Day 08: (Part 1) Shanghai Flower Port, Shanghai.

Assalamu'alaikum.

17|04|2017 Isnin. HAPPY BIRTHDAY MY DEAR SISTER! Love you much! Ammuah! Ikutkan flight kitorang balik Malaysia esoknya iaitu pada 18|04|2017 tapi jam 1.30am la. Kekeke. So pendek cerita, pagi ni kitorang dah kena check-out and today is my adik birthday, ingat nak sambut la sikit! So plannya lepas check-out, letak barang dekat airport then terus ke Shanghai Flower Port! Ada apa dekat sana? Alang-alang dah datang Shanghai pada musim bunga, seharusnya lah melawat taman tulip dekat sini kan? Anyway, pagi ni kitorang sarap (breakfast) nasi goreng yang aku tapau semalam. Ok lah bagi alas perut sebab lepas keluar dari Changping Road nanti, takut tak jumpa restoran halal. Ayah aku je sarap roti. Mood dia macam dah kelaut. Maybe rindu Malaysia kot. Keke.

Lepas dah make sure keadaan rumah yang akan ditinggalkan tu ok, dalm 11.00am kitorang bergerak ke keluar. Sedih pulak nak tinggalkan rumah cute ni. Semalam rasanya, pak guard ada tanya ayah aku, apa kitoang buat dekat sini sebab tak nampak macam local. Berdebar jugak sebab dorang ni kaki report. Buatnya polis datang, mati kitorang. Ada kes di AirBNB lain, sorang matsaleh tu kena tangkap. Nasib host rumah tu pergi settle kan. Buatnya host tu lepas tangan dan nak selamatkan diri? Tak ke kau kena merengkuk dalam penjara sana. Yark~ Tak leh bayang aku. Haaa kan dah melalut. Anyway, pagi ni pak guard tu usya je kitorang keluar bawak beg banyak-banyak. Plannya nak naik bas je sebab banyak giler bag. Beranak pinak dah beg kitorang. Sementara bas tak sampai lagi, aku suruh ayah aku tunggu kejap dekat bus stop tu. Sementara aku dan mak pergi somewhere. Sebenarnya dari first day lagi mak aku merenung jauh ke satu kedai ni. Kedai tu jual comforter, cadar, selimut, sarung bantal dan banyak lagi. Lawa-lawa dan paling tak boleh blah, murah gila! Ayah aku dah warning jangan beli sebab susah nak bawak balik. Tapi aku tak kirak. Kesian kottt tengok mak aku tengok je kedai tu setiap kali lalu. End-up kitorang borong selimut tebal smpai 3 beg plastik besar. Macam mana nak bawak balik, itu kita fikir kemudian. Hahaha. Ayah aku geleng kepala je bila tengok kitorang balik ke bus stop dengan 3 beg plastik besar. Keke.

Bye Bye 203 Lane House. Kitorang happy sepanjang menginap di sini.
Ayah dan adik aku menunggu di bus stop sementara aku dan bonda pergi membeli belah cadar. Mission accomplished!
Walaupun agak menonggeng nak mengangkut semua barang, kitorang selamat jugak sampai di Pudong Airport. Actually, masa ayah dan adik aku tunggu aku dan mak bershopping cadar, ada sorang Pinoy tegur ayah aku. Ramah giler Pinoy tu. Dia dah duduk Shanghai 8 tahun. Dia bagitau, kalau nak ke airport, better naik Airport Express di Jing'an Temple. So kitorang naik bas dan turun di Jing'an Temple then naik bas express direct ke Pudong Airport. Settle masalah tak payah turun naik train dengan beg yang banyak ni. Bas ekspress ke Pudong Airport ni tersembunyi sikit so pepandai tanya orang ye sebab tangan dah penuh masa ni so aku tak sempat ambil gambar. Tambah seorang murah je. Dalam CNY40 tak silap aku dan perjalanan ambil masa dalam sejam.

Sampai je di Pudong Airport, dia ada dua terminal. So make sure turun di terminal yang betul ye sebab kalau tak nanti kena menapak pulak. Selalunya turun di second terminal untuk penerbangan antarabangsa. Dahlah sampai tu, terus kena lalu check-point polis. Like always. Nasib masa kitorang sampai tak ramai lagi orang. Alhamdulillah semua lepas. Dan masa dekat sini, aku nak pesan, sila hati-hati sebab banyak scammer nak jual iPhone la, laptop la,etc. Dorang akan approach korang yang tengah beratur nak lalu check-point polis. Dan masa mak aku pergi toilet, dia terjumpa sorang minah chinese Malaysia kahwin dengan Shanghainese. Dia cerita, masa dia tengah beratur nak lalu check-point polis tu, dia terasa orang seluk poket dia nak ambil phone dia, bila dia toleh, laki tu terus hunus pisau dekat pinggang dia. Laki tu cakap diam jangan jerit. Kalau tak aku tikam kau. Lebih kurang gitu lah. Tapi laki tu tak ambil phone dia sebab dah kantoi nak mencopek kan. Tapi leh bayang tak, polis ada sejengkal je tapi dorang sangat extreme berani. So please please please be extras careful ye.

Selesai wrapped semua luggage (disebabkan AirAsia boleh check-in luggage sorang 2 ketoi je so kitorang wrapped smua beg jadi molek-molek sorang 2 ketoi. Sekali dengan cadar tebal mak aku tu pon kitorang wrapped sekali. Alhamdulillah perfect semua.), bayar dalam CNY100 tak silap aku. Tapi kitorang tak boleh check-in lagi (giler kau nak check-in awal. Flight 130am nanti. Haha.) so kitorang simpan semua beg dalam luggage store. 1 troli dia charge CNY100. Kitorang sumbat 2 troli so CNY200 dan dalam 120pm setel urusan simpan beg semua. Moh ler kita bergerak ke Shanghai Flower Port! Lambat dah sebenarnya ni. Aku check, untuk ke Shanghai Flower Port, dari Pudong Airport boleh naik Line 16 dan turun di Dishui Lake (stesen akhir sekali). Sekali bukan turun situ kalau nak ke Shanghai Flower port. Dahla ambil masa sejam nak ke sini. Nasiblah masa tengah pening-pening tu, ada sorang student universiti boleh cakap English sikit-sikit Dia yang tolong translate dekat pegawai yang jaga station situ. Sepatutnya kitorang kena turun di station sebelum,di Lingang Avenue and surprisingly, pegawai tu contact kawan dia yang jaga Lingang Avenue Station, dia suruh jangan ambil tiket kitorang. So kitorang tak payah beli tiket baru. Baik giler kakak pegawai tu. Orang luar bandar memang peramah berbanding orang dekat bandar. Thanks kakak!

Di Pudong Airport selepas sumbat 2 ketoi troli dalam luggage store.

Kita selfie dulu. Qu Qu Qu Puteh~

Di Pudong Airport menunggu train untuk ke Dishui Lake.

Sejam lebih baru sampai ke Dashui Lake. Memang jauh sikit Shanghai Flower Port ni.

Sementara menunggu train patah semula ke Lingang Avenue, sempat lagi bergambar dekat signage wall ni. Keke.

Sebenarnya Dishui Lake ni pun cantik jugak. Sesuai sebagai tempat berkelah dan beriadah.

Selain itu, Dishui Lake ni merupakan tasik buatan terbesar di Shanghai.

Last but not least, aku nak jugak bergambar dekat sini. Keke.
Sampai je di Lingang Avenue Station dah pukul 330pm, kitorang terus menuju keluar (tak silap exit 2) dan keluar je memang nampak stesen bas. Untuk ke Shanghai Flower Port, kena naik bas nombor 1078 dan masa kitorang tanya pakcik yang jaga tu, dia cakap tutup pukul 4pm ni. Tak sempat rasanya korang nak pergi. Macam gitu lah aku teka pakcik tu cakap apa. Haha. Tapi sebab dah sampai, kitorang gigih nak pergi jugak. Muka ayah aku tak yah cakap lah, masam mencuka. Hahaha. Ikutkan dia dah malas nak berjalan tapi sayang lah, ada seharian lagi untuk kita tour Shanghai ni kan? Tiket bas CNY2 je untuk ke Shanghai Flower Port. Sampai je depan pintu masuk, terus kitorang berlari ke dalam. Jauh jugak nak menapak. Selalu bas masuk sampai dalam tapi sebab dah nak tutup so bas berhenti tepi jalan je.

Cepat cepat. Tengok jam lagi 10 minit dia nak tutup.

Pintu masuk ke Shanghai Flower Port. Macam buruk je kan?

Hai small little cutie yang sambut kitorang. Harap-harap kitorang sempat tengok kawan-kawan awak.

Kitorang berjalan ikut kaki je. Tengok ada bangunan dekat situ, so kitorang tuju je ke arah bangunan tu.

Haaa ada banner Shanghai Flower Port. Agak-agak kaunter tiket dekat situ?
Kaunter tiket dah tutup! Waaaaaaa~
Masa kitorang sampai dekat kaunter tiket, dorang dah tutup. Staff dia pun dah kunci pintu office. Oh Noooooooo! Tapi sebab dia tengok kitorang mengah-mengah dan nampak tourist, dia sanggup masuk office balik dan cop tiket untuk kitorang. Kitorang cakap sorry banyak kali tapi dia senyum je cakap OK..OK.. Baik kan? Anyway tiket seorang sebanyak CNY100. A bit pricey but totally worth it! Kau nak pergi Netherlands tengok tulips? Memang lambat lagi lah. Dahla mahal dan berhimpit dengan tourist katanyer. Moh ler kita masuk dulu!

Alhamdulillah ada rezeki kitorang nak masuk sini.

Tadaaaaa~ Tiket masuk ke Shanghai Flower Port. Seorang dalam CNY100 equivalent to RM75.

Tadaaaa~ Disambut dengan susunan tulis kecil. Excitednya!

Zoom sikit. Cantik kan? Kan?

My adik with tulips. Mana helok lagi? Haha.

Sorry tapi gambar semua helok. Aku rasa rugi tak tepek dekat blog aku ni. Haha.

Purple tulips. Color dia cantik!

My bonda tenggelam dalam lautan tulips.

Cute gilaaaaaaaaa!

Aku dan tulips. Suka giler tulips kuning jalur merah tu.

Tak pasti bunga apa dekat belakang mak aku tu. Tapi wangi. Tenang je hati bila bau bunga ni.

Bunga apa ek? Dahla color purple. Comel giler.

Jangan tanya aku apa jenis bunga ni. Serius aku tak tau.

Macam bunga dekat atas tapi version warna kuning.

Ini baru entrance je tau. Tapi wangi tau bunga-bunga ni. 

Ermmm...Wanginya.. Dahla comel-comel gebu gebu.

Rasa nak gentel gentel je.

Iskh.. Geram pulak tengok.

Tengok tu. Sama jenis tapi warna lain-lain.
Baru dekat entrance kitorang dah meroyan tengok bunga-bunga dekat sini. Geram gila tengok. Rasa bangga sekejap sebab berjaya bawak mak ayah aku datang tengok tulips. Adik aku lah paling puas hati sebab dia yang jumpa tempat ni. Tak sangka Shanghai ada tulis. Untuk entry di Shanghai Flower Port ni aku terpaksa pecahkan kepada dua part sebab aku rasa nk upload semua gambar kitorang dekat sini sebab memang cantik giler tempat ni.

Besar sebenarnya taman ni dan dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Moh kita bergerak ke dalam. Mesti lagi banyak bunga cantik-cantik.

Set-up tripod dan bergambar kenangan satu family dulu. We're here!

Kemain cik Esah bergambar dengan tulips.

Cik Lina pun sama naik je. Hahaha.

Lawa kan? Ni baru sikit ni. 

Cik Sado pun nak jugak!

Allahuakbar. Subhanaallah. Lawa giler!

Nak menanges tengok bunga-bunga dekat sini.

Kalau kakak aku ikut mesti best dengan anak-anak dia berlari-lari dekat sini.

Macam bunga lili air aka water lily kan?

Tulip pink. Comel teruk!

Wow sadonya lengan abahku. Goreng pon sodap ni. Haha.

Rare! Dark purple tulips!

Tulips are everywhere. Tenang giler taman ni. Aku suka!

Proportion landscape yang sempurna bagi aku.

Serius tak jemu dekat sini walaupun merata-rata bunga je.
Tetiba mak ayah aku 'hilang'. Cari tak jumpa. Dah la kitorang je kat taman ni. Cuak jugak. Rupa-rupanya dorang ergi toilet. Pergi tak bagitau. Aiyaaa~ Kita sambung gambar dulu. Keke.

Mana korang nak dapat gambar camni? Yang dekat giler dengan bunga dan takde sape larang. Bagus jugak datang lambat-lambat ni. Keke.

Cantik kan?Warna warni dan semuanya tulips.

Sementara tunggu mak dan ayah aku, kitorang bergambar dulu. Keke.

Gemok-gemok tulip sini tapi tidaklah sebesar di Netherlands.

I'm a new fan of tulip~

Kita bergerak ke side lain pulak. Serius besar giler taman ni.

Acah-acah di Netherlands. Thumbs up for their effort!

Pose wajib katanyer sebab kasut tu lambang negara Netherlands katanyer.

Hakak mengikut je. Keke.

Pose mat bunga macho. Keke. Jenuh kena paksa bergambar ayah aku ni.

Ayunya cik Esah. Kekeke.

Next section pulak. Ayah aku dah surrender.

Cantik kan? Dahla orang memang takde dekat sini.

Merah makngah. Bunga pelik-pelik tapi cantik yang aku jumpa dekat sini.
Bayangkan tak sampai suku taman lagi kitorang berjalan tapi dah banyak giler jenis bunga dan warna tulips kitorang dah jumpa. Plan asal nak lunch dekat sini ala-ala berkelah gitu tapi ayah aku risau dorang tutup pagar kot so dia nak balik. Eh eh.. Kita bayar CNY100 sorang. Bukan selalu tengok tulips ni. Jangan kata bukan selalu tapi aku tak pernah pun tengok tulip depan mata melainkan adik aku yang dah pergi Netherlands masa study di UK. Nasiblah dah heavy breakfast tadi dan terus lupa perut lapar bila tengok bunga ni. Sementara ayah aku tunggu di gate (risau benar dia kalau kena lock dalam taman ni. Hahaha.), kitorang berjalan ke dalam lagi. Sambung next entry ye.

Sekian.

Notakaki:
Seeloknya datang ke Shanghai Flower Port ni pagi-pagi, baru best explore satu taman. Dan jangan risau pasal bas untuk ke sini. Sistem transportation di Shanghai agak excellent. Di station bas tadi, memang dia tulis nombor bos dan jadual perjalanan bas. Mudah je nak faham. Dan dekat bahagian  tepi (atas) bas, dia tulis lokasi bas akan berhenti. Oh bas dia on time ok.

Xoxo,






Share:

0 comments:

Post a Comment