Day 01: KLIA - Suvarnabhumi Airport, Bangkok.

Assalamu'alaikum.

26|06|2017 Isnin. Alhamdulillah, tahun ni kitorang #teamrayaBangkok. Haha. Aku agak keliru memula sebab di Brunei, Raya Aildilfitri jatuh pada hari ni tapi di Malaysia dan Thailand dan Indonesia raya semalam. Disebabkan aku keliru, aku tak beli pun baju raya tahun ni sebab aku ingatkan first day raya jatuh hari ni dan aku ingatkan first day raya kitorang dah dekat Bangkok. Punggah sungguh! 

Punca kitorang raya dia Bangkok. Hahaha.

Apa tengok-tengok?

Selamat Hari Raya dari Makngah Dida~ Jubah beli last minute sebab baju raya takde. Haha.
Alhamdulillah raya kitorang di Muar, Johor berjalan lancar walaupun hati dan jiwa dah sampai Bangkok. sape tak suka berjalan woi! Keke. Kitorang naik bas ekspress dari Muar untuk ke KLIA. Harga tak silap aku dalam RM40 seorang. Giler ah semua benda mahal dekat Malaysia sekarang ni. Syukurlah! *rolling eyes* Flight kitorang malam ni jam 0855pm. Tazabar! Aku agak excited nak tengak rupa bentuk flight Thai Airways ni dan aku tazabar nak makan tomyam dekat sana! Takde apa yang luar biasa masa urusan check-in luggage. Everything went smoothly and perfectly. Bangkok! Ko tunggu kami datang!!!

Off to next destination. Bangkok!
Ready to fly~~~ 

Di balai perlepasan KLIA bersama bonda dan ayahanda terchenta.
Seat Thair Airways yang colorful. Hakak suka. Comey giler. Haha.

Flight agak penuh malam ni. Maklumlah tengah cuti raya.

Meal Thair Airways is the best setakat ni! Udang goreng tomyam bersama nasi siap ada telur masin lagi.  Sedap gila! Nasi dia guna beras thai yang wangi dan lembut tu. Serius nasi dia sangat gebu!

In-flight entertainment pun best! Aku tengah tengok movie Beauty & the Beast. Baru je kan dorang tayang movie tu dekat cinema. In-flight entertainment Thai AIrways paling up to date bagi aku. Semua movies baru. Hakak suka!
Alhamdulillah tepat jam 1005pm, kitorang selamat mendarat di bumi Krung Thep Maha Nakhon iaitu Kingdom of Thailand! Memang dah gelap gelita masa ni tapi dari atas nampak lampu-lampu umpama pameran gittuh. I'm so excited! Bangkok cepat 2 jam dari Malaysia ye. Menarik kan? Padahal Malaysia-Thailand sebelah sebelah je and tadaaaaaaa~

Alhamdulillah dah selamat sampai. Smooth landing. Good start untuk trip kitorang di Bangkok.

Menuju ke baggage conveyor. Tengoklah ceiling dia. Kan macam kilang? Haha.

Trying to be Vivy. Hahaha. Welcome to Bangkok!!!
Untuk pengetahuan korang, Thailand ada dua International Airport. Yang lama nama Don Muang Airport dan yang baru nama Suvarnabhumi Airport. Nak sebut Suvarnabhumi ni kena 'telan' i tu. So bila sebut, jadi Suvarnabhummm ye. Dan airport ni merupakan airport terbesar di Asia Tenggara. Manakala Don Muang Airport sekarang ni khas untuk domestic flight dan flight tambang murah macam Air Asia dan Malindo. Disebabkan aku tak pernah sampai Don Muang Airport, aku cerita pasal Suvarnabhumi Airport je la ye. First impression, macam kilang. Hahaha. Lawa, besar tapi macam kilang tapi aku suka. hah gittuh. Dan uniknya airport ni, punyalah besar sampai ada highway lintas tengah-tengah airport. So dari atas highway kita boleh nampak dengan jelas kapal terbang tengah park di landasan. Somehow hati rasa sejuk je bila tengok airport ni. Dan paling aku ternganga bila nampak angular travelator. Selalunya flat je kan travelator di airport yang kita jumpa? Tapi di Suvarnabhumi Airport ni, travelator dia ada ramp then flat balik. Bagi aku, unik. Haha.

Dengar cerita idea rekabentuk airport ni diambil dari ular tedung. Gambar ihsan Google Image.

Dalam airport. Cantik kan?
Kalau diikutkan, adik aku suruh ambil kereta sewa siap-siap malam ni sebab kaunter kereta sewa ada je dekat airport. Tapi aku fikir, kitorang dah sampai malam. Lepas dari kastam airport dah 1030pm. Sementara urusan daftar dan serah kereta sewa lagi, dah almost 11.00pm. Itu tak masuk nak ke hotel tengah-tengah malam ni. Boleh sesat tak jumpa hotel nanti sebab kitorang bukan familiar jalan dengan Bangkok ni ye dak? So aku decided sewa kereta start esok. Untuk malam ni, cari simkad dulu then cari mana nak naik airport shuttle untuk ke hotel. Sebelum fly lagi, The Phoenix Hotel dah mesej aku dekat mana nak naik free shuttle. So keluar dari balai ketibaan, kitorang terus mencari simkad Thailand. Berlambak booth dekat depan balai ketibaan Level 2 ni. Aku pilih simkad DTAC takde sebab. Aku tengok ramai orang Q dekat booth tu, so aku pun join sekaki. Harga 1 simkad hanya THB 299 (dalam RM40 jugak) dan yang penting unlimited data for a week. Urusan membeli simkad mudah. Bagi phone (sebab dorang nak masukkan simkad dan setup) & passport je. Then bayar. Siap~
Haaa aku pilih simkad ni.

Boleh pilih pakej yang sesuai dengan itinerary kita. Aku ambil yang 7 hari.
Selesai urusan beli simkad, kitorang cari pulak mana nak naik free shuttle ke hotel. Dekat bahagian balai ketibaan tu, ada satu kawasan disediakan untuk pengusaha hotel 'park' orang-orang dia. Aku nampak signage The Phoenix Hotel. Bagi nama dekat dia, dia check system, 4 orang semua then dia terus ajak naik van untuk ke hotel. Mudah. Sampai di hotel, bagi passport dan debit card, check-in, siap! Dah boleh masuk bilik memasing. Masa nak naik ke bilik hotel, ada 2 staff tolong bawakkan beg. Muka ganas siap bertatu tapi aku respect sebab dorang nak kerja bukan duduk saja. Bab-bab bagi tips aku memang lemah sebab tak tau rate orang selalu bagi berapa. So ayah aku suruh bagi dalam THB40 seorang. Dan bilik hotel sangat bersih! Katil sangat empuk dan besar. Toilet pun bersih walaupun macam lama. Air memang laju giler rasa macam tak nak keluar toilet. Hakak sado bagi 4 bintang untuk transit hotel! Really recommended!

Airport Shuttle yang disediakan percuma oleh pihak hotel. Terbaik!

Reception area. proses check-in mudah.

Toilet bilik yang besar dan bersih. Tekanan air dia yang paling aku suka. Haha.

Bilik mak ayah aku. 

Bilik aku dan adik. Oh ada connecting door untuk ke bilik mak ayah aku. Senang sebab kitorang kongsi adapter.
Selesai mandi, gosok gigi, solat dan sebagainya, kami beradu diiringi dengkuranku yang macam nak pecah bilik. Bukti aku tidur dalam keadaan selesa. Keke. Esok kitorang nak pergi ambil kereta sewa dan terus bergerak ke Kanchanaburi. Perjalanan dari Bangkok ke Kanchanaburi adalah dalam 3 jam. So kena gerak awal pagi. Zzzzzzz~

Sekian.

Notakaki:
Disebabkan mood raya, mak aku bawak kuah kacang sampai ke Bangkok kau. Nak buang sayang kottttt. Alhamdulillah lepas je kastam Malaysia & Thailand. Dan masa aku beli sim kad Thailand tu, budak tu terlupa nak bagi semula simkad Malaysia aku. Aku pulak terlupa nak check. So jangan lupa mintak balik simkad korang ok?

Xoxo,

Share:

4 comments:

  1. terima kasih info pasal simcard. akak nak p Bangkok bulan Nov ni

    ReplyDelete
  2. Anonymous6.10.22

    Hai nak tanya. kat sana sewa kereta berapa ? sewa motor ada tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Boleh check dekat sini: https://heldarosly.blogspot.com/2017/11/day-00-persediaan-ke-bangkok-thailand.html Motor pun ada.

      Delete