Day 06: Takayama, Japan.

Assalamu'alaikum.

06|12|2016 Selasa. Jam 6.00am ayah aku kejutkan aku sebab memang dah pesan kena bangun awal sebab nak gerak dalam jam 7.30am hari ni. Bangun je tido, terus aku ke dapur untuk masak nasi, rebuskan telur dan panaskan sambal bilis untuk breakfast kitorang pagi ni. Aaa.. rindunya nak makan tomyam. Haha. Plan pagi ni, kitorang akan ke Shirakawa-Go yang terkenal dengan traditional Gassho-Zukuri farmhouse dan berusia lebih 250 tahun! Gassho-Zukuri ni merujuk kepada bumbung yang berbentuk segitiga seolah-olah menyerupai tangan Buddhist sedang berdoa. Tapi bagi aku, itu reason yang direkacipta oleh orang dulu-dulu untuk suit dengan bentuk bumbung yang dorang construct. Tapi hakikatnya, dari segi fahaman architecture, bentuk bumbung macam tu adalah sangat perfect untuk menahan jumlah muatan salji tebal dan angin ribut di kawasan tersebut. But still, awesome kowt orang zaman dulu kala boleh bina something yang sangat perfect tanpa menggunakan paku hokey! Dan disebabkan kehebatan mereka mencipta bumbung dan rumah yang awesome tu, pada tahun 1995, Shirakawa-Go telah tersenarai sebagai UNESCO World Heritage Site. Haaa ada ke reason tak perlu ke sini? 


Shirakawa-Go in Autumn. Gambar ihsan Internet.

Shirakawa-Go in Summer. Gambar ihsan Internet.

Shirakawa-Go in Winter. Gambar ihsan Internet.

Shirakawa-Go in Spring. Gambar ihsan Internet.
Rasa nak tumbuk dinding kan bila tengok gambar-gambar di Shirakawa-Go ni? Setiap musim memang cantik. Untuk tour di Shirakawa-go, aku dah booked siap-siap pakej dengan J-Hoppers. Boleh klik sini. Ada dua sesi untuk ke Shirakawa-Go ni. Sesi pertama adalah sebelah pagi iaitu dari jam 800am - 1200pm. Sesi kedua pulak adalah di sebelah petang dari jam 200pm - 600pm. Kitorang ambil sesi sebelah pagi sebab tak ramai sangat orang datang pagi-pagi. Harga untuk seorang dewasa dalam ¥4400. Harga untuk kanak-kanak pulak dalam ¥4000 seorang. Aku pilih J-Hoppers sebab dorang tawarkan pakej yang lagi murah berbanding syarikat lain dan bas J-Hoppers ni akan bawak kita sampai ke puncak tinjau. Aku baca review, syarikat lain akan parking bas kat bawah je so kalau nak ke puncak tinjau, kena menapak sendiri. Memang tak lah kan~ Untuk backpackers, aku sarankan korang stay dekat asrama J-Hoppers ni sebab ada diskaun lagi untuk ke Shirakawa-Go. Lepas dah booked online, J-Hoppers akan hantar email pukul berapa dan di mana kena tunggu. Sehari dua sebelum tarikh kejadian, dorang akan hantar maps kat mana bas dorang akan berhenti. Mudah kan?


View dari atas puncak tinjau in Winter. Awesome tak? Gambar ihsan Internet.

Perkampungan yang unik bagi aku. Tak kira musim apa pon, sentiasa nampak cantik. Gambar ihsan Internet.
Oleh sebab tour di Shirakawa-Go ni akan habes jam 12.00pm, dan kitorang kena check-out around 11.00pm, atas belas ihsan Mr. Yuki (host accommodation kitorang di Takayama), dia izinkan kitorang letak dulu beg-beg kitorang dalam Water Lily Homestay ni. Jimat duit. Takyah rent locker. Hehe. Untuk info, ada locker disediakan di Takayama Station. Takayama pagi ni hujan! Argh stress dah. Harap-harap dekat Shirakawa-Go tak hujan.

Semalam elok je cuaca. Hari ni pulak hujan. Memang sejuk giler sebab Takayama masa ni tunggu masa nak salji turun je.
Memula macam confuse dekat mana nak tunggu bas sebab kitorang ingatkan J-Hoppers ni besar macam Nohi Bus Station. Rupa-rupanya, bas J-Hoppers akan berhenti kejap di bus stop depan Takayama Station. Kitorang tau pun sebab masuk coffee shop di Takayama Station dan tanya staff situ. Disebabkan hujan, aku suruh mak ayah aku dan Adam tunggu dalam Takayama Station sebab kitorang bertiga nak bergambar dulu. Jakun dengan payung transparent katanyer. Hahaha.

Hujan di Takayama tak menghalang kitorang untuk berposing dengan payung transparent itu. Hahaha. Payung tu memang ada dalam rumah kitorang booked tu.

Adik terhensem aku pon nak join jugak. Haha. 
Tengah ralit bergambar, ada bas kaler merah dengan tulisan J-Hoppers approach bus stop tu. Tak ramai yang join untuk slot pagi tu. 4 Thais dengan 2 Chinese dari mana tak pasti. Tour guide tu J-Hoppers cakap selalunya penuh. Ayuh! Ke Shirakawa-Go lah kita!

Tour guide J-Hoppers yang bercakap non-stop sampai sakit kepala aku. Haha. Say Hi to Mr. Yamamochi yang berasal dari Takayama. Dia ni belajar speaking English sendiri-sendiri. Walaupon aku tak berapa faham dia cakap but still, hebat kot will power dia sebab 97.68% Japanese tak leh speaking kowtt.

Disebabkan tak ramai orang, sorang dapat 2 seat. Keke. Penat si Yamamochi tu dok bercakap dekat depan tapi masing-masing dah tak boleh fokus. Haha. Yang aku ingat dia cakap, 'becauseeeeeeee...' & 'of courseeeee...' dengan kesengauan yang terngiang-ngiang di telinga sampai sekarang. Haha.

Lepas dah semput si Yamamochi explain pasal Shirakawa-Go, lepas tu dia bercakap pasal Sarubobo Doll yang merupakan patung azimat penduduk di Takayama. Dorang percaya yang patung ni dapat lindungi dorang dari bad things, berjumpa pasangan yang baik dan happily ever after dan bila beranak tu mudah je. Erkkk.. Jodoh yang baik? Mr. Yamamochi! Meh hakak nak peluk kejap patung ni. Hahaha. 
Selepas 45 minit perjalanan, dan beberapa kali terlelap, akhirnya kitorang sampai di Shirakawa-Go. Sepanjang perjalanan memang hujan je. So kitorang pon memang dah pasrah. Takpelah, semalam Allah bagi rezeki rasa salji so hari ni redha je apa-apa yang Allah bagi kan?

Hujan agak lebat bila kitorang sampai di puncak tinjau ni. Sebenarnya kitorang berharap salji penuh macam gambar kat atas. Tapi sebab early winter kan. Dah kabo, salji ni ikut mood. 2 tahun lepas tak silap, salji dah turun kat Shirakawa-Go seawal bulan 12.

Walaupun hujan, kitorang tetap bergambar kenangan kat puncak tinjau ni. Kesian jugak dekat Yamamochi sebab dia excited nak tangkapkan gambar kitorang. Adik laki aku suruh kitorang pakai payung tu tapi aku rasa better dia yang pakai kan? Aku pakai tudung so takpe. Haha.

Batu-batu ni taktau apa motif dia tapi sebab hujan, tak banyak view cantik, so aku layan je bergambar kat sini. 

Tak lama pun kitorang kat puncak tinjau sebab hujan so pandangan keseluruhan Shirakawa-Go tak nampak dengan jelas. Sebelum apa-apa, meh kita bergambar kenangan depan bas J-Hoppers.

Replika Gassho-Zukuri farmhouse. Bumbung dia tak tebal macam original Gassho-Zukuri farmhouse.

Aku tak ingat rumah kat belakang tu apa fungsi dia. Tourism office kot.

Sebelum turun dari bas, Mr Yamamochi bagi sekeping printed map of Shirakawa-Go ni. Tempat mana kitorang patut tuju etc. Tapi bila turun dari bas, terus tak ingat letak mana maps tu. Kalau boleh korang pegang ketat-ketat maps tu. Penting tau.

Apalah yang digelakkan dorang. Ayah aku memang peramah. Kalau tak nak dia badmood, suruh la dia duduk kat memana dan sembanglah dengan sesapa. Hahaha.

Jom naik tangga nak ke Shirakawa-Go. Hujan.. please stop kejap. Kejap pon takpe.

Jambatan gantung yang diperbuat daripada concrete. Sungai pon kering masa ni. 

Pokok pon dah tak berapa cantik. Hmmm.. patut datang masa bulan 1-2, mesti salji dah tebal.

Gassho-Zukuri farmhouse yang pertama menjamu mata kitorang. Kecik je. Maybe ini store kot.

Tak pasti ni apa. Tak sempat tanya Mr. Yamamochi. Laju naw dia jalan ke depan dengan ayah aku.

Farmhouse yang dah dijadikan Gift Shop. Mr Yamamochi cakap, dah ramai penduduk asli meninggal. So anak-anak dorang move out ke bandar. Sayang kan?

Atok pakaikan glove untuk Adam ssebab sejuk giler kat sini. Lagi sejuk dari Takayama.

Ibu bersama longkang yang jernih yakmat airnya. Rasa nak minum je air longkang tu. Hahaha.

Klasik kan tiang lampu dia? Aku suka. Nak gambar macam ni jugak!

Pftttttt.. Malas nak cakap pape. Malas. Malas. Malas.

Aku dan silangan kaki yang tak dapat dipisahkan. Kitorang tak masuk pon lorong ni tapi mak ayah aku yang sesat masa nak balik ke bas, dorang masuk lorong ni. Dorang cakap ada longkang yang lagi jernih siap ada ikan koi berenang-renang. Arghhhh..

Abah aku depan one of the gift shop di Shirakawa-Go. Souvenir tak banyak pilihan tapi sebab adik-adik aku terlupa nak beli di morning market semalam, so dorang borong souvenir di sini. Cute giler keychain patung sarubobo tu.Kalau boleh, beli lah souvenir kat setiap korang pegi sebab lain tempat, lain souvenir yang dorang jual. Serius.

Farmhouse di Shirakawa-Go ni masih ada penghuni. Jangan pulak pegi redah je ok. Cantikkan rumah dia? Lagi cantik sebab aku yang amek gambar ni. Hahaha. Kalau masa summer padi menghijau mesti meleleh tengok view dia kan?

*Sigh* Pasrah je lah. Sape penah rasa macam aku rasa, angkat tangan?! Hahaha. Kita amek gambar orang kemahen cantik proportion gambar dia macam poskad  tapi gambar kita? Sob..sob..

Zoom in of the Gassho roof. Solid! Halus giler buatan dia. Mr Yamamochi bagitau, selang 30tahun dorang kena ganti roof ni sebab itu syarat dari UNESCO World Heritage. Dan kerajaan Jepun yang akan biaya kos menggantikan roof ni. Untuk membina bumbung cenggini, penduduk kampung akan bergotong royong reramai as known as YUI. Dorang akan mula keje dari pagi sampailah siap. Lepas tu dorang akan lepak dan makan reramai untuk celebrate keletihan dan kejayaan dorang siapkan thatch roof ni. Serius tak mudah ok untuk construct roof ni sebab dia main dengan banyak layer daun kering. Harga untuk bumbung bagi sebuah rumah boleh beli 1 unit kondominium kat Jepun ok.

Menariknya Jepun, setiap manhole cover ada design yang melambangkan tempat tu.

Kalau tak hujan, dan kalau padi tengah menguning dan kalau salji tengah menebal, Subhanallah mesti cantik giler. 

Disebabkan kos yang sangat tinggi untuk re-construct bumbung Gassho, kebanyakan rumah-rumah di sini sudah menggunakan bumbung moden. Low maintenance katanyer. 

Air bukit. Bapak sejuk! Ayah dan mak aku dah hilang masa ni. Tak tau dorang pi mana. 

Jom masuk Kanda House. Bayaran dalam  ¥300 seorang. Mahai. Tapi sebab hujan, so layan je masuk rumah ni. Kanda house ni dibuat sebagai separa museum sebab owner dia masih ada. Mr. Yamamochi dah bagi warning, kalau masuk rumah yang dibuat muzium, jangan bising-bising.

Ibu dan Adam bersama owner Kanda House. Senyum je pakcik ni.
Sebab dah bayar ¥300 sorang, dapat minum teh Jepun for free sampai kembung perut. Keke. Besar rumah ni. Nampak dari luar macam 2 tingkat je. Sekali masuk ada lima tingkat!

Mr Yamamochi tangkapkan. Suam je rumah ni. 

Pendiang api. Orang dulu-dulu masak air kat tengah-tengah rumah gamaknya kan.

Disebabkan binaan bumbung berbentuk segitiga, kebanyakan Gassho House ni ada space for attic. Tu yang sampai lima tingkat attic. Bahagian dapur di attic. Aku kena jalan tunduk tunduk sikit sebab ceiling level dia agak rendah.

Antara koleksi lama owner Kanda House. Memang tak berdebu langsung. Dorang lap hari hari gamaknya.

Keistimewaan Kanda House ni dengar cerita terletak pada tingkap dia. Bagi aku cool kot tingkap dia! As an architect, aku tak paham kenapa orang mesti terlampau concern kalau kita proposed long window especially dekat apartment unit. Konon senang jatuh la etc. Cuba tengok tingkap kat Kanda House. Relaks je dorang letak railing for safety. Helok je aku tengok.

View dari tingkat 2 Kanda House. Aman je kampung ni. Aku nak settle down kat sini boleh?

Merenung ke luar jendela. Menunggu bila la hujan nak berenti. Banyak lagi tak explore ni. Dah lah 2 jam je dorang bagi masa untuk explore kampung awesome ni. 

Ruang attic (loteng) dalam Kanda House. Ini level yang ketiga. Dekat sini dorang simpan barang-barang untuk bertani. Untuk binaan lantai, carpenter yang diberi kuasa untuk siapkan sebab ianya melibatkan struktur rumah. Kira orang pro je leh involve in the slab making. Macam dinding dan bumbung, penduduk akan ramai-ramai tolong construct. Menarik kan? 

Ada selipar disediakan. Kot la sejenis yang geli nak pijak lantai kayu atau takot stokin tu kotor. Keke.

AWESOME! Binaan Gassho House tidak melibatkan paku. Inilah struktur utama bumbung 'A' yang menjadi tunjang utama untuk support struktur bumbung bila salji turun dengan maha lebat. Nanti kalau aku explain panjang-panjang, korang yang baca pening pulak kan? Haha. Sekarang dah tau ke kenapa Gassho House ni listed as UNESCO World Heritage?

Bamboo halus-halus ni bertindak sebagai ceiling untuk Gassho House. Klasik sangat. Hakak suka! 

Smart kan? Hahaha. Silhouette dalam rumah tapi boleh nampak luar. Kalau cuaca elok, mesti lagi cantik gambar ni.

Untuk info, ada TIGA kampung di Jepun yang diiktiraf under UNESCO World Heritage of Gassho House ni. Tetapi setiap kampung memiliki jenis dan style Gassho House yang berbeza. Menarikkan?

Gassho House untuk ketiga-tiga kampung ni berbeza dari satu sama lain tau. Semua ni depends on the struktur rumah dan struktur rumah tu pulak berpandukan characteristic kampung masing-masing.  

Kalau kita tengok bumbung Gassho House di Shirakawa-go ni dah curam, bumbung di Suganuma-Go and Ainokura-Go lagi curam sebab salji turun lebih lebat dekat sana. Mungkin lepas ni aku boleh plan ke dua kampung tu pulak. Hehe.

Subhanallah.  Bagi aku, terlampau hebat binaan bumbung Gassho House ni. Kalau korang nak tau, struktur untuk Gassho House ni dibina asing-asing. Dia tak share rangka yang sama. Rangka untuk rumah asing dan rangka untuk bumbung dia lain. MasyaaAllah lagi aku rasa kagum. Macam mana lah dorang transfer load bebanan bumbung yang berat ni ke dasar bumi? MasyaaAllah. Memang layak diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage!

Lepas dah jalan-jalan kat bahagian attic, kitorang turun ke bawah. Ada heater tapi tak membantu memanaskan badan pon. Kecik naw. Hahaha.

Moh kita keluar. Sejam dalam ni, cukup lah tu. Ada beberapa minit je lagi. Kitorang cari parent kitorang dan Adam tak jumpa pon. Mana la dorang pegi. Tengok kasut, pon dah takde.

Side elevation of Gassho House. Bucu bumbung tu hampir sangat dengan level tanah.  Sebab tu tingkap dalam Gassho House ni semua dekat bahagian 'A' rumah.

Berlindung dari hujan yang membasahi bumi Shirakawa. Boleh jadik model minah ni. Hahaha.

Buah pisang kaki yang manis. Rasa nak petik je.

Kedah pantang kalah! Mana la pegi mak ayah aku ni. Dorang keluar dari Kanda House tak bagitau pon.

Cantik kan kampung ni? Kalau padi menguning lagiiiii awesome. Tak pon kalau salji menebal.

Aku tak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan walaupon aku rasa pelik dengan position gambar ni. Hahaha.
Sempat lagi masa berjalan balik ke arah bas. Memang tak sempat nak tawaf satu kampung sebab cuaca yang tak berapa best. Memang basah kuyup kitorang tapi naseb pakai trench coat.
Senget! Arghh stress! Cuba ikhlas sikit tangkap gambar tu. Tu pon naseb ada orang tangkapkan gambar kan?

Babai Shirakawa-Go. Ada rezeki kitorang datang lagi. Kalau boleh nak datang masa salji tengah tebal giler. Mana pegi mak ayah aku ni?

Jajan untuk dimakan dalam bas. Lapor.

Aku sempat beli pisang kaki untuk mak aku. Besar giler buah nya. Manis! Memang sedap dimakan. Krup krap krup krap bila kunyah.

Susu coklat yang wajib korang cari, memang sedap! Kenyang pulak tu. Ni aku beli dekat Takayama tapi dalam bas baru nak minum. Hehe.

View dari atas jambatan gantung menuju ke parking lot. Bas lagi 10 minit akan gerak balik ke Takayama.
Sebenarnya ada insiden pecah perut aku gelak kat sini. Masa dah habes tour Shirakawa-Go, adik tercantik aku nak ke toilet. Oklah aku teman kat luar sebab aku risau tak jumpa lagi mak ayah aku ni. Dalam bas pon takde. Ingatkan dorang jalan dengan Mr. Yamamochi. Tapi aku nampak si Yamamochi tu tengah sembang-sembang dengan tourist lain. Then masa tengah menunggu tu, adik aku dah jerit panggil aku. Cuak giler sebab aku ingatkan ada orang harass dia dalam toilet. Aku pon melangkah masuk toilet dengan gaya seorang ahli sumo lah. Sekali rupanya dia tak boleh bukak zip seluar sebab tangan dia tiba-tiba kejang kesejukan tapi dia dah nak terburai sangat-sangat. Hahahaha. Tak penah dibuat orang, orang lain nak membuang, orang lain yang kena bukakkan zip seluar. Adoilah. Masa tengah gelak tu dari jauh nampak mak ayah aku berjalan lenggang kangkung.

Rupa-rupanya mak ayah aku dah sesat masuk ke dalam kampung tapi bagus lah. Dorang boleh tour satu kampung. Haha. Kitorang duduk dalam Kanda House tu lama sangat. Tapi nak buat macam mana dah hujan kat luar. Payung pulak terhad. Mak aku cakap, ayah aku membebel sebab dorang sesat. Hahahaha. Sape suruh tinggal anak-anak kat belakang kan. Hahaha. Mak aku cakap, dorang siap jerit panggil kitorang turun masa dalam Kanda House tapi serius kitorang tak dengar. Giler ah solid structure Gassho House ni.
Jom balik. Hujan sampai ke petang ni tengok gaya. Babai Shirakawa-Go. Kenangan yang manis aku bawak bersama. Sob..sob.. 
Dalam bas memang kitorang semua tido. Si Yamamochi yang bercakap macam bertih jagung tu pon senyap. Letih gamaknya. Sampai Takayama tepat jam 12.00pm kauuu~ Memang punctual betul. Takayama masih hujan so ayah aku suruh mak aku dan Adam tunggu dalam Takayama Station sementara kitorang berempat pegi amek beg di Lily Water Homestay. Bila sampai kat homestay tu, ada sorang Japanese old lady tengah kemas-kemaskan rumah tu. Rupa-rupanya dia mak Mr. Yuki. Masa bawak keluar beg tu, Mr. Yuki baru turun dari tingkat atas rumah dan dia offer untuk hantar kitorang ke station. Alhamdulillah. Lega~

On the way ke Lily Water Homestay. Mana pegi tah orang kat Takayama ni. Jarang nak muncul.

Bergambar depan rumah bersama makcik yang tegang gebu giler kulit dia. 

Oh Mr. Yuki. Cute jugak dia ni. HAHAHAHA! Masa ni hujan batu turun dan esoknya dengar berita, salji turun di Takayama. Arghhh! We missed the first snow in Takayama!

Nikmat apa yang kau dustakan Helda?
Babai Sarubobo! Nanti ada rezeki kitorang book rumah awak lagi ye. Btw, aku memang terkejut memula masuk rumah ni, ternampak patung takde muka ni. Lepas dah tau azimat dia, terus rasa nk peluk cium. Hahahaha. (Doakan hakak jumpa jodoh yang baik ye sebab hakak dah peluk kawan awak dalam bas tadi. Keke.)
Mak aku dan Adam di Takayama Station. 
Pada mulanya, aku dan adik-adik plan nak tour sekitar Takayama ni sebelum kitorang gerak ke Tokyo sebab dari mula kitorang sampai, kitorang tak sempat nak tour the whole town. Tapi sebab masih hujan dan kesian pulak nak suruh mak ayah aku lepak lama-lama di Takayama Station, so kitorang decided terus gerak ke Tokyo. Bila check Hyperdia, next train tu Tokyo akan tiba dalam beberapa minit je lagi. Terus kelam kabut berlari ke platform sebab kalau terlepas train ni, kena tunggu lagi sejam. Kalau kat luar tak hujan takpe la nak tunggu lama kan. Sampaikan aku lupa terus plan nak book seat sebelah kiri sebab kalau dari Takayama ke Tokyo, seat sebelah kiri is the best untuk tengok Mount Fuji dengan lebih clear tanpa sebarang halangan. Aiseh~

Balek dari Jepun, terus sado semua tangan kaki. Hahaha.

Mak aku teringin nak duduk belakang driver. Memang serius je driver tu handle JR train ni.

Yang check JR Pass kitorang pun serius.
Sedih rasa hati nak tinggalkan Takayama. Honestly untuk dua hari pertama di Jepun, aku rasa sangat stress. Memang tak enjoy sangat dan salah satunya sebab salah pakai kasut. Sakit giler kaki bila berjalan. Tapi bila datang Takayama ni, memang lebur terus mood tak best dalam diri aku ni. Memang aku betul-betul in love habes dengan Takayama. InsyaaAllah ada rezeki nak datang lagi dan FOR SURE aku akan pergi ke Shirakawa-Go lagi.


Hakak sado merenung naseb kaki sendiri. Itulah, nak beli kasut boot murah kan? Hahaha, Nak berjalan ni better lah pakai sport shoes.

Masa dalam train ni lah kitorang makan nasi dan sambal yang aku dah panaskan pagi tadi. Cukuplah untuk alas perut. Daging dendeng dah habes. Padahal order 1kg tuuu. Aku memang recommend korang order daging tu kalau nak travel. Cantikkan view kat luar? So boleh bayangkan tak, I'm having my lunch while looking at this awesome view? Jealous tak? Hahaha. 
Babai Takayama. Babai Sarubobo. Babai snow.  Jumpa lagi... Sob.. Sob.. Sob.. 30 minit lepas tu terus aku tertido tak sedar diri. Keke. 

Notakaki:
Kalau ke Takayama, dan tak sempat nak ke Shirakawa-Go, korang leh jenguk Hida Folk Village yang mempamerkan (giler ah baku bahasa Melayu aku. Hahaha.) replika Gassho House. Selain tu tolonglah jenguk Old-Town Takayama dan tolonglah bergambar dengan Nakabashi Bridge yang legend itu. Confirm korang takkan menyesal.

P/S: Aku rasa nama tour guide J-Hoppers tu Yamamoto bukan Yamamochi. Hahaha. Sesuka hati je tukar nama orang.

Sekian.

Xoxo,

Nah! Aku belanja video sikit. Jernih kan air dia?


Share:

0 comments:

Post a Comment