Day 05: (Part 1) Changping Road, Shanghai.

Assalamu'alaikum.

14|04|2017 Jumaat. Konon berazam bangun awal hari ni. Azam je lebih. Sedar-sedar dah pukul 830am. Subuh pun kelaut. Lena betul aku tidur sampai tak sedar bunyi jam. Katil dia agak empuk bagi aku. Masa aku bangun tu, sorang pun dah takde dekat katil masing-masing. Tak buang masa, terus mandi dan bersiap-siap untuk check-out. Tak sabar nak jumpa parent dan adik aku. Ikut perancangan, kitorang akan jumpa di Hai Fang Road, sebab adik aku booked homestay via AirBNB dekat situ. Kiranya aku dari Xiaonanmen Station akan naik Line 9 dan turun di Zhaojiabang Road Station. Then naik Line 7 dan turun di Changping Road Station then naik bas atau menapak lah dalam 15 minit untuk ke accom tu. Untuk parent dan adik aku pulak, dorang dari Pudong Airport akan naik train Line 2 then turun di Jing'an Temple Station dan ambil Line 7 dan turun di Changping Road Station. Harap-harap ok lah dorang tu.

Urusan check-out mudah. Dan yang cerdiknya aku ni, aku study pasal Beijing je. Macam mana nak ke accommodation di Hai Fang Road tu aku tak study langsung. Cerdik kan? Yang aku tau aku kena turun di Changping Road. Then menapak ke Hai Fang Road. Map semua takde. Adik dan parent aku jam 7.30am lagi dah sampai di accommodation tu dan adik aku ada hantar mesej macam mana caranya nak ke accommodation di Hai Fang tu tapi sebab aku dah check-out, aku tak dapat Internet so aku tak terima mesej dia. Double cerdik untuk aku. Sesampainya di Changping Road Station, aku dah kena panic attack. Internet takde. Notes yang aku print pun takde maps untuk ke Hai Fang Road tu. Yang ada full address apartment tu je. Dalam hati memang aku doa sesangat dapat Internet seminit pun jadi lah. Aku nampak kedai jual sim card, dan masa aku depan kedai, tetiba aku dapat Internet. Terus menderu mesej adik aku masuk. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Then tak jadik beli simkad (cerdik kuasa tiga sebab dah gelabah), aku ikut direction adik aku bagi lepas aku tanya local yang lalu lalang. Adalah dalam 30 minit aku berjalan dan berpusing area tu, tapi tak jumpa. Serious aku nak patah balik ke Changping Road Station dengan harapan ayah atau adik aku turun cari aku kat sana. Tapi sekali lagi, masa aku tengah desperate tu, aku terserempak dengan Shanghainese couple yang tengah park bicycle. Aku approach dorang, ya Auloh, nasiblah dorang sangat fluent speak English. Doranglah tunjuk jalan dekat aku. Jalan lurus je katanya. Xie Xie and Wo Aini!


Kawasan sekitar. Abam & kakak tu suruh aku jalan terus je. Serius cuak tapi kawasan dia sangat redup dan tenang.

Shanghai tak sebersih Beijing. Tapi better dari sesetengah kawasan di KL.
Erkk.. Ini ke accommodation yang adik aku dah booked? Kenapa nampak buruk je? Tapi kawasan dia bersih.
Masa aku sampai di depan apartment tu, aku macam terkejut sebab luaran nampak buruk giler. Macam flat PKNS yang dah ditinggalkan. Aku bertambah stress bila nampak ada guard post. Bukan apa, mostly apartment dekat dunia ni, tak boleh di buat homestay sebab itu dah tertakluk dalam agreement jual beli. Yelah, for safety and security reasons for other tenants. Knowing that, aku lagi cuak sebab takut guard tanya. Sebab itu banyak homestay di AirBNB, kita kena rahsiakan identiti kita sebagai pelancong. Tengah aku telan liur nak melangkah masuk ke perkarangan apartment tu, aku nampak ayah aku. DADDY!!!!!! Dia risau aku kata dah ada kat Changping Road Station tapi dah sejam tak sampai-sampai sebab tu dia turun. Alhamdulillah. Syukur jumpa jugak selepas satu jam aku merayau-rayau dengan beg tarik aku tu.

Alhamdulillah, jumpa jugak Haifang Road.

Tengoklah, selamber je sidai baju kat luar camtu. Ini gambar aku zoom. Kalau tengok dari jauh, memang nampak selekeh. Bergantungan baju-baju kat luar tingkat. Sebijik macam flat-flat dekat Malaysia.

Untuk masuk ke unit apartment tu, ada kunci lagi. Bayangkan kalau aku dah sampai, tapi tak dapat contact mak ayah adik aku. Memang menggelupur lah aku tunggu kat bawah ni. So, Internet atau local sim card sangat penting ye. Nasiblah ayah aku turun nak cari aku. Hehe. Dan bila naik ke atas, sempit giler. Rasa claustrophobic sekejap. Ownerunit apartment ni is an Architect. So aku memang harap memang ok interior dia. Nama rumah dia pun smart. 203 Lane House.

Tadaaa~ Alhamdulillah dah sampai depan rumah. Tapi laluan dia agak sempit nak-nak dengan bawak beg.
Tapi, bila masuk ke dalam rumah ni, walawey~ Lawa gilak! Meh aku bawak tour rumah ni. Really recommended kepada sesiapa yang nak datang ke Shanghai.

Hello~ Masuk-masuk terus lalu dapur. Dahla smart dapurnya. Lantai pun best sebab pakai laminated timber.

Smart kan? Kawasan yang sempit rasa macam luas.

Complete dengan semua perkakasan. I like~

Jenguk toilet pulak. Mesin basuh pun ada.

Shower compartment. Towel pun disediakan. Shampoo, semua ada.

Bahagian sinki. Comel kan? Berus gigi, ubat gigi, semua ada. 
Masa aku sampai, adik terchantek aku tengah tidur. Mak aku baru bangun. Ye lah dorang sampai awal pagi kan. Ayah aku je tak aman nak tidur sebab anak sado dia ni tak sampai-sampai. Haha. Meh sambung tour. Serius lawa giler interior dia. Selesa. Smart.

Ruang tamu dan dining area. Tatami room pun ada as second bedroom.

Cute je tingkap kecik dekat situ. Amacam? Smart kan rumah ni?

Bilik aku dan adik untuk 5 hari di Shanghai. Bawah tu cabinet tau. Kiranya bilik tatami ni tinggi dalam 30cm. Kreatif untuk rumah yang sangat terhad spacenya.

Bilik tidur utama. Ada balcony di luar tapi dah di pasang glass wall. Dekat situlah kitorang sidai baju nanti. Hihi.

Pintu pemisah antara dining dan kitchen. Serius aku suka rumah ni. Terus hilang perasaan tak best bila tengok bangunan apartment ni dari luar. Hihi.

Dan yang bestnya rumah ni, semua plug point dia pakai universal plug point. So senang, tak payah berebut. Lega rasanya dah sampai. Rehat sekejap, aku terus masuk dapur panaskan nasi goreng Brahim's yang aku bawak dari Malaysia sebab aku tau for sure mak ayah aku tak makan lagi. Lepas makan, semua bersiap-siap untuk keluar ke destinasi pertama kami di Shanghai iaitu Yuyuan Garden! Ada apa dekat sana? Nanti aku cerita ok? Moh kita gerak keluar dulu. Dari Hai Fang Road, kitorang berjalan kaki untuk ke Changping Road Station. Aku ajak try naik bas tapi mak ayah aku macam risau takut sesat. Ok jugak jalan kaki untu hari pertama ni sebab masa aku sesat, banyak jugak spot menarik sepanjang jalan nak ke train station tu.

Sakura ada kat sini ok! Tak payah pergi ke Yuyuantan Garden dekat Beijing. Haha.

Hero aku. Kemahen posing. Haha.

My Ibu. Cantik kan kawasan ni?

Hmmm. Pandainya aku ambil gambar Kahkahkah! Adik aku offer nak ambilkan gambar tapi rasa macam dah banyak dah gambar aku dengan sakura. Tapi bila tengok gambar ni, nyesal pulak tak ambil gambar cenggini sebab masa dekat Beijing, aku banyak selpie je. Takde gambar cenggini. 

Pandai mak saya posing ye. Sape ajor ni?

Dah sampai Changping Road. Dahlah anjing banyak giler kat sini. 

Say bye bye to selfie. Hahaha. Akhirnya ada jugak orang tangkapkan gambar aku. Keke.

Bersih jugak kawasan ni. Kawasan accommodation kitorang duduk tu je kotor sikit.

Dah nak sampai train station. Ambil nyawa kejap. Jauh jugak kalau nak kena berjalan hari-hari macam ni. Lepas ni kena check nombor bas.

Pergi masa musim bunga katanyerr.

Eh.. cute pulak tengok mak ayah aku ni. Haha.
Masa sampai di Changping Road Station, kitorang beli Shanghai Transportation Card untuk memudahkan perjalanan kitorang di Shanghai. Sama macam Beijing, hanya perlu bayar deposit CNY20 dan kitorang top-up CNY30. So total untuk 4 orang = CNY200.

Inilah Shanghai Transportation Card. Kalau di Beijing, transportation card warna biru tapi di Shanghai, kadnya color purple. Ada story tak best pasal kad ni. Nanti aku cerita.

Menunggu train datang.

Orang tak berapa ramai di station.

Untuk info, setiap station di Shanghai ada signage ni. Cantik kan?

Sorang-sorang nak bergambar dekat sini. Haha.

Termasuklah aku. Haha.
Dari Changping Road Station, kitorang naik Line 7 dan turun di East Nanjing Road Station. Then dari situ ambil Line 10 dan turun di Yuyuan Garden. Kalau di Beijing aku pergi Yuyuantan Garden untuk tengok sakura, ada apa dekat Yuyuan Garden di Shanghai? Sambung next entry ya. Kbai~

Notakaki:

Ayah aku bagitau, dari Pudong Airport, ada satu station pertukaran train di mana dorang kena turun untuk tukar ke train lain tapi sebab dorang tak tau, so dorang tak keluar dari train tu. Sekali, train tu patah balik ke airport. So please be alert ya. Dan di Shanghai agak panas so kaki aku jadi lagi gatal. Dah try pakai macam-macam, masih gatal jugak. Siap merebak naik ke atas betis. Dan pada pendapat aku, transportation di Shanghai tak se-efisyen Beijing. Tapi jangan risau, masih disediakan tulisan Rumi (English translation) pada setiap tulisan cina tu.

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment