Day 06: (Part 2) Pudong Park-Lujiazui, Shanghai.

Assalamu'alaikum.

15|04|2017 Sabtu. Selepas dah re-charge tenaga, dalam 7.00pm macam tu kitorang keluar semula ke Changping Road. Plan untuk malam ni, kitorang nak ke The Bund & People's Time Square sebab dua tempat ni dekat-dekat katanya dan kalau boleh plan nak naik river cruise di Huangpu River. Untuk pergi ke sana, boleh naik train Line 2 atau 10 dan turun di East Nanjing Road. Then menapak dalam 10 minit ke arah Huangpu River. Itu Google Maps cakap. We'll see kitorang jumpa ke tak The Bund tu nanti.

Anyway, ada apa dekat The Bund tu sampai dia jadi a must visit place kalau pergi Shanghai? The Bund ni merupakan kebanggaan Shanghai. Yang menjadi kebanggan tu sebab ada satu ketika tu ekonomi Shanghai jatuh dengan sangat teruk. Tak silap aku masa zaman dunia gawat tahun 1990an dulu. So bangunan-bangunan pencakar langit masa tu ditinggalkan sebab banyak company jatuh bankrap. Shanghai dah jadi macam bandar hantu masa tu. Tapi lepas ekonomi pulih, kerajaan China slowly bangunankan/hidupkan balik aktiviti kawasan sekitar dan sekarang dah jadi tarikan pelancong seluruh dunia dengan keunikan gabungan bangunan lama dan baru. Selain tu menariknya The Bund ni dengan hiasan lampu-lampu berwarna-warni pada bangunan dekat situ.

Cadangan China Travel Guide kalau nak tour The Bund.

The Bund. Cool kan? Macam painting. gambar ihsan Google Image.

Waktu malam. Bangunan bercirikan colonial tahun 1800-an.

Siang hari. Macam menarik kan kalau lepak sini?

Berjalan-jalan di Huangpu River. Boleh ambil river cruise tour untuk menjimatkan masa dan tenaga.
Mak aku request kitorang naik teksi je terus ke The Bund. Aku sangat sokong nak-nak kitorang takde Internet. Lagi berapa hari je tinggal, malas nak beli sim kad.  Bila tahan teksi, sorang pun tak nak berhenti. Aku tak pasti sebab apa dorang taknak berhenti. Ke sebab tengok kitorang pakai tudung?So masa berjalan nak ke Changping Road, kitorang ada jugak tanya few local people. Dekat sana dorang tak panggil The Bund. So bila sebut nak ke The Bund memang dorang tak faham. Tunjuk gambar baru dorang tau. Tapi dorang sendiri nak explain kat kitorang pon susah. language barrier. Tahan teksi memang tak berhenti ok~ So kitorang decide naik je train dan disebabkan haritu kitorang turun di East Nanjing Road dan bila google, untuk ke The Bund boleh jugak turun di Lujiazui Station, so kitorang decided turun dekat Lujiazui Station. Try jalan baru. Hehe. Dan bila turun dari train dan keluar di Exit 1, this is what we found:

Ini ke The Bund? Confuse kejap.

Apa-apa pun ambil gambar dulu. Memang lawa lighting dekat sini.

Tak pasti bangunan apa yang tiang besar-besar ni. Tapi yang purple tu aku rasa Shanghai Pearl Tower.

Rasanya ini Mansion apetah namanya.

Gabungan lama dan baru. Rupanya sekarang kitorang berada di Pudong Park di Lujiazui bukan the Bund. The Bund berada di seberang sungai Huangpu. Kiranya Sungai Huangpu tu memisahkan kawasan the Bund dengan Pudong Park ni.

Colonial Architecture wujud di Shanghai sekitar 1800-an

Besar kan column dia? Ayah aku nampak kecik di situ. Hehe.

Berseri my adik pakai jaket color tu. 

Kitorang tak naik pun Oriental Pearl Tower tu. Kitorang hanya jalan-jalan di kawasan sekitar je.

Bersandar pada kenangan. Keke. Ingatkan dah sampai the Bund. Tapi ok jugak sampai sini. Macam dekat dalam pesta. Warna warni dan happening.

Masa dekat sini, tahan teksi nak ke The Bund. Tapi teksi memang tak berhenti. Psycho.

Teksi tak nak berhenti sudah. Kita bergambar je dulu kan abah? Haha.

Huangpu River sebelah Oriental Pearl Tower tu je tapi malas nak seberang jalan. Mak aku pulak macam dah start memulas perut.

Kawasan ni walaupun sarat dengan bangunan tinggi, somehow rasa tenang. Dengan lighting yang ada pada setiap bangunan. 

Memang pengalaman yang unik dan lain bagi kami sekeluarga. Gittuh~

Take turn bergambar dengan parent. Keke.

Nampak tak escalator dekat belakang tu? Serius kagum sebab tak kan tak rosak kalau hujan?

Naik escalator untuk ke jejantas. Ada McD kat sini. Memula nak cari toilet untuk mak aku, tapi tak jumpa. So lepak makan aiskrim McD dulu. Hihi.

Memang sangat happening tempat ni.

Shanghai, checked. Lepas ni nak pergi mana abah ibu? Hehe.

Jejantas terbesar aku penah tengok. Connected from 4-5 sides rasanya.

Makan aiskrim McD sambil menikmati jungle concrete ini. Serius tenang. Pelik kan? Adakah disebabkan lighting bangunan-bangunan dekat sini?

Ramai jugak makhluk-makhluk yang melepak dekat sini. Termasuklah kitorang. Keke.

Disebabkan kitorang berlegar-legar dekat sini je, so gambar pun gambar yang sama. Mohon mengerti. Hehe.


Lepas dah jalan-jalan sekejap dekat area Pudong Park ni, kitorang ingat nak balik naik bas. Tapi bila check, takde pun bas yang pergi ke HaiFang Road. Sebelum balik semula ke Lujiazui Station, mak aku singgah toilet. Dia cakap busuk & kotor toilet dekat sini. Yarks!

Dari Lujiazui Station, kitorang balik semula ke Changping Road Station. Disebabkan kitorang tak makan lagi, so singgah la dekat restoran halal semalam tu. Malam ni semua order nasi goreng. Hehe. Esok apa pulak plan kitorang? The Bund tak jumpa lagi ni. Sambung next entry. Good night~

Sekian.

Notakaki:

Ikut hati nak turun dekat East Nanjing Road, nak cari the Bund sampai jumpa atau turun di People Square dan ingatkan nak dinner dekat Yuyuan Garden sebab ada orang cakap dekat situ banyak restoran halal tapi parent dah tak larat nak jalan so kitorang tan nak ambil risiko tersesat ke apa. It's ok, esok ada lagi.

Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment