Day 03: (Part 3) Hongqiao Pearl Market, Beijing.

Assalamu'alaikum.

12|04|2017 Rabu. Sepanjang di Beijing, memang aku akan balik hotel untuk urusan solat, makan dan pembuangan sisa kumbahan. Kalau trip-trip aku sebelum ni aku rasa agak rushing, trip ke Beijing ni memang aku banyak relax je. Memang tak sangka 161 Beihai Courtyard Hotel ni dekat sangat dengan metro station, so mudahkan urusan aku nak pergi-balik dengan kerap. Aku promote free ni. Keke.

Selesai solat, makan maggi cup dan lain-lain, aku plan nak keluar ke Hongqiao Pearl Market sebab mak aku request Chinese Silk untuk dibuat baju kurung. Ya Allah, debor rasa nak membeli belah dekat sini. Memang kena tawar menawar dan dorang tak letak price tag. Tapi demi Bonda tercinta, lepas dah Google macam mana nak ke sana, aku bergerak ke Ping'anli Station. Cuaca tak berapa nak sejuk dah. Dan untuk ke Hongqiao Pearl Market, aku naik subway Line 6 dan turun di Dongsi Station. Then tukar ke Line 5 dan turun di Tiantandongmen Station. Kemudian berjalan kaki ke Hongqiao pearl Market. Dekat je, tak jauh pun. MasyaaAllah, ramainya manusia! Mat saleh lah paling ramai kat sini. Gila-gila shopping punya! Dekat Silk Market pun tak ramai macam ni. Dan aku perasan, barang-barang di Hongqiao Pearl Market ni lagi kebabom menariks! Wish me luck dalam membeli Chinese Silk untuk mak aku please~ Fuhhh.. Bismillah~

Sesampainya di Tiantandongmen Station. Tak ingat exit apa.

Haaa nampak tak bumbung pelik sebelah jejantas tu? Itulah tempat yang aku nak tuju.

Bersih. Jalan terus je lepas nampak pizza hut tu.

Besar Hongqioa Market ni. Tapi entrance dia depan lagi.

Masih mengekalkan Chinese Architecture walaupun sejemput cuma. Bismillah~

Dekat entrance. Sorry gambar gegar sebab aku takut nak snap properly. Hahaha.

Nampak tak minah salleh tu beria menawar?
Anyway, plan ke Hongqioa Pearl Market ni last minute. Semalam aku tanya kawan aku, Redzuan (dia yang cadangkan aku ke sini. Lagi best shopping katanyer.) berapa harga kain silk yang dia beli. Dia cakap dia beli 1 meter RM20-RM30 je. Aku macam, "Wow Murah giler!" Berbekalkan info yang si Redzuan ni bagi, aku berkobar nak beli. Tengah meng-usha kedai-kedai dekat sini, aku ternampak satu kedai yang jual Chinese Silk ikut meter. Memang lawa giler kain-kain dia. Peniaga dekat sini memang speaking fluent English. So, aku tanya lah 1 meter berapa dia jual? Dia jawab, '1 meter dalam CNY280. Berapa kau nak letak harga?' dia tanya aku. Uih, mahai giler dari harga yang Redzuan cakap. Kalau mintak diskaun 80% macam orang lain pesan, 1 meter aku leh mintak dalam CNY56. Kalau convert ke RM dalam RM75 semeter. Tapi Redzuan cakap dia beli 1 meter RM20 (which is for me kinda tak logic sebab Chinese Silk is the best silk in the world and bila tengok depan-depan, sumpah lawa kain dia!). Aku macam pening nak mengira, so aku cakap nanti aku datang balik. Dah ada bulan bintang dekat kepala aku. Tapi minah tu macam tahan aku dari keluar, dia paksa aku letak harga. So, aku letak je harga macam si Redzuan bagitau semalam. '1 meter RM20!'. Terus aku kena carut dengan minah tu. Dan terus aku keluar dari Hongqiao Pearl Market, tak singgah dah kedai-kedai beg yang menarik perhatian aku tadi. Kah! Terkejut kottt tetiba kena sergah.

Kalau bukan sebab nak beli Chinese Silk tu, memang aku tak jejak kat sini sorang-sorang. Scary giler peniaga dekat sini. Berpeluh-peluh aku dibuatnya. Ikut plan asal, lepas pergi ke Hongqiao Pearl Market, aku nak ke Beijing Olympic Stadium as known as Bird-Nest Stadium. Tapi, disebabkan gagal nak beli Chinese Silk untuk mak aku di Hongqiao Pearl Market, aku bergerak terus ke Silk Market. Cuba nasib dekat situ. Unfortunately, aku tak jumpa kedai yang jual Chinese Silk by meter. Yang ada cuma butik-butik jahit baju dan mungkin sebab aku masih trauma kena maki dia Hongqioa Pearl Market tadi, aku tak berani nak masuk butik-butik tu. Sorry mommy! End-up aku beli lagi Strawberry Peach Slurpy. Kekeke.

Chinese Silk. Ini jenis yang biasa je. Yang aku tengok tu memang cantik. Corak ala-ala Sakura. Gambar ihsan Google Image sebab aku tak berani nak ambil gambar.

Berkilat kan kain dia? Sebab tu mak-mak memang suka kain silk ni. Gambar ihsan Google Image.

Chinese Silk Floral Motives. Gambar ihsan Google Image.

Jam dah menunjukkan angka 730pm masa aku keluar dari Silk Market. Dan aku dah tersangatlah letih nak berjalan lepas dah seharian berjalan di Yuyuantan Garden tadi. Selepas berfikir-fikir perlu ke tak aku pergi Beijing Olympic Stadium, aku decided nak balik bilik je sebab esoknya train aku ke Shanghai dalam jam 10 pagi. Dengar cerita Beijing South Station sangat sesak dengan orang disebabkan proses security untuk masuk ke dalam station. Ramai cadangkan pergi 3 jam awal untuk elak sebarang kesulitan. That's means aku kena ada di sana jam 7 pagi! Dah lah aku spesis susah bangun pagi. Kalau terlepas train memang naya! Mahal giler kottt tiketnya. Beg pun tak kemas lagi.

Beijing Olympic Stadium dari pandangan atas. Gambar ihsan Google Maps.

Dari depan. Idea asal diambil dari bentuk sarang burung. Sebab tu selain dipanggil Beijing Olympic Stadium, stadium ni digelarkan Bird-Nest Stadium.

View malam. Lawa kan? Ralat lah jugak tak pergi. Patutnya aku tak payah ke Wangfujing hari tu. Haish, Salah planning. Takpe, ada rezeki datang lagi.
Jom balik je la hotel. Malam terakhir di Beijing memang rasa sayu. Rasanya kalau ada kawan, mungkin aku akan ke stadium tu. Tapi sebab sorang-sorang, aku jadi bosan nak berjalan. Semoga akan ada rezeki datang ke Beijing lagi. Amin.

Masa aku sampai pun dah gelap. Mood teringat Shanghai je ni.
Recommended beli air ni. Sedap! Kat China je ada. (kot)

Untuk ayah aku. Haha. Aku beli di Halal Supermarket di Niujie.

Dinner aku malam ni. Mesti happy kalau mak aku tengok ni. Dah berbuih dia suruh aku diet. Hahaha.

Sampai bilik, solat, makan, mandi, dan kemas beg. Beg aku gemok giler! Itu baru sikit je shopping sebab ketakutan aku to haggle. So takleh bayang kalau sape-sape yang spesis tak takut nak haggle, confirm lagi gemok beg korang!

Sekian.

Notakaki:

Kaki aku masih gatal-gatal. Bila dah malam, bintik-bintik merah lagi jelas kelihatan. Malam ni aku panaskan daging dendeng guna kettle. Takut basi kalau tak panaskan. Tapi memang basuh seheloknya sebab takut ada kesan minyak walaupun aku dah balut dengan plastik daging dendeng tu. Jadikan habit tinggalkan bilik hotel macam mula-mula kita masuk ok?

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment