Day 02: Erawan Water Fall, Kanchanaburi, Thailand.

Assalamu'alaikum.

27|06|2017 Selasa. Pagi yang nyaman di Bangkok. Keke. Plan untuk hari ni,selepas check-out kitorang nak ke Suvarnabhumi Airport semula sebab masa aku booked kereta sewa dengan SIXT, aku request untuk ambil di airport. Sebab tu aku booked The Phoenix Hotel ni sebab dia provide free shuttle from-to airport. Mudah hidup kitorang. Semalam masa check-in, receptionist dah tanya aku, pukul berapa nak ke airport sebab kena book slot airport shuttle siap-siap. So, selepas check-out dalam 8.30am camtu, kitorang tunggu di lobby sebab aku book shuttle jam 9.00am. Tetiba adik aku ajak pergi 7-eleven sebab banyak benda makanan best katanyer. Sambil tu boleh la jalan-jalan kawasan sekitar sebab ada 30 minit lagi. Nak tau apa kitorang angkut dekat 7-eleven? Tunggu~ Hahaha. Sumpah awesome dan memang wajib cari kalau datang Bangkok. 

Di Suvarnabhumi Airport, kitorang terus menuju ke kaunter SIXT untuk urusan kereta sewa. Rupanya kena pergi dekat office dia di mana tah (paham-paham la, bapak susah nak ingat nama-nama tempat dekat Thailand ni). Tapi naik shuttle yang dah disediakan oleh SIXT. Adalah dalam 15 minit nak settle kan urusan kereta sewa ni. Dorang sangat thorough nak serahkan kereta tu. Siap suruh check kot ada dented memana. Minyak diisi full. So nanti pulang pun full. So tunggu apa lagi? Jom! Kanchanaburi lah kita! Let's gooooo!

Untuk ke Kanchanaburi, adik tercantik aku nak drive. Let's go! Oh kitorang lalu highway dan banyak jugak tol.  Tak ingat pulak harga tol dekat sini. 
Lepas pejam celik pejam celik, kitorang dah sampai Kanchanaburi! Benda pertama yang dicari semestinya restoran halal. Lapar giler dah ni. Batero phone pun dah nyawa-nyawa ikan. Ini semua tethering (nak share Internet dengan ayah, mak dan adik aku jugak) la punya pasal.  Anyway, restoran halal di pekan kecik Kanchanaburi kitorang google je lepas dapat kereta ni then terus setup Google Maps. Restoran ni bebetul tepi jalan menghala ke Erawan Waterfall. Kita makan dulu! 

Belakang ayah aku tula surau. So sementara tunggu makanan sampai, masing-masing bergilir pergi solat. Mak aku cakap toilet dia bersih.

Ada faham kah? Haha.

Merahnya lipstick makngah!

Kitorang je customer yang ada masa ni. Mungkin sebab baru pukul 11.00am

Menu. Order jangan tak order. Memacam jugak kitorang order. Lapar katanya.

Awat ketat sangat muka tu ibu?

Finally! Sayur goreng campur.

Udang goreng tepung.

Daging masak ape ntah. Tapi sumpah sedap!

Jemput makan~ Nampak tak anak panah tu? Nasiblah ada plug point. Sempatlah charge phone aku tu. Penting sebab nak check Google Maps untuk ke Erawan lepas ni.

Sup tulang. Sedap jugak.

Ikan masak tiga rasa. Ikan sungai katanya so ada sedikit hanyir tapi aku suka je. Cuma sedikit manis la.
Jom makan! Alhamdulillah ada restoran halal di pekan kecik Kanchanaburi ni.

Erk.. Kucing. Stress aku kalau makan ada kucing. Huhu.

Kawasan dapur.

Selesai makan, bergambar depan kedai.

Panas giler bawah ni. Atap zink kan~ 

So kalau nak datang sini, jangan lupa makan dekat kedai ni

Review hakak, takde lah sedap melampau tapi still sedap la jugak. Hehe. Recommended!

Bergambar depan kedai dengan teknik silangan kaki yang tak pernah dilupakan. Keke.

Bonda terchenta dah kenyang so jom kita gerak!

Us. Sedikit blur tapi ini je gambar kitorang berempat dalam kereta. Best travel mate ever~
Kanchanaburi ni dulunya merupakan pekan penghubung tentera Burma (sekarang ni panggil Myanmar) nak masuk Malaysia. Noharom kan? Kan Thailand buka laluan untuk orang luar serang Malaysia tapi dengan syarat, ko tak leh serang aku. Gittuh~ So wilayah Kanchanaburi ni sangat terkenal dengan pembinaan Death Railway World War II yang bersambung dari Myanmar ke Thailand dan telah menyebabkan ramai terbunuh masa pembinaannya. Ok itu aku cerita kemudian. Tapi kesimpulannya, kitorang pilih untuk melawat Kanchanaburi sebab wilayah ni terkenal dengan kecantikan dan keunikan alam semulajadinya. Antaranya sungai dan waterfall dia. Alang-alang dah sampai Kanchanaburi, kitorang lajak ke Erawan Waterfall. Ada apa dekat Erawan Waterfall tu? Macam mana bentuk dia?

Erawan Waterfall. Noharom cantik. Dia ada tujuh tier waterfall ok. Gambar ihsan Google Image.
Cantik kan? Air waterfall ni color emerald green gittuh~ Erawan Waterfall ni merupakan national park paling famous dekat Thailand. Maunya tak famous dah air dia kaler cenggituh kan? Dibuka sepanjang tahun dari seawal 8.00am sampai 430pm. Boleh la mandi manda dekat sini sambil berkelah-kelah seisi keluarga. Tiket masuk seorang dalam THB300 / RM38 for foreigner. Kalau budak-budak foreigner THB100 / RM13. Mahal lah jugak pada aku tapi dah alang-alang sampai Kanchanaburi kan?

Mintak tolong renjer tangkapan gambar kitorang. Hehe.

Penerangan 7 tier of Erawan Waterfall.

Hah lepas tu menapak lah kau masuk dalam. Hahaha.

Dahlah panas, aku pulak cerdik sangat pakai baju kain jeans. Mendapatlah!

Ada kereta kecik ni rupanya. Balik nanti memang nak naik ni je sebab jauh jugak kena jalan kaki.

Dah nampak dah air warna hijau-hijau letops gituh.

Chenta hati. Jernih jugak air dia.

Tadaaaaaa~ Dah nampak air hijau emerald tapi tak de lah ohsem sangat.

Berehat di bench dulu. Oh panasnya.

Ayahanda buat apa tu?

Ohhh nak suruh ambilkan gambar rupanya. Hahaha.

Cantikkan? Bermula sesi photography bila minah ni dah start posing. Hahaha.  

Banyaknya ikan. Gemok gemok pulak tu. Makan taik ke apa ni?

Ini baru first tier so view dia tak ohsem lagi.

Tak gayat pulak ayah aku berdiri dekat situ. Licin ok kayu mati tu.
Eh eh. Tunjuk peace pulak. Haha.

Cute tak abah saya? Hahahaha.

Dekat first tier ni tak berapa letops sangat warna air dia.

Yang penting gambar letop cuols~

Mengkarung. Dekat sini banyak jugak anjing dan binatang liar. Dah nama pun National Park kan?

Eh mak aku pun nak try?Boleh ke tu ibu?

Muka takut-takut. Hahaha.

Smileeeee~

Hah! Camne nak turun tu. Hahaha.

Rescue datang. Haha.

Oh, rescue datang betulkan pose rupanya. Haha.

Nak jugak tapi aku jenis gayat so bergambar dekat tepi je. Hehe.

Papan tanda yang terdapat di Erawan Waterfall.

Naik ke second tier. Ramai jugak yang mandi manda dekat sini.

Cantik kan? Tapi kitorang tak mandi pun. Takde mood sebab panas sangat.

Minah ni je excited main air.

Bergambor kenangan sikit. Hehe.

Cantikkan?

Kitorang decided gerak turun sebab aku sakit perut, mak ayah aku pulak dah tak larat. 

Sorry ye adik terchenta. Next time datang dengan your shuben lah sampai ke seventh tier. Keke.

Erawan Waterfall. Checked!


Masa kitorang nak balik, kitorang naik tut-tut. Sorang dalam THB20 tak silap. Tapi sebab malas nak jalan, bayar je. Panas giler ok masa ni. Dengan masing-masing keletihan baru sampai Kanchanaburi selepas 3jam drive. Dekat Erawan Waterfall ni ada jugak chalet/resort. Tapi macam sunyi yakmat je kalau stay sini. Dah lah jauh dari jalan besar.

Singgah minum dan relaks dulu di cafe.

Macam nak beli tapi macam tak best je. So kitorang order air je.

Spending quality time dengan bonda. Keke.
Off to next destination! Ke Boutique Raft Resort lah kita! Tak sabar nak check-in sebab memang dah letih giler, dengan cuaca yang panasnya. Dari Erawan Waterfall ke resort yang kitorang booked mengambil masa dalam 1 jam la jugak. Erawan Waterfall ni memang jauh ke dalam. Kiri kanan hutan tapi sekali sekala tu ada la jumpa rumah-rumah orang dan kedai makan. Sekali kitorang ternampak kawasan ni. Kita singgah dulu!

Kawasan ni sebenarnya perkampungan cafes. Rumah-rumah ni adalah cafe. Unik kan?

Call sape tu? 

Best jugak kalau ada rumah macam ni kan? Petang-petang enjoy minum kopi dekat luar.

Tetiba je datang Bangkok ni, 'angin Vivy' masuk dalam badan aku. Hahaha.
Memang banyak rumah ala-ala country dekat sini. Cute-cute pulak tu.
Nama tempat ni The Open Hills. Idea asal untuk buat perkampungan cafe-cafe. Memang menarik. Bayangkan datang je sini, macam-macam cafe ada. Pilih je. Environment dia pun menarik sebab jauh dari hiruk-pikuk kota. Wallawey Bahasa Melayu aku. Kekeke. Tapi sedihnya The Open Hills ni tak beroperasi pun masa kitorang terjah ni. Mungkin tengah dalam perancangan. Masa kitorang approach area ni, penjaga dia datang dekat kitorang. Kitorang cakap nak ambil gambar, dia bagi je. Baik kan? Selalunya orang tak bagi tau ambil gambar kawasan private macam ni. Kira private lah sebab masih tak beroperasi. Buatnya orang lain tiru idea perkampungan cafe dia camne? Hehe.

Perjalanan diteruskan. Perjalanan kami memang berpandukan pada Google Maps je. Tapi agak tepat lah route yang Google Maps provide. Untuk ke Boutique Raft Resort ni macam masuk ke dalam kampung. Dalam kampung pun, ada 7-eleven ok. Memang banyak 7-eleven dekat Thailand ni. Dan Alhamdulillah, kami selamat sampai di resort. Suasana sangat tenang. Banyak jugak resort-resort dekat sini. Urusan check-in agak mudah sebab via booking.com kan. Semua record dia dah ada. Cuma tunjuk passport je. Welcoming drinks pun dia bagi tapi aku je kot yang minum. Pernah ke aku tolak makan minum ni? Kekeke. Dan tadaaaaaaaaaaaa~

Helok terok! Cozy gila! Dahla mengadap sungai. Memang tenang yakmat!

Aaaa...Meh aku nak menghayati view yang tenang ni.

Welcome to Kanchanaburi. Minah ni memang tak gayat langsung duduk atas rakit ni.

Abah aku dah siap bukak baju dan duduk dekat kerusi malas ni. Haha.
Bestkan? Inilah sungai River Kwai, Kanchanaburi.

Balcony rakit yang agak scary bagi makhluk gayat macam aku ni. 

Comel je bunga kemboja dekat situ.

Kerusi mengadap sungai. Port tetap aku.

Unit sebelah takde jiran. Kalau tak senak jugak ramai-ramai sebab unit dia dekat-dekat.

Sungai ni agak laju sebenarnya. AKu takut ada buaya je. Hahaha.

Mengintai unit sebelah. Sebelah ni bilik mak ayah aku.


Alhamdulillah mak ayah aku happy. Aku dan adik pun sangat happy stay hotel ni. Pengalaman yang seksi lagi unik bagi aku. Bila lagi nak duduk dalam rumah rakit kan? Ada setengah resort yang provide servis naik gajah lagi tau. Tapi itu macam mahal lagi. Bilik ni beraircond dan ada Wifi. Toilet dia pun cool. Cuma segala hasil buangan memang direct ke sungai. Hahahahaha. Hari ni memang kitorang takde mood nak keluar. Memang nak rehat-rehat je dalam bilik sambil bergambar sakan luar dalam. Perut pun kenyang sampai malam sebab dah makan besar tadi. Kalau lapar pun takpe. Ada bawak maggi cup. Keke. So esok kitorang nak ke mana? Tunggu next entry ok?

Sekian.

Notakaki:
Kalau berminat untuk ke Kanchanaburi, sila lah sewa resort atas sungai ni. memang satu experience yang unik. Dan kalau nak stay sini, sila tapau/bungkus makanan siap-siap sebab jalan masuk ke resort ni jauh dari bandar dalam sejam perjalanan. Restoran halal hanya terdapat di kawasan bandar je.

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment