150 Yuan dan segala jenis beg-beg yang cute untuk adik dan kakak dan mak aku. Hehe.
Lepas dah membeli, turun bawah ternampak kedai jus ni. Singgahlah membeli. Haus giler kott.

Strawberry Peach Smoothies untuk aku! Harga dalam 12 Yuan tak silap aku. Sedap!

Seterusnya aku plan nak jalan-jalan dan tengok makanan pelik-pelik macam kala jengking and the gang kat Wangfujing Night Market di Wangfujing Snack Street! Kekdahnya kau nak tengok menatang-menatang tu hakak sado oi? Aku pun tak faham kenapa aku masukkan lawatan ke Wangfujing dalam itinerary aku. Hahaha. Anyway, untuk ke Wangfujing Street, dari Yong'anli Station, naik Line 1 (memang ada Line 1 je kat sini. Haha.) dan turun di Wangfujing Station. Boleh jugak turun di Dongsi Station. Ikut lah dari mana korang datang. Sepatutnya aku ke Wangfujing ni semalam tapi sebab aku dah exhausted sangat berjalan dan sesat di Summer Palace, so aku tukar la itinerary aku. Sesampainya di Wangfujing Station, aku jadi bengong kejap. Sebab banyak giler exit. Aku pulak dah bengong tak check bebetul exit apa kena ambil kalau nak ke Wangfujing Night Market. End up dengan aku sesat macam nak gila!

Serius tak tau nak tuju ke mana. Tula, tak jumpa booth sim card masa dekat Airport.

Keluar dari Exit berapa tah di Wangfujing, aku gerak ke Timur. Tengok ramai yang berbasikal so aku rasa mungkin betul arah ni. 

Sekali tak de apa-apa pon. Takkan jauh benar Night Market di Wangfujing ni. Sebab baca review dekat je dengan station.

Aku patah balik ke arah station. Tengah mikir perlu ke aku lintas jalan? Tapi macam tak de nampak orang melintas pun. (Sebenarnya Wangfujing Street sebelah hotel putih tu. Take note ye. Jangan jadi macam aku.)

Creepy giler bangunan ni. Aku bergerak arah Barat pulak.

Takde yang familiar di ingatan aku. Huhu.

Sambil berjalan, sambil menikmati keindahan Spring di Beijing.

Apa benda dinding merah tu? Macam panjang je.

Macam takde ending dinding merah tu. Curious pulak aku. So aku berjalan ikut dindinng tu. Mana tau it will lead me to the night market kan.

Bangunan muzium tak silap aku. Malam ni sangat sejuk ye.

Tiananmen Square!!!! Rupa-rupanya dinding merah tu dinding Tiananmen Square. Aku plan nak ke sini esoknya. 
Serius aku dah berjalan ulang alik dalam 5km tapi tak jumpa pun Wangfujing Night Market. Alih-alih sampai depan Tiananmen Square. Dengar cerita, kesemua rakyat China diwajibkan datang ke Tiananmen Square ni sekali seumur hidup.  Esok aku story apa yang ada kat sini. Aku tengah sesat ni cari Wangfujing Night Market tak jumpa-jumpa. Aku macam nak naik bas tapi aku tak yakin sebab takde study pun pasal route bas. Then aku nampak orang ramai-ramai keluar dari tapak pembinaan kat belakang aku. Sekali aku usha bebetul, rupa-rupanya ada pintu masuk ke Tiananmen West Station. So boleh bayang tak berapa jauh aku berjalan? Aku tak puas hati, aku naik train di Tiananment West dan turun sekali lagi di Wangfujing. Hahaha. Gigih kau. Aku memang nak cari sampai dapat. Keegoan aku tak membenarkan aku balik begitu sahaja. Gittuh!

Kali ni, sampai je di Wangfujing Station, aku keluar di exit yang sama macam tadi. Tapi kali ni aku lintas jalan. Sebab aku dah try ke barat-timur tapi takde apa-apa. So aku try ke Utara pulak. Alhamdulillah, akhirnya!!!! Jumpa jugak Wangfujing Street dan tadaaaaaa~

Orang ramai giler.

Lighting memainkan peranan untuk menghidupkan suasana di sini.

Hensemnyaaa model RS9 tu. Hahaha.

Aku yang keletihan, duduk kejap ambil nyawa sambil mengusha kedai jus kat depan ni. Nak beli karang takut nak terkencing pulak.

Wangfujing Street.

Menara jam as a bench mark.

Sugar coated haws. Sejenis manisan traditional rakyat China. Buah-buahan disalut dengan gula , coklat atau bijan. Nampak macam manis gila.

Luasnya Wangfujing Street ni.

ZARA! Tapi sorry aku tak layan sangat branded items sebab takut keciwa takde size. Hahaha.

H&M pun ada! Wangfujing ni memang penuh dengan kedai-kedai barangan branded.

Hotel kot?
Aku berjalan sampai ke hujung ni tapi tak jumpa pun night market. Frust giler. Tapi aku teruskan jugak berjalan mencari Dongsi Station sebab malas nak patah balik ke Wangfujing Station.

Statue ape tah ni. Nak naik teksi takot. Nak naik bas macam tak tau dia akan berhenti kat mana. So jalan je la ikut kaki. Selagi tak patah, selagi tu la jalan.

Eh, ada orang menari-nari lah. Jom tengok kejap.

Di Beijing, banyak kali dah aku jumpa dataran atau kaki lima yang luas, akan ada orang menari-nari macam ni. Dorang pasang muzik kuat-kuat and then menari ramai-ramai. Memang healthy lifestyle lah!

Sampai ke penghujung aku berjalan memang tak jumpa pun night market kat sini. Adalah dalam 10km aku berjalan. Serius. Dan again, saat aku memang dah nak collapse, aku ternampak Dongsi Station dari jauh. Tapi kena naik jejantas. It's ok! Asalkan aku boleh balik ke bilik aku. Anyway, masa aku sesat tadi, aku lalu kedai jual buah-buahan yang sangat fresh. Nyesal aku tak beli sebab aku ingatkan ada lagi kat tempat lain. Malangnya tak jumpa dah kedai buah murah macam kat Wangfujing tu.

Rasa macam nak menangis bila nampak Dongsi Station (Exit E kot?) ni. Rasa macam satu achievement besar dapat jumpa station ni. Haha.

Alhamdulillah. Lega rasa dah sampai bilik. Hari ni aku rasa berat aku dah turun 20kg sebab berjalan dari pagi ke malam. Aku rasa takot nak bertanya pada local sebab kes hampir kena scam dekat Great Wall of China pagi tadi. Sebab tu aku rela berjalan dan sesat sorang-sorang. Malam ni, bilik aku penuh dengan bau minyak panas. Haha. Dinner aku adalah maggi dan air milo. Selama aku dekat Beijing hingga ke hari ini, aku tak pernah makan luar lagi. Mungkin esok boleh try kot?

Sekian.

Notakaki:
Aku agak menyesal pergi Wangfujing sebab bagi aku takde apa melainkan korang stay area sana. Sepatutnya aku ke Beijing National Stadium kan? Menyesal pun tiada gunanya. Dan sebelum datang Beijing, mungkin boleh study sikit-sikit harga kain sutera China berapa untuk 1 meter. So boleh lah agak-agak nak menawar nanti. Dan peniaga di SIlk Market kebanyakannya sangat fasih berbahasa Inggeris dan dorang taklah garang dan ganas seperti yang digembar gemburkan.

Xoxo,

Share:

2 comments:

  1. Terujanya baca part naik train lagi sekali turun kat Wangfujing tu! Gigihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keegoanku tak membenarkan daku balik begitu sahaja. Gittuh!Hahahaha.

      Delete