Day 07: (Part 2) Nanjing Road & Jing'an Temple, Shanghai.

Assalamu'alaikum.

16|04|2017 Ahad. Dah puas bershopping ditambah dengan perut yang kenyang, kitorang relaks-relaks dulu dekat accommodation yang cute ni sebelum keluar ke Nanjing Road dan Jing'an Temple. Plan asal nak pergi The Bund lah. Kan semalam cari The Bund tak jumpa tapi end-up ter-dampar di Pudong Park so malam ni nak pergi The Bund jugak. Tapi seriously aku tak faham kenapa teksi-teksi dekat sini tak nak berhenti. Kitorang bukan ada muka terrorist pon. Muka ayah aku sebijik muka local. Pun teksi tak nak berhenti. Akhirnya, kitorang terpaksa menapak ke Changping Road Station dan naik metro dan turun di Jing'an Temple.

Happening jugak Jing'an Temple ni. Shopping complex kiri-kanan jalan. Ada satu mall tu semua branded items. Ada satu mall lagi macam cold storage di Malaysia. Kalau sesiapa yang memang minat bershopping, boleh lah serang area ni. Berpandukan pada maps yang kitorang dah download sebelum keluar rumah, kitorang try cari The Bund tapi memang tak jumpa. Tahan teksi, dorang memang tak berhenti. Stress jugak lah berjalan malam ni. Mula lah menyesal sebab tak beli sim kad awal-awal. Kalau ada Internet, boleh access Google Maps. Kalau dapat access Google Maps, at least tahu lah jugak nak tuju ke mana. Alih-alih kitorang berjalan di kawasan sekitar je.

Jiang'an Temple. Dulunya memang tempat orang beribadah tapi sekarang dah more commercialize.

Ibu dan adik tercantik aku bergambar kenangan. Aku? Takde mood nak ambil gambar malam ni.

Tak pasti apa benda yang macam minaret tu. Besar dan tinggi.

Pameran kereta dekat dengan Jing'an Temple.

Cute je panda tu. Adik aku? Tak yah cakap la. Kalau nak meminang sila ambil borang dan Q. Hahaha.

Manusia agak ramai di sini. Happening jugak area ni. Al-maklumlah kawasan membeli-belah.

Gambar kitorang dekat sini semua blur. Tak tau pasaipa.

See? Gambar adik aku tak sharp kan? Tapi gambar bangunan belakang tu agak sharp.

See? See? Misterinya. Ke sebab temple so ada unsur-unsur mistik?

Iskh meremang pulak tengok gambar sendiri.

Bukti aku dah sampai Nanjing Road. Hahaha. Nanjing road ni besar rupanya.

Stesen metro Jing'an Temple.

Unik lah entrance/exit metro station camni sebab ada unsur-unsur Classical Chinese Architecture. Barulah melambang identiti negara tu kan?

Tengah memikir nak pergi mana sebab teksi memang tak nak berhenti.

Ternampak kawasan ni. Macam lawa. 

Bergambar lah dulu. Senak perut cari The Bund tak jumpa-jumpa.

Old Navy ada sales. Menarik jugak baju-baju dia tapi takde yang berkenan.

Bangunan dekat sini pun tinggi-tinggi dan modern.

Masih di Nanjing Road. 
Dari hujung ke hujung kitorang berjalan tapi tak nampak pun signange untuk ke The Bund. Teksi tak payah cakap lah. Memang susah nak berhenti. Aku syak ada cari dia nak tahan teksi ni tapi kitorang tak tahu. Kalau dekat Beijing, berebut taxi driver nak ambil penumpang tapi taxi driver sana kuat scam orang la pulak. Haisy.

Masa tengah berjalan nampak area ni. Climbing shrubs. So apa lagi, bergambar lah. Comel kan?

Minah ni memang. Memana ada gambar dia. Haha.

Wali aku. Kekeke. Gambar aku takde dekat sini sebab aku dah takde mood nak mencari The Bund.

Moh ler kita lintas jalan. Hati-hati ye melintas di sini. Driver dorang agak kurang civil sikit. Dia tak kira lampu merah, main rempuh je.

Lengang sikit kawasan ni.

Macam menarik je tapi malas nak ke sana.

Maps Nanjing Road. Sebenarnya agak jauh nak menapak ke The Bund dari area kitorang sekarang ni. Kalau aku dengan adik je, boleh la jugak nak menapak. Tapi parent aku tak larat. Tetiba rasa nak caruts dekat teksi ni. Haha.

Semalam kitorang dekat no. 12 tu lah. Seberang The Bund.

Kitorang decide malas lah nak cari The Bund lepas sejam berlegar-legar dekat kawasan ni. Ternampak street-scape ni. Meh kita posing dulu. Keke.

Abe, bakpe mu sorang-sorang dekat sini?

Takde hujan pun abe. Abe tunggu adik ke? Kuikui.

Abe ni pemalu. Dia lari bila nampak adik aku.

Tunggu bas nak balik ke rumah. Malas dah nak explore area ni.

Lengang.

Oh teksi kenapalah kau sombong sangat?



Kitorang balik naik bas no.22 tapi pakai main naik je ni. Kot la bas ni akan ke The Bund #masihberharap tapi dia terus keluar dari Nanjing Road dan masa dalam bas, aku ada ternampak restoran halal dekat area Nanjing Road ni. Banyak je restoran halal dekat sini sebenarnya. Oh, oleh sebab bas tu macam bergerak ke tempat kitorang tak pernah tengok so kitorang turun dekat metro station yang terdekat dan naik je metro untuk balik ke Changping Road. Bas di Shanghai agak efisyen cuma tak semua bas ada tulisan rumi so andai kata korang naik bas dan dah tak tau dia akan berhenti mana, korang kena jenguk-jenguk kat luar sebab selalunya ada signage metro station dekat tepi jalan. Naik metro ni confirm tak sesat asalkan tau mana nak turun. Keke.

Sesampainya di Changping Road, kitorang serbu restoran halal feveret dekat situ. Siap tapau 2 bungkus nasi goreng untuk esok pagi. Lauk ayam petang tadi pun ada lagi. Oh ye, orang cina memang cakap 'tapau' ye kalau nak take away. Malam ni mak dan adik aku pergi urut dekat kedai bawah rumah tu. Aku tak join sebab malu dorang selak seluar. Hehe. Tapi memang patut try sebab murah dan setelah penat seharian berjalan, orang urut kaki, memang terbaiklah. Tidur pun nyenyak je nanti.

Sekian.

Notakaki:

Aku tanya office mate aku pasal teksi ni, dia orang Shanghai. Dia cakap selalunya foreigner call je suruh teksi datang ambil. Dan kalau tahan tepi jalan teksi tak berhenti, dia pun tak pasti sebab apa. Mungkin kena terus lompat masuk dalam teksi tu kot. Takyah tanya-tanya.

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment