Day 04: Beijing - Shanghai

Assalamu'alaikum.

13|04|2017 Khamis. Walaupun aku agak risau kalau tak terjaga pagi ni, tapi aku tidur dengan sangat lena. #pernahkekautidurtaklenahelda Anyway, pagi ni lepas Subuh, aku tak tidur balik. Terus bersiap-siap untuk check-out sebab train aku ke Shanghai dalam jam 10.00am. Menurut pengalaman travelers yang lain, dorang nasihatkan pergi ke Beijing South Station 3 jam awal sebab orang akan sangat ramai. Dengan urusan check & scan polis di setiap station lagi. Dahla tiket mahal. Boleh meraung kalau terlepas train ni. 

Nampak tak G13? Itu untuk train jam 10am. Untuk tau kod train, boleh check awal-awal di apps 'bullet train China' sebelum korang ke kaunter tiket. No. 6 di bahagian atas tiket tu adalah nombor platform. Manakala angka 11 tu nombor pintu untuk masuk ke platform dan 13F tu nombor seat aku.

Untungnya aku duduk berdekatan Ping'anli Station, tak payah nak tukar train banyak kali untuk pergi ke Beijing South Station sebab dari Ping'anli Station boleh naik Line 4 dan terus sampai ke Beijing South Station dan perjalanan mengambil masa dalam 20 minit sahaja. Best tak? Tepat jam 8.00am aku checked-out dan bergerak ke Ping'anli Station. Cuaca agak sejuk pagi ni dan sarapan aku adalah air milo kotak yang aku bawak dari Malaysia. Balut molek-molek dengan baju, insyaaAllah tak pecah. Semasa di Ping'anli Station, aku pulangkan semula transportation card a.k.a Yikatong Card dan dia refund deposit bersama-sama balance yang tinggal. Then, aku beli tiket metro untuk ke Beijing South Station dia mesin tiket. Aku pulangkan kad tu awal-awal sebab aku tak nak rushing nanti di Beijing South Station. Station besar ni selalu ramai orang dekat kaunter. Dan jangkaan aku tepat. Ramainya orang~ Dan untuk info kepada sesiapa yang nak naik bullet train ke daerah-daerah lain di China, station bullet train ni dekat atas sekali of Beijing South Station. Dari subway/metro tu, korang keluar, then nampak kedai makan banyak-banyak, korang jalan terus je. Dan korang akan nampak orang beratur ramai-ramai nak naik escalator. Lepas tu ada alagi escalator untuk ke tingkat paling atas. Lepas tu, macam biasa, korang kena lalu pemeriksaan polis. Scan lah segala beg yang korang ada. Pagi ni je dah 3 kali aku kena scan. Semput~

Selepas melalui pemeriksaan polis. Nasib bawak 1 je beg tarik. 1 lagi beg galas. 

Ramai kan orang? Semua tu tengah beratur untuk naik train masing-masing.

Aku hilang arah sekejap. Tak tau mana nak tuju.

Nombor 14 & 15 tu adalah pintu masuk ke platform. Memang banyak pintu masuk ke platform ni. So makesure tunggu di pintu yang betul ye. Aku kena tunggu di pintu 11.

Manusia macam bees. Ramai giler.

Selfie sekeping dulu. Masih ada 1 jam lagi sebelum train aku sampai.

Tak silap aku, mamat 3 orang tu petugas di station ni. Aku tengok dorang akan cuba hulurkan bantuan kalau beg besar. Tapi sebab aku trauma hampir kena scam dua kali, aku tak bagi dorang angkat beg aku.

Pintu nombor 13. Announcement akan dibuat dalam English jugak tapi aku tak paham sebutir pun dia cakap. Haha.

Dah jumpa pintu 11! So duduk dulu sementara dia nak panggil sebab ramai orang beratur untuk ke destinasi lain dulu.
Aku agak confuse (again) dekat mana dan bila aku boleh beratur. Sebab tengok pintu tu sentiasa ada orang beratur. Takut la kot terlepas kan. Lagi 15 minit sebelum waktu train berlepas, aku dah beratur dekat depan pintu 11. Aku tengok ramai jugak foreigner pegang tiket yang sama dengan aku, G13. Lagi 5 minit waktu berlepas baru dia bagi masuk ke platform. Fuh~ Nasib betul. Risau aku. Tunjuk tiket dan passport, dah boleh masuk dalam platform. Dan tadaaa~

Ada 2 dan 3 seat. Aku pilih yang 2 seat. Sempit kottt kalau ambil yang 3 seat tu. Dahla size aku ni comel.

Koc penuh. Semua nak ke Shanghai.

Platform 6. Bye bye Beijing. Moga ketemu lagi!
Perjalanan dari Beijing ke Shanghai mengambil masa selama 4jam 59min dan untuk info korang, perjalanan dari Beijing ke Shanghai ni depends on jenis train yang korang naik. Setakat yang aku tau, ada dua jenis. Satu, bullet train iaitu train laju yang direct terus dari Beijing ke Shanghai, takde stop-stop. Dalam 4jam 30min ke 5 jam dah boleh sampai Shanghai. Dua, sleeper train iaitu train biasa dan stop banyak tempat so masa perjalanan boleh cecah dalam 12-14jam. Kalau korang naik sleeper train, boleh tidur dalam train je. Bertolak malam dari Beijing, pagi-pagi dah sampai Shanghai. So, jimat semalam duit hotel. Tapi aku tak sanggup naik sleeper train. Satu, harga tak banyak beza pun. Dua, lama giler masa perjalanan. Tiga, tak sanggup nak guna toilet dia. Hihi. Aku prefer sampai siang di Shanghai, check-in hotel untuk semalam sementara tunggu parent dan adik aku sampai. 

Sepanjang perjalanan, aku tak berapa nak lelap. Risau kena raba. HAHAHA. Nampak tak aku sangat insecure bila travel sengsorang ni? Hehe. Aku tengok pakcik sebelah aku kemain dia nganga mulut. Lagipun view kat luar macam tenang je. Sempat jugak aku jamah roti & serunding untuk alas perut. 

Hahahaha!



Alhamdulillah, tepat jam 3 petang, aku selamat sampai di Shanghai Hongqiao Railway Station. Cuaca agak panas di sini. Tak macam di Beijing yang agak sejuk. Rindu pulak dekat Beijing. Hehe.

Hello Shanghai!

Berpusu-pusu orang nak turun. Sabar la sikit bang oi.

Smart people selfie dulu. Hahaha. Tunggu dah lengang, baru aku turun. Hehe.

Besar jugak ShanghaiHongqioa Station ni. 

Blur lagi. Nak gerak ke mana ni?

Nasib ada signage. Aku ikut arah subway.
Di Shanghai, aku dah booked penginapan via booking.com dan disebabkan nak tido semalam je, aku pilih Shanghai Chi Chen Boutique Hotel sebab dia ada dorm (bunk bed) yang asing lelaki dan perempuan. Harga semalam RM50 sahaja. Ok la kan? Asalkan dapat tidur selesa dan boleh guna shower. Dan aku pilih hotel ni jugak sebab dia sangat sangat dekat dengan metro station iaitu Xiaonanmen Station. Dari Shanghai Hongqiao Railway Station naik Line 2 dan turun di Century Avenue Station. Lepas tu naik pulak Line 9 dan turun di Xiaonanmen Station. Dua kali jugak turun naik station. Speerti di Beijing, aku download Shanghai Train Map jugak. Senang untuk aku tau line train apa aku kena ambil. Dan first impression aku pasal Shanghainese ni, dorang sangat kasar kalah Beijingers. Pakai rempuh je bila nak naik train. Di Beijing orang masih beratur dan di Shanghai tak banyak polis macam di Beijing. 

Sesampainya aku di Xiaonanmen Station, nasiblah ada escalator untuk naik ke permukaan bumi. Kalau tak boleh patah tangan aku nak heret beg gemuk ni. Dan lagi best bila Shanghai Chi Chen Boutique tersangatlah dekat. Dari exit station aku dah nampak signage hotel. Jom check in! Aku dah ngantuk giler ni. HAHAHA.

Depan hotel. Tenang jugak tempat ni. Gambar ihsan booking.com sebab aku tak larat nak ambil gambar. Hehe.
Hotel yang colorful.

Ruangan lepak-lepak. Tapi aku tengok takde sape pun melepak dekat sini.

Receptionist. Cute kan? 

Ala-ala hotel hipster 

Entrance
Selesai urusan check-in, aku diberikan kunci bilik dan selipar dan juga wifi password. Bila budak reception tu bawak aku ke bilik, aku sangatlah terkejut! Toilet kena share laki perempuan ok! Dan terbukak gituh je. Sesapa leh masuk dan tengok. Argh aku dah start stress. Tapi better dari kena naik sleeper train.

Bunk Bed. Smua katil dan berpenghuni. So aku ambil katil hujung atas.

Public toilet. Squating closet mengadap pintu masuk. Actually takde pintu pun untuk ke toilet ni. *Sigh*
Nasiblah beberapa jam je stay sini sementara nak tunggu parent dan adik aku sampai di Pudong Airport. Dorang dijangka sampai esoknya jam 5am. So aku berazam jam 7am tu aku dah gerak keluar. Aku jadi jakun sebab aku tak penah travel sengsorang dan share bilik dengan strangers. Awkward. Sangat awkward. Tarik nafas dalam-dalam. Then aku start panjat atas bunk bed tu. Charge phone aku dan try connect to wifi. Failed! Turun katil, then pergi report kat receptionist then budak tu bagi personal password dia, done! Terus mesej masuk menderu sebab dari 8am tadi aku tak dapat Internet. Lega dapat update dekat family yang aku dah sampai Shanghai. Masuk balik bilik, ada minah saleh mana tah baru masuk. Aku say Hi, dia senyum sumbing je dekat aku. Noharom. So, bukan orang Malaysia yang travel oversea je sombong. Mat saleh pun sama ok~ Malas nak layan orang sombong ni, then aku ke sink ambil wudhu' then solat jamak qasar Zohor-Asar secara duduk atas bunk bed aku. Haha. Aku tak yakin tahap kebersihan dekat sini. Masa aku tengah solat, sorang-sorang ahli dorm masuk. Chinese. Aku senyum, dia pun senyum balik. Then lepas tu aku sambar maggi cup tomyum, pegi lepak dekat area reception, mintak air panas dan duduklah melantak dekat bar counter yang mengadap jalan. Serius rasa sangat cool life aku. Hahaha. Tenang. Takde suara bingit boss dan manager office. Takde bunyi bising keyboard officemate buat kerja. Serius tenang.

Tengah aku melayan perasan dengan penuh asyik, tetiba masuk sorang abam ni dengan hanjing dia yang tersangatlah besar! Noharom! Spoil betul. Dah la hanjing dia sangat jinak jilat-jilat orang. Aku terus lari masuk bilik. Chais~ Kucing pun bisa membuatkan aku histeria, apetah lagi anjing. Argh stress datang balik. Tak faham kenapa dia bagi binatang masuk. Hotel kot? Aku baring kejap, layan IG dan FB, tapi mata tak boleh lelap. Maybe sebab awal lagi. Ikutkan plan asal, aku nak keluar ke Nanjing Road dan People Square then malam nak ke The Bund. Tapi rasa malas pulak sebab dorang tak bagi kunci untuk aku lock locker. Konon sebab aku stay semalam je. Tak berapa yakin barang-barang akan selamat, so aku decide lepak bilik je hari ni. Lagipun nanti memang dah plan akan ke sana dengan family aku. Tak seronok jalan sorang-sorang ni. Hehe.

Lepas sejam, aku keluar semula. Jam baru 7pm. Tapi dah gelap. Anjing maha besar tadi pun dah takde. Dekat sebelah hotel ada kedai runcit. Aku beli air teh lipton favorite banyak-banyak sebab nak bagi ayah aku rasa. Serius sedap weh. Korang kena cari. Lepas tu, aku jalan-jalan kawasan sekitar je. Ada satu kawasan lapang dekat bangunan baru yang tak diduduki lagi, sebelah je dengan Xiaonanmen Station, ada satu group makcik-makcik menari ala poco-poco dengan music yang kuat. Cool giler. Ralit kejap aku tengok aktiviti riadah dorang. Tengah aku ralit tengok, ternampak pedestrian beriadah dengan anjing. Memang la comel tapi urghhh tak suka. Aku terus lari balik hotel.

Sampai hotel, gosok gigi, ambil wudhu, terus solat jamak qasar Maghrib-Isya. Layan internet kejap, terus mata lali. Dalam dorm aku ada permanent resident. Bising giler dia cakap dengan mak dia kot. Sabor je lah. Nasiblah aku spesis mata senang lelap. First day dekat Shanghai pun berlalu begitu saja diiringi dengan dengkuran aku yang maha dahsyat. Padan muka korang. HAHAHAHAHA!

Sekian.

Notakaki:

Dekat Shanghai agak kotor berbanding Beijing dan anjing pun banyak. Jenis jinak pulak tu. Stress aku. Dan sebelah dorm perempuan adalah dorm lelaki. Riuh je aku dengar. Lelaki memang senang buat kawan kan? Tapi paling leceh nak ke toilet kena pakai tudung. Serious, ini terakhir kali aku book shared dorm.

Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment