Day 02: (Part 2) Srinagar, Kashmir.

Assalamu'alaikum.

29|12|2017 Jumaat. Alhamdulillah kami selamat sampai di Srinagar, Kashmir. Srinagar merupakan ibu negeri musim panas bagi wilayah 'Jammu dan Kashmir' manakala Jammu adalah ibu negeri bagi wilayah tersebut pada musim sejuk. Semua ni ditentukan berpandu pada lokasi dan bentuk muka bumi daerah tersebut. Lebih kurang camtu lah dan sebab tu kalau perasaan kalau Google pasal Kashmir bagi negara India, dorang sebut sebagai 'Jammu & Kashmir'. Aku pun baru tahu bila nak travel ke sana. 

Anyway, sampai je di airport Srinagar, kami agak terkejut sebab airport dia macam 'open plan'. Maksudnya dari kawasan kita turun kapal terbang terus boleh nampak conveyor untuk collect luggage. Takde partition ke apa. Tak perlu untuk cop-cop passport. Mungkin sebab itu kawalan di Domestic Airport Delhi agak ketat. Cuma lepas kita collect luggage, kita perlu pergi ke kaunter yang terletak berhadapan dengan luggage conveyor dan setiap orang perlu isi borang kemasukan ke Kashmir. Sambil sorang tunggu beg, sorang lagi boleh pergi isi form tu. Mudah! 

Kami sampai di tingkat dua, then turun bawah ambil beg. Cute gila airport camni. Haha.

Abah dan adik aku bersembang dengan runner., Mr Ahmad

Tengah tunggu aku dan adik mengisi borang kemasukan Kashmir.
Banyak gak kena isi. Lenguh tangan-tangan. 

Semasa kami sampai di Srinagar Airport, Mr. Ajaz (agent kepada houseboat yang aku booked di Kashmir) dah arrange seorang runner untuk bantu dan guide kami di dalam airport. Runner tu yang bagitahu kena isi borang dulu. Then dah settle semua, baru kami keluar dari airport. Kemudian runner tu bawak kami ke arah Mr. Nadeem yang merupakan pekerja Mr. Ajaz dan pemandu kami untuk 4 hari di Kashmir. Dekat runner tu pun kami kena bagi tips. Tak ingat dah berapa kami bagi. Rasanya dalam 100-200 rupees. Assalamu'alaikum Kashmir!!! Mood kami semua agak happy sebab sampai je airport ada orang tunggu. Lepas tu kenderaan yang disediakan adalah MPV Innova. We off to a good start! Tazabar nak explore Kashmir! Ni semua berpunca dari movie Bajrani Bhaijaan lah!

Srinagar Airport yang aku cilok gambarnya dari Google.
Nadeem tunggu kami di drop-off area je.

Masa Nadeem bawak kami keluar dari airport, memang nampak sistem kawalan dalam airport agak ketat. Merata-rata ada tentera India dan polis Kashmir siap bersenapang bagai. Nadeem cakap, kerajaan Kashmir nak bebas dari pemerintahan kerajaan India. Selain berperang dengan Pakistan dan China, rakyat Kashmir sendiri nak merdeka dari kerajaan India. Sebab tu sepanjang jalan di Kashmir, kami nampak ada polis Kashmir (yang berpakaian seragam biasa) dan tentera India (dengan baju celoreng tu). Kesian kan? First impression kami bila keluar dari airport, Kashmir ni better lah dari Delhi. Takdelah bersepah teruk macam Delhi tapi still di fasa menyedihkan. Aku yakin kalau Kashmir bebas dari 'cengkaman' kerajaan India, wilayah Jammu & Kashmir akan lagi vavavoom~






Second impression aku di Kashmir, ya Auloh handsomenya laki-laki dan cantiknya perempuan-perempuan Kashmir! Muka macam mix Iran dan Turki. Serius. Sepanjang perjalanan kami menuju ke houseboat yang terletak di Nigeen Lake, memang memacam Nadeem cerita. Pasal kelebihan dan kekurangan wilayah Kashmir ni. So far, kami suka dengan servis Nadeem yang peramah ni. Dia cakap kalau kahwin dengan perempuan Kashmir, kena sediakan sebijik rumah. Kira macam mas kahwin katanya. Huntunglahhhhhh~

Rumah di Kashmir. Macam rumah-rumah dekat Malaysia jugak kan?

Macam shop houses kan?

Traffic di Kashmir memang agak sibuk. Bunyi honk tu biasa sangat.

Menurut Nadeem, tentatif untuk hari ni adalah letak beg dulu di houseboat then keluar semula untuk sesi lawatan. Tapi kami maklumkan pada Nadeem yang kami tersangatlah lapar sebab tak makan lagi (makan roti je kan. Kira tak makan heavy lagi lah. Keke) dan mintak dia singgah memana restoran sebab pakej houseboat hanya sediakan dinner untuk hari ini. Esok lusa baru dorang sediakan breakfast dan dinner.  Then Nadeem call Uncle Nabi, owner of the houseboat dan merangkap bapak kepada Ajaz, dan tak tau apa depa sembang in Urdu, tapi lepas tu Nadeem cakap Uncle Nabi suruh kitorang breakfast dekat houseboat je. Yahoooooo! I like Kashmir! Hahaha.


Aku ambil video je bila dah sampai sebab kena tarik beg kan. Hehe. So layan lah video-video amatur ni. Masa sampai di perkarangan houseboat, kami nampak taman yang sangat luas. Tapi banyak pokok kering lah sebab winter kan. Kalau musim panas atau musim bunga, mesti cantik giler kawasan houseboat ni. Yang bestnya tinggal di houseboat di Nigeen Lake, kami tak perlu redah tasik setiap hari dengan shikara (bot kecil yang terkenal di Srinagar). Itu antara reason kenapa aku pilih houseboat di Nigeen Lake selain kawasannya yang sunyi dan kurang padat berbanding Dal Lake.


Abaikan bunyi mengah dalam video ye. Penat bhai nak berjalan dengan beg bagai. Hehe. Kami disambut oleh Uncle Nabi yang super peramah. Sekali tengok Uncle Nabi, teringat watak Mario dalam games aku selalu main kecik-kecik dulu. Cute sangat. Hehe. Uncle Nabi tunjukkan kami bilik-bilik dan ruang dalam houseboat. Ada dua bilik tidur dan dalam setiap bilik ada bilik mandi, ada ruang makan dan ruang tamu. Agak klasik dan unik rekaan houseboat ni. Nak tau pasal sejarah houseboat di Kashmir, sila Google ye. Aku malas nak cerita. Hehe.




Bagi aku, selesa je houseboat ni. Cuma memula masuk ada bau minyak tanah sebab sekarang kan musim sejuk. Jadi, Uncle Nabi keluarkan pendiang api untuk panaskan rumah. Rare experience untuk kami. Dan oh ada wifi la! Hahaha. Jangan pandang rendah dengan houseboat di Kashmir tau. Haha. Lepas tour houseboat, Uncle Nabi jemput kami makan breakfast yang wife dia dah sediakan. Thanks Uncle Nabi & wife!

Ibu dan abah yang kusyuk dengar Uncle Nabi bercerita.

Tersengih abah aku nampak makanan. Memang kitorang lapar giler.

Jemput makan!

Ada roti bakar, jam strawberi dan telur dadar.

Penuh meja dengan hidangan breakfast dari wife Uncle Nabi.

Dah tersandar kenyang ke ibu?

Lepas makan meh kita bergambar dulu. Hehe. 
Panaskan badan di pendiang api.

Masa di Delhi takde gambar sangat. Ni dah sampai Kashmir, gambar kaki pun
aku tangkap.  Haha. Tenang jugak duduk dekat houseboat ni.

Tucakkkk~ Sape tu?

Pendiang api yang menggunakan kayu dan minyak tanah. Hati-hati
dengan menatang ni. Panas tau.
Di kawasan balcony houseboat. Memang tenang Nigeen Lake ni.

Kalau musim lain, boleh nampak gunung ganang dekat background ni.

Abah pun nak jugak. Abah aku memang tahan sejuk.

Alhamdulillah sampai jugak kitorang di Kashmir.

Masuk bilik pulak nak ambil gambar. Hehe.

Kasut baru ok. Takde debu lagi. Cantik kan bed sheet dia? Inilah keunikan Kashmir.
Master bedroom yang besar sikit dari bilik aku dan adik.
Tempat kami lepak malam-malam sebab suam sikit. Hihi.

Dah selesai tawaf dalam houseboat, makan dan solat Jamak Qasar Zohor-Asar (dah masuk Zohor dah masa ni), Uncle Nabi ajak kami ke atas bumbung houseboat ni. Serius ke boleh naik ni? Dan tadaaaa~

Lawa gila weh! Tenang sangat-sangat. Kalau musim panas lagi cantik Uncle Nabi cakap.

Disebabkan winter, jadi kami tak nampak bukit di belakang tu.

Serius tak sangka boleh naik ke atas houseboat. Kitorang plan nak naik lagi petang nanti.
Nak posing-posing. Hehe. Tapi memang sejuk gila. Sebab berangin sama
.

Lepas settle lawatan dekat atas houseboat, Nadeem ajak kitorang ke next destination iaitu Mughal Garden! Aku sambung next entry ye. Silalah berdoa aku rajin menulis. Hahaha. Namasteee~

Sekian.


Notakaki:

Sebenarnya houseboat ni ada macam-macam jenis. Serius aku tak tau. Aku ingatkan semua sama. Yang Uncle Nabi ni punya guna pendiang api manual. Kiranya kena masuk kayu dan minyak tanah sendiri untuk pastikan api sentiasa menyala. Kalau terpadam, sah-sahkan sejuk beku dalam tu. So gais, pada yang nak sewa houseboat semasa winter, aku nasihatkan cari yang moden sikit yang menggunakan centralize heater. 


Xoxo,





Share:

Day 02: (Part 1) New Delhi - Srinagar, Kashmir.

Assalamu'alaikum.

29/12/2017 Jumaat. Kami bangun dengan semangat yang positif untuk ke Kashmir. Tak adil kalau kami conclude keseluruhan trip kami di India ni hanya berpandukan pada pengalaman tidur di hotel transit ni. Kan? Anyway, flight kami ke Srinagar adalah pada jam 925am. So paling lambat pun dalam 725am dah kena ada dekat airport. Tapi kami mintak pihak hotel sediakan shuttle untuk ke airport dalam 700am. Ikutkan pakej yang aku ambil ni, provide breakfast tapi kalau dalam fridge bilik pun ada lipas, korang agak-agak kami nak makan ke apa yang hotel ni provide? Haha. Mak ayah aku pun dah tak sabar nak ke airport. Kesian dorang. Anak tak berapa nak kaya. Haha. 

Seperti yang aku tulis dalam entry 'Day 00: Persediaan Menjejaki Salman Khan di India' (boleh klik sini.) untuk lawatan kami di India menggunakan khidmat travel & tour dari GeTS Holidays. Kiranya dorang provide hotel & transportation sepanjang percutian kami di Agra-Jaipur-Delhi nanti. Alang-alang tu, kami mintak pihak GeTS Holidays belikan tiket flight ke Srinagar, Kashmir. Jadi segala tiket kami ada pada dorang. Semalam aku mintak pihak hotel call person-in-charge dari GeTS Holidays untuk datang ke hotel before 700am untuk pass segala tiket flight kami pergi & balik dari Srinagar, Kashmir. Tapi by 650am takde pun batang hidung dari GeTS Holidays. Aku dah start fikir bukan-bukan. Kena scam ke apa ni. Tapi dorang ada hantar through email, bukti pembelian tiket GoAir untuk ke Srinagar. Since nombor India dah boleh pakai, aku call sekali lagi person-in-charge tersebut. Boleh tak dia baru terhegeh-hegeh bangun dari tidur? Aku suruh dia datang terus ke airport. Tak koser kami nak tunggu dia dekat hotel ni. *Tepuk dahi*

Semalam rasa macam bersalah sebab tak bagi tips bila dorang angkat beg kitorang. Kehidupan dorang sangat dhaif. So pagi ni, ada 2 staff yang tolong angkat beg kitorang. Aku bagi 100rupees seorang. Serius tak tau berapa range harga untuk tips ni. Please jangan cakap 'JANGAN BERKIRA' kalau korang tak pernah datang India. Hah Gittuh~ Tips are everywhere ok. Bengkok kalau nak bagi tips je. Anyway, pagi ni memang shuttle teksi yang cantik & besar sikit hantar kitorang ke airport. Mungkin pihak hotel tengok besar semacam beg-beg kitorang. Hihi. Babai Airport Hotel Wave Delhi. Tak mungkin kita akan berjumpa lagi. Hahaha.

Pagi ni pun shuttle bawak agak laju tapi sopan dari semalam. Cuaca sangat sejuk dan agak berkabus. Kalau di Delhi pun dah sejuk cenggini, aku takleh bayang di Kashmir nanti sejuk macam mana. Sorry gambar memang takde langsung sebab masing-masing takde mood. Haha. Mamat GeTS Hliday ni pulak selang seminit asyik call. Gelabah la tu sebab dia dah lambat. Sumpah dowh tak faham apa dorang cakap. Haha. So aku pass dekat ayah aku. Ayah aku bab English Tamil ni dia memang power. Hahaha. Last-last mamat tu kena marah dengan ayah aku sebab asyik call je. Actually dia risau kalau kami dah masuk ke dalam bangunan terminal sebab susah untuk keluar ke bahagian drop-off. Dan dia sendiri tak boleh masuk ke dalam terminal airport. So dia mintak kami tunggu di bahagian drop-off sebelum masuk ke bangunan terminal. Memang security di airport sangat ketat. Di KLIA, public still boleh masuk di bahagian kaunter tiket kan? Di airport Delhi, once korang dah keluar dari bangunan airport, susah nak masuk balik sebab ada security spot-check. Selang beberapa minit dari kami sampai di airport, mamat GeTS tu pun sampai. Dia pass tiket-tiket kitorang dan voucher hotel untuk tour Agra-Jaipur-Delhi siap-siap. Dan kami bayar balance pakej siap-siap. So senang duit-duit dah serahkan siap-siap. Harapnya kami tak kena scam. Redho dan tawakal sesangat dah ni. Bosan kan sebab takde gambar? Sabajapppp~

Nah hakak lanjer gambar cilok dari Google. Memang polis yang jaga depan pintu masuk ke bangunan terminal. So silalah datang awal untuk elak tertinggal flight ke apa. Dan dorang check tiket flight yang kita print ok. Bukti kita memang nak naik flight. Kalau lupa print, tunjuk je yang dah download dalam phone.
Alhamdulillah so far smooth je urusan kitorang nak ke Srinagar, Kashmir. Aku memang tak berani ambil gambar memula sebab takut kena tembak ke apa. Haha. Anyway, kami ke Srinagar, kashmir dengan flight Go Air. Go Air ni bagi percuma 15kg check-in luggage dan 7kg hand carry. Tapi dorang tak check pun berat hand carry. Dan aku perasan, makcik pakcik abang kakak yang jaga di kaunter, muka je masam tapi bila kita tegur dorang, dorang senyum manihh ja. Tak sombong la kiranya macam imigresen dan kastam di memana airport aku pernah jumpa. Dan dorang sangat lenient bab-bab beg ni. Terlebih 5-6kg pun dorang relaks je. Tapi masa kitorang nak check-in tu, ada satu makcik Indian ni, menjerit-jerit di kaunter sebab dia terlepas flight. Dia siap ugut orang kaunter tau. nampak macam dia somebody jugak tapi orang kaunter tak layan. Dah ko lambat, ko nak marah-marah orang kan? Tau lah frust tapi jangan la menjerit-jerit. Then aku teringat satu blog aku baca, memang itu culture dorang. jerit-jerit ni. Allahuakbar. Scary!

Orang dah ramai beratur untuk check-in dan drop luggage.

Ibu dan adik terchantek dah pakai winter jacket siap-siap. Memang sejuk!

Alhamdulillah dah dapat tiket. Kashmir mu tunggu kami datang!

Alhamdulillah. Off to a good start! Menurut ilmu alam yang aku tau, Kashmir ni menjadi perebutan tiga negara iaitu India - Pakistan- China dan kalau nak tahu lanjut daerah-daerah belongs to which country, sila Google. Tapi yang pasti Srinagar adalah daerah dibawah jajahan kerajaan India. Oleh sebab kawalan agak ketat nak masuk Kashmir, sebolehnya korang jangan la bawak beg yang sarat untuk hand carry. Cukup sekadar bawak passport, duit, phone dan kamera je. Benda lain sila sumbat dalam beg yang masuk kargo.

Abah ibu di hadapan pintu masuk departure hall.

Winter jacket memang dah ready siap-siap. Dengar cerita Srinagar akan sangat sejuk semasa winter. Mak kawan dari India (lupa daerah mana) dan mak dia sangat terkejut kitorang nak gi Kashmir semasa Winter. Dia cakap sejuk giler-giler. We'll see sejuk taraa mana nohh.

My adik terchantek. Travelmate forever. Hehe.
Pagi ni kitorang breakfast roti je untuk alas perut. Ada foodcourt dalam balai berlepas ni tapi macam tak halal je makanan-makanan dia. Tunggu dalam 30 minit kot, ground staff Go Air dah panggil kitorang masuk. Alhamdulillah. Flight tak delay.

Ibu abah aku yang excited nak ke Kashmir.

Agak sempit seat Go Air ni tapi layan. Macam Air Asia jugak lah. Bezanya, dorang bagi air dekat kitorang. Hehe.

Minah ni kalau cakap dari Kashmir, orang percaya. Hahahaha!

Flight full pagi ni. Sebelah aku mamat India yang sangat behave. Cute je. Haha.

Masa dalam flight,  sedikit ralat sebab tak dapat duduk sebelah tingkap. Aku memang suka ambil view kepak kapal terbang dan awan. Sebelah aku pulak mamat India mana tah tapi nampak macam behave sangat. Dengan muka tak malunya, aku mintak dia tolong ambilkan gambar kepak kapal terbang dengan muka bumi Kashmir as a background.

Memang takde skill betul mamat ni ambilkan gambar. Hahaha. Tapi sebagai menghormati effort beliau, aku tepek jugak gambar dia ambil tu. Nampak tak muka bumi Kashmir yang dah diselaputi salji? Am sooooo excited!

Aku tak puas hati gambar mamat tu ambil. So aku mintak dia ke tepi sikit. Let me show you my skill bradehhh. Hahaha. 

Hello winter! It's me! Tengok dari atas je dah nampak sejuk beku. Grrrrrrr~ Tazabarrrrrr. Mr. Pilot buat announcement tighten our seat belts dan flight G8-128 mendarat dengan saaaaangat lancarnya. Alhamdulillah. Kita sambung next entry ye.


Sekian.

Notakaki:

Untuk pemegang e-visa macam aku, masa check-in ke Srinagar, Kashmir dorang tak mintak pun kertas A4 yang aku print tu sebab masa memula sampai di Delhi semalam, pakcik imigresen misai lentik dah cop evisa dalam passport aku. Ok?


Xoxo,




Share:

Day 01: KLIA-New Delhi.

Assalamu'alaikum.

Dah berhabuk bersawang berkarat rupanya blog aku ni. Selalu kalau aku nak travel memana, aku akan study dari blog-blog traveler lain untuk dapat general idea tentang negara aku nak pergi tu. Dan selalu jugak jumpa blog yang tulis separuh jalan. Masa tu memang aku akan omel sorang-sorang 'kenapalah slow giler dia ni tulis.' Hahaha. Tapi sekarang baru aku faham, bukan senang nak consistent menulis blog ni. Nak-nak travel blog. Bab nak pilih gambar tu yang malas. Memang tabik spring lah sape-sape yang consistent menulis pengalaman dorang dalam blog. So ayuh, tak nak buang masa, aku akan cuba curahkan segala memori yang aku ingat berkaitan trip aku dan family ke India. Antara trip yang paling mencabar buat aku dan family.

***

28|12|2017 Khamis. Alhamdulillah, setelah berdebar-debar  selama beberapa bulan untuk ke India, akhirnya hari yang ditakuti telah tiba. Hahaha. Yang penting visa tu lah. Takde visa, tak boleh masuk India. Anyway, kitorang dari Langkawi ke KLIA naik flight apetah. Dah tak ingat. Haha. (Mau taknya, dah hampir setahun balik dari India baru aku terhegeh-hegeh nak menulis pengalaman kami di sana.) Kitorang sampai KLIA dalam 130pm camtu. Flight ke Delhi pulak jam 605pm. So ada masa 5 jam lepak dekat KLIA. Untuk info, kami ke Delhi terbang membelah awan bersama dengan Malindo Air. Urusan check-in di kaunter pun berjalan lancar.  Alhamdulillah sekali lagi. Macam smooth je trip India ni. Amin.

Tapi nightmare aku bermula bila nak solat Jamak Qasar Zohor, tetiba mak aku gelak kuat giler. Rupanya baju aku dekat bahagian ketiak dah terkoyak. Besar pulak tu! !@#$%^&* betol lah produk AliExpress ni. Baru pakai je baju tu. Harapnya takdelah yang nampak ketiak aku masa tu. Hahaha. Masalah utama bila semua beg kitorang dah check-in. Nasiblah aku ada bawak baju t-shirt lengan pendek dalam backpack aku. Itu pon untuk pakai masa tidur di hotel transit di New Delhi. Memang selekeh betul image aku dekat departure hall. Nasiblah aku ni bukan retis. Kalau tak memang terpampang muka aku dekat main page blog-blog hiburan. Keke. Ok done melalut.

Tepat jam 6.05pm, flight OD 205 berlepas dengan jayanya. Alhamdulillah flight sepanjang 5jam 30minit ke Delhi cun je. Ada lah sekali sekala Mr. Pilot suruh duduk & pasangkan tali keledar sebab turbulence. Benda biasa dalam flight tapi tiap kali dengar announcement cenggitu, memang kecut perut aku. Huhu.


Nasi beriyani apetah. Memang tak sedap. Pedas giler.

Yang ni lain pulak. Adik aku punya. Dia pun cakap tak sedap.

Mak dan ayah aku dah tertidur sebab letih sangat kot. Dari pagi lagi dah gerak dari Langkawi.

Alhamdulillah tepat jam 915pm kami selamat mendarat di bumi kelahiran bakal jodoh aku, abam Salman Khan! Mixed feeling. First time rasa macam ni bila travel ke luar negara. Rupanya mak dan adik aku pun dok rasa macam aku rasa. Hahaha. First impression bila jejak ke dalam airport Delhi, wow~ Nice~


Tanjat gigirl nak masuk toilet ada gambar orang. Unik jugak lah kan? Sengih baik punya~

Ayahanda sementara menanti bonda selesaikan urusan di toilet.

Yey! Dah sampai Delhi.

Namasteeee~

Welcome to India! Bergerak menuju ke kaunter imigresen. Ini yang buat aku berdebar ni.

Tadaaaaa~ Nampak tak ada sculpture tangan di dinding tu? Untuk info, kaunter untuk evisa, hujung sekali.

Di sebabkan aku sorang je yang menggunakan E-visa, aku kena beratur di kaunter lain yang agak hujung dari kaunter visa biasa. Nasib orang tak ramai so cepat sangat tiba giliran aku. Aku ni ada penyakit berdebar terok bila dekat imigresen atau kastam. Dahlah aku pakai e-visa so aku agak ragu-ragu penerimaan visa jenis tu. Lepas ke idok. Mati aku kalau tak lepas. Nak pulak pakcik imigresen tu misai lentik semacam. Tapi bila aku ucap Namastee~, dia sengih manihhhh baqhang~ Terus dia cop passport dan kertas e-visa yang aku print dari rumah. Alhamdulillah, urusan di kaunter imigresen & kastam berjalan lancar. Mungkin sebab kami sampai malam. 

Lepas dah collect luggage, keluar je dari arrival hall, misi seterusnya nak mencari simkad. Betul-betul depan arrival hall, aku nampak booth jual simkad warna merah dan aku pilih simkad ni:


Simkad Airtel. Berharga dalam RM80. Dalam tu ada kredit sebanyak 1500 rupees. Dan hanya boleh digunakan selepas 2 jam diaktifkan. Arghhh! Pasaipa tak habaq awai-awai? Aku nak kena call hotel transit kami di India!


Ikut itinerary yang aku dah buat, esoknya pada 29/12/2017, kami akan bergerak ke Kashmir. Kalau baca blog-blog traveler yang ke India, kebanyakannya akan tidur di airport sahaja sebab flight awal pagi untuk ke Kashmir. Disebabkan aku travel bersama parents yang berusia 60 tahun ke atas, tak kan lah aku nak suruh tidur atas lantai airport kan? So untuk penginapan kitorang malam ni, aku dah book Airport Hotel Wave Delhi. Dalam 15 minit drive dari hotel ke airport dan dia provide free-shuttle to airport. Sebelum fly ke India, aku dah email hotel ni, bagitahu flight detail semua. So that, bila kitorang sampai, dia dah tunggu. Tapi bila keluar dari arrival hall, takde pun sign-card nama aku. Aku dan adik keluar sampai dekat drop-off area pun takde tanda-tanda kami akan disambut. Sebab tu cepat-cepat beli simkad. Tapi bila beli simkad, lepas dua jam diaktifkan baru boleh guna. Drama apakah ini? Dah lah dekat luar sejuk giler.


Terpaksalah tebalkan muka, aku mintak tolong pakcik yang jual simkad tadi. Mintak dia call hotel kitorang. Aku bercakap dengan receptionist hotel. Memang nak marah dah. Dia baru terhegeh-hegeh nak hantar orang datang ambil kitorang.  Yennadeiiii~ Lagi 15 minit, dia suruh kitorang tunggu dekat luar. Ya Auloh, memang ngeri tengok keadaan airport dekat luar. Banyak giler kereta, dengan bisingnya. Sabar je lah. Ini memang kitorang dah jangkakan.

Abam Salmannnnnn! Jumpa jugak kita di Delhi. Keke.

Sementara tunggu shuttle datang ambil kitorang. Memasing takde mood masa ni. Inilah gambar last yang aku snap sebab lepas tu memang simpan je phone dalam poket. Takde mood. Haha.

Lepas 15 minit menunggu dalam airport, kami pun bergerak keluar airport untuk tunggu shuttle kami sampai. Cuaca tak yah cakap. Nampak tak dekat gambar yang ada mak ayah aku tu? 13 darjah celcius dan berangin. Nasiblah tunggu tak lama dan shuttle pun sampai. Yang sampai hanyalah kereta kecil, untuk kami berempat. Beg-beg semua dia ikat atas bumbung. Ayoooyooo~ Risau sangat kalau beg-beg kami jatuh sebab aku pernah baca satu blog ni, memang ada beg yang jatuh dan hilang begitu sahaja.

Haa lebih kurang cenggini la shuttle yang ambil kitorang. Kecik giler. memang berhimpit. Teksi dalam gambar ni lawa la jugak. Realitinya memang scary kalau tengok. Hahaha. Gambar ihsan Google.

Ya Auloh sekali lagi. Scary giler pembawakan pakcik teksi ni. Laju satu hal. Mencilok sana sini ikut suka hati dia je. Paling scary bila tetiba dia bawak kereta lawan arus ok!! Menjerit dah mak aku. Hahaha. Rupanya dia malas nak u-turn sebab hotel kitorang booked dekat seberang jalan. So tengah-tengah highway tu dia terus belok lawan arus. Adoi, mengucap panjang kitorang. Ayah aku memang diam terus. Beliau sangat berhemah bila memandu. Tetiba naik shuttle yang bawak macam hantu. Terus hilang suara beliau. Hahahaha.

Masa sampai Airport Hotel Wave Delhi, berbondong-bondong pekerja mai tolong angkat beg kitorang. Arghhh stress teruk. Tak sempat tahan memang dorang dah bawak masuk beg-beg kitorang. Tapi sebab takde duit pecah, aku buat keras. So no tips for them. Haha. Dorang tunggu dalam 2-3 minit, kitorang buat-buat kalut, so dorang pun blah. Anyway urusan di kaunter mudah tapi sebab aku tengah blur, aku rasa hotel tu charge extra RM5-10 dari harga asal. Aku dah takde mood nak bertekak. Aku bayar cash je masa tu. Silap tak swipe sebab kot la nak guna kan duit cash tu nanti. Shuttle yang ambil kitorang tu pun free walaupun consider sebagai teksi sebab memang dah termaktub dalam deal, kitorang entitled untuk free-shuttle to/from airport.

Di lobby hotel. Gambar cilok Booking.com. Realiti takdelah selawa ini.

Dari depan hotel. Cilok dari Booking.com. 

Dalam bilik kitorang. Kemain elok tapi lantai melekit!

Lobby hotel. Mohon jangan terpedaya dengan gambar di booking.com

Aku memang tak recommend hotel ni sebab star rate di booking.com memang rendah. Kitorang ambil pun sebab ingat nak transit je dan hotel ni antara star rate tinggi lah masa book tu. Keduanya, bilik yang dia bagi dekat kitorang bukan Family Room ok. Ada ke patut kitorang diberi 1 katil dan 2 tilam je. Sepatutnya untuk 4 orang kenalah provide 2 katil. Ketiganya, lantai memang berdebu tahap hitam tapak kaki tahap kitorang solat pun atas katil. Keempatnya, ada lipas dalam fridge!!!! Ya Auloh buat kali ketiganya. Aku tak dapat bayang macam mana trip kitorang seterusnya nanti. Memang tawakal redho habis dah ni. Malam tu kitorang tidur dengan tarik nafas panjang-panjang dan redhoooo~ No dinner sebab tak selera nak makan apa pun. Haha. Good night Malaysia!

Sekian.

Notakaki:
Aku cadangkan korang tidur je dekat airport kalau kena transit sehari macam kitorang ni. HAHAHAHAHA! Lupa nak ingatkan. Sementara aku dan abah beli simkad, adik dan ibu aku beli air apetah dekat mart depan Arrival Hall sebab kitorang perlukan duit kecik. Ramai traveler yang ke India ingatkan kena ada duit kecil. Jangan beli barang di luar airport menggunakan duit besar sebab susah nak dapat baki balik. Wallahualam. Kita ikut je pesan orang.

Xoxo,


Share:

Day 00: Persediaan Menjejaki Salman Khan di India

Assalamu'alaikum.

Namastee everyone! Pada 28.12.2017 - 05.01.2018, aku dan family ke negara yang kaya dengan culture, tinggalan sejarah yang menakjubkan dan bersepah homeless people (sorry, itu realitinya) iaitu INDIA! And it's during WINTER! (Again! Sumpah aku stress pergi travel masa winter. Sejuk gila!) Kitorang cover Kashmir (3hari 4malam) dan Golden Triangle (New Delhi, Agra & Jaipur) selama 4hari 5malam. Like seriously aku tak pernah terfikir nak jejak India. Serabut bila dengar experience kawan-kawan. Tapi ibunda terchentalah yang beriya nak ke Kashmir. Dia tengok gambar mana tah, dia cakap cantik giler. Bayangkan sampai aku ajak ke New Zealand dia tak mau. Dia cakap Kashmir lagi lawa. Hahaha. Ok takpe, we'll see.


Alang-alang nak jejak Kashmir, kitorang plan terjah Golden Triangle jugak. Golden Triangle ni nama glamour untuk gabungan Agra, Jaipur dan New Delhi sebab kalau tengok map, ketiga-tiga daerah ni membentuk segi tiga. Anyway, taknak cakap banyak, antara persediaan yang aku dan adik terchenta dah buat untuk ke India adalah:
Lepas submit dan bayar, dorang akan email yang ni nak kabo dia akan proses visa kita. Ambil masa dari 24jam ke 72jam sahaja.
Lepas tu, dia akan email sekali lagi bagitau result application e-visa kita. See? GRANTED! Means LULUS lah tu. Alhamdulillah.
Tadaaaa~ Inilah e-visa. Lepas dah 'GRANTED', klik link yang dia bagi, then klik button 'VISA STATUS' then dia akan mintak application ID dan nombor passport dan klik je 'PRINT VISA' dan dia akan autosave e-visa in PDF untuk kita. Then kita print. Senang keje. Evisa hanya perlu tunjuk sekali je masa memula masuk India. Lepas tu nak ke Agra ke, Kashmir ke, dia tak mintak dah E-visa ni tapi langkah keselamatan, simpan lah memolek ye.
Masa aku tukar duit, memang dorang kasik note Rs.2000 je. Kira besar lah nilai ni. Sampai sana pepandailah beli air ke apa ok untuk dapatkan duit kecik. Jangan bagi duit nilai besar ni untuk harga yang Rs.100-200 tau. Gambar ihsan Google Image.
Lepas bayar, Malindo hantar email beserta sijil insurance. Tapi diingatkan, sila pangkah travel insurance by Malindo. Irresponsible! 
.
Aku rasa yang tu je kot persiapan kitorang sebab banyak agent yang uruskan. Tapi ini first time post persediaan aku tulis panjang lebor. Haha. Ikutkan banyak benda nak elaborate dekat sini tapi aku sabar je ni. Keke. Tapi yang pasti, disaat nak apply evisa tu, macam-macam emosi ada. Berdebar giler takut kena reject. USD50 woii dan menurut bacaan aku, memang aku akan stress teruk dekat India tapi disebabkan taknak berburuk sangka, aku dan ahli rombongan cuba berfikiran sepositif mungkin. Harap-harap mudah perjalanan kami nanti. Amin.
Sekian.
Notakaki:
Xoxo,




|01|  TIKET FLIGHT

Bab-bab tiket ni selalunya serah dekat adik terchantek aku sebab dia ni sejenis pantas dan tak teragak-agak. Dia lah yang rajin check tiket promo. Tapi kekadang takdelah promo sangat. Haha. So untuk flight ticket, adik aku booked Malindo Air from KLIA to Delhi Airport. Seorang (Return) dalam RM1245. Manakala flight ticket dari Delhi ke Srinagar, aku suruh agent di India belikan. Bab-bab agent ni nanti aku citer next point. Anyway, flight dari Delhi ke Srinagar (two-way) seorang dalam RM400. Agak mahal sebab beli last minute. Two way sebab dari Delhi ke Srinagar by Go Air dan dari Srinagar Delhi by Jet Airways. Ada pengalaman tak best dengan Jet Airways ni. Nanti aku cerita.

Anyway untuk flight ticket dari KL - Delhi - Srinagar - Delhi - KL, RM1245+RM400 = RM1645. Tambah sikit lagi lepas ke London. Hahaha.

|02|  ITINERARY

Disebabkan flight kitorang pada 28/12/2017 tu sampai malam di Delhi, kitorang stay sehari di Delhi sebelum esoknya fly ke Kashmir dari 29/12/2017- 01/01/2018 (4hari 3 malam) dan 01/01/2018-05/01/2018 (5hari 4malam) di Golden Triangle. Dan disebabkan bawak mak bapak dan dengar memacam cerita tak best pasal India, aku tak berapa yakin nak redah sendiri, aku dan adik plan nak ambil travel agent. Travel agent kat sini, aku assume yang plan dan handle everything. EVERYTHING dari A-Z dari accomodation, transportation, site visit, itinerary etc.

Untuk itinerary di Kashmir, aku terjumpa satu blog yang menggunakan khidmat Lily Houseboat of Nageen di Nigeen Lake, Srinagar, Kashmir. Bukan apa, through blog reading ni, kita tau agent mana yang trusted ke tak kan? Itu yang penting sebab dengar orang cerita India ni banyak scams. Anyway, aku contact Mr. Ajaz (+91 97967 15959). So sepanjang di Kashmir, kitorang akan tinggal di houseboat milik family si Ajaz ni. Manakala untuk transportation, pun si Ajaz ni settle kan. Breakfast dan Dinner disediakan.  Lunch cari sendiri. Total harga pakej untuk seorang jatuh dalam RM700. Untuk 10% deposit, disebabkan si Ajaz ni kahwin dengan orang Malaysia, dia suruh bank in dalam akaun bini dia je. Lega sebab boleh elak bayar overseas remittance fee. Balance selebihnya kami bayar sebelum ke Kashmir sebab bila kira-kira, lagi jimat bayar in RM berbanding Rupee. Keke. Anyway Ajaz ni bukan jenis fast reply to our text. Kot la ada yang nak ambil servis dia tapi bila mesej duit dah masuk ke apa, dia tak reply, jangan gabra pulak. InsyaaAllah dia sejenis boleh dipercayai.


Untuk itinerary di Golden Triangle pulak, study punya study, check review di Trip Advisor, kitorang sepakat pilih GeTS Holiday sebab tengok review elok. Harap-harapnya memang elok lah dan yang paling penting trusted. Karang dah bayar deposit bagai, tetiba tertipu, tak ke meraung nanti? Anyway, aku contact dorang ni through website yang ditinggalkan di trip advisor. Kalau website tu tipu, memang kitorang pun akan tertipu. Total pakej seorang dalam RM700 jugak termasuk accomodation, transportation tapi tak termasuk Lunch dan Dinner. Breakfast boleh makan di hotel. Macam biasa dorang mintak 10% deposit, then 30% payment sebulan sebelum fly. Selebihnya 60% payment bayar dekat India. Tapi sebab nak jimat kena bayar overseas remittance fee, kitorang remit dalam 70% jugak dari jumlah keseluruhan. So 30% lagi bayar dekat sana. Lepas dah remit tu, tawakal je la. Harap-harap tak kena tipu. Keke. Remittance boleh dilakukan di Western Union atau memana bank. Ayah aku tolong remitkan di Maybank.

|03|  ACCOMMODATION

Accommodation memang tak payah pikir bila ambil agent. Cuma aku booked hotel untuk sehari masa kitorang transit pada 28/12/2017. Tak sanggup nak suruh mak ayah tido dekat airport je. Anyway ramai je backpackers tido airport. Untuk transit hotel sehari, aku booked Airport Hotel Wave Delhi sebab dia provide free-airport-shuttle. Harga semalam untuk 1 family suite dalam RM220. Tapi sebab booked via booking.com, so boleh bayar cash je dekat sana. 

|04|  VISA

Untuk masuk India, WAJIB apply visa. Untuk rakyat Malaysia yang nak ke India sebagai pelancong, ada 2 jenis visa. Satu, Regular Visa. Boleh masuk India seberapa banyak yang kita nak tapi dalam tempoh yang ditetapkan. Tak silap dalam within 6 months dari tarikh visa diluluskan. Harga seorang dalam RM190. Nak apply regular visa ni, kena isi online, then print bersama-sama dengan dokumen yang dorang nak, then submit by hand di India Embassy. Parents dan adik terchantek aku apply regular visa. Dan ramai tourist dari Malaysia prefer untuk apply regular visa sebab sebelum submit dan bayar, officer di embassy akan semak dulu form yang diisi & dokumen yang dilampirkan untuk elak kena reject. Pendek citer, hati tu tenang sikit kalau apply regular visa & ada pelekat visa akan ditampal dalam passport.

Disebabkan aku bekerja di Brunei, untuk apply regular visa di sini tersangatlah mahal. Seorang dalam RM450 ok! Tak koser aku nak bayar sebanyak itu. Nak buat dekat KL memang tak sempat lah. So aku apply visa secara online, iaitu E-Visa. Bayaran yang dikenakan USD50 e-visa + USD 2 service charge. E-visa valid untuk double-entry (dua kali kemasukan. Contoh: masuk India kali pertama bulan January. Then February balik Malaysia. Itu dikira sekali kemasukan. Then bulan April masuk lagi India guna visa yang sama, then balik semula Malaysia. So dah dua kali kemasukan, makanan visa tu dah tak valid. Faham?) sepanjang tempoh 6 bulan dari tarikh visa diluluskan dan hanya boleh apply sebulan sebelum tarikh kita nak masuk India. Nak apply e-visa, klik sini. Banyak website scammers untuk apply e-visa ni so sila berhati-hati. E-visa ni agak mudah nak apply sebab kita hanya perlu isi maklumat secara online, then upload passport dan gambar kita dengan background putih yang di-scan, then submit dan bayar. Lepas tu dia akan hantar email samada lulus atau tak. Then, kalau lulus, kita print atas kertas A4 then masa memula jejak India, tunjuk je kertas A4 tu dekat pakcik imigresen. Kemudian, imigresen akan cop dalam passport yang kita ni pemegang E-Visa. So lepas tu nak ke Kashmir ke, Dehradun ke, Mumbai ke, dah tak payah tunjuk kertas A4 yang kita print tu sebab memula jejak kaki di airport, imigresen dah cop dalam passport kita. Faham? Tapi kena ingat, e-visa ni sekali dah submit, buatnya dia reject, kita kena apply sekali lagi, dan bayar sekali lagi. So sebelum submit tu, sila check info yang dah diisi banyak kali sampai berpinar mata especially alamat dekat India sebab ada kes, si A apply regular visa, lepas. Tapi si B guna alamat yang sama apply e-visa tak lepas. Kalau aku rajin aku buat entry khas pasal e-visa ni. Ada faham?


|05|  DUIT INDIAN RUPEE

Ini memang WAJIB lah! Better tukar banyak-banyak dekat Malaysia sebab kalau tukar di India, exchange rate tak molek. Kitorang tukar overall dalam RM5400. Cukup ke idok untuk 4orang tu, kita tunggu je nanti. Keke.



|06|  TRAVEL INSURANCE

WAJIB ambil travel insurance kalau nak ke luar negara. Bukan apa, takut jadi apa-apa masa travel macam terlepas flight ke, beg ter-rosak ke, sakit ke, so boleh claim insurance. Untuk travel insurance, adik terchantek I tak discuss dulu dengan I, dia terus ambil Malindo Travel Insurance. So 4 orang bayar dalam RM269.04. Tapi macam haram je polisi. Dalam polisi tulis kalau terlepas flight, boleh claim and it did happen to us (nanti aku cerita) tapi bila contact Malindo Travel Insurance, dorang cakap dorang tak cover kalau terlepas flight airlines lain. Batak giler. So please! Jangan ambil travel insurance airlines ni. Mengarut. Orang putih cakap bullshit. Hah! Marah tol ni. Hahaha. Anyway, aku cadang, sila lah ambil AXA Travel Insurance atau Maybank Travel Insurance. Harga pun tak semahal travel insurance airlines.


|07|  LAIN-LAIN

Makanan kitorang bawak nasi dan lauk dari brand Brahim. Senang boleh rebus je dalam rice cooker. Yes, adik aku usung rice cooker kecik ke India sebab kitorang ragu-ragu dengan makanan dekat sana. 99.99% traveler yang ke India cakap kotor dan kalau salah makan boleh mengundang cirit-birit. Untuk baju pulak, semestinya winter jacket, long john, sweater, kasut winter dan sewaktu dengannya. Ubat-ubatan pun adik aku bawak. Oh wet tissue memang tak lupa. Banyak giler aku beli. Disebabkan pergi masa winter, krim pelembap memang tak lupa bawak. Universal traveler pun jangan lupa ye.




Walaupun pergi dengan agent, kitorang dah start rasa tak bestnya India ni dan kinda menyesal sebab plan ke sini. Hahaha. Arghh dalam banyak-banyak tempat, kenapalah kitorang ke India. Tapi bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Kot lah kami dah sampai sana, tergolek-golek jatuh cinta kan?  Keke.


Share: