Day 06: Tokyo, Japan.

Assalamu'alaikum.

06|12|2016 Selasa. Dari Takayama Station kitorang akan transfer train di Nagoya Station dan perjalanan ke Nagoya Station ambil masa dalam 2 jam 30 minit. Aku memang membuta je sepanjang perjalanan. Keke. Then, dari Nagoya Station, kitorang transfer ke shinkansen dan akan turun di Shinagawa Station dan perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit. Disebabkan semasa di Takayama kitorang tak sempat nak reserve seat, so kitorang kena duduk dalam unreserved coach, so tempat duduk memang secara rawak dan berpecah so aku stress sebab tak boleh nak guna charger point dalam shinkansen. Bahagian tepi tingkap semua penuh pulak tu. What to do. Sob..Sob..


Electronic dashboard di Nagayo Station. Platform 14 & 15 masing-masing tunjuk ke tempat yang sama. Sebab tu aku suggest korang check Hyperdia untuk tau nombor platform dan nombor train yang korang nak naik. Tak pon sebelum ke platform korang tanya dulu pokcik atau abam yang jaga kaunter tiket, untuk ke Shinagawa tunggu platform mana. 

Haa berangkutlah segala peti ais masuk dalam train. Cuak jugak sebab takut train jalan. Haha.
Sebab letih sangat aku tertido sekali lagi dan tengah sedap tido tu, aku tetiba je terjaga. Dan aku toleh ke sebelah kiri, aku nampak sorang pakcik ni start keluarkan phone dan get ready untuk ambil gambar view luar. Then few seconds lepas tu, O H M A I G A W T ! ! !  Cepat-cepat aku kejut adik tercantik aku dan keluarkan kamera dan snap.. snap.. snap!

Tadaaaa~ Mount Fuji! Maigawt tangan menggigil nak snap gambar sebab terkejut. Subhanallah~ 

That feeling pertama kali tengok Mount Fuji, aku tak dapat lupa. Umpama pertama kali kau nampak Fattah Amin senyum kat kau. Hahaha.

Arghhh.. laju naw shinkansen ni. Sabajap la! Aku nak snap view ni.

Subhanallah.. Subhanallah.. 

Mount Fuji! Checked! Nampak gah kan dia berdiri megah seketoi dia je. Alhamdulillah langit pun clear. Takde kabus dan sebagainya. Satu train ni memang busy menangkap gambar termasuklah orang Jepun sendiri.

Arghhh..Rasa tak puas nak tengok. Adalah dalam 45 saat kitorang dapat tengok Mount Fuji ni.

Tetiba pakcik Jepun yang duduk seat sebelah kiri tu bangun. Maybe dia nak bagi chance kitorang bergambar dengan lebih jelas kot. Thanks pokcik! Adik aku sempat bergambar dengan Mount Fuji tapi dah tak berapa clear sebab train menuju laju ke depan.
Masa tengok gambar-gambar kat Google, biasa je aku rasa. Setakat ada snow cap sepanjang tahun je, ada aku kesah? Subhanallah, Mount Fuji is soooo A M A Z I N G ! Baru aku faham kenapa orang dok puja Mount Fuji ni. Kau akan nampak dia berdiri seketoi dia ja dengan megahnya. Besar tinggi gigantic giler Mount Fuji itu. Memang aku meremang sekejap. Alhamdulillah rezeki kitorang untuk tengok Mount Fuji walaupon dari jauh dan dari dalam train je dan dari seat yang tak best. Haha. Dikhabarkan, Mount Fuji ni dia acah-acah ikut mood untuk tunjukkan diri. Even kalau kau kat depan-depan dia pun, belum tentu kau boleh nampak clear sebab kabus tebal akan tutup Mount Fuji ni. Serius. Aku ada baca Japan Travel Guide, kalau pergi masa musim Winter, insyaaAllah possibility nak tengok Mount Fuji dengan jelas adalah sangat tinggi. Subhanallah. Tetiba aku rasa kalau datang Jepun lagi, aku nak ke sana. Serius. I'm in love again! First love, Takayama. Second love, Mount Fuji. Hahaha.


Nah aku lanjer moment aku dapat tengok Mount Fuji ni.

Setelah melalui hampir 5 jam perjalanan dengan beg-beg yang menyadokan tangan kitorang, dan dengan turun naik station keretapi ( Takayama-Nagoya-Shinagawa-Gotanda), Alhamdulillah, kitorang selamat sampai di JR Gotanda Station. Untuk ke accommodation kitorang di Tokyo, kitorang kena menapak dalam 8 minit (kalau ikut description host AirBNB tu lah). Dengan sejuknya, laparnya, letihnya dan beg-beg yang agak beratnya, memang memberi tekanan mental dekat kitorang untuk berjalan sejauh 8 minit itu. First impression aku untuk Tokyo, agak kotor dan overrated. Apelah yang orang suka sangat Tokyo ni. Maybe sebab aku datang dari Takayama yang bersih nan tenang itu. Hehe. 


Disebabkan kitorang agak confuse nak keluar exit mana untuk ke accommodation di Tokyo, meh singgah tanya abam roti dulu. Naseblah dia faham apa kitorang tanya. Thanks abam!

Hakak sado busy tengok Google Maps untuk ke accom kami. Tokyo sangattttt sejuk masa ni. Sesak dengan manusia. 
Untuk ke accommodation kitorang kat Tokyo, dari Gotanda Station, keluar je nampak jejantas dan dengan beg-beg yang banyak tu, kitorang angkut naik jejantas ni ok! Aku risau ayah aku badmood lagi je. Hahaha.

Takdelah 8 minit. Adalah dalam 15minit menapak. Cait! Alhamdulillah sampai jugak di apartment 4 tingkat ni. Bawah apartment ni ada 7-Eleven. 
Seminggu sebelum ke Tokyo, Mr. Leo (host untuk accommodation kitorang di Tokyo) dah emailkan cara nak masuk rumah dia. Dia letak kunci dalam bekas apetah. Dah lah susah giler nak bukak bekas tu. Kitorang stuck kat luar rumah dalam 5-10 minit jugak kot. Memang aku pon start nak maki jugak lah. Jadah susah naw nak bukak bekas tu. Ayah aku try akhirnya dapat jugak bukak. Aku risau dia pecahkan bekas tu je. Hahaha. Tadaaa~ Cute giler unit apartment dia. Standard Jepun lah dan yang penting mak ayah aku suka. Alhamdulillah.

Plan accommodation kitorang di Tokyo. Agak kecil berbanding accom yang lain.

Masuk je dalam rumah ni, terus campak segala barang atas Dining Table. Haha.

Bedroom yang muat dua katil Queen size. Ayah aku tido sekatil dengan adik terhensem aku. Mak aku dan adik tercantik aku tido sekali dengan Adam yang tak boleh berenggang dengan atuk dia.

Aku pulak tido dekat dalam tatami room ni. Hehe.

WC with the bidet. Kerlass jamban kat Jepun ni.

Shower Room
Accommodation di Tokyo ni dari segi services macam kureng sikit berbanding accommodation di Kyoto dan Takayama. Dahlah susah nak masuk, takde manual dekat mana hot water etc. Dia letak towel kat mana pun dia tak bagitau. Jenuhlah mencari. Kitchenware pun tak lengkap tapi ok lah sebab kitorang memang takde plan nak masak sepanjang di Tokyo. Memang nak makan luar je. Overall, mak ayah aku sangat suka layout rumah ni sebab sinki dia kat luar dan water closet (jamban) dia asing dengan shower room. Senang katanyer. Takyah berebut. Haha.  

Disebabkan kitorang tak makan malam lagi, dan segala makanan yang dibawa sudah selamat masuk dalam perut, selesai solat dan bersihkan diri, dalam jam 6.30pm kitorang keluar semula for our dinner. Dinner hari ni special sikit sebab aku dah buat reservation di Yakiniku Halal Panga Restaurant yang terletak di Taito, Japan. Reservation ni aku buat via Instagram je dan semestinya menu yang kitorang nak try adalah Wagyu Beef and it's halal. I'm drooling~ Bab-bab makan ni memang aku study thoroughly sebab jemu jugak nak makan yang kita masak je. Dah ke tempat orang ni, silalah merasa makanan dorang kan? 


Sebab aku tengok gambar ni dekat Instagram lah, yang buat aku berkeras nak datang sini. Kau ghase patut pergi makan ke tak? Gambar ihsan Internet.
Tapi disebabkan aku takot kitorang sampai lambat dari Takayama (kan memula plan nak tour whole town tapi cancelled last minutes sebab hujan), so aku reserved slot at 9.00pm. Masih ada 2 jam lagi so kitorang decided, jenguk Tokyo Tower dulu. Wajib ke sini kalau datang Tokyo katanyer. So refer Google Maps untuk tau station mana paling dekat dengan Tokyo Tower then refer pulak Hyperdia untuk tau nak naik train apa, kat station mana, berapa kali kena transfer station sebelum sampai ke tempat yang dituju.


Dari Gotanda naik JR Yamanote Line dan turun di Ebisu Station. The dari Ebisu Station naik Tokyo Metro Hibaya Line (kena beli tiket ¥170 sebab JR Pass tak cover tiket untuk metro line) dan turun di Kamiyacho Station. Sebenarnya untuk pemegang JR Pass, boleh je naik JR Yamanote Line dan turun di Asakusa Station tapi jauh giler nak  menapak untuk ke Tokyo Tower. Tapi pilhan di tangan anda kan. Kot lah sejenis suka berjalan. Keke.
Sejuk giler Tokyo masa ni. Berangin gittuh. Kitorang mengharapkan salji turun sebab few days before kitorang fly ke Jepun, dunia digemparkan (hah gittuh kemahen over aku elaborate) first snow di Tokyo masa tengah peak Autumn. Cantik gila and it's so rare! Jom, jalan lah kita ke Tokyo Tower.


Di Gotanda Station untuk ke Tokyo Tower. Woot woot! orang ramai giler. Aku penah tengok video pasal Japanese berasak-asak naik train dan kitorang memang alaminya! Aku akan try upload video tu nanti. Menjerit-jerit Adam sebab kena penyek. Hahaha.

Sampai kat station mana tah, semua pakat turun. Lengang~

Good job Adam sebab bertahan walaupun kena himpit tadi. Hahaha.

Apa lah yang dibincangkan tu. 
Sampai di Kamiyacho Station, kitorang kena menapak dalam 8 minit untuk sampai ke Tokyo Tower. Sunyi je area ni. Mungkin orang dah balik keje. Dari jauh dah nampak Tokyo Tower berdiri megah. Waktu siang, Tokyo Tower ni color merah dan putih. Tapi kitorang prefer pergi malam sebab nampak lighting bagai. Macam lagi menarik je. Tokyo Tower ni diinspirasikan dari Eiffel Tower. Nak pegi Paris, tak tau bila so moh ler begambar dengan Tokyo Tower dulu.

Dari atas jejantas dah nampak Tokyo Tower ni. Sikit je lagi nak kena jalan. Sikit je lagi.

Aku dan Tokyo Tower. Checked!

Masa turun dari jejantas nak menuju ke Tokyo Tower, kitorang ternampak cafe ni. Cute kan signboard dia?

Tadaaa~ Welcome to Tokyo Tower! Nak amek gambar ni tak mudah ye. Berbaring aku atas jalan. Haha.

Abah dan ibu dan Tokyo Tower.  Sekali lagi aku berbaring atas jalan.

Adik tercantik aku dan Tokyo Tower. Again. berbaringlah aku atas jalan.

Ketinggian Tokyo Tower ni mencecah 333 meter (13 meter lebih tinggi dari Eiffel Tower) dan terletak di tengah-tengah bandar Tokyo.

Haaa..kau mampu nak design structure cenggini? Tokyo Tower ni siap dibina pada tahun 1958. Dan dari tahun 1958 sampailah tahun 2012, Tokyo Tower merupakan bangunan tertinggi di Jepun sebelum title itu dicaras oleh Tokyo Skytree.

Lepas dah puas berbaring atas jalan, kitorang menapak ke bahagian entrance tower. Macam happening je.

Christmas macam lambat lagi tapi dorang macam dah start celebrate.

Hahaha. Cute je Adam dengan Pasho Boy.

Disebabkan kitorang takde plan nak naik Tokyo Tower, so bergambar kat luar je lah. Kepada sape yang teringin nak naik, tiket boleh beli kat sini. Harga pegi google sendiri. Jangan malas. Hahaha.
Okay! Tokyo Tower, checked! So next kitorang patah balik ke Kamiyacho Station dan bila check Hyperdia, takde station JR Line berdekatan restaurant yang kitorang nak pegi tu, so kena beli metro tiket dengan harga ¥200 seorang dan turun di Naka-Okachimachi Station.


Patah balik ke Kamiyochi Station. Mungkin sebab sejuk, banyak gambar-gambar kat sini agak blur. Ini je yang ok sikit.

Masa dalam train, adik terhensem aku cakap laki baju hitam sebelah aku tu mungkin abam joe aku. Naseb adik sendiri. Kalau tak, kena siku dah. Hahaha.
Nak jadikan ceritakan, masa sampai dekat Naka-Okachimachi Station, bateri portable wifi yang aku rent dan portable wifi yang host rumah di Tokyo provide tetiba je flat so kitorang tak dapat line Internet so takleh nak access Google Maps so tak dapat nak cari Yakiniku Halal Panga Restaurant dengan mudah. Berpandukan map yang aku sempat print screen, aku agak-agak je jalan untuk ke sana. Ikutkan takde masalah pon nak cari restoran tu without Internet, tapi paham-paham la jalan dengan parent ni. Bila tengok kita ragu-ragu, mulalah dorang dah start membebel. Mulalah aku pon naik gelabah. Ayah aku pulak asyik suruh tanya je local yang lalu lalang. Kalau sini dekat London, gagah jugak aku tanya je sape-sape yang kitorang jumpa tapi ini Jepun kottt. Aku ni memang tak banyak talent tapi aku memang konfiden dengan skill Geography aku. Haha. Tapi bila ada 'ahli group' yang dah start tak yakin dengan aku, mulalah aku pon start tak yakin dekat diri sendiri.


Menapak ke Yakiniku Halal Panga. Adik tercantik aku ni merupakan tunjang kekuatan aku kat Jepun sebab dia je macam percaya kat aku. Haha.

Banyak restoran kat area ni tapi non-halal lah.

Dekat area sini ada masjid. Memang aku yakin, betol dah jalan ni sebab aku baca review dorang cakap dekat dengan masjid. Please percaya dekat anakmu ini Abah. Hahaha.


Ikut pada maps yang aku sempat print screen, aku memang yakin jalan kitorang lalu ni betul. Dan nak jadi lagi cerita, tetiba phone aku je connected to Wifi. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Mungkin Allah dengar isi hati aku yang desperate ni. Alhamdulillah, jumpa! Betul-betul tepat jam 9.00pm kitorang sampai. Dekat sangat dah dengan restaurant tu.

Tadaaa~ Jom masuk ke dalam. Tazabar nak makan Wagyu Beef ni.

We are checking something for our next plan. Alang-alang dapat Internet kan.

Menu dorang bagi in Japanese. Wenggg kejap kitorang. Rupa-rupanya leh request nak menu in English. Aku dah tak ingat apa kitorang order tapi memang banyak lah. Balas dendam katanyer. Hahaha.
Masa tengah cari restoran ni, kitorang lalu depan Lawson, Dan untuk esok, kitorang nak ke muzium Doraemon dan tiket bas dengan tiket entrance untuk ke muzium Doraemon tu boleh beli dekat Lawson. Sama macam tiket ke Shin-Hotaka Ropeway. So sementara tunggu order kitorang siap, aku ajak adik terhensem aku pegi Lawson kejap. Ayah aku macam tak bagi pegi sebab dia takot naw kitorang hilang tetiba. Hahaha.

Masa aku dan adik terhensem aku ke Lawson, dorang tukar table kitorang ke atas sebab kitorang datang berenam. Selesa duduk atas katanyer.

Aku syak dorang makan first serving tu sebab seingat aku, takde pon aku nampak serving tu sepanjang aku makan kat sini.  Kantoi~ Hahaha.

Tunggulah kitorang kejappp.. Nak makan jugakkkk..

Naseb sempat sampai. See? Ada beberapa ketoi daging je atas tu. Serius aku syak selebihnya dah masuk perut dorang. Hahaha.

Tadaaaa~ Next serving sampai. Masa ke Shirakawa-Go, Mr. Yamamoto ada bagitau, wagyu beef ni nak tengok mahal ke tak, tengok pada urat-urat kaler putih tu. Makin banyak urat makin mahal sebab makin berkualiti. Alhamdulillah Allah bagi rezeki kitorang makan.

Dapnyerrr.. Bagi aku, duit boleh cari. Moment makan benda-benda best dengan family ni yang susah dicari. Lepas ni balik Brunei makan maggi je lah. Hahaha.

Serius sedap makanan kat sini. Ikut hati nak order je lagi daging tu tapi mak aku cakap nafsu tu. yelahh..dorang dah makan awal-awal patutlah dah kenyang sikit. Kalau aku tau, aku order je lagi. Hahaha.

Adam yang suka naw main masak-masak. Kak Long aku memang suka masak so turun kat anak la kot.

Adik terhensem aku order makanan korea. Tapi aku tak ingat nama apa.

Hah! Ini bukti ada daging seketoi yang aku tak nampak. Bila tengok balik video, aku macam, Eh ini bila ni. Hahahaha. Anyway serius nampak menyelerakan kan?

Selesai melantak dan bayar, kitorang menapak semula ke Naka-Okachimachi Station tapi ikut jalan lain. Aku puas hati dengan makanan kat sini tapi mak dan ayah aku cakap baik masak kat rumah je (sebab agak jauh dari station so dorang letih nak jalan kaki) which is for me it's really hurts. Sebab niat dihati nak bagi dorang merasa something yang dorang takleh rasa kat Malaysia sebab wagyu beef SANGAT mahal untuk rakyat marhaen macam aku ni. Lagipon makanan dekat Jepun ni bukannya halal. So nak cari yang halal memang jauh sikit dari station. Tapi again, itulah asam garam jalan dengan parent. Aku rasa dorang terlampau letih untuk trip di Jepun ni sebab memang banyak jalan kaki. Salah aku jugak sebab buat itinerary ala-ala backpackers. So please take note ye pada sesapa yang nak berjalan ke luar negara dengan parent. Kalau boleh elak lah ke tempat-tempat yang kena berjalan sebab memang kesian dekat dorang. Bila dorang letih, mulalah mulut macam pedang. Hahahaha. Kesimpulannya makanan kitorang malam tu tak silap aku dalam RM1000.

Sebelum bergerak balik, meh bergambar depan restaurant dulu. Nampak tak muka ayah aku? Hahaha, Kena paksa untuk bergambar kenangan kat depan ni. Hahaha.

Adik-adik aku sempat lagi tangkap gambar manhole cover ni. Wajib ok! Sebab setiap tempat memang lain-lain design cover ni.

Sampai di Naka-Okachimachi Station. Sebelah kiri tu adalah rail untuk bawak turun basikal. Kagum jugaklah. Aku tertinggal jauh di belakang sebab tengah kecik hati mak ayah aku macam tak hargai usaha aku dan adik-adik bawak dorang makan wagyu beef. Hahaha. 

Menariknya Jepun. Ada parking khas untuk basikal.
Alhamdulillah. Selesai sudah plan untuk malam ni Tokyo. Sebelum naik ke accom kitorang singgah dulu dekat mini mart kat bawah. Borong segala air, roti, buah dan sebagainya. Esok breakfast roti je lah. Malam tu, aku tido dalam kesejukan sebab noharom heater tak berfungsi. Sabor je lah. Dahlah bising sebab apartment ni sebelah jalan besar. Anyway, apa plan esoknya? Esok last day untuk all-out di Jepun. Next entry ye.

Sekian.

Notakaki:
Di Tokyo, setiap musim ada sambutan perayaan yang macam-macam. So sila check Japan Travel Guide kalau nak ke sini. Mana tau time korang datang tu ada event menarik. Macam kitorang, ada event sambut Winter. Lawa giler dorang decorated satu kawasan tu tapi kitorang tak sempat nak singgah. Sayang kan? Dan untuk info, aku solat Jamak-Qasar Zohor Asar dalam train dan secara duduk. Make sure tudung tu tak jarang ye sebab memang ramai terlepas pandang yang ini. Tangan dah tutup, kaki pun dah tutup tapi tudung? Eh, tetiba membebel dah kenapa? Haha.


Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment