Day 03: Death Railway, Kanchanaburi - Maeklong Railway Market, Thailand.

Assalamu'alaikum.

28|06|2017 Rabu. Bukak je mata pagi-pagi ni, terus nampak sungai. Tenangnya ya Auloh. Bunyi burung ber-cip-cip dari tadi dan sungai pun nampak tenang je. Angin pulak sepoi-sepoi bahasa je. Nak menangis rasa dengan nikmat yang Allah dah bagi dekat aku. Subhanallah. Insaf sekejap. Kemain dramatik statement I. Lol.


Suasana pagi yang tenang giler diiringi dengan bunyi decipan burung-burung. Not bad gak ayat sastera aku kan? Haha.

Sebelah resort ni ada rumah orang kot. Anyway area ni memang banyak rumah atas sungai.
Pagi yang tenang. Rindunya suasana dekat sini.

Amboi, kemain Cik Esah dan Bang Li beromantika. 

Rasanya dalam kamera aku, gambar Cik Esah dan Bang Li paling banyak. Huntunglaaaaa~ Hahaha.

Dah puas bergambar dekat bilik, moh kita sarap dulu.

Lounge dia agak sunyi pagi ni. Kitorang je yang ada dekat sini.

Us. Menunggu sarapan dihidangkan.

Buah dan roti pengalas perut sebelum ke destinasi seterusnya.

Sosej daging tapi bukan daging babi ye. Ya Auloh bau dia memang buat perutku bergegar tapi tahan je tak makan. Haha.
Makan buah dan roti je sebab sosej tu tak diyakini halal. Terus spoil mood nak makan. Tapi yeah pergi negara orang yang tak ramai Muslim. Nak-nak jauh dari bandar.
Cantik pulak lighting & shade dia dekat sini.

Sesudah breakfast, kena bersiap nak check-out. 

Kawasan sekitar. Siap ada bench untuk lepak-lepak. Tapi banyak nyamuk kottt. 

Masa nak balik semula ke bilik, ternampak buaian ni. Klasik sangat.

Then jumpa bridge gantung ni. Scary sebab takde maintenance so bergambar sipi-sipi je.

Semalam nampak orang melepak atas jambatan tergantung ni. Sekali pergi, memang scary bhai~ Camnelah dorang leh lepak-lepak atas ni.

View dari atas jambatan. 

Berani giler minah ni. Aku memang gayat.

Hahahaha. Ingatkan berani sangat. 

Jom balik bilik dan berkemas. Kitorang nak check-out dah pagi ni.

Bergambar kenangan depan bilik. Gonna miss this place.

Memang tak boleh ikut agent kitorang ni. Setiap sudut nak ambil gambar. Hehe. Kalau ikut agent memang tak dapat la nak posing-posing merata-rata.

Wow! Cik Esah! Sakan!
Pagi ni selepas sarapan dan bergambar di kawasan sekitar resort, kitorang nak check-out sebab ikut plan hari ni nak balik Bangkok dan akan singgah di Death Railway Kanchanaburi dulu. Ada apa dekat Death Railway ni? Macam seram je nama dia. Wajib ke singgah sana kalau datang Kanchanaburi? Nak kata wajib, idok ler tapi alang-alang dah sampai, nak jugak tengok tahap ke-scary-an tempat tu. Death Railway yang juga dikenali dengan nama Burma-Siam Railway adalah merupakan landasan keretapi yang menyambungkan Thanbyuzayat, Burma (sekarang ni Yangon) ke Ban Pong, Thailand masa Perang Dunia Kedua oleh Empire Jepun. Dengar cerita, lebih dari 311,000 buruh dan tahanan perang dikerah untuk bina landasan keretapi yang sepanjang 415 kilometer ni, DAN seramai 102,000 buruh dan tahanan perang tu mati masa nk buat landasan ni. Sebab itu namanya Death Railway. Kesian kan? Kerana ketamakan dan keangkuhan manusia, manusia juga yang jadi mangsa.

Inilah Death Railway di Kanchanaburi. Betul-betul tepi lereng bukit batu je. Gambar ihsan Google Image.

Buruh yang dikerah untuk bina Death Railway ni. Kejamnya empire Jepun. Huhu. Gambar ihsan Google Image.

Beratus ribu mati untuk buat railway ni. Tinggalan sejarah yang menyedihkan tapi dalam masa sama menakjubkan. Gambar ihsan Google Image.

Death Railway dari jauh. Bahan binaan yang menggunakan kayu je tapi tetap utuh hingga kini. Gambar ihsan Google Image.

Antara posing di Death Railway. Boleh tiru ni. Keke. Gambar ihsan Google Image.

Kalau takde train lalu, boleh la merasa untuk berjalan atas landasan ni.
Selain dari sejarah yang kejam tu, sebenarnya keunikan railway ni terletak pada kekukuhan binaan-nya yang masih utuh sampai sekarang walaupun usia dah  lebih 100 tahun. Bayangkan serba serbi kurang tapi railway ni boleh siap dalam masa yang sangat singkat, dengan lokasi railway di lorong bukit (sebab tu ramai mati) tapi sampai sekarang railway ni masih kukuh. Syukur kita tak hidup masa zaman tu.  Ok, done tunjuk power dalam sejarah. Keke. Nak ke Death Railway Kanchanaburi ni kitorang set Google Maps je. Sebenarnya masa nak ke Death Railway ni, aku ternampak signage 'Death Railway' tapi route yang Google Maps tunjuk, kena drive ke depan lagi. Tak nak ambil risiko sesat, kitorang follow je route yang Google Maps tunjuk dan kitorang sampai dekat celah-celah rumah orang, jalan yang agak sempit dan tadaaaaa~

Kawasan sekitar Death Railway. Tak scary pun kan? Haha.

Death Railway. Seciput tu je. Tapi amazing jugak lah binaan dia tu.

Ada orang menjual air dan makanan lagi. Panas terik giler bhai~ 

Sila lah pakai topi atau bawak payung kalau ke sini. Memang terik gila.
Death Railway, River Kwai. Dah dikomersialkan sebagai tempat perlancongan.

My soul sistah!

Binaan railway ni memang kukuh. Sementara train tak lalu lagi, moh kita bergambar dulu.

Hakak sado pun nak bergambar jugak. Keke.

Rajin mak aku berjalan sampai kehujung. Panas giler bhai~ Tak koser aku nak jalan sampai hujung. Hehe.

Mak aku memang kuat sebab selalu berjogging pagi-pagi ok.

Bang Li tengok apa tu?

Sila pakai cap/topi ye kalau datang ke sini. Memang terik giler. Boleh pitam.

Cik Esah dan Bang Li merakam moment romantika. Adik aku ada amek video dorang siap edit music lagi tapi eksklusif dalam IG aku je. Keke.

Naseb Cik Esah bawak topi.

Bergambar kenangan berlatar belakangkan Death Railway.

Nampak mata aku takleh bukak? Memang terik!
Lepas bergambar di Death Railway tu, kitorang serbu kedai air kelapa dekat sini. Tak ingat harga berapa tapi unik dia letak dalam botol. So commercialize.

Konon nak bergambar ala-ala Vivy tak tengok kamera tapi macam tak jadik je. Hahaha. Anyway banyak kedai-kedai yang jual benda best-best dekat sini. Kot la nak beli souvenir bawak balik kan.

Haaaa, train ni akan lalu selang 30 minit tak silap aku. Bayaran dia tak ingat berapa tapi dia akan bawak kita lalu ke railway yang tepi bukit macam gambar Google di atas. Disebabkan kitorang nak kejar ke next destination, kitorang tak naik train ni. Lagipun sebenarnya aku tak tau kewujudan activity naik train ni so macam blur bila tengok train ni datang. Tapi  aku tengok ramai pelancong naik. 

Tak naik train, kita shopping souvenir je lah dekat sini. Sempatlah sambar baju untuk anak-anak sedara aku. Mak aku beli lilin comel ni. Kreatif sungguh.

Last pose sebelum balik.

Ya Auloh, panas terik giler. Memang betullah orang cakap Thailand ni panas yakmat. Aku rasa lagi panas dari Malaysia dan Brunei. Unfortunately, route yang Google Maps tunjuk bukanlah ke Death Railway macam gambar dekat atas. Death Railway dekat sini more commercialize sebab banyak orang meniaga untuk pelancong-pelancong. Aku rasa kitorang patut follow signage yang memula aku nampak kalau nak ke Death Railway macam gambar dekat atas. But it's ok. Nak patah balik dah malas sebab panas giler dan rasa nak ke Bangkok je sekarang ni. Dan rasanya boleh naik train dari sini untuk ke Death Railway satu lagi tapi bayaran macam agak mahal sebab kitorang kena beli tiket return since kitorang park dekat sini. Train tu lalu jugak ke station Kanchanaburi so sesuailah kalau backpackers nak naik train ni. Anyway, sebelum gerak lebih jauh, kitorang singgah isi minyak dan serbu 7-eleven lagik! Keropok Lays dan air jeli dia WAJIB korang beli. Sedap dan nyaman gilak! Roti pun aku beli jugak. Untuk alas perut sementara nak sampai Bangkok.

Tadaaaa~ Inilah benda ohsem yang aku mentioned dalam last post aku. Air jeli! Addictive sebab saaaangaatttttt sedap! Dahla sejuk-sejuk minum air ni dalam cuaca panas. Urghhhh memang terbaik. Hari-hari kiroeang bondo air jeli ni ok. Boleh didapati di memana 7-eleven dekat sini.
Seterusnya, sebelum kitorang nak balik Bangkok, kitorang nak singgah di Maeklong Railway Market. Kenapa eh nak ke sana? Pasar je kotttt. Haaa ni nak habaq. Di Maeklong Railway Market, kita dapat saksikan keretapi lalu ditengah-tengah kawasan market tu, close enough untuk sentuh bumbung kedai yang ada dekat situ. Kalau tengok video memang seram! Tapi itulah keunikan tempat ni.

Hah! Cenggini lah keadaan market tu bila train lalu. Semua pakat tutup overhang roof memasing. Gap antara train dengan barang-barang jualan tu adalah dalam 10cm? Memang rapat! Gambar insan website www.tielandtothailand.com.

Dan ikut plan nak makan tengahari dekat situ sebab bila search, memang ada restoran halal berdekatan. Macam biasa, set Google Maps untuk ke Maeklong Railway Station and tadaaaaa~ Here we are! Agak mudah nak cari tempat ni tapi kena parking la dekat memana parking lot yang available. Market ni terletak berdekatan dengan kedai-kedai. Parking kena bayar ok. Dalam 50sen tak silap aku. Dan untuk info, kalau nak ke sini, seharusnya masa kita tu tepat bila train lalu sebab kalau takde train lalu ditengah-tengah market ni, it's just a normal market. So make sure check dulu timetable train ye. Masa kitorang sampai, train akan lalu lagi 45 minit. Dan tak silap aku train ni akan lalu 2-3 kali je sehari. So set your time right yah! Anyway sebelum tu, kitorang singgah toilet berbayar dekat kawasan kedai ni. Tengah jalan-jalan, ternampak banner 'toilet here!' Yang kelakarnya, toilet ni dalam rumah kedai orang. Pandai dia buat extra duit sebab susah nak jumpa public toilet dekat sini. Dan semestinya bersih giler.

Bergambar di Maeklong Station dulu. Market ni sebelah je dengan Maeklong Station.

Melawat market sebelum train sampai. Memang padat giler kawasan dia. Sedikit berbau dan sangat panas. Kalau bukan sebab nak tengok train lalu tengah-tengah market ni, memang jangan harap aku nak jejak sini sebab panas gila gila gila. Sila bawak tisu atau towel kecik ok.
Jeruk pun ada dijual. Sebenarnya Maeklong Railway Market ni pasar basah je.

Bergambar di tengah-tengah laluan train.

Terpikir aku macam mana dorang nak tarik segala barang jualan masuk ke dalam bila train lalu.

See? Kiri kanan penuh. Boleh ke train tu lalu?

Nampak kedai buah so singgah kejap.

Mak aku nak beli buah mempelam. Orang cakap datang ke Thailand wajib rasa buah-buahan dia.

Nampak tak baldi tu? Meman atas railway. Hish, camnelah dorang nak clear kan tempat ni nanti? Boleh ke?

Makcik hipster tengah potong buah mempelam mak aku.

Boleh bayang tak panas camne tempat ni? Dahla terkepung. 

Kitorang berjalan sampai kehujung macam takde apa-apa. Betul ke dekat sini? Ke train cancel hari ni?

Sempat beli air kelapa sebab panas sangat.
Masuk singgah kedai jus sebab mak aku nak beli jus sejuk. Tapi dorang ni jenis takde jual ais. Semua pure jus. Aku tanya orang kedai, memang train tak lalu lagi. Lagi few minutes dia lalu katanyer. Cepat-cepat bayar duit jus dan keluar dari kedai ni.
Dalam sejam jugak kitorang tunggu train nak sampai. Berpeluh macam air terjun dah muka dan ketiak aku ni. Giler ah panas. Lagi beberapa minit nak lalu, aku tengok pelancong dah start tunggu dekat spot menarik dengan kamera memasing. Tapi peniaga ni watlek watpis je berniaga macam biasa. Aku pulak yang berdebar tengok dorang. Then, tetiba ada bunyi train nak datang, aku rasa dalam 15 saat je, segala overhang roof, baldi, barang-barang jualan dah ditarik masuk kedai. Gile r laju dorang clearkan laluan train! Dan tadaaa~


Memang menakjubkan. Dengar cerita kerajaan Thailand dah sediakan tempat berniaga yang lebih selesa untuk peniaga-peniaga di sini tapi dorang tak nak pindah. Kalau dorang pindah, hilanglah keunikan tempat ni dan sah-sah pelancong takkan datang sini. Secara tak langsung efek jualan dorang jugak sebab tengok kitorang je dahlah. Berapa banyak habis beli buah, air, subang bagai sementara tunggu train datang. Kan? Tapi memang tabahlah dorang ni sebab giler panas nak mampoos tempat ni. Anyway, lepas tu kitorang pusing kawasan sekitar nak cari halal restaurant tapi dah pusing 2-3kali memang tak jumpa. Tak tahan denga kepanasan di sini, kitorang terus bergerak untuk ke Bangkok. Dari Kanchanaburi ke Bangkok, sama macam masa kitorang datang dalam 3 jam perjalanan dan lalu  beberapa tol dan tadaaaaa~

Dah start nampak bangunan pencakar langit. Macam lego kan bangunan tu? Aku tak pasti itu bangunan apa. 

Wow! MahaNakhon! Tallest building di Thailand. MahaNakhon ni merupakan mix-used development. Ada hotel, retail, unit condominium. Merupakan condominium termahal di Thailand. Kira sape duduk sini memang orang kaya Thailand la.

Masuk je Bangkok, jalan jammed gila! Jalan jammed gilak satu hal. Dengan kenderaan bersimpang siur tapi yang bagusnya dorang bagi kita jalan. Dan yang tak bagusnya sekarang ni bateri phone aku dah almost kong. Power bank pun tak membantu dan pendek cerita, masuk je kota Bangkok, kitorang sesat sebab aku dah tak boleh access Internet sebab semua phone bateri dah kong. Puncanya dari adapter la sebab kitorang beli 1 je adapter. Akibatnya terpaksa charge phone bergilir-gilir. Ini kali ketiga masalah adapter. Promise next trip aku akan beli 10 ketoi traveler adapter. Hamek! Dah berpusing-pusing tapi still tak jumpa arah nak ke Sukhumvit Road, ayah aku berhenti dekat stesen minyak. Kitorang decided untuk upah teksi, bawak kitorang ke alamat accommodation AirBNB di Sukhumvit Road. What to do? Dari kitorang sesat lama-lama kan? Mamat teksi ni cakap jauh sebenarnya Sukhumvit Road dari kawasan kitorang sesat ni so dia nak charge dalam THB300. Macam murah la jugak kan? So adik dan mak aku naik teksi tu manakala aku dan ayah drive ikut teksi tu. Seriously, sangat jauh. Dengan jalan jammed teroknya. Oh, kalau naik teksi dekat sini, charge dia tak termasuk tol ye. Penumpang yang kena bayar tol. Anyway, masa tengah ikut teksi tu, ayah aku cakap murah sangat THB300 tu sebab bapak jauh. Rupanya adik dan mak aku pun discussed benda yang sama. Dorang cakap nampak la mamat teksi tu macam gelisah. Mungkin sebab dia baru sedar yang dia letak THB300 tu sangat murah.

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai ke destinasi yang dituju, Sukhumvit Road! Ayah aku memang ikut rapat giler dengan teksi tu. Takot woi buatnya dia bawak lari mak dan adik aku. Dia lupa kot mak aku pun ada black-belt Taekwon-Do. Kekeke. Jalan dekat Bangkok dah lah bersimpang siur. Anyway, kitorang bayar kat mamat tu THB600 sebab kesian dia nak patah balik lagi. Dah lah jauh giler. Macam dari Muar ke Melaka. Ko bayang lah dari Muar ke Melaka, dengan jammed terok, nak bayar dalam RM40 je? Tapi Bangkok memang sangat murah. Teksi murah, makan murah, nak nangis rasa. Haha. Sebelum datang ke Bangkok, host AirBNB ni dah mesej mana kitorang nak parking kereta then ada assistant dia tunggu untuk bagi card masuk rumah. Security memang tiptop. Really recommended untuk sesapa yang nak ke Bangkok. Dekat dengan Tesco Lotus dan station LRT. Aku malas nak tepek gambar accomodation ni so aku bagi link je. Kot ada yang berminat nak duduk sini. Location wise memang sangat strategik dan harga pun tak mahal. https://www.airbnb.com/rooms/16657407 dan yang bestnya accom ni, host siap letak maggi tomyam thai untuk kita lahap. Maggi babi pun ada. Haha. So malam ni kitorang malas nak keluar, kitorang nak makan maggi tomyam tu je. Roti lembut gila dan jem oren sedap gila pun ada. Memang terbaiklah host ni. Malam ni kita lepak-lepak, sambil isi nyawa phone memasing. Esok kitorang nak ke mana? Sambung next entry ok?

Sekian.

Notakaki:
Untuk ambil gambar video di Maeklong Railway Market, aku sarankan suruh orang yang berdiri bertentangan dengan korang ambilkan video korang berdiri. Baru nampak real. And lokasi tu, sila lah berdiri di tengah-tengah antara dua kedai.

Xoxo,
Share:

0 comments:

Post a Comment