05|12|2016 Isnin. Dari jauh dah nampak gunung ganang yang diliputi salji. Walaupun tak banyak, tapi ok lah kan. Asalkan ayah aku dapat pegang salji tu. Heksaited yakmat (rosak bahasa. Hahaha!) ni. Akhirnya sampai jugak tempat yang setahun kitorang plan nak datang. Alhamdulillah. Cuaca lagiiiii sejuk dekat sini. Air hidung pun dah start berlari-lari anak.
|
Masing-masing dah mula cari sarung tangan. Mengigil kesejukan dah ni. |
|
Inilah station pertama Shin-Hotaka Ropeway. Tadi macam nampak gunung ganang yang bersalji tapi bukit belakang aku tu macam takde salji langsung. Argh! Cuak balik dah ni. |
|
Tukar dulu voucher Shin-Hotaka Ropeway di kaunter tiket. Jangan terus beratur. Nanti dah tunggu lama, tiba-tiba tak boleh naik gondola. Tak ke meraung kalau nak kena beratur lagi. |
|
Orang tak ramai masa kitorang sampai ni. Maybe baru terlepas last trip. Takpe, kita beratur dulu. |
|
Sementara orang tak ramai, mak dan ayah aku bergambar di kaunter tiket Shin-Hotaka Ropeway. Taktau ape motif penimbang tu wujud. Terasa tau hakak. Haha. |
|
Memula kitorang berkeliaran je kat sini tapi sekali tengok orang dah startmasuk ramai-ramai. Apa lagi, terus duduk kat barisan depan ni. Mind my perverted face. Haha. |
|
Double decker gondola! Berlari kitorang nak naik yang bahagian atas. Haha. Yang tua-tua stay kat bahagian bawah gondola sebab kena panjat tangga kalau nak naik yang bahagian atas ni. |
|
Kat bahagian atas gondola tak berapa ramai orang. Serius, bagi aku experience yang sangat best naik gondola ni. |
|
Station pertama ropeway. Kena turun dari double decker gondola dan tukar ke second ropeway pula. Dekat kawasan station ni, kalau korang ingat Shin-Hotaka illustration maps yang aku tunjuk untuk entry lepas (kalau tak ingat sila klik sini) kat sini ada jugak onsen untuk rendam kaki, ada jugak taman dan entrance untuk hiking. |
|
Station kedua ropeway. Arghh dah start stress sebab takde ponnnnn salji! Masa kat station ni, kitorang berkenalan dengan group Chinese dari Malaysia. Dorang dah kat Jepun hampir sebulan katanyer. Sakan naw dorang berjalan. Dahla ketua group tu ramah giler. Fasih cakap Melayu. Dorang datang sini sewa kereta. Hmmm..patutnya kitorang kena buat camtu. Takdelah bad mood je ayah aku sebab letih berjalan turun naik train kan? |
|
Alhamdulillah. Leh jugak bawak mak dan ayah aku berjalan sampai ke Jepun. Walaupun masing-masing ada macam-macam ragam, tapi berjalan dengan family ni sangat best sebenarnya berbanding berjalan dengan kawan-kawan.
|
Tetiba... O H M A I G A W T ! ! ! It's snowing!!! Kecoh giler dalam gondola. Nampak sangat semua orang Malaysia yang tak penah tengok salji di negara sendiri. Hahaha. Alhamdulillah untuk kesekian kalinya. Memang tak sangka, tetiba salji turun. Lebat pulak tu. Nak mengalir air masa rasanya. Betapa happy dan excited nya kitorang yang dalam gondola. Memang rezeki ayah aku, adik terhensem aku dan Adam. Melihat salji tebal sedia ada dengan merasai sendiri salji berderaian turun, memang lain macam rasa dia.
Second ropeway ni akan berhenti di Nishihotakaguchi Station dan station ni terletak pada ketinggian sekitar 2,150 meter dari paras laut. Dekat upper station ni, memang semua pelusuk dah diliputi salji tebal. Ya Allah, serius kitorang sangat excited! Then, kitorang tak buang masa, terus menuju ke Observation Deck di tingkat atas. Kena naik tangga lagi tapi tak rasa penat sebab tazabar sangat nak main salji. Dan tadaaaaaa~
|
Salji dan kabus tebal. Tak nampak apa dekat Observation Deck ni kan? |
|
Adam dah start excited. Lari sana lari sini. Maigawt! I'm soooo happy! |
|
I wanna build a snowman! Salji turun dengan sangat lebat. Suhu masa ni dalam -1°c. Nampak tak papan tanda suhu yang ayah aku pegang tu? Happy us! Btw, ada photographer yang menunggu. Then dia akan jual la gambar tu kat kita. Dalam ¥1000 tak silap. Up to us nak beli ke tak. Kitorang memang beli 1 keping sebab kesian dia stay dalam salji siap tolong ambek gambar kitorang guna kamera sendiri. |
|
See? Tak nampak langsung gunung ganang as a background. |
|
Kemahen mak aku berposing. Kitorang memang stay kat atas ni agak lama. Orang lain kejap-kejap je sebab sejuk giler tapi we don't care! Bukan selalu datang sini kan? Nampak tak salji kat kaki mak aku? Itu pun selepas staff station ni dah tolak-tolak ke bawah. |
|
Aku nak jugak bergambar. Hahaha. Aku memang sejenis fashion disaster. Hahaha. Seluar merah, jaket coklat, tudung biru, glove hijau, kasut kuning dan beg oren. Campur semua color. Hahaha. |
|
Merenung masa depan yang semakin cerah. Gittuh~ Lepas bermain-main kat atas sampai air terjun keluar dari hidung, kitorang turun ke bawah pulak. |
|
Cantik giler taman ni walaupon dah ditutupi salji. Smart tak background dia? Ada bench, ada pokok, ada salji. Perfect! |
|
Adam lah paling excited sekali. Berlari-lari dia ke sana ke sini. Letih aku, atuk dia & mummy su jerit suruh dia jangan lari. Bukan nak dengar. |
|
Snow ball! Larik! Kesian jugak dekat Adam. Jalan dengan orang-orang besar ni, interest lain-lain. Asyik tengok bangunan dan nature je. Masa untuk Adam berlibur pulak. |
|
Us. Kalau kakak, abang ipar aku & Idreez ikut, mesti lagi perfect. |
|
Baru gerak sikit je dari upper station. Cepat-cepat. Banyak lagi kena explore ni sebab taman ni agak luas. |
|
My hero. Jangan main-main ok. |
|
Tak pasti taman ni macam mana untuk season yang lain. Mesti lagi cantik kan? |
|
Parent aku. Next year nak main salji lagi ke? Hahaha. |
|
Sila pakai baju color cerah ye kat tempat bersalji ni. Baru letops gambar. |
|
Penat aku setup self-timer, tetiba Adam buat gimik. Menjerit semua orang. |
|
Adam dah merajuk sebab kena marah. Kesian dia. Hahaha. |
|
Meh Mak Ngah pujuk. Keke. Kalau dia nak apa-apa, memang mintak kat Atuk atau Mak Ngah la. Mak Ngah cepat cair. Hahaha. |
|
Aaaaa..what a nice therapy. Tapi hati-hati jugak ye. Sebab dah banyak kali aku terbenam ke dasar. Haha. Samada aku berat sangat atau salji tebal sangat. Aku rasa sebab salji tu tebal sangat. Hahaha. |
|
Three of us. Nyawa aku. Cinta aku. Gittuh. Masa ni abah dan ibu aku dah tak tahan sejuk so dorang masuk ke dalam dulu. Kitorang? Posing la.. Apa lagi. Hahaha. |
|
Asal nampak scenery comey sikit je, terus posing. Tak puas hati betol aku dengan adik-adik aku. Gambar-gambar dorang cantik-cantik belaka. Gambar aku cam hape je dorang tangkap. Hahaha. |
|
Nampak cam Fattah Amin tak? Hahaha. Aku tak letak gambar aku untuk scene ni sebab nampak macam Hulk Hogan dah. Sob..sob.. |
|
Lingerie post. Hahaha. Pandai aku tangkap gambar kan? Hahaha. Terpaksa puji diri sendiri. Kekeke. |
|
Ni sorang lagi. Smart giler aku tangkap kan? Puji diri sendiri lagik. HAHAHAHA. |
|
Gambar aku. Macam !@#$%^&* je. Haish. |
|
Bergambar silang kaki jugak yang terbaik. Hahaha. |
|
Again. Serius aku tak pandai buat gaya ni. Entah pape la trend dorang ikut ni. Stress hakak. 😅😅😅 |
|
Snow fight! Buat boomerang cantik nih. |
|
One with beloved siblings! Love yah sistah and bradah! |
|
Tetiba Adam keluar balik dari station sebab ayah aku risau dah sejam kitorang kat luar. Hahaha. Best giler kowttt main salji. Jom jom masuk dalam. Lapar dah ni. |
|
Disebabkan takde tempat nak lepak, so kitorang masuk dalam cafe dia. Tapi takkan lah nak duduk je tak beli pape kan? So pergi dekat vending machine (kat Jepun nak beli makanan semua guna vending machine ok) dan cuba cari makanan yang halal untuk kitorang makan. Pakcik kedai tu yang tolong tunjuk, apa yang boleh kitorang makan. Baik giler kan? So aku beli Bean Curd yang dilenyek dan digoreng bersama susu panas. SEDAP GILA! Rasa bean curd goreng tu macam tauhu yang sangat lembut. Siap beli dua-tiga kali. Hahaha. Harga dalam ¥300 tak silap aku. Dah tak ingat dah. |
|
Menu untuk lunch, Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah dan of course dari Brahims. Sedap dan mudah hidup aku. Haha. Tak lupa jugak dengan side dishes rasa kitorang iaitu sambal bilis dan daging dendeng dari Faliza Rich.Thanks kawan sebab buat daging dendeng yang sedap giler dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. |
|
Lepas dah kenyang dan badan pon dah suam sikit, kitorang keluar lagi ke taman yang lain pulak. Pon cantik walaupon salji je. Mohon korang bersabar ye dengan lambakan gambar-gambar di Shin-Hotaka Ropeway ni. Hehe. Travelog ni kenangan untuk aku di masa-masa akan datang. So mohon mengerti ya~ |
|
Kat taman ni, ada pagar kayu je. Tapi bagi aku sangatlah cantik view kat sini. Asyik tengok pokok hakler hijau je kan. |
|
Sejenis yang tak takut sejuk. Antara ramai-ramai, Adam lah paling tahan sejuk kat sini. Nanti kita ajak mama dan ayah Adam datang sini ok? Bawak idreez sama. Mesti lagi best! |
|
Kitorang mintak minah Jepun amekkan gambar. Arghh rindunya moment ni. Adik terhensem aku ni jarang nak dapat berjalan dengan dia. Maklumlah dokter susah cuti. Rasanya trip ni lepas dah 9 tahun tak jalan sama-sama macam ni. Last trip kitorang ke Kuching tak silap. |
|
Aku dan silangan kaki yang tak pernah ditinggalkan. Inilah dilema orang-orang sado macam aku. Hahaha. |
|
Eh nak main snow fight dengan Mak Ngah ke? Masa kitorang kat sini, ada sorang minah Chinese (aku suspect dari China Mainland), terjatuh sebab memang licin kawasan ni. Tapi kawan-kawan laki dia tengok je. Tak tolong pon. Aku yang pergi angkat minah tu. Naseb aku sado. Bodoh punya laki. Boleh kau tengok je kawan kau jatuh. Dan bodoh jugak minah tu. Kita dah tolong dia, kot la nak kata Thank You. Haram tak cakap apa. Padanlah korang sama-sama orang bodoh berkawan. Eh emosi pulak hakak~ Hahahaha. |
|
The Romeo~ |
|
and The Juliet~ |
|
with The Hulk. Hahahahaha. |
Lepas dah puas bergambar dekat taman sebelah cafe ni, ayah dan mak aku ajak balik. Tapi kitorang still tak puas lagi. Tengok salji dah berenti. So aku dan adik-adik suruh mak ayah aku tunggu kat bawah sebab ada pemanas api dan kitorang dan Adam naik semula ke observation deck untuk terakhir kali.
|
Alhamdulillah. Salji dah berenti dan nampak dah gunung ganang kat belakang. |
|
Dan Alhamdulillah orang tak ramai. So takdelah photo bomb ke apa kan. |
|
Mentari mula memancarkan sinarnya. Serius lawa giler view bila observe dari atas. |
|
Ok, last picture. Moh kita turun. Karang tak pasal-pasal ayah aku emo lagi. Hahahaha. |
|
Alhamdulillah memang rezeki ayah aku. Happy sangat. Us going down. Rasa sayu pulak tinggalkan upper station ni. |
|
View dari dalam Gondola. Kalau ada rezeki aku nak datang lagi masa peak Autumn. |
|
Sebab nak bergambar macam ni. Cantik kan? Gambar ihsan Internet. |
|
Adam yang manja dengan Atuk. Ada lah tu dia nak something. Haha. |
|
Kantoi~ Hahahaha. |
Masa dalam gondola nak balik, aku bersembang dengan sorang minah Chinese dari Malaysia. Lawa giler budaknya. Dia datang dengan family dan dia cakap, tak sampai 4 hari dekat Jepun, dia dah jumpa ramai kawan-kawan dia. Haha. Nampak sangat Malaysian suka datang Jepun. Dah tak eksklusif Jepun ni. Kekeke.
|
Kitorang tengah tunggu bas untuk ke Shin-Hotaka Onsen Station. Nak mandi air panas pulak. |
|
Bas dah sampai. Jom! Jangan salah naik bas pulak ye. Tengok betul-betul. Naik Nohi bas je tau. Masa nak turun di Shin-Hotaka Onsen Station, driver bus menjerit-jerit cakap Jepun dengan kitorang. Aku macam confuse. Dia marah sebab kitorang tak bayar ke? Bukan ke tiket dah tunjuk tadi. Kitorang tunjuk tiket bas sekali lagi tapi dia jerit-jerit jugak so kitorang bolayan la. Terus turun dari bas sebab tak paham menda dia membebel. |
|
Rupa-rupanya dia nak habaq yang Onsen tu dah tutup. Aik? Baru 415pm dah tutup? Adoi. Bas dah berlalu pergi. Next bas lagi sejam. Dahla sejuk giler. So rendam kejap kaki kat dalam air panas ni dulu lah. |
|
Pasrah je lah. Semua kedai dah tutup. So takleh nak window shopping. Masing-masing pakat rendam kaki dalam air panas ni. Sekali owner dia keluar, bagitau nak tutup dah punca air panas tu. |
|
Panas gilerrr kotttt air ni! Menggelupur terus lepas 0.182 saat letak kaki dalam ni. |
|
Ni lah masalah datang negara yang takleh cakap English. End-up lepak la dulu kat station ni. |
|
Naseb ada bus stop bertutup kat sebelah ni. Kalau kena tunggu kat luar kedai tu, memang keras beku la kitorang ni. So kitorang melepak kat sini sementara tunggu bas datang. |
|
Kesimpulannya, sila check jadual onsen kalau nak datang sini. Bazir masa. Patutnya dah boleh balik dan jalan-jalan sekitar town pulak. |
|
Senget benget dah tudung aku. Hahaha. Walaupun gambar ni blur tapi aku suka gambar ni. :) |
Masa kitorang tengah tunggu bas, masuklah dua orang minah Chinese dari Singapore. Ramah giler. Dorang cakap, dorang pon sama kes macam kitorang. Ingatkan onsen tu bukak 24-jam. Hahaha. Tapi sebab dorang boleh makan kat memana restoran di situ, so dorang pegi melantak dulu. Dan dorang bagitau ada Gift Shop best dan murah kat sebelah station ni tapi ayah aku tak bagi pegi. Dia takut nanti bas datang, kitorang kena tinggal. Hahahaha. Tapi betullah kerisauan dia tu sebab yang kitorang tunggu ni last bus. Buatnya terlepas, menanges tak berlagu la. Akhirnya, lepas sejam menunggu, Nohi Bus pon sampai dan selamat bawak kitorang balik ke Takayama.
Sampai je di Takayama, macam biasa, sebagai Instant Chef, aku ke dapur terus dan masak. Makanan Brahims kitorang dah habes. Naseb aku bawak beras wangi dan beras siam dari Brunei hokey~ Lepas kes di Perth, aku memang nekad, pegi memana aku akan bawak beras walaupun mak aku say NO. Hahahaha. Dan host kitorang di Takayama, Mr. Yuki, sangat baik sebab bekalkan kitorang dengan beras Jepun. So aku campur ketiga-tiga beras tu. Hahaha. Dan sayur sawi bontot bawang tu, aku masak air. Then sambal Brahims yang aku beli, aku campur dengan sotong tin yang mak aku bawak dari Malaysia. Rebus telur as per requested by my ibu dan panaskan daging dendeng dan siap~
|
Menu kitorang malam ni. Suruh adik yang takde skill amek gambar, camni lah jadinya. Hahaha. Sambal sotong tu flavor dia agak kuat sebab aku tak penah masak guna sotong tin. Tapi habes kauuu. Nampak sangat masing-masing kebulur. Haha. |
Esok kitorang dah nak check-out awal dalam 7.30am sebab bas ke Shirakawa-Go akan sampai jam 8.00am then terus ke Tokyo so lepas makan memang kemas siap-siap barang masuk dalam beg, baju yang kitorang dah basuh dan sidai kat luar pagi tadi memang tak kering. Sejuk lagi adalah. Haha. So adik aku sidai depan heater dan dah settle semua, jom kita tido! Last night di Takayama, hati rasa sayu tapi tido berdengkur jugak. Kekeke. Good Night~
Sekian.
Notakaki:
Sebelum korang keluar rumah, masa korang ambil wudhu', korang boleh niat Khuf. Sila rujuk
sini. So, nanti bila di luar rumah dan nak ambil wudhu', tak payah tanggalkan kasut. Boleh lalukan air atas kasut je. Tetambah macam kes kitorang ni. Semua tempat basah dan sejuk. Boleh kena renjatan kalau kaki pun beku. Dan berdekatan dengan Takayama Station, ada je restoran halal tapi masakan India kalau tak silap aku. Mana tau korang malas nak masak. Aku rajin. HAHAHAHA!
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment