Assalamu'alaikum.
17|04|2017 Isnin. Ok, sambung dari Part 1 entry di Shanghai Flower Port. Sementara ayah aku tunggu di gate, kitorang berjalan masuk ke dalam dan lagi cantik dan lagi luas dan lagi marvelous view dekat sini. Rugi ayah aku tak masuk. Dahla bayar CNY100. Huhu. Anyway, orang memang takde langsung. Yang ada pekerja dorang je. Selagi dorang tak halau, aku rasa boleh je lagi berjalan-jalan. Lagi pun last bas pukul 600pm. Sempat lagi berjalan.
|
Dah tak tau nak tulis caption apa. Sebab sumpah lawa. Haha. |
|
Tulips oren-putih-merah semua ada. Geram! |
|
Rasa macam nak duduk je sini seharian. |
|
Pandai mak sy posing. Keke. Cantik jugak orange tulips ni kan? |
|
Merenung apa tu ibu? |
|
Acah-acah sandar pada pokok. Keke. |
|
Jangan bersandar pada kenangan. Just move forward. Gittuh~ |
|
Antara elemen yang ada dalam taman ni. |
|
See? Lengang. Best giler bergambar. Haha. |
|
Subhanallah memang tak lekang dari mulut aku. Memang lawa! |
|
Allahu. Lawanyaaaaaa! |
|
Kalau pagi-pagi ni aku rasa ramai jugak orang ni. |
|
Bunga sini macam kecik-kecik sikit. |
|
Agak-agak sampai bila tulips ni berkembang eh? |
|
Siap ada sungai lagi. Ni sungai buatan ye. |
|
Gemini Bridge. Baru suku taman kitorang berjalan. |
Masa ni mak aku dah ajak balik. Tak sampai pun sejam dalam ni. Dengar cerita depan-depan tu ada roses. Ruginya kitorang datang petang tapi nak buat macam mana kan? Beg banyak sangat so terpaksa pergi airport letak barang dulu. Nak-nak pergi dengan orang tua. Dorang ni tak boleh rushing-rushing. Macam ayah aku, kalau boleh 10jam awal nak ada dekat airport. Hah Gituuh. Kita ni pulak kalau boleh nak memaksimakan masa berjalan-jalan sebelum balik.Masa on the way nak patah balik, kitorang lalu route lain pulak.
|
Mak aku. |
|
Adik aku. |
|
Aku. Hahahaha. Dah tak tau nak tulis apa. |
|
Adik aku cakap kalau dekat taman tulip Netherlands, berjalan pun berlaga bahu. Punya lah ramai orang. Dekat sini lengang selengang lengangnya. |
|
Rasa nak gigit. |
|
Nasib ko ada kakak rajin tangkap gambar ko dik. Kekeke. |
|
Kecik kecik lagi bunga dekat area ni tapi still lawa. |
|
Bunga apa aku tak tau. Kot la tulip tapi jenis lain kan? Haha. |
|
Adik aku cakap kalau dekat Netherlands nak berdiri sebelah bunga memang tak boleh. Dekat sini, ko nak posing macam mana pun boleh asalkan jangan bingai sangai pegi pijak bunga-bunga tu. |
|
Amboi kemain cik Esah bersandar dekat pokok. Cantik kan view ni? |
|
Deme amek idea ni dari Netherlands jugak. Dengar cerita bunga-bunga ni pun dari sana. Bayangkan berapa banyak kerajaan China spent untuk create tempat ni. |
|
Walaupun aku tak berkenan dengan angle ni, redha je lah. |
|
Happy tengok mak aku happy tengok bunga. Keke. |
|
Macam morning glory tapi kecik kecik. |
|
Boleh percaya tak kitorang baju jelajah suku taman? |
|
Memang besar gila tempat ni. Luas dan cantik dan sesuai untuk berdating dengan pakwe makwe families. |
|
Minah ni memana dia ada. Haha. Cutekan monyet tu? Dorang trim dari pokok mana la tu. |
|
Sob sob.. Terpaksa tinggalkan taman yang cantik ni. Takut ayah aku mengamuk pulak dah tunggu sejam dekat gate. |
|
Ikutkan hati memang nak lajak ke depan lagi. Tapi apakan daya. |
|
Cik Esah say bye to the tulips~ |
|
Muka ko je dah cover bunga-bunga dekat belakang tu cik Sado oiii~ |
|
Kaki gambar dan kaki posing Keke. |
|
Selepas beberapa in take. Mana ntah minah ni dapat idea nak bergambar camni. Yang hazab aku lah yang nak kena amek gambar kasut dia dan bunga. |
|
Hmmmm.. Bad angle. |
|
Korang compare lah sendiri. Malas nak cakap apa dah. |
|
Last view. Babai tulips~ |
|
Babai Shanghai Flower Port~ |
|
Mak aku amek nyawa kejap. Jauh jugak kitorang berjalan. |
|
Ayah aku yang mencuka sebab kena tunggu lama. Nak gelut pi mana? Awai lagi ni. Haha. |
|
First spot kitorang bergambar masa memula masuk tadi. |
|
Banner Shanghai Flower Port. Kalau datang ke Shanghai pada musim bunga, bolehlah datang ke sini ye. Sebulan je dia bukak. |
|
Haaa inilah signage kecik aku cakap masa memula sampai tu. Tadi tak sempat ambil gambar. Dah keluar baru sempat. |
|
Jalan di hadapan Shanghai Flower Port. bebetui tepi jalan besar entrance dia. |
|
Menunggu bas nombor 1078 datang ambil kitorang. Last bas untuk ke Lingang Avenue Station. Nampak tak anak panah tu? Itu nombor bas dan jadual dia. So senang kan? Boleh plan bila last bus. |
|
Dalam 5 minit menunggu bas pun sampai. Hehe. Driver yang sama masa kitorang turun untuk ke Shanghai Flower Port. Dia tunjuk thumbs up kat kitorang. Maksudnya dia tahu lah kitorang sempat masuk. |
|
Acara wajib di metro station. |
|
Lingang Avenue Station. Korang pun wajib amek gambar cenggini tau. Hehe. |
|
Mak ayah aku dah surrender. Beg plastik merah tu makanan kitorang. Roti yang dibeli awal-awal masa check-out tadi. |
|
Babai Lingang Avenue. Kalau perasan kebanyakan info dalam bahasa cina. So itu macam leceh sikit la. Better print or save gambar tempat korang nak pergi tu dalam phone. Soa apa-apa jadi senang tunjuk dekat local dan bercakaplah korang dalam bahasa ayam itik. |
Disebabkan kitorang tak lunch lagi, nak-nak ayah aku makan roti je pagi tadi, aku ajak pergi ke Changping Road (area kitorang menetap sepanjang di Shanghai) sebab senang tak payah nak tercari-cari restoran halal. Lagipun tukar 2 station je untuk ke sana dari metro Line 16 ni. Dan masih awal, baru jam 600pm. Busuk-busuk pun 700pm sampai Changping Road, jalan ke restoran halal tu dalam 5 minit, order dan makan dalam 30minit (laju giler ok dorang masak), jalan semula ke station dalam 5 minit, then naik train ke Pudong Airport dalam 30 minit. Bajet sampai Pudong Airport dalam 815-830pm. Still early kan sebab flight kitorang jam 130am. Tapi ayah aku tak bagi, dia suruh direct ke Pudong Airport. Dia cakap makan je roti. Tak mati kalau makan roti. Hmmmm.. Nak marah pun ada sebab tengah lapar. Dekat airport memang takde makanan halal. Tapi kalau bantah takut kena cop anak derhaka. So aku dengan muka macam taik, ikut je terus ke Pudong Airport. Tak tau lah gelut nak balik airport tu sebab apa. Dah lah balance duit banyak lagi. Entah bila nak datang China ni sebab harga visa pun not bad mahalnya. Tapi kena faham, pergi dengan orang tua, mind lain-lain. So tak nak gaduh, diam dan ikut je. Tapi memang silent treatment la lepas tu. Hahahahahaha! Terukkan?
|
Dah sampai Pudong Airport dengan hati yang membara. Hahaha. |
|
Adik aku pun macam bengkekkkk je hati. Tapi sabar. Boleh order makanan dalam flight nanti katanyer. |
|
Bengkek tu bengkek jugak. Bergambar dekat sini wajib. Hahaha. Last signage wall kitorang di Shanghai. |
Dalam jam 12am, Air Asia bukak kaunter check-in. Korang bayangkan kitorang tak makan lunch dan dinner. just makan roti dan serunding je. Tapi aku tak jugak kurus. Hahaha. Bak kata ayah aku, tak mati pun makan roti. ye memang tak mati tapi hati maintain bengkek. Haha. Barisan memang panjang giler-giler. Sambil beratur sambil berkira, kalau pergi Changping Road ni memang sempat. Hahaha. Alhamdulillah urusan check-in berjalan lancar. Beg pun tak exceed berat yang dibenarkan. Lepas check-in baru masuk balai berlepas. Oh, untuk solat, kitorang solat dekat celah-celah kedai je.
|
Luas jugak Pudong Airport ni. |
|
Ayah aku paling bahagia bila dah masuk balai berlepas. Haha. |
|
Mak aku nak beli air. Haus katanyer. Tapi mesin ni takleh pakai. Sudahnya aku ajak mak aku pergi minum dekat cafe dalam ni. Dalam RM30 jugak fresh orange dia. |
Alhamdulillah, flight berlepas pada waktunya. Disebabkan aku beli tiket asing, aku terdampar di bahagian depan. Mak ayah dan adik aku pulak di bahagian belakang. Sebelah aku ada pakcik cina dok makan kuaci sampai bersepah habis tempah duduk dia. Dasar selekeh lagi pengotor. Terus terang aku cakap, seat Air Asia ke/dari Shanghai ni paling menyedihkan aku tengok. Buruk giler! Dengan kesan contengnya, dengan kesan lusuhnya. Seat tak payah cakap. Siap ada kesan macam air kopi tertumpah. Boleh?
Sebelum flight depart, aku dah teridur tak sedar diri. Sedar-sedar lepas sejam flight departed, aku terjaga dan terdengar hujung-hujung announcement "....we are flying back to Pudong International Airport. Please tighten up your seat belt. Thank You." Punggah! Pasaipa ni??? Kapal terbang kena hijacked ke??? Dah lah masa kitorang pergi China ni tengah kecoh pasal North Korea-Malaysia kes bunuh Kim Jong Nam tu. Aku tengok semua orang dah berdiri kecoh-kecoh. Pramugara-pramugari muka cuak nak mampos. Aku? Rasa nak biol sebab cuak tak tau cerita. Aku tanya mamat India kat seat sebelah, dia cakap ada penumpang sakit tetiba, sebab tu dorang terpaksa patah balik ke Pudong Airport. Aiyaaaaaa~ Dahlah connecting flight aku ke Miri dalam pukul 12pm. Tak tahula sempat sampai ke tak. Dalam sejam lebih jugak baru kitorang terbang semula ke Malaysia. Bayangkan berapa jam kitorang tak makan. Sabar Helda sabar.
Bila stewardess jual makanan, aku belikan 4 bungkus nasi dan 4 kotak air dan 4 yogurt. So aku letak lah nasi, air dan yogurt aku dekat seat kosong disebelah sebab aku nak pass makanan-makanan ni dekat mak ayah dan adik aku. Then bila aku balik ke seat, amboiiiii kemain sedap pakcik cina yang duduk satu row dengan aku tengah nak buka yogurt aku. Apa lagi, terus kena sergah dengan aku. Jangan buat main orang tengah lapar ni. Dahlah makan kuaci buang bersepah. Sesuka hati je nak ambil makanan orang. Dia macam membebel cakap yogurt tu dia punya. Aku rampas balik yogurt aku, duduk dan buat bodoh. Eh sakit tol hati ni. Uncivilized sungguh.
Tamat sudah perjalanan dan percutian aku di Beijing bersama family di Shanghai. Bagi aku pengalaman yang manis especially bab bershopping. Hehe. InsyaaAllah kalau ada rezeki, nak bawak mak ayah tengok Great Wall of China.
Sekian.
Notakaki:
Disebabkan aku terlepas connecting flight ke Miri, pihak Malaysia Airlines bagi tukar waktu. So terpaksalah aku bermalam di Miri sebab dah takde teksi untuk ke Brunei. Dan penumpang lain yang terlepas connecting flight, masing-masing boleh claim dengan AirAsia. Sila tanya steward & stewardess bertugas pasal kes terlepas flight ni. Jangan diam redho pulak ye.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment