Day 00: Persediaan ke Bangkok, Thailand.

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah tahun 2017 ni, Allah S.W.T bagi lagi rezeki untuk berjalan ke luar negara. Kali ni aku dan family plan nak ke Bangkok, Thailand! Woot Woot! Sebenarnya aku tak pernah pergi Bangkok dan aku tak faham kenapa Bangkok merupakan top 10 negara paling banyak dikunjungi di dunia sebab dengar memacam rumors tak best pasal Bangkok. Dalam mind aku, Bangkok ni BAHAYA. Tapi awal tahun ni, adik tercantik aku dah ke Bangkok dengan kawan-kawan dia. Dalam banyak negara dia dah visit, Bangkok ni dia puji melambung tahap tak hengat! Best giler dia cakap. Oleh kerana anak-anak sedara aku tak balik raya sebab tahun ni turn kakak aku beraya di rumah mertua dan boring kalau takde budak kecik 2 orang tu makanya adik aku yang cadangkan Trip Raya 2017, kitorang serang Bangkok! Kitorang akan ke Bangkok pada 26/06/2017 sehingga 01/07/2017 dan tak pasti musim apa. Musim panas mungkin? Bukan Bangkok sentiasa panas ke? Kekeke.

Tak banyak persediaan kitorang buat sebab aku macam nak biol lepas balik dari China. Kan aku study gila-gila masa nak ke Beijing & Shanghai. So otak dah tepu, tak boleh masuk ilmu baru dah. Lagipun kali ni adik aku yang plan itinerary based on tempat-tempat dia pernah pergi dulu. Tapi trip ke Bangkok ni kitorang plan nak sewa kereta so antara persediaan yang kami berdua dah buat:

|01|  TIKET FLIGHT

- Bab ni memang takyah cakap panjang, WAJIB! Tak koser nak drive dari Perlis ke Bangkok so naik flight je. Keke. Adik aku cakap, Suvarnabhumi Airport sangat awesome. Dan untuk turun di Suvarnabhumi Airport, hanya premier flight macam MAS, Thai Airways, dan sewaktu dengannya je yang landed dekat sini. Kalau naik Air Asia atau Malindo atau sewaktu dengannya akan turun di Don Mueang Airport. Kebetulan masa tu Thai Airways tengah buat promotion, seorang dalam RM425.10 sahaja so adik aku booked return tiket untuk 4 orang dari KLIA - Bangkok. Total RM 1700.40 sahaja. Luggage dapat 25kg seorang beserta meal (Oh untuk meal, boleh request siap-siap nak Muslim meal ye. Thair Airways memang serve halal meal tapi mana lah tau tetiba dia sediakan babi pulak. So request je siap-siap.)

26/06/2017 : Depart dari KLIA pada jam 8.55pm dan dijangka sampai Bangkok pada 10.05pm.

01/07/2017 : Depart dari Bangkok pada jam 9.05am dan dijangka sampai KLIA pada 12.15pm.

Dah ready!

|02|  ITINERARY

- Kitorang takde detail or fix itinerary. Kitorang cuma senaraikan tempat-tempat yang patut pergi secara kasar. Antaranya semestilah Bangkok City! dan kitorang nak cuba kelainan sikit travel ke luar bandar, dan Kanchanaburi menjadi pilihan hati sebab teringin nak tidur dekat resort atas sungai. In between 2 tempat ni, kitorang masukkan tempat-tempat yang boleh kitorang singgah iaitu Erawan Waterfall, Death Railway Kanchanaburi, Ayutthaya, Grand Palace Bangkok dan Maeklong Train Market. Pendek cerita, kitorang sampai malam di Bangkok, so tidur semalam di Bangkok, then esoknya ambil kereta sewa dan shoot ke Kanchanaburi. Tidur semalam then shoot ke Bangkok pulak. Hah, gittuh plan kasar kitorang.


|03|  ACCOMMODATION 

- Based on our itinerary dan flight ticket, kitorang decided untuk stay 2 hari 1 malam di Kanchanaburi dan 4 hari 3 malam di Bangkok. Dan disebabkan flight kitorang akan mendarat malam di Bangkok, so kitorang akan transit semalam di hotel berdekatan airport.

1| 1 malam via booking.com. 2 bilik di The Phoenix Hotel, Bangkok. Dalam 10minit drive dari Suvernabhumi Airport. Harga untuk 2 bilik sebanyak THB 1,440 / RM 180. Aku pilih hotel ni sebab dekat dengan airport dan diorang provide 2-way free shuttle from/to airport.

2| 2 hari 1 malam via booking.com. 2 bilik di Boutique Raft Resort, Kanchanaburi. Harga untuk 2 bilik sebanyak THB 4,200 / RM 530. Kitorang memang spend lebih sikit sebab nak bagi mak ayah aku rasa tidur atas air. Sweet kan kitorang? Hahahaha.

3| 4 hari 3 malam via AirBNB. Apartment di Sukhunvit Road, Bangkok. Total harga untuk RM1,300. Adik aku pilih apartment ni sebab dia cakap dekat dengan metro station dan Sukhunvit Road ni dekat dengan bandar.

So total harga penginapan kitorang untuk trip raya Bangkok adalah sebanyak RM 2010.

|04|  CAR RENTAL 

- Bab kereta ni memang pening sebab baca banyak blog ke Bangkok, ramai yang pergi secara backpack means banyak naik train dan bas. Aku pulak memang dari awal bertegas kena sewa kereta. Tak koser nak naik train untuk ke Kanchanaburi. Panas giler kotttt. So aku google-google, dan nak selamat takut kena tipu, aku decided untuk sewa kereta Vios/Honda City dan sewaktu dengannya dengan SIXT. Boleh ambil dan pulangkan di airport. Dan kitorang decided untuk sewa selama 2 hari sahaja. Total harga untuk 2 hari sebanyak THB 3,130.78 / RM 400. Sehari jatuh dalam RM200. Mahal la jugak tapi SIXT ni International Company. Mungkin boleh dapat lagi murah kalau boleh cari local yang buat kereta sewa tapi tak tau nak cari dekat mana. Anyway, untuk kereta sewa di Bangkok. boleh swipe kredit kad sahaja. So bermula lah detik adik aku meng'apply' kredit kad semata-mata untuk sewa kereta dekat Bangkok. Hahaha. Oh dan sebenarnya masa dekat Bangkok, kitorang tambah sehari lagi sewa kereta ni so cost sewa kereta dah lain. Nanti aku story dekat entry yang berkaitan. Hehe.

Anyway, macam mana nak book kereta sewa dengan SIXT? Klik sini. Lepas dah key-in tarikh nak sewa, dia akan hantar email dekat korang.

|06|  THAI BAHT

- Untuk ke Bangkok ni, aku rasa macam aku tukar RM 2400 untuk shopping dan makan sahaja. Itu pun tukar last minute dekat Brunei ni. Tak ingat rate dia berapa tapi masa aku tukar, anggaran kasarnya dalam RM1 = THB 8. Giler ringgit jatuh. Dulu RM1 = THB10.

|07|  TRAVEL INSURANCE 

- Haaaa yang ni aku tak ambil tapi aku sengaja letak dekat entry ni untuk peringatan dekat sesapa yang terjumpa dan terbaca blog aku ni. Aku tak ingat sebab apa aku tak ambil. Sepatutnya memang kena ambil sebab malang takde bau. So jangan lupa beli travel insurance sebelum travel luar Malaysia ok?

Rasanya itu je preparation kitorang nak ke Bangkok ni. Simple kan? Haha. Nampak sangat aku dah takde mood nak plan apa-apa. Just plan yang basic je. Oh disebakan Bangkok sama je cuaca macam Malaysia, so bawak baju yang tak tebal. Panas giler kotttt sana.

Sekian.

Notakaki:
Sekali lagi kitorang tak bawak adapter yang boleh digunapakai di Bangkok. Entah mana hilang adapter yang beli dekat Jepun tu. Tapi jangan risau sebab dekat Suvarnabhumi Airport ada kedai yang jual travel adapter. Murah dan cute! Dan kalau perasan, tiada persediaan untuk makanan sebab memang plan cari makanan dekat Bangkok je sebab makanan Halal sangat murah dan mudah didapati di sana. Worry not!

Xoxo,



Share:

4 comments:

  1. Nak tanya..sewa kereta tu perlu international driving license x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf Adib. Baru check folder spam. Comment awak masuk dalam spam. Tak perlu international driving license untuk memandu di Thailand.

      Delete
  2. assalamulaikum, macam credit card untuk sewa kereta tu after balik tu terminate terus ke kat tu? ke limit kan cred card?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Lepas balik tu pakai je macam biasa. Credit card limit ikut gaji tp rasanya leh je limit bagi 2-3k je kot. takut terguna lebih kan? bahaya jgk tu.

      Delete