05|12|2016 Isnin. Lena sungguh kitorang tido malam tu. Ketenangan yang ada di Takayama ni dah bawak lari segala kekusutan aku akan insiden semalam. Oh Bamboo Grove & Hozugawa River Cruise. Hahaha. Plan pagi ni, kitorang akan ke Shin-Hotaka Ropeway untuk bermain salji! Yeay! Untuk info, Shin-Hotaka Ropeway ni merupakan one of Japan's most unique ropeways tapi yang lebih awesome, ropeway ni menggunakan double decker gondola dan dorang ni yang pertama di Jepun ok!
|
Hah! Inilah Double Decker Gondola yang terdapat di Shin-Hotaka Ropeways. Dengan view gunung-ganang yang mendamaikan jiwa. Kau tak rasa nak nanges ke? Gambar ihsan Internet. |
|
Shin-Hotaka Ropeway semasa peak Autumn. Awesome giler kan? Gambar ihsan Internet. |
|
Shin-Hotaka Ropeway semasa Winter. Tak rasa nak gigit kuku ke bila tengok? Gambar ihsan Internet. |
Disebabkan tahun lepas, aku-adik tercantik-ibu aku je main salji di South Korea. So, kali ni, kitorang memang masukkan Shin-Hotaka Ropeway dalam itinerary ke Jepun khas untuk ayah aku, adik terhensem aku dan Adam. Nak bagi dorang rasa salji tu. Pengalaman bermain salji memang sangat awesome especially untuk pertama kali dan pengalaman melihat salji turun lagiiiii awesome! Disebabkan kitorang pergi early winter, sebulan sebelum datang ke sini, memang hari-hari aku dan adik tercantik aku akan check suhu di Shin-Hotaka sebab kitorang agak risau kalau salji takde sebab salji ni turun ikut mood dia. Kalau salji tak turun lagi, macam sia-sia je lah kan datang ke Shin-Hotaka. Pokok kat sana sah-sah dah tinggal ranting. Dah lah mahal jugak untuk ke Shin-Hotaka ni. Seorang dalam ¥5150 dan harga pakej ni termasuk return trip by Nohi Bus dan return trip ropeway untuk ke puncak yang setinggi 2155 meter dari paras laut. Kalau korang berminat, tiket untuk ke Shin-Hotaka Ropeway ni boleh beli di mana-mana kedai Lawson berdekatan. Aku memang strongly recommend korang beli tiket ni di Lawson sebab harga dia lagi murah berbanding kalau beli tiket secara berasingan. Cara nak beli, tunjuk gambar Shin-Hotaka ropeway ni dekat pekerja Lawson dan mintak dorang belikan sebab bahasa kat vending machine tu semua in Japanese. Sembelit korang nak faham. Dan jangan risau, di Takayama ada je Lawson. So semalam baru adik-adik aku belikan tiket Shin-Hotaka dekat Lawson.
|
Ini adalah lakaran map untuk perjalanan ke Shin-Hotaka Ropeway. Ada dua kali kena naik ropeway sebelum sampai ke observation deck (point tertinggi). So, please be alert ya. Gambar ihsan Internet. |
|
Untuk info, masa beli tiket ni di Lawson, mesin tu akan keluarkan printed voucher je. So, masa nak naik bas, tunjuk je voucher tu. Tapi masa nak naik ropeway, korang kena pegi tukar voucher ni dekat kaunter tiket. Minah yang jaga kaunter tu akan bagi tiket cam dalam gambar ni. Simpan tiket ni sampai korang turun ke bawah ok sebab setiap kali nak naik ropeway, kena tunjuk tiket ni. |
Waktu untuk ke Shin-Hotaka Ropeway agak flexible. Selang 30 minit ada bus untuk ke sana. So pagi ni, sebelum ke Shin-Hotaka, kitorang nak ke Miyazawa Morning Market dulu. Kalau datang ke Takayama, WAJIB datang ke sini ok? Rasai sendiri culture membeli di pasar tani di bandar kecil molek ni. Semasa winter, market ni dibuka seawal jam 7.00am sampai jam 12.00pm. Kalau musim lain tak silap aku 6.30am dorang dah bukak. Lepas dah siap makan & pack untuk makanan tengahari kitorang di Shin-Hotaka, believe it or not, dalam jam 6.30am kitorang menapak ke luar. Tapi dah cerah giler!
|
Abah dan Adam dihadapan Lily Water Homestay. Mau tak sesat semalam kan. Sepesen je rumah-rumah kat sini. Tapi sepesen pon, nampak cool je. |
|
Do you wanna build a snowman Adam? |
|
Pagi di Takayama memang tersangatlah sejuk. Nak-nak keluar pagi-pagi 6.30am camni. |
|
Orang pun tak keluar lagi. Nampak tak semangat kitorang nak main salji ni? Haha. Bersih kan perumahan dia? |
|
Kanak-kanak Jepun yang berdisiplin tinggi. Nak jalan ke sekolah pun, beratur ok. Cute! Danlah pipi merah-merah. Bila kitorang greet 'Ohaiyo', dorang pon balas 'Ohaiyo' jugak. |
|
Belum apa-apa, hakak sado dah start berangan jadi model OOTD. Keke. Japanese townhouse as a background. Untuk info, townhouse ni dulu-dulu didiami oleh mereka yang ada pangkat sikit lah macam merchants dan craftsmen. |
|
Pagi yang sunyi di Takayama. Selalunya sebelum tido, Japanese akan letak sampah di luar. Nanti lori sampah akan angkat semua sampah-sampah ni. |
|
Kedai pun masih tutup. Kebanyakan kedai di sini akan bukak pada jam 9.00am sehingga 5.00pm. |
|
Semalam sampai tak perasan gerbang ni. Inilah bench mark untuk ke Lily Water Homestay. |
|
Abah aku yang masih keletihan. Memang sunyi giler town ni. Tapi rasa tenang je. |
|
Mencari Miyagawa Morning Market tak jumpa. So lepak sini kejap. Sebenarnya basah kerusi tu sebab hujan semalam. Tapi nasib pakai winter jacket. |
|
Macam tak ikhlas je adik aku amek gambar ni. Hahaha. Best explore town ni pagi-pagi. Dekat Malaysia, nak bangun pagi pon menonggeng. |
|
Terjumpa mini market ni Macam sedap je makanan dia. Alang-alang dah sampai sini, kitorang tanya kakak kedai tu, mana morning market. Rupanya kitorang jalan arah bertentangan. So kena patah balik. |
|
Siannya lah kat Adam. Mesti mengantok giler. Itulah, main lagi games sampai lewat malam. Orang lain dah tido, dia dok mengadap games. |
|
Mak aku geram tengok udang celup tepung dalam kedai ni. Apa lagi, beli buat bekal lah. Sedap! Kedai ni tak jual pork. So boleh la beli makanan berasaskan seafood. Sake pon takde sebab kitorang dah tanya ye. |
|
Macam-macam sushi ada. Semestinya seafood pilihan kitorang. Sedap giler. Tengok cara dia hidang pon memang menyelerakan. Siap balut lagi. |
|
On the way ke morning market, ternampak tumbuhan ni. Kat Korea ritu pon banyak tumbuhan cenggini. Cute giler! |
|
Nampak kedai roti, moh singgah dulu beli apa-apa yang patut. Nanti malas nak patah balik. |
|
Kedai ni jual roti dalam kuantiti yang terhad. Cute jek. Oleh sebab kitorang memang plan lama nak bertapa kat Shin-Hotaka tu dan makanan halal agak susah didapati kat sini, sebab tu nampak je mana-mana yang boleh dibeli dan dimakan, kitorang akan beli. |
|
Dah selesai borong roti, menapak lagi untuk ke morning market. Aku macam ragu-ragu dengan instruction kakak kedai tadi sebab nampak macam dia tak paham soalan aku tapi mulut dia tu dok pang pang cakap tunjuk arah. Tawakal la ye. |
|
Alhamdulillah. Jumpa jugak jambatan untuk ke morning market yang dicari. Kakak kedai tu memang terbaiklah! |
|
Kitorang ternganga tengok sungai dia. Jernih gila! Bersih pulak tu! Japgi aku tunjuk ye. |
|
Entrance ke morning market. |
|
Adam with the signage. Cute giler aku rasa signage tu. Haha. Nampak tak waktu dia beroperasi? Kalau boleh, sila check dulu segala jenis timetable sebelum korang datang Jepun. Jangan main redah je tau. |
|
Eh geram pula tengok hasil tani kat pasar ni. Di morning market ni, segala hasil tani dijual di sini. Selain tu ada buah-buahan segar dan hasil seni penduduk Takayama. |
|
Serius aku tak penah nampak sawi dengan bontot dia yang macam bawang besar tu. Mak aku suruh beli untuk dinner kitorang. Satu tangkai dalam ¥100 je. Cili padi pon ada. Itu pon aku beli untuk tambah perisa. |
|
Hasil kraftangan penduduk di sini. Sebenarnya agak murah kalau nak beli souvenir kat sini. Adik aku macam menyesal sebab tak beli kat sini. Pagi-pagi memang otak tak dapat berfungsi dengan baik. Haha. |
|
Ternampak kakak ni jual kopi dan hot chocolate. Aku beli 1 hot chocolate dia. Sedap gila! Memang lepas tu tak jumpa dah hot chocolate sesedap kakak ni buat. Pure, pekat, tak manis sangat, lemak berkrim, ahhhhh...sedapnya bila ingat balik. Tapi harga 5 kali ganda ye dari hot chocolate kat tempat lain. Hihi. 1 cup kecik dalam ¥500. |
|
Mak aku memang favorite buah-buahan segar. Apple kecik tu cute giler. Tak penah tengok pon. Semua jenis buah kat sini mak aku borong. Air juice dia pon sedap giler. Tu pon kitorang borong untu dibawa ke Shin-Hotaka. |
|
Macam-macam kaler epal ada. Manis pulak tu. Serius the best apple aku penah makan. Harga sebijik dalam ¥250 |
|
Kedai souvenir yang terdapat di morning market. Harga souvenir kat kedai-kedai ni agak mahal. Tapi ada ke yang murah kat Jepun ni? Sob..sob.. |
|
Haaaaa..Jernih tak sungai kat belakang Adam tu? MasyaaAllah memang tersangat damai kat sini! I'm in LOVE with Takayama! |
|
Arghh..arghhh.arghhh. rindunya kat Takayama! Terseksa batin bila tengok balik gambar ni. |
|
Disebabkan rasa geram melampau kat sungai yang jernih lagi bersih tu, kitorang menapak turun ke bawah. Cool giler tempat ni. Aku rasa aku boleh melepak tengok sungai ni je for 24 hours. Hahahaha. |
|
Adam yang kecik ni pon excited tengok sungai jernih tu. Siap ada itik-itik berenang renang. Serius, sangat mencadangkan korang datang ke sini. |
|
Dah habes memborong di morning market, kitorang nak balik kejap ke Water Lily Homestay untuk letak barang-barang yang kitorang beli ni. Adik aku bergambar di depan restoran apetah.Comey bunga-bunga menjalar tu kan? |
|
Maps of Takayama. Takayama ni memang bandar lama yang well-preserved. Dahulunya, Takayama dikenali sebagai town orang kaya. Ramai merchants duduk sini. |
|
Ada je elemen-elemen Architecture di setiap sudut town ni. Haaa jaket merah tu jaket aku ye. Dah pesan dah kat mamat sorang ni, Jepun sangat sejuk tapi dia wat-lek-wat-pis je. Sekali sampai Takayama, menggigil kau. Naseblah ada kakak yang sado ini. Muat untuk ko pakai. Hahaha. |
|
Dah letak barang kat homestay, kitorang bergerak untuk ke Nohi Bus Station. Masa ni dah jam 930am. |
|
Amek gambar signage ni wajib kalau kita travel kan? Sebab nak tunjuk tulisan tu je. Bukti kita dah sampai negara orang. Hahaha. |
|
Jalan nak ke bus station pon tenang. Haish geram sungguh. Huntunglah sape duduk kat Takayama ni kan? Untuk info, townhouse di Takayama ni memang nampak macam kedai-kedai lama. Sebabnya, tax dorang bergantung pada panjang permukaan rumah yang mengadap jalan. Oleh itu, lebar rumah yang mengadap jalan bagi rumah-rumah di Jepun agak sempit tapi memanjang ke belakang. |
|
Adik aku cakap, tulisan kat signage tu tulisan orang lama. Sebab tu nampak macam chinese sikit. |
|
Tulisan Jepun yang modern macam signage bangunan kaler coklat cerah tu. Kedai-kedai dah start bukak tapi orang masih tak ramai lagi. |
|
Takayama Station. Semalam terlampau gelap sampai tak nampak bentuk station ni. Smart kan station dia? |
|
Nohi Bus Station yang terletak bersebelahan dengan Takayama Station. Kecik je town ni. Jalan 10 minit, terus jumpa. |
|
Dalam office Nohi Bus pon ada kedai. Parah kena paw dengan Adam. Budak-budak, nampak je apa-apa, semua dorang nak. Sabor je lah. |
|
Kalau korang tak berminat nak berjimat dan nak beli tiket bas asing dengan tiket ropeway atau korang just nak melawat daerah Shin-Hotaka, boleh beli tiket bas di kaunter tu. Sila ambil nombor ye, jangan main redah je. |
Masa kitorang sampai Nohi Bus Station, orang tak ramai lagi. Tapi kena beratur lah sebab free seat dan bas sampai tepat mengikut jadual. Bas akan tunggu dalam 5 minit je pastu terus gerak. So please be alert ye.
|
Pastry yang dibeli dekat kedai roti yang humble tadi. Sedap gila! |
Perjalanan dari Takayama ke Shin-Hotaka mengambil masa selama 1jam 30 minit. Dalam bas, memang aku tido je. Siap berdengkur hokey. Hahaha. Bas ni akan berhenti di Shin-Hotaka Onsen Station sebelum meneruskan perjalanan ke last destination iaitu Shin Hotaka Ropeway Station! Di Shin-Hotaka Onsen Station, ada macam-macam dan antaranya ada kolam air panas ak.a ONSEN so adik tercantik aku plan untuk singgah sini masa turun dari Shin Hotaka Ropeway. Selain tu kalau nak hiking pon start dari sini. Ada jugak restaurants dan gift shops. Ramai jugak yang turun di station ni. Mungkin dorang nak mandi dekat onsen atau nak shopping-shopping di kawasan sekitar. Tapi kitorang decide singgah sini lepas turun dari ropeway nanti.
|
Perjalanan diteruskan menuju ke Shin-Hotaka Ropeway Station. Masa ni memang berdoa sangat-sangat agar adalah salji sikit. Kesian dekat abah aku dan Adam lah. Dorang teringin naww nak tengok salji. |
|
Yahooooo!! Ada salji!! Syukur Alhamdulillah~ |
Tazabarrrrnya nak sampai dan naik ke atas! Perasaan melihat salji di gunung ganang tu sangat indah. Excited giler walaupun masih dalam bas! Rasa macam dah semput membebel. Haha. Aku sambung di next entry apa yang kitorang buat kat atas tu ye. Memang sangat sangat sangat best! Sekian.
Notakaki:
Tiket ke Shin-Hotaka Ropeway ni tak boleh book online. Kena beli di Lawson dan dia ada quota. So kalau datang masa peak season, sila lah beli awal-awal. Kalau boleh, Day 1 kat Jepun tu dah cari tiket ni di Lawson. Macam kitorang beli last minutes, malam sebelum hari kejadian, memang agak stress nak mencari. Naseb adik aku jumpa Lawson tu dan naseb jugak masih ada kosong. Padahal di Kyoto, Lawson sebelah rumah je. Oh dan jugak, sila double check samada Shin-Hotaka ropeway ni bukak ke tak pada hari korang nak pegi. Kekadang tutup sebab annual maintenance.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment