Assalamu'alaikum.
Kesimpulan dan tips penting dapat aku simpulkan untuk trip ke Beijing & Shanghai ni:
1. Beijing sangat bersih. Tak sebersih Jepun tapi surprisingly bersih dari KL. Manakala Shanghai kurang sikit dari segi kebersihan tapi still lagi bersih dari KL. Tapi tak dinafikan dorang ni (terutamanya Beijingers) suka meludah. Selang 0.1287 saat dorang akan meludah. Iskh kembang pulak tekak aku.
2. Sistem train dan bas di Beijing & Shanghai sangat efisyen terutamanya di Beijing so tak perlu risau. Download je Beijing Train Map & Shanghai Train Map di playstore. Dan setiap train mahupun bas memang disediakan signage untuk lokasi yang train dan bas tu akan lalu dan berhenti. Just be alert. Dan lokasi tu ditulis dalam dua bahasa iaitu Bahasa Cina dan English. Kalau naik bas di Beijing dan korang menggunakan transportation card, kena touch kad tu masa naik dan masa turun. Kalau naik bas di Shanghai, hanya touch sekali je kad tu iaitu masa naik sahaja.
3. Di Beijing banyak giler scammer. Asal tanya jalan je dorang cuba untuk scam tapi berlainan di Shanghai. Shanghainese agak telus bila membantu. Kalau boleh, elak naik teksi di Beijing ye. Berbeza pulak teksi di Shanghai yang tak nak berhenti bila kita tahan. Officemate aku bagitau, kena call company teksi kalau nak naik teksi di Shanghai.
4. Beijingers dan Shanghainese agak kasar terutamanya Shanghainese. Kalau nak naik train, Beijingers kebanyakannya akan beratur berbanding dengan Shanghainese, dorang ni main rempuh je. Ada satu incident dekat Shanghai, kitorang nak turun dari train, mak ayah aku dah lepas, tapi adik aku yang kurus kering tu stuck dekat dalam train sebab Shanghainese yang nak naik train tolak & halang dia nak turun. Apa lagi, naseb aku sado. Aku tarik adik aku dan rempuh mereka-mereka itu. Tau pulak nak marah tapi ada aku kesah? Kalau korang kena macam ni, korang jegil balik atau jerit balik dekat dorang. Dorang akan diam. Dan ada lagi satu incident dalam train di Shanghai. Aku tengah duduk then tetiba ada satu family masuk, ada sorang nenek. So aku terus bangun bagi seat dekat nenek tu. Dari memula aku bagi seat tu sampailah aku keluar train dengan family aku, family nenek tu asyik cakap Thanks dekat aku dengan muka yang super terharu. Pelik pulak tetiba kenapa dorang rasa sangat terharu aku bagi seat dekat nenek dorang. Rupa-rupanya Shanghainese memang tak akan bangun dari seat dia ye. Tak kira lah kau cacat ke, pregnant ke, dorang buat bodoh je dan dorang sangat taksub dengan phone dorang. Mata memang dekat phone je.
5. Bila bershopping di Beijing, kena tau harga barang dan pandai untuk tawar menawar. barang-barang di Beijing sangat awesome berbanding di Shanghai. Harga pun murah berbanding di Shanghai tetapi peniaga di Beijing lagi aggressive berbanding peniaga di Shanghai.
6. Wajib cuba Lamee or Mee sup dorang. Terbaik! Mee dia tu kenyal lain macam dan sup dia sumpah refreshing!
7. Bagi aku, solo traveler selamat je di Beijing sebab polis merata-rata berbanding di Shanghai yang tak ada polis pun. Alhamdulillah aku tak berdepan dengan situasi yang mengancam keselamatan atau kehormatan aku. Tapi ada je kawan aku yang kena raba masa di Beijing. So hati-hati ye. Malang tu takde bau.
8. Aku spent RM3000 untuk penginapan, transportation, shopping. Siap ada balance lagi. So pergi ke China ni sangat menjimatkan! Harga visa dia la sedikit sengal. Dan kalau boleh rent la wifi or beli simkad sebab susah jugak jadi macam kitorang yang sesat memanjang.
9. Anjing banyak giler dekat Shanghai. Dekat Beijing macam tak nampak sangat anjing. Stress hakak. Kucing pun aku dah histeria, apetah lagi anjing. Tetapi yang menariknya, di Beijing dan Shanghai, setiap malam di kawasan yang lapang akan ada makcik makcik pakcik pakcik berjoget tau. Bukan berjoget headbanging or melompat-lompat tapi ala-ala poco-poco. Healthy lifestyle kan?
10. Laki dekat Beijing dan Shanghai tak hensem langsung! Berbau pulak tu. HAHAHAHAHAHA!
dan last but certainly not the least,
11. Aku prefer travel dengan family berbanding travel solo. Bapak sangap jalan sorang-sorang dowh~ Hahahaha.
Syukur di beri rezeki lancar trip kali ni. Semoga ada lagi rezeki kitorang dan korang ke China. Seronok tengok tempat orang ni. Lain negara lain budaya.
Assalamu'alaikum.
Sekian.
Xoxo,
Done baca trip china, best!
ReplyDeletehaha thanks sudi baca.
DeleteVery nice writing! Terhibur saya baca :) . Thank you for sharing your experiences ya
ReplyDelete