Day 05: Hook Van Holland - Volendam, Netherlands. (PART 1)

 Assalamu'alaikum.

05 Jun 2019 (Selasa). 2 Syawal kami di bumi Eropah. Semalam lepas penat mengangkut beg masuk ke dalam cabin bersama kejutan beg dijilat anjing, mental dan fizikal kami bertiga sangat penat. Aku tak sedar yang aku tertidur atas katil mak aku. Bila bangun tu, sedar-sedar dah 7 pagi. Kelam kabut lah nak mandi sebab semalam ingatkan nak jalan-jalan dalam cruise ni tapi dah tertidur la pulak. Mak ayah aku macam biasa dah bangun awal sambil membelek telefon masing-masing dan dorang macam confuse kenapa aku kalut semacam. Haha. Dorang ingatkan lambat lagi nak sampai port di Netherlands. Bila aku cakap cruise kami akan berlabuh tepat jam 8 pagi, kelam kabut memasing kemas barang. Hahaha.

Sebelum aku mandi, mak aku kemas-kemas beg plastik yang penuh dengan makanan. Mak aku memula nak tinggal 6 botol mineral water Evian dalam cabin wehhh. Mineral water tu tak bukak lagi. Aku marah lah, sebab sesuka hati je nak buang. Lepas tu aku sumbat mineral water Evian tu dalam beg galas aku. Gigih bahu sakit sebab taknak buang air dari gunung Switzerland. Hahaha. Tapi mak aku buang benda lain guys. Dia buang semua kebab RM300 kitorang sebab pedas. Aku baru plan nak salai balik dan boleh masak menu lain sebab elok lagi daging kebab tu. Sabar Helda...Sabar.. Itulah hakikat kalau berjalan dengan orang tua. Korang memang kena baaaaanyakkkkk sabar. Hehe.

Aku bawak biskut raya okay ke Europe. Pagi ni kita sarap ni dulu.


STENA LINE CRUISE (HARWICH INTERNATIONAL PORT - HOOK VAN HOLLAND).

Lepas mandi dan dah kemas memana yang patut, kami keluar untuk tengok-tengok keadaan dalam cruise. Serius rugi sebab kami tak keluar semalam tapi memang kami bertiga penat gila. Anyway, macam-macam ada dalam cruise ni. Restoran, entertainment room, games room, cafe, semua lah. Kalaulah adik terchantek aku ikut kitorang naik cruise, confirm aku dengan dia akan lepak-lepak di cafe semalam. Kitorang memang suka borak-borak. Hehe.


Gambar depan bilik dulu.

Interior berkonsepkan kayu. Nampak cozy.

Kemain cik Esah silang kaki di cafe

Kan best kalau semalam lepak-lepak dekat sini sambil mengopi.

Gambar bergegar la pulak.

Dah nampak daratan.Tapi kami maintain bergambar. Hehe.

Cik Esah dan tingkap. Hehe. Banyak pulak gambar bergegar. Masa ni aku simpan phone sebab bateri dah nyawa ikan. Nak guna Google Maps japgi untuk ke penginapan kami di Volendam.


Keadaan di seating area cruise. Kedai baju pun ada. Dah mcam mall.

Stress pulak aku gambar tak sharp. Go-pro ni aku tak pandai pakai sebab adik aku baru beli untuk trip kami ni.

Dahla gambar melengkung. Sabor je la. Living room pun ada dalam cruise.

Tingkap versi kurus pulak. Nampak tak kincir angin di situ?

Jakun kejap bila nampak sebatang kincir angin di situ.

Oh rupanya berbatang-batang. Haha. Netherlands memang terkenal sebagai negara kincir angin.

Jom naik ke deck pulak.

Kuat giler angin dekat luar ni. Tengokla tudung kami. Memang malas nak cara dah.

Baru lepas hujan kot. Macam basah je deck ni.

Dah la sejuk gila tapi relax ja mat saleh lepak kat luar ni.

Dah nak hujan balik. Moh masuk.

Silap tak bawak phone aku. Geram pulak tengok gambar distorted camni.

Okay jom masuk. Sejuk dekat luar ni. 

Stress pulak aku banyak gambar blur. Nah aku lambakkan koleksi video kami atas cruise. Abaikan kami yang jakun di selangi dengan gosip-gosip tingkap. Hehehe.









Bila dah dengar bunyi serombong kapal siap dengan announcement, tu tandanya cruise dah nak berlabuh. Kami balik semula ke cabin untuk ambil beg-beg. Dah lah tak boleh pinjam troli dalam cruise ni. Kena bayar mahai gila dekat €20 tak silap. Lift pulaktak tau pasaipa staff kapal cakap tak boleh pakai. Kami dan penumpang lain kena bawak turun beg-beg guna tangga okay! Menyumpah aku dekat staff cruise tu. Takde empathy langsung. Bila kami sampai bawah, nampak macam manager dia, dia tengok kami struggle, dia tanya kenapa tak pakai lift, kami cakap staff dia tak bagi. Dia geleng kepala je. Dia kata patut boleh ja pakai lift untuk kes macam kami yang banyak beg. Aku syak staff dia racist. Hahaha. Masa dah keluar dari perut cruise, aku ingat nak amek troli tapi kena bayar noks. Dalam €5 per troli. Duit pecah takde, orang yang jaga troli pun takde so berangkutlah kitorang beg-beg ni. Ingat dekat je dari cruise ke balai ketibaan macam dekat Harwich International Port. Sekali bapak jauh! Ambik kau. Mengah nak tolak-tarik beg-beg kami. 

Get ready untuk check-out. Tak payah check-out kat kaunter, terus je keluar dari cruise. Hehe.

Tadaaaaaaa~ Banyak tak beg kami? Hahaha. Bayangkan kami tolak beg ni dari cruise ke bahagian kastam. Ada la dalam 500m jaraknya. Mencuka dah ayah aku. Hahaha.

Sementara orang lain gigih beratur, kita take a break because we deserve it. Hahaha.

Selesai urusan kastam, kena cop passport pulak. Bapak scary tengok pegawai kastam dorang. Dengan bertatu penuh tangan dengan muka masam. Tapi muda belia lagi. Bila sampai giliran kitorang, dia senyum manih terok! Nasib lepas sebab aku tengok orang sebelum kami, macam kena marah. Tu yang aku jadi cuak nak cop passport tadi.

Cop di Hook Van Holland.

Setelah selamat sampai di Hook Van Holland di Netherlands, lokasi pertama kami nak tuju adalah Amsterdam Airport Schiphol atau lebih dikenali dengan nama Schiphol Airport sebab masa aku booked kereta via apps rentalcars.com, aku set untuk ambil di Schipol Airport. Macam aku suggest sebelum ni, better set lokasi ambil kereta di airport. Tak payah pening fikir pasal transportation nak ke sana sebab sah-sah ada public transport. Untuk ke Schipol Airport, dari Hook Van Holland Port, kami kena naik train atau bas dan aku check, ada train direct terus dari Hook Van Holland Port ni ke Schiphol Airport tanpa sebarang transfer. (Transfer ni maksudnya, takde tukar-tukar train). Semua ni aku check menggunakan apps NS Train.

Haaa kena naik train kuning ni yang ada simbol anak panah dua hala tu.Apps NS Train boleh ja download kat apps store.

Sebelum kami ke Europe. aku ada lah Google pasal train station di Hook Van Holland sebab kalau aku travel, aku suka bayangkan perjalanan aku bagi meminimumkan kekalutan semasa travel. Aku ada jumpa notis sesapa yang travel dari tarikh sebelum kami sampai, kena naik shuttle bus yang disediakan sebab train station dorang under renovation. Masa kami sampai, aku assume train station dah habis renovate. Sekali train station yang memang terletak sebelah je balai ketibaan, lengang. Confuse kejap aku. Masa tengah ternganga-nganga tu, aku nampak mat salah sorang, aku tanya dia, dia cakap kena naik shuttle bus dekat situ (dia pointing out arah nak tunggu bas). Apa lagi, kena tarik lagi beg-beg kitorang ke arah bas yang terletak dalam 200m dari kitorang berdiri.

Sebenarnya bas tunggu depan pintu masuk tapi kami ingat itu bas persiaran ke apa.

Babai Stena Line. Hingga ketemu lagi.



Bas ni aku tak pasti berhenti dekat train station mana sebab driver tu cakap dalam bahasa Dutch. Tulisan dekat train station pun seeeeeemuaaaaaa dalam Dutch. Serius aku blur seketika. Sementara mak ayah aku ke toilet (jalan dengan orang tua, biasalah. Hihi.), aku check route yang patut kami ambil menggunakan apps NS Train (sila refer post Persediaan aku ke Eropah Part 2 untuk tau loga apps ni) yang digunakan untuk check laluan train di Netherlands. Dalam apps guna English tapi dekat station memang semua pakai bahasa Dutch. 

Keadaan dalam train yang lengang dan teratur. Bersih gila.

Kalau dekat London merata anjing dan sedikit kotor, di Netherlands jarang la nampak dorang bawak anjing. Dan stesen dekat sini sangat bersih, besar, banyak mesin dan memang nampak teratur.

My babies menanti atok & wan ke toilet. Beg hitam kecik tu yang kena jilat anjing semalam.

Bila mak ayah aku dah settle urusan di toilet, aku tanya pak guard dekat station camne nak ke Schiphol Airport, dia memang baik hati tunjuk dekat mana platform kitorang kena tunggu. Masalahnya, train dorang pun pakai bahasa Dutch. Dah tu camne aku nak tau train yang ke Schiphol Airport? Masa kami sampai di Hook Van Holland port, aku dah check, dari train station yang shuttle bus drop kami untuk ke Schiphol Airport, Amsterdam ada NS Train yang 0 transfer. So aku agak-agak je waktu yang ditunjuk dalam apps NS Train dengan NS Train yang sampai dekat platform yang kitorang tengah tunggu. Dalam apps NS Train tunjuk, train akan sampai jam 10.00 pagi (contoh ye sebab aku dah tak ingat jam berapa train tu sampai. Hehe), tapi ada train sampai jam 9.59 pagi so kitorang naik je train tu; assuming that train tu datang awal seminit.

Jakun tengok train dua tingkat lalu. Hehe.

Giler banyak train dekat sini. Selang seminit dua, train akan sampai.

Tak sabar nak sampai Volendam tapi masih jauh perjalanan kami.

Dalam train memang tak ramai orang. Maybe sebab masih awal dan sebelah seat kami ada sorang mat saleh Belanda. Tetiba dia cakap Melayu wehhhh dengan ayah aku! Fasih namatey! Tapi dia cakap Melayu Indonesia lah. Dia duduk lama di Indonesia dulu. Aku memang ada dengar yang ramai orang Belanda boleh cakap bahasa Melayu Indonesia. Kan dorang jajah Indonesia lama jugak dulu. Dia sembang dengan ayah aku. Apa lagi, aku tanya dia terus lah, betul ke ni train menuju ke Schiphol Airport.. Dia cakap bukan! Waaaaaaaaa..... Tapi dia offer untuk kitorang turun sama dengan dia, nanti dia guide train mana kami kena naik untuk ke Schiphol Airport. Ya Allah lega! Ayah aku siap bagi dia rasa biskut raya lagi. Tapi.....arghhhh get ready la nak angkut beg berketoi-ketoi ni lagi. Waaaaaa..... Beza seminit ja wehhhh dengan train kami patut naik. Mana nak sangka kan train sini memang punctual dan setiap minit memang ada ja train singgah. Itu menunjukkan betapa efisyennya sistem public transportation di Netherlands.

Sampai di station apetah, kami ikut si James (aku tak ingat nama dia so kita gelarkan dia James okay? Hahaha.) turun. Lepas tu dia tunjuk kitorang arah platform yang kitorang kena pergi dan tunggu train di situ. Dia siap cakap dengan staff dekat platform tu untuk tolong guide kami. Kami kan boleh naik train sesuka hati sebab ada one-day unlimited pass untuk penumpang cruise yang ambil pakej 'sail & rail' so senang. Main masuk je ke platform. Sekali train memang dah sampai, lagi seminit je lagi nak berlepas. Apa lagi. Ayah aku main campak ja beg-beg kitorang dan aku yang naik train dulu, main campak jugak beg kami ke tepi. Tak sempat nak susun elok-elok dah. Koc pun tak sempat pilih. Memang duduk dekat bahagian orang letak basikal. Siap sorang biker ni tolang kitorang tolak beg-beg ke tepi. Haish, kelam kabut sungguh. Haaaa shopping lagi tahan tak ingat.

Alhamdulillah sempat naik. Pastu gelak bertiga sebab boleh rasa betapa badutnya kami masa ni. Haha.

Notakaki:


Kalau nak naik cruise, better jangan bawak bagasi besar dan banyak macam kitorang. Keadaan cruise yang tak berapa nak friendly user untuk beg-beg yang banyak. Macam kes kitorang, bagi aku agak rugi sebab tidur sepanjang perjalanan akibat kepenatan angkut beg-beg yang banyak. Naik cruise ni salah satunya sebab nak enjoy facilities dalam tu tapi kalau tak guna, no point jugak. Nasib sempat la jugak tengok keadaan dalam cruise sekali lalu. Bagi aku better naik bas je kalau nak dari London ke Amsterdam. Senang dan tak payah transfer station banyak kali.


AMSTERDAM AIRPORT SCHIPHOL, NETHERLANDS.

Ya Allah, berlikunya perjalanan kami di Netherlands ni. Aku dan mak dah tak berani tengok ayah aku sebab memang kitorang lah puncanya barang banyak gila. Hahahaha. Alhamdulillah kami selamat sampai di Schiphol Airport dengan bantuan James. Thanks James. Bila dah sampai Schiphol Airport, perkara pertama aku kena buat, cari booth Europcar. Boleh refer sini untuk tau detail pasal kereta sewa kami di Amsterdam. Sementara ayah aku jaga troli beg kitorang, aku dan mak nak usya jap mana kaunter Europcar. Takut ayah aku marah kes beg banyak sangat so kita suruh dia rehat tengok-tengokkan beg dulu. Hahaha. 


Tetiba nampak signage 'Iamsterdam' di luar airport so apa lagi. Bergambar dulu. Haha.

Cik Esah risau takut Bangli marah kalau lama sangat. Hahaha.

Kezahhhhh. Aku nak bergambar kejap. Haha.

Depan Schiphol Airport.

Okay dah. Jom masuk dalam.

Sebelum ayah aku amuk, moh masuk balik. Haha. Rupa-rupanya kaunter kereta sewa duduk selonggok dekat tengah-tengah airport. Takut jadi macam Hertz di London ritu (terpaksa upgrade kereta dan spent more than RM500 sebab operator Hertz cakap beg kami banyak so takut tak muat kereta), aku suruh mak jagakan beg-beg kami sementara aku dan ayah uruskan kereta sewa kami. Aku akan sewa dari 5/6/2019 - 8/6/2019 untuk travel sekitar Amsterdam dan Belgium (lawatan sehari). Untuk kereta sewa di Amsterdam, aku ambil basic coverage je untuk insurans kereta sebab full coverage tersangatlah tinggi harganya bagi aku sebab dah nak cecah RM1000 jugak untuk 3 hari. Tapi problemnya, bila ambil basic coverage, deposit yang aku kena bayar agak tinggi iaitu sekitar RM3500. Ikutkan cukup sebab bila berbelanja di London, lepas swipe memang aku terus bayar kad kredit secara online banking. Tapi Hertz London masih tak lepaskan wang deposit masa kami sewa kereta dekat sana. So aku cuba guna kredit kad ayah aku yang adik terchantek aku buatkan sebagai back-up plan. Jumlah yang adik aku set untuk kredit kad ayah, tak tinggi. Dalam RM3000 je. So tak lepas jugak untuk bayar deposit sewa kereta ni. Memori di Jeju Korea semasa nak sewa kereta tetiba menjengah kembali. Aku dah hampir nak panic.

Sebelum aku panic, luckily kakak saleh di kaunter Europcar ter-saaaaaangatlah membantu. Dia suggest, aku ambil full coverage untuk insurance kereta. tapi sehari aku kena bayar €10. Total tiga hari kena bayar €30 bersamaan RM150. Boleh sangatlah kan sebab bagi aku agak murah pakej yang dia tawarkan berbanding booking melalui apps dan aku bayar cash je. Kelebihan ambil full insurance coverage, deposit kereta sewa pun kurang. Aku hanya perlu bayar deposit dalam RM1500 je so lepas lah untuk sewa kereta kan? Giler murah full coverage insurance kalau beli direct di kaunter. Macam biasa lepas tu aku kena serahkan passport, lesen memandu antarabangsa dan kredit kad ayah aku dan settle~ Yang bestnya, dah la dapat full coverage insurance dengan harga RM150, deposit pun rendah, kakak saleh tu siap upgrade kereta kami dari Peugeot 308 ke Hybrid Honda CRV for free wehhhhhh! Kereta baru pulak tu. Milage tak sampai 10km masa aku ambil okay! Yabedabeduuuuuuu~


Dari Peugeot 308, Europcar Schiphol Airport upgrade ke CRV Honda Hybrid for free! Bonet besar, lebih luas dan lebih mantop! Tapi bukan warna merah lah. Ni aku ambil dari Google. Kami dapat kete kelabu gelap.

Settle urusan kereta sewa, aku dan ayah kena naik ke kawasan parking yang terletak di bahagian atas bangunan terminal ni. Tapi aku cakap dekat kakak saleh tu, aku nak ambil mak dengan beg-beg kitorang dulu. So dia guide je mana kami kena pergi sebab akan ada staff Europcar di office tingkat atas untuk serahkan kereta kami nanti. Sebelum ambil kereta dan keluar dari airport ni, aku ajak mak masuk ke supermarket Albert Heijn yang terletak dalam airport ni sebab aku ada terjumpa satu blog ni, dia bagitau dalam supermarket Albert Heijn di airport ada jual barang basah HALAL. Ada ayam, daging,etc yang halal. Aku plan lepas check-in di rumah sewa AirBNB di Volendam nanti, boleh masak-masak. Serius best supermarket dia. Semua ada. First time jumpa supermarket yang jual barang basah, halal pulak tu, dalam airport.


Haa situlah pasaraya Albert Heijn. Airport dorang macam shopping mall. Gambar ihsan Google.

Dekat section barangan halal. Memang dorang asingkan dengan makanan lain.


Beli isi ayam brand Anur. Serius best shopping dekat Albert Heijn ni. Tak sangka mudah dapatkan barangan halal dekat Amsterdam.

Sayur dan mushrom benda wajib beli. Favorite mak aku.

Jom kita gerak ke tingkat atas untuk ambil kereta.

Ah tak sabar nak makan nasi. Settle beli apa-apa yang patut, kami bergerak ke tingkat atas tempat letak kereta. Giler jauh weh! Nasib ada troli dan lift. Urusan ambil kereta mudah. Dorang check kereta sama-sama dengan kami and it's done. Pemanduan kereta di Amsterdam, lain dengan Malaysia. Driver sebelah kiri. Aku rasa nak teriak bila memula pegang stereng. Takutttttttttttttt... Sebab aku nak jimat duit, aku tak ambil additional driver. Tapi aku dah cakap dekat ayah, dia kena drive. Nasib ah kalau kena saman ke tak nanti sebab tak daftar untuk additional driver. Haha. Dahlah kereta ni besaq, dengan ramp dekat airport ngam-ngam kereta ja weh. Aku drive sampai keluar airport je, lepas tu park tepi dan terus suruh ayah aku yang drive. Hahahahaha. 

Settle tukar posisi. Hahaha. Mak aku suruh aku duduk depan sebab dia takut ayah aku sesat. Haha.

Sumpah weh, kitorang in love dengan bumi Netherlands. Suasana dia yang tenang gila sepanjang perjalanan, highway dia yang sangat sistematik, dan paling aku suka dengan sistem terusan sepanjang jalan dorang. Yang cuak bila kereta hybrid ni sikit-sikit bunyi bila ayah aku tak memandu di lane yang betul. Haha. Nah layan video kami sepanjang ke Volendam.

Aku tak sangka akan jatuh cinta dengan Netherlands. Sistem terusan sepanjang jalan memang cantik dan sistematik. Kan best Malaysia ambil knowledge bab-bab terusan ni.





Abaikan apa yang kami bualkan dan gosipkan ye. Haha. Sistem jalan raya dorang pun bagus. Lagi 1-2 kilometer kena belok kanan @ kiri, garisan dekat atas jalan tu lain dengan garisan jalan terus. So boleh lah siap-siap rapat ke lane kanan @ ke kiri kan? Tak ada la terlepas simpang walaupun pertama kali memandu di sini. Serius terbaik! 


Notakaki:

Deposit kereta ni digunakan sebagai cagaran kalau jadi apa-apa pada kereta especially accident yang kos baikpulih melebihi dari jumlah yang insurans tawarkan dan akan dipulangkan kembali lepas kita sewa. So jangan risau cumanya akan kalau la plan nak sewa kalau jadi macam kes kitorang. 2-3 hari Hertz tahan padahal dorang declare kereta sewa kami clear takde masalah.

Sekian.


Xoxo,





























Share:

0 comments:

Post a Comment