Day 05: (Part 2) Yuyuan Garden, Shanghai.

Assalamu'alaikum.

14|04|2017 Jumaat. Sesampainya di Yuyuan Garden, aku tengok manusia agak ramai. Mungkin sebab ini adalah tourist hotspot di Shanghai. Yuyuan Garden bermaksud 'Garden of Happiness' dan berkeluasan dalam 5 ekar. Besar giler. 1 ekar je dah boleh muatkan 15 unit rumah Banglo berkeluasan 3,000-4,000 sqft (untuk 2 tingkat) plus taman permainan. Apetah lagi 5 ekar kan? Berusia lebih dari 400 tahun, Yuyuan Garden ni bukan taman diraja ye tapi ianya merupakan private garden terbesar dan terhebat untuk keluarga Pan (aku syak Pan ni menteri kanan raja-raja zaman Ming) di Shanghai masa Dinasty Ming. Selain tu, dia Yuyuan Garden jugak, korang leh tengok binaan bangunan dan landscape Classical Chinese Architecture. Memang menarik!

Dalam metro. Orang ramai untuk train Line 2. Terpaksa berdiri. Dan untuk info, Shanghainese takkan bagi seat dia dekat elderly atau sesape yang layak. Dorang buat dek je.

Signage di Yuyuan Garden. Tak menarik. Putih kosong je. Haha.

Abah aku pun nak jugak. Bukan selalu kan? Hehe

Rare kan signage cenggini? At least dari dalam train dah nampak. 

Dan bergambar kat sini dah jadi acara wajib tiap-tiap kali turun di train station. Hehe.

Nasib ada escalator. Di Shanghai agak moden berbanding Beijing.

Sibuk mencari Transportation Card. Haha. Biasalah jalan dengan parent ni, dorang memang suka kumpul kad, passport etc. Takut hilang katanya.

Touch & Go. Senang ada Transportation Card ni kan?

Panasnyaaaaaaa. I miss Beijing. Hahaha.

Manusia agak ramai di sini. Basikal yang dorang pegang tu free je. Tapi kalau nak guna, kena scan WeChat barcode dekat belakang basikal.
Subhanallah~ Ramai giler manusia. Siap ada orang datang mintak sedekah, boleh speak English lagi. Terkejut jugak aku sebab dekat Beijing tak pernah jumpa peminta sedekah walaupun Beijing lebih kekampungan berbanding Shanghai. Tapi pikir-pikir balik, kalau dekat Malaysia, peminta sedekah lagi ramai di KL berbanding di Muar atau Alor Setar. Keke.



Cuaca agak terik masa ni. Tapi bunga-bunga yang berkembang mekar menyejukkan hati ini. Todiah!

Suasana sekeliling di Yuyuan Garden. 

Entrance to Yuyuan Garden dari jalan besar.

Lentik habis pintu gerbang tu. Kalau korang nak tahu, lentik-lentik tu antara ciri-ciri Classic Chinese Architecture.

Bergerak ke dalam. Tak pasti exact location Yuyuan Garden tu tapi tengok ramai yang bergerak ke arah ni, kitorang ikut je.

My ibu bergambar kenangan.

Dah jumpa family ni, sikit-sikit berhenti ambil gambar. Haha.

Best jalan-jalan dengan family ni sebab ada orang tolong ambilkan gambar. Keke.
Banyak giler kedai souvenir dalam ni. Harga pun not bad. So aku memang sarankan family aku start shopping SEKARANG! Haha. Sebab lepas ni memang susah nak jumpa kedai souvenir macam ni.

Harga pun not bad. Bestnya shopping di Shanghai, peniaga dia lebih telus. Dorang letak tanda harga. Kalau di Beijing, semua nak main harga.

Ayah aku nak cari apetah. Itu yang dia tunjuk gambar. Tak ingat dia nak cari apa.

Aku memang sarankan korang beli souvenir dekat sini. Banyak choices dan harga agak murah. Kitorang beli souvenir awal-awal sebab nanti malas dah nak patah balik. Lepas dah memborong souvenir, kitorang berjalan lagi kedalam. Ingatkan nak masuk dalam Yuyuan Garden tu. Yang gambar-gambar ni semua di luar Yuyuan Garden. Untuk masuk ke dalam Yuyuan Garden, sorang kena bayar CNY40 tak silap aku. Tapi sebab ramai giler orang, so kitorang malas nak masuk. Bergambar dekat luar je lah.

Parent aku depan bangunan bercirikan Classic Chinese Architecture di perkarangan Yuyuan Garden.

Best jalan dengan family. Ceria sikit gambar aku. Kekeke.

Macam berpakat je deme ni pakai baju tona lebih kurang.
Tiba-tiba perut mak aku memulas. Hahaha. So cari toilet, ada dalam foodcourt. Mak aku cakap toilet dia bersih ada orang cuci. Aku memang tak kan masuk public toilet dekat China. Haha.

Food court. 

Cute pulak aku tengok bumbung dia lentik-lentik ni. Nampak tak tulisan hijau tu? Itu kedai jual buah berangan. Memang favorite mak aku tu.Masa beli buah tu, ada ke dia nak bagi  penuh1 beg plastik. Agak-agak lah kak oi.

Bridge zig-zaq yang agak famous itu. Malas nak naik sebab penuh manusa. Bergambar dari luar je la.

Abah kena paksa bergambar. Hahaha. Dah sampai tempat orang tu, kenalah bergambar kenangan ye dok?

Mak aku tak payah paksa. Sendiri volunteer nak bergambar. Haha.

Minah ni lagi tak payah cakap apa. Dia paksa kita ambil gambar dia lagi adalah. Hahaha.

Lawa giler bangunan ni. Tak tau pulak fungsi dia apa. Tapi serius lawa.

The best travel partner! Love you dik walopon ko selalu ambil gambar aku tak cantik. Hahaha.

Perghh.. acah-acah tak tengok kamera. 

My bonda yang tak lepas buah berangan tu. Hihi.

Sorry abah ibu. Anakanda mu merajuk kejap bawak diri sorang-sorang ke Beijing. Lain kali nak gi memana jangan lupa coordinator ye. Haha.

Tak tahu lah sebesar mana tasik ni.

Ok dah dah la bergambar. Lepas geram nampak. Haha.
Selesai bergambar dekat sini, kitorang bergerak nak balik. Tapi tetiba teringat mak aku nak cari silk dan bila kitorang google, ada kedai silk dekat sini. Jumpa tu jumpa tapi kedai tu dekat basement. Dah lah scary giler as if dorang jual silk tu illegally (secara haram). Disebabkan tak boleh tangkap gambar dalam tu, makanya tak dapat aku nak tunjuk keadaan kedai tu. Tapi tak cantik pun silknya. Mahal gila pulak tu.

Haus~ Kita minum dulu! Yang tak bestnya, orang sini kurenggg minum ais. So beli air pun tak banyak ais.

Macam dah penat je tu. Haha.

Masa bergerak balik tu, ternampak sculpture ni. Minah ni memang. Asal ada peluang untuk bergambar, laju je dia. 

Tapi photographer dia lagi laju ambil gambar. Orang ramai lalu lalang kotttt. Haha.

Entrance kedai silk tu. Kena turun ke basement ok. Ambil gambar curi-curi ni.

Di luar Yuyuan Garden sebelum bergerak balik. Kesian bunga-bunga ni mati kena pijak. Takde sivik betul.

Seterusnya kitorang nak ke Nanjing Road sebab aku ada terbaca somewhere, dia Nanjing Road ada kedai makanan halal. Tapi aku tak study bebetul dekat mana kedai tu. Aku ingatkan adik aku study pasal Shanghai since dorang yang nak datang Shanghai tinggalkan aku (Ungkit jangan tak ungkit! Hahahaha.) tapi dia pulak harapkan aku yang study.

Sabar ye abah ibu.
Masa sampai di East Nanjing Road, aku suruh parent aku tunggu di station sementara aku dan adik terchenta cari kedai tu dulu. Kitorang tanya sorang pak guard ni, dia macam faham apa kitorang cakap tapi bila ikut instruction dia, tak jumpa pon kedai halal tu! Dah habis satu kawasan kitorang jalan, memang tak jumpa. So kitorang decide, patah balik ke station. Masa dekat station, ada pegawai train lepak dekat sebelah mak ayah aku. So aku beranikan diri tanya dia. Dia siap tolong search guna telefon dia. Terharu! Tapi kedai tu kena naik teksi untuk ke sana. Dahla deme ni takleh speak English, karang kitorang lagi sesat, naya.

Stress mencari arah di East Nanjing Road.
So ayah aku cakap, balik je ke rumah. Beli je apa-apa kat convenient shop depan rumah, aku masak. Hahaha. Amboi, senangnya kata-kata beliau. Hahaha. Tapi tak nak argue, aku agreed je. So kitorang bergerak balik ke Changping Road dengan hampa. Kaki dah sakit berjalan, perut pulak lapar.

Apa-apa pun, meh bergambar dulu dekat signage East Nanjing Road Station.

Cantik lagi signage di Changping Road kan?

Hakak sado pun nak jugeee bergambar dekat sini.
Sampai je di Changping Road, mak aku cakap dia dah sakit kaki. Tak leh naik bas ke. Masalahnya tak tahu nak naik bas nombor apa. Dahla gelap sekarang ni. Kesiannya dekat mak aku. Masa tengah berjalan balik, mata aku melilau tengok sekeliling. Dengan harapan terjumpa restoran makanan halal. Aku penah baca somewhere, kalau nak tahu kedai halal, tengok signange color hijau dan putih dan sometimes ada lambang kubah masjid. Tetiba aku ternampak satu kedai ni. kecik je. Aku tanya adik aku untuk pengesahan. Lama kitorang berdiri seberang jalan tengok kedai tu. Memang SAH restoran halal! Yahooooo! Apa lagi, laju je semua melintas. Alhamdulillah. Tak payah la aku masak. Hehe.

Owner dia orang apetah tapi dari China jugak. Dahla cantik giler tukang masak dia.

Muka happy parent aku dapat makan. Haha. Harga pon murah dekat sini. Dekat jugak dengan accom kitorang. Memang menjadi port rasmi nak makan lah lepas ni.

Nasi goreng untuk aku. First time nak jamah nasi lepas 5 hari. Hahaha. Ada orang 4 tahun diet nasi. Gila. Hahaha.

Lamee untuk mak, ayah dan adik aku. Lapor bebenor order sorang satu. Aku dah pesan portion dia banyak. Deme tak nak caya. Haa lepas tu tak habis. Haha. 

Tengok lamee dekat Shanghai tak umpphh macam dekat Beijing. Tapi rezeki kan. Selesai menjamu selalu, kitorang balik ke accommodation. Sempat jugak singgah beli air etc dekat convenient store depan apartment. Aku agak suka area ni sebab semua ada. Pastu dekat sebelah apartment ada kedai urut refleksilogi. Ramai giler orang. Mak ayah aku nak berurut jugak, so lepas letak barang kat rumah, aku teman mak dan ayah aku urut. Seorang ikut pakej tapi tak silap aku dalam CNY100-120 jugak sebab ambil pakej yang best sikit. Bersih giler kaki ayah aku. Dorang buatkan pedicure. Dikikis segala kulit mati. Malam tu memang semua nyenyak tidur trerutamanya mak ayah aku la. Esok ada lawatan bisnes di Pudong. Good night~

Notakaki:

Sangat recommend untuk korang buat urut reflexology kalau datang ke Shanghai. Aku tak buat sebab malu dorang selak seluar depan-depan orang. Aku kan muslimah sejati. Hahahaha! Dan sepatutnya aku plan dalam jam 12 tengahari tu nak pergi ke Masjid Xiaotaoyuan di Jalan Fuyou (Exit 3 Yuyuan Station) sebab dengar cerita setiap hari Jumaat ada Satay Lamb best giler kat situ. Banyak je makanan halal kat Shanghai cuma awal-awal tu kitorang tak jumpa.

Xoxo,



Share:

2 comments:

  1. Assalamuakum SIS,
    Saya nAk tanya beberapa soalan lah, u dekat shanghai u pakai line phone msia or line sana?dan mcm mn cara nya?
    Dekat Yu yUan gardens tu tak ada kedai makanan halal ker?
    Di sana x ade grab ker?hehehe
    Transportation Card mcm mana nak beli?

    harap sis dapat membantu. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam unknown reader. Sorry baru perasan your comment. Dekat Shanghai memang tak pakai any phone line. Main redah je. Selalunya cari info siap2 masa dapat wifi dekat accommodation. Tp sy suggest beli line sana. Ada jual dekat kedai2 telco macam Mesia jgk. Tak silap kena bagi passport je. Harga dia bila convert dlm RM60-70 xsilap. YuyuanGardens ikut dari bacaan saya mmg ada makanan halal tp km x jumpa. Grab x pasti pulak ada ke tak. Haha. Tak terfikir pulak nak naik Grab. Rasa mcm takde sebab kalau ada mesti tuan rumah yang kitorang menginap tu bagitau masa kitorg tanya dia. Transportation card boleh beli dekat airport atau mana2 train station. tunjuk ke gambar kad purple tu. Refer dekat post persediaan sy ke Shanghai ok?

      Delete