Day 06: (Part 1) Pudong, Shanghai

Assalamu'alaikum.

15|04|2017 Sabtu. Tujuan utama mak ayah aku tetiba nak ke Shanghai adalah sebab bisnes kedai dobi family kitorang di Langkawi. Ayah aku nak usha mesin-mesin yang boleh dibeli selain untuk belajar sikit-sikit pasal mesin basuh yang ada di kedai dobi kitorang. Dan ayah aku direct contact dengan kilang mesin-mesin tu di Shanghai dan bila dia check harga, agent dekat Malaysia dah mark-up harga lebih 300% dari harga yang kilang di Shanghai bagi. So my advise dekat sini, kalau korang rasa nak try buat bisnes apa-apa, cubalah cari contact di China. Even boss aku pun import barang-barang construction dari Shanghai tau. Murah berganda katanya. Kualiti Ok je aku tengok. Alaa, deme yang jadi agent kat Malaysia pun ambil barang-barang dari China. Ok, done membebel.

Pagi ni ayah aku nak jumpa agent mesin basuh di Shanghai ni, Nelson dalam jam 9.00am. Nelson akan bawak kitorang ke kilang mesin basuh tu di Pudong. Pudong memang kawasan perindustrian dekat sana. So, selepas bersiap dan bersarapan roti + serunding + daging dendeng, kitorang bergerak turun ke bawah sebab Nelson cakap nak ambil kitorang dekat tepi jalan depan apartment ni.

Kita breakfast dulu! 

Dekat 9.00am kitorang gerak ke luar. Macam mana lah dorang leh bawak kereta & parking dekat kawasan sempit ni.

Betulkan dulu kasut sebelum berjalan. Keke.

Di hadapan 24-hour convenient shop. Menunggu Nelson datang ambil kitorang.

30 minit tunggu tak sampai-sampai. Kita bergambar dulu. Hihi. 
Dah lah Internet takde so kalau Nelson tu call pun, memang tak dapat lah. Itulah, dah cakap, turun bila Nelson text dah sampai. Bukan jauh naw apartment tu dengan convenient store ni. Seminit jalan je dah boleh sampai tapi biasalah orang tua. Hehehe. Dalam 45 minit jugak kitorang berdiri depan convenient shop ni dan akhirnya orang yang di tunggu-tunggu telah tiba. Dia cam kitorang sebab kitorang je pakai tudung dekat situ. Hehe. Nelson datang dengan boss dia. Nelson agak fluent cakap English dan dia bagitau, dia belajar sendiri. Hebatkan will power dia? Masa on the way ke Pudong, Nelson cuba selit jalan masa di highway. Terus kena tahan dengan polis. Dia try nak rasuah polis tu, tapi polis tu tak layan. Thumbs up! Kitorang cuak jugak sebab buatnya polis tu check identiti kitorang, naya sebab kitorang masuk sini guna visa melancong, bukan business.

Tak pasti dekat mana ni tapi kepala naga tu adalah train station. Tak ingat dah nama station tu. Unik kan?
Kitorang pun tak tau mana Nelson ni bawak kitorang tapi masa ni dah jam 1230pm tak silap. Lunch time. Sudah. Cuak dah ni sebab tempat yang dia bawak bukan restoran halal. Tapi mewah la tempatnya. Dia tanya kitorang tak boleh makan apa. Abah aku cakap la, no pork-no alcohol-no beef-no chicken. So dia cakap dia akan order seafood. Dan makanan yang dia order tersangatlah banyak. Memang betul-betul meraikan tetamu tapi tak semua kitorang lalu makan. Haha. Aku telan bihun dengan lala je kot. Ada 1 lauk tu, pau pork. Adoi lemah semangat. Dia cakap takpe, buang pork tu, makan je roti pau. Nak salahkan dia, dia bukan tau agama kita punya do's & dont's. Lepas dia cakap camtu, terus masing-masing letak sudu.

Sebelah ayah aku tu lah Nelson.

Dua orang lagi tu boss besar. Sungguh-sungguh dorang makan. 

Mak dan adik aku jamah bihun kosong je. Risau sebenarnya. 

Moga Allah tahu niat kami. 
Selesai makan, kitorang di bawa ke kilang. Sungguh-sungguh ayah aku belajar pasal cara nak kendali mesin basuh tu. Kalau rosak camne nak baiki etc. Pening kepala aku tengok komponen-komponen mesin tu. Betapa tak menarik minat aku. Haha.

Mesin basuh ni boleh pilih cover dia. Warna merah ke, hitam ke, oren ke.

Lawatan sambil belajar. Keke.

Rangka mesin basuh 20kg tak silap. Memang pantas deme ni buat keje.

Tekun ayah aku dengar si Engineer tu bercerita. Si Nelson la tukang translate kan.

Gini lah rupanya kalau melawat kilang masa tengah bercuti. 

Klasik sungguh blog jalan-jalan aku ni. Ko hado? Haha.

Kalau orang cakap ayah aku one of them pun, memang caya. Sejenis je muka. Haha.

Kilang ni takde lah besar sangat. Pelik kan macam mana dorang boleh supply barang-barang secara murah di China?

Ginilah rupa aku setelah hampir 2 jam menepek dekat sini. Haha.

Orang lain bercuti di Shanghai bergambar dengan bangunan tinggi-tinggi, kita bergambar dengan mesin ye Abah? Haha.

The laundry group. Kekeke. Bergambar kenangan sebelum balik ke Haifang Road.
Lepas sesi lawatan dekat kilang mesin basuh baju ni, kitorang mintakkan Nelson just drop kitorang dekat memana train station sebab macam jauh je dia nak hantar balik ke Haifang Road. Dari Haifang Road tadi ke Pudong mengambil masa dalam 2 jam jugak. Tapi ada benda kurang best bagi aku. Si Nelson cakap boss perempuan ni akan hantar kitorang. Pendek cerita, masa on the way ke sana, tetiba je boss ni cakap dia tak boleh hantar sebab kena ambil anak dia. Lepas tu dia call gaduh-gaduh dengan sape entah. Tapi sebab dia tak boleh speak English dan kitorang pun tak paham cakap dia, dia macam resah habis dalam kereta tu. Aku syak dia suruh kitorang turun dekat situ dan tahan lah memana teksi untuk ke train station. Bengong kan? Yang peliknya, tadi dia cakap nak ambil anak, tapi end-up dia drive dan bawak kitorang dalam 30-45 minit jugak then baru drop dekat Longyang Road Station (Line 2). Tapi sepanjang dalam kereta tu dia asyik call orang dan marah-marah. Serabut dan sangat tak selesa. Bila sampai di Longyang Road Station, lega yakmat!

Menuju ke sinar bahagia. Di Shanghai je kot ada open escalator cenggini. Haha. Tak rosak ke kalau hujan?

Kagum sekejap aku tengok escalator exposed cenggini. Terbayang akalau hujan ribut petir.
Ada insiden tak best masa nak touch & go dekat mesin scan tiket tu. Aku dan parent dah lepas tapi bila adik aku scan tiket dia, tak lepas. Dia tulis error dekat kad tu. Then pergi la check dekat kaunter, kaunter cakap kad adik aku rosak. Eh, baru je beli takkan dah rosak? Baru pakai berapa kali je. Nak tak nak, adik aku kena pergi beli tiket manually. Balance dalam tu dah la banyak lagi. Minah kaunter tiket tu cakap, kena pergi lodge report untuk refund kad tu dekat station-station besar macam dekat Jing'an Temple ke.. Pudong Airport ke.. Sabor je lah. Kita gerak balik lah dulu. Nanti pikir macam mana nak lodge report & refund.

Again. Tapi kali ni di Longyang Road.

Acara wajib kalau di train station. Separuh hari habis di Pudong sahaja. Takpe asalkan ayah aku bahagia. Memang niat dia nak datang tengok kilang mesin tu.

Abah aku cakap kena pegi jugak jumpa Engineer kat kilang tu sebab agent dekat Malaysia lepas tangan kalau ada masalah dekat mesin. Teruk betol.

Di Shanghai, rakyat dia agak kasar bila nak naik dan turun train. Diaorang akan main rempuh je kita. Kawan aku, Siew, dah pesan awal-awal untuk rempuh balik kalau kita kena rempuh. Hahaha.

Ingatkan dapat lah duduk sebab Longyang Road ni macam dah hujung-hujung jugak.

Alhamdulillah dapat jugak duduk. Keke. Shanghainese memang akan ignore je orang kurang upaya. Yes, jadi depan mata aku ye. Nanti aku story.
Alhamdulillah, sampai jugak di Changping Road. Masa sampai di station, dekat luar masih cerah. So kitorang nak try naik bas sebab semalam dan pagi tadi memang dah usha nombor bas yang lalu kawasan kitorang duduk tu. Sekali ada bas nombor 76 lalu dekat Changping Road. Kitorang naik bas tu dan turun dekat dengan Haifang Road. Lega tak payah jalan teruk-teruk. Disebabkan malam nanti kitorang nak keluar balik, so makan malam nanti-nanti lah. Malam ni nak pergi mana? Next entry ye. Adios~

Notakaki:

Ikut jiwa muda remaja ni, kitorang nak terus pergi ke Shanghai Flower Port dan French Concession lepas visit kilang di Pudong tu sebab dah dekat. Tapi mak ayah aku dah tak larat. It's ok, boleh tukar ke hari lain. Wajib pergi Shanghai Flower Port kalau ke Shanghai masa musim bunga. Ada apa sana? Tunggu last entry aku pasal Shanghai ok? Hahaha.

Xoxo,

Share:

1 comment:

  1. Boleh tak nak dapatkan contact ayah. Nak minta info dari dia berkenaan mesin dobi direct dari china ni

    ReplyDelete