Assalamu'alaikum.
03/06/2019 (Isnin). 28 Ramadhan dan merupakan hari kedua kami berpuasa di London
dan InsyaaAllah esok kami akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di
sini. Awal sehari dari Malaysia. Aku tanya anak sepupu merangkap
anak sedara aku yang sedang belajar di Solent University di Southampton,
UK. Dia cakap ada masjid ikut Arab Saudi (raya esok), ada masjid ikut Morocco (raya Rabu) dan Malaysian ikut Arab Saudi so akan sambut pada esok hari lah. Dan aku
agak terkejut sebab rupa-rupanya sambutan raya di UK ni lain-lain ikut
mazhab/masjid. Erkkk..
Pagi ni, sedar-sedar je aku tengok jam hampir ke 11 pagi! Ya Auloh
terkejutnya! Tak dengar langsung bunyi jam dan mak ayah aku tak kejut
pun. Tengok dorang tengah syok main phone. Berputar terus kepala aku
sebab tak sangka selama itu aku tidur. Mak aku cakap kesian nak kejut
sebab nampak nyenyak sangat. Hahahaha. So yeah, kelam kabut aku mandi
sebab harini kena pulangkan kereta sebelum jam 715 petang. Semalam Waty
ada bagi cadangan untuk bershopping di sekitar Orpington je sebab banyak
je shopping mall & branch kedai macam Sport Direct, it Luggage dan
banyak lagi di Orpington. Dia kata kalau nak shopping, better ke
shopping mall luar bandar berbanding dalam bandar sebab pilihan
lebih banyak dan tak ramai orang.
SPORT DIRECT, ORPINGTON.
Tempat pertama yang kami singgah adalah Sport Direct. Brand Sport Direct ni agak terkenal di Malaysia. Dorang jual bermacam
jenis kasut, seluar, baju dan peralatan sukan pada harga yang sangat
murah bagi aku kalau nak dibandingkan dengan kualitinya yang sangat
bagus. Kakak aku pun dah bagi list penuh barang apa dia nak untuk
diri sendiri, diri laki dia and diri anak-anak dia. Kira kitorang ke
London memang untuk beli barang dia je #sarcasm. Jenuh la nak mengangkat
nanti. Konsep aku, beli dulu, fikir kemudian. Hahahaha! Dan yes macam Waty cakap, orang memang tak ramai dan kami memang slow and steady ja bershopping.
|
Haaaa pilih jangan tak pilih. Ayah aku pun sakan memilih. |
|
Kasut untuk Nuh Rayyan (anak sedara aku yang ke-3) |
|
Kasut untuk Fayz Idreez (anak sedara aku yang ke-2). Untuk Adam (anak sedara sulung), Atok dia pilih warna hitam. |
|
Untuk kakak aku. Memang kami kat sini banyak shopping barang dorang anak beranak ja. |
|
Kitorang plan hujung tahun nak ke Jeju masa winter. So baju ni aku belikan untuk Nuh, anak sedara aku paling bongsu. Comel kan? |
|
Yang ni untuk abang Adam. Abang Idreez punya warna merah. |
|
Aku borong jugak seluar dekat sini. Tak lupa jugak seluar untuk adik terchantek aku sebab aku dapat rasakan dia akan perlukan seluar ni masa di Amsterdam nanti. Instinct seorang dukun. Hehe. Murah weh! Dari RM300++ kalau kat Malaysia, dekat sini tak sampai RM100! |
Masa aku nak bayar barang kitorang yang penuh kaunter sampai cashier kena panggil assistant tolong, ada drama di kaunter lain. Aku tak pasti apa yang berlaku tapi tetiba customer mat saleh ni menjerit-jerit. Cashier dia pun sama jerit. Pastu Manager dia datang, pon sama-sama jerit dekat customer. Tapi memang nampak customer tu agak rude cuma tak pasti apa yang dah berlaku. Telan liur hakak sado tengok drama dorang. Ganasnya dorang ni. Memang takde istilah customer always right lah. Lepas tu Manager mat saleh tu say sorry dekat kitorang sebab berdrama tadi.
it LUGGAGE, ORPINGTON.
Masa adik aku belajar di Leicester, UK, dia ada beli satu beg tarik
yang sangatlah ringannya so bila aku turun London, memang aku nak beli
beg yang sama. Jadi mengikut cadangan Waty, kami ke kedai yang menjual
pelbagai jenis beg di Orpington. Sistem belian sangat advance sebab kita pilih beg apa kita nak dalam e-catalogue and then key-in detail peribadi macam nombor passport dan nombor kad kredit. Semua ni dibuat menggunakan komputer yang disediakan. Bila
aku cuba untuk key-in data-data, tak boleh. Staff kedai datang tolong
pun tak boleh. Last-last dia terus je ambil beg-beg yang aku order dalam sistem tadi dan
swipe kad di cashier counter. Senang. Tapi terduduk kejap kitorang
bila dah dapat beg. Macam mana eh nak angkut bawak masuk kereta?
|
Aku dah blur camne nak angkut naik cruise nanti. Dua ketoi beg
aku, satu ketoi beg untuk kakak dan satu lagi untuk adik tercantik
sebab dorang pesan.
|
|
Lepas beli beg, kami patah balik ke rumah sebab nak hantar
barang-barang ni dulu. Jenuh kalau nak angkut naik train lepas
hantar kereta.
|
MARK & SPENCER SHOPPING MALL, ORPINGTON.
Sebenarnya, sebelum jumpa Waty, plan asal aku untuk harini adalah nak
bawak mak ayah melawat:
1) Arsenal stadium sebab adik laki aku gila bola so ingat nak beli lah jersi dekat dia walaupun dia fan MU dan bila tengok pakej dekat
Klook, harga tour Arsenal Stadium ni dalam RM105 je seorang.
Bolehlah untuk mak ayah aku masuk berdua sebab aku tak minat bola.
Hehe.
2) Oxford Street & wall to Marble Arch
3) Harrods di Brompton
Road
4) Primark
5) Factory outlet yang bersepah di kota London
6) Bayswater
7) Toshop, H&M, River Island, Bricklane London Market
8) Portobello Road Market (macam pasar malam)
8) Dinner di Burger & Lobster di Leicester Square
Haaaaa…banyakkan plan aku? Hahaha. Tapi lepas jumpa Waty, memang berubah
habis plan kitorang. Plus parents aku pun dah malas nak tour stadium. Lepas borong beg tarik dan hantar ke rumah kami
di Orpington, solat Jamak Qasar siap-siap, aku terus drive ke Mark & Spencer Shopping Mall yang
Waty cadangkan yang terletak berdekatan dengan Orpington. Serius ah best giler
bershopping dekat sini. Tahap tak boleh kontrol. Hahaha. Dahla kejap
lagi nak pulangkan kereta, memang jenuh lah angkut naik train segala
hasil belian kami. Aku beli sekali biskut & air sebagai back up plan untuk kami buka
puasa sekiranya dah masuk waktu.
|
Besar Mark & Spencer Shopping Mall ni. Macam Jusco jugak lah
aku rasa cuma bila M&S masuk Malaysia, harga barang dia tinggi
gila.
|
|
Aku dah start menggila sebab dekat Malaysia memang susah nak
dapat baju size aku. Dekat sini, aku amek size kecik okay. Korang
rasa?
|
|
Maunya aku tak menggila kan?
|
|
Cik Esah yang takut-takut nak beli sebab takut aku takde duit.
Hahaha.
|
|
I kaya okay~ Amek ja apa-apa you nak amek. Hahaha.
|
|
Cari kasut pulak sebab memang susah nak dapat kasut saiz besar
dekat Malaysia. Dekat sini macam memanggil-manggil.
|
|
Jom ke Cold Storage pulak. |
Bila aku cakap murah, memang murah. Contoh trench coat kuning yang dalam
gambar tu. Aku check online, dekat Malaysia dalam RM700++. Dekat sini
dalam RM300++. Separuh tu. Tu baru satu, kalau beli banyak-banyak barang,
berbaloi tiket flight ke sini.
LONDON CITY.
Lepas dah puas bershopping dan siap singgah di M&S Cold Storage (baru tau Mark & Spencer ada product makanan dan minuman), aku terus
pecut ke Hertz Office yang terletak di Heathrow Airport. Tapi sebelum tu,
aku singgah petrol station yang terletak berdekatan dengan Hertz Office
tu. Macam mana aku tau lokasi petrol station ni? Google Maps la. Apa lagi.
Hehe. Urusan pemulangan kereta agak mudah. Ada technician yang akan check
sekali lalu kereta tu, and it's done. Lepas tu kami naik free shuttle bus yang
disediakan untuk ke Heathrow Airport. Dari sana kami akan naik train ke
bandar London.
Notakaki:
Amount yang Hertz secure masa aku memula ambil kereta tak dipulangkan serta merta walaupun lepas dorang check, takde apa-apa yang meragukan. It takes about few working days untuk dorang lepaskan balik amount dalam kredit kad yang dorang dah lock aritu. Which mengganggu urusan kereta sewa kami semasa di Amsterdam. Nanti aku story.
|
Aku memang rasa tindakan yang bijak bila sewa kereta di Airport. Nak pulangkan balik pun senang. Tak payah pening kepala. |
|
Cuaca agak sejuk petang ni. |
Untuk naik train di Heathrow Airport, aku gunakan Oyster Card macam aku explain dekat Post Persediaan aku ke Eropah (Part 2). Boleh klik sini. Sebelum tu, aku topup £50 untuk setiap kad. Don't worry sebab kalau lebih, boleh claim balik nanti. Nanti aku story macam mana aku claim balance duit dalam Oyster Card kami.
|
Dah topup card (dibantu oleh officer mat saleh yang super helpful) dan moh ler turun ambil train ke next destination. |
|
Kitorang nak ke Central London so bila check apps 'Citymapper', kena naik Piccadilly line. Masa ni memang target nak turun Leicester Square Station. |
|
Happy cik Esah & Bangli dapat ke London. Kalau boleh setiap tahun nak bawak dorang travel Europe. |
|
Tengok la ayah aku amek gambar camne. Hahaha. Sebab tu gambar aku tak banyak sangat di London. Hehe.
|
|
Dalam tube nak ke Hyde Park Station. Lega dah pulang kereta. |
|
Lepas ni jalan pakai tube atau bas je. Senang. |
|
Ada kejutan menanti cik Esah di Hyde Park. |
|
Bang Li yang keletihan. Kesiannya abah aku. |
Untuk tau route train dan ke mana dia tuju, aku refer pada apps ‘Citymapper’. Siap ada lokasi & harga & waktu dan bila last train. Selain tu dia bagi option nak travel ke satu-satu tempat by walking ke, by bus ke, by tube ke. Serius, sangat helpful.
|
Download apps Citymapper yang warna hijau tu. Jangan salah icon pulak. |
|
Bila klik apps tu, dia keluar camni so taip je la mana nak pi dekat ruangan Get Me Somewhere tu. |
|
Nanti dia keluar la camni. Contoh aku taip dari Hyde Park (start) nak balik Orpington (end) so dia keluar la the best solution. Mudah kan? |
HYDE PARK CORNER, LONDON.
Anyway, aku ingat nak turun di Leicester Square untuk cari restoran ‘Lobster dan Burger’ tapi last minute tukar plan sebab ternampak station ‘Hyde Park Corner’. Ayah aku cakap dia tengok dekat Youtube orang berdebat dekat situ so dia nak tengoklah camne kawasannya. Aku dan mak no hal je. Rupanya Hyde Park ni ada banyak entrance dan train station dan yang kitorang sampai ni adalah di Underground Hyde Park Corner Station. Kalau nak cover Hyde Park ni at least kena sehari sebab dia memang besar. Koser aku kan. Just nak tengok ada apa je kat Hyde Park sebab alang-alang dah sampai London kan. Hehe.
|
Nampak tak Hyde Park Corner Underground Station? Di hujung bawah sebelah kanan. Speakers' Corner yang ayah aku bagitau terletak di hujung atas sebelah kanan. |
|
Dah sampai. Kita ambil gambar dulu. |
|
Macam underground LRT Station dekat Malaysia je kan? |
|
Jom kita naik atas. |
|
Gambar ni aku nak tunjuk giler bapak curam escalator ni. Kalau rosak memang stress nak menapak naik ke atas. |
|
Stesen Underground di Hype Park Corner |
|
Entrance Hype Park Corner |
|
Kena lintas jalan dulu. |
|
Masa ni macam blur nak kemana sebab banyak giler laluan. |
|
Disebabkan lagi sejam nak berbuka, mak aku suruh cari tempat lepak je la. Tapi dari kejauhan aku nampak ada sesuatu dekat depan aku. |
Aku ajak mak ayah jalan kedepan sikit sebab depan-depan ni macam ramai pulak orang. Nak makan pun rasa tak best. Lagipun ada sejam lagi untuk berbuka so boleh lah jalan usya Hyde Park ni. Bila jalan kedepan, MasyaaAllah ternganga kejap kitorang. Bunga ros! Besaq gila! Banyak gila! Cantik gila! Masa tu dah tak ingat Lobster ke mana, puasa ke mana. Hahahahaha. Dahlah kitorang je kat taman ros ni. Omputih lain macam tak pandang pun taman ros ni.
|
Banyak jenis ros dekat sini. Ada yang kelopak jenis bergumpal, ada yang jenis kelopak seketul-seketul, ada yang macam bunga daisy tapi memang bunga ros. |
|
Cik Esah dah start. Hahaha. |
|
Cik Esah kalau boleh taknak keluar dari taman rose ni. |
|
Cantik kan rose warna ni? Tak pernah tengok lagi. Dah sebesar penumbuk sado aku. |
|
Harap korang bersabar. Banyak lagi ni gambar cik Esah dekat sini. Haha. |
|
Panggil cik Ros pulak lepas ni. Hehe. |
|
Nampak kan kebesaran ros tu bila dibandingkan dengan muka cik Esah? |
|
Hai, cantiknya awak. |
|
Mak aku tanya leh tak petik setangkai bunga ni dan bawak balik Malaysia. Haha. |
|
Serius besar wehh bunga dekat sini. Dalam gambar nampak kecik la pulak tapi kalau bandingkan dengan ros dekat Malaysia, suku dari saiz ros dalam gambar ni. Serius! |
|
Ros yang bergumpal tapi ada 2-3 tone warna. Cantik kan? |
|
Bukan takat besar je, tapi tinggi-tinggi pokok bunga ros di sini. |
|
Happy tengok cik Esah happy. |
|
Memang keje aku tangkap gambar cik Esah je kat sini. Haha. |
|
Dan lagi. Hat ni bunga dia kecik sikit tapi still besar dari yang aku pernah nampak dekat Malaysia. |
|
Ayah aku entah hilang di mana. |
|
Bunga lavender yang masih muda. Kena datang tengah-tengah summer kalau nak tengok lavender memekar indah. |
|
Omoo. Bunga ros merah terang. Cantik! |
|
Tak tau bunga apa ni. Macam bunga jejentik dekat Malaysia. |
|
Jalan kedepan lagi, nampak bunga ros pink yang sumpah besar giler dan lawa giler. |
|
Eh macam cantik pulak bergambar dekat sini so aku nak jugak lah pose dekat sini! |
|
Haa tu nampak kelibat ayah aku. Hehe. |
|
Dan gambar aku bila cik Esah tangkap. Huhu. |
|
Aku tak puas hati, suruh cik Esah snap lagi. Pfffttttt... |
|
Siap dah set angle suruh cik Esah snap je tapi still gagal. Haha. Adoi nasib kau lah Helda.. |
|
Aku kecewa dengan cik Esah, aku panggil ayah aku untuk tolong tangkapkan gambar. Haha. Haaa elok sikit kan? |
|
Smell the roses. Thanks abah! |
|
Cantik giler taman ni. Rezeki kami jumpa taman yang banyak bunga kegemaran cik Esah. |
Nasib aku ada beli trench coat dekat M&S Shopping mall tadi. Dah nak masuk maghrib, tetiba sejuk giler. Apa lagi, melaram pakai trench coat baru lah. Hihi. Lagi 30 minit nak berbuka, kena ready cari tempat duduk ni. Ya Allah, nikmatnya dapat rezeki untuk melalui pengalaman berpuasa dekat sini dan berbuka puasa dengan bunga ros yang super cantik kat sini.
|
One with cik Esah. Babai roses~ (Baru perasan sandal aku pun ada roses. Haha.) |
|
Nasib beli coat dekat Mark & Spencer tadi. |
|
Menanti waktu berbuka pada jam 9.15 malam. |
|
Okay, dah boleh makan! Alhamdulillah. |
Lepas berbuka, aku check map, untuk dinner di Leicester Square macam impossible sebab jauh sikit. Disebabkan aku tak boleh nak adjust masa Maghrib dekat sini, aku dok rasa siang masih muda. Tukar plan, bila aku Google, ada satu restoran Malaysia yang agak famous di bandar London ni dan aku nak bawak parents gi makan malam di Satay House yang terletak di Paddington.
|
Tengah check apps Citymapper untuk tau jalan ke Satay House. |
|
Aku plan nak bawak parents makan dekat sini malam ni. Gambar ihsan Google. |
SATAY HOUSE, LONDON.
Bila check apps Citymapper, kami hanya perlu naik bus dari Hyde Park Corner ke Paddington. Lepas tu kena jalan kaki untuk ke Satay House. Satay House katanya diusahakan oleh laki bini dan sekarang anak-anak dorang yang usahakan restoran ni. Untuk ke sini, mengah jugak kami berjalan kaki sebab nak kejar masa since restoran ni tutup jam 11 malam. Sepanjang berjalan ke restoran ni, sempat jugak la usha bangunan sekeliling. Banyak je restoran-restoran Middle East dekat sini. Semuanya Halal tapi tak lalu nak makan kebab lagi. Alhamdulillah ada 1 meja untuk kami. Restorannya sangat kecil dan sempit bagi aku. Ada dua lagi group Malaysian masa kami masuk tapi memasing macam sombong je so tak berani nak buat ramah. Speaking belaka semuanya. Dan bagi aku, yang tak bestnya, pekerja dia semua omputih siap tukang masak tu mak aku nampak bertatu penuh tangan. Bukan lah nak skeptikal orang bertatu ni tak elok ke apa, tapi personally, aku rasa tak syok sikit nak makan dekat sini so am not going to recommend this restaurant dekat korang. Tapi kalau nak try, boleh je.
|
Menunggu order sampai. Ada tiga orang staff je dekat sini. Semua omputih so taktau kenapa orang labelkan as Restoran Malaysia. |
Aku dan ayah order menu nasi. Mak aku je order Mee Bandung tak silap. Anyway, lepas 20 minit duduk dalam ni, ayah aku rasa tak sedap hati. Dia bekas tentera so dia memang sejenis punctual dan tak suka rushing. Aku ni dok 'sempat je' tapi ayah check jam, dia kira-kira memang kami akan terlepas train kalau makan dekat sini. Sekali aku check, last train ke Orpington dalam 1045 malam. Masa tu dah 1000 malam. Aku ni dok sempat-sempat je. Tapi ayah aku memang insist suruh tapau je. Aku dah annoy dah sebab rasa macam sempat je. Relax ahhh. Gitu getus hati aku tapi sebab kalau ayah aku marah macam menakutkan, aku simpan je perasaan tak puas hati ni and ikut je rancangan ayah aku untuk tapaw je order kitorang. Staff dalam ni dah menjeling sebab makanan aku kot dorang dah letak dalam plate, sekali kena tapaw. Lagi la aku macam stress sebab buat malu kat orang je.
Total dinner kami malam ni dalam RM300++ jugak. Untuk 3 orang. Hahaha. London, ada apa hal. Bukan selalu. Lepas dapat makanan, kami terus rush ke train station. Secara jujurnya, ayah aku memang terbaik ah! Kalau bukan sebab dia tak sedap hati, maybe kitorang kena naik Grab (which I don't mind pun to pay tapi confirm lah kena bebel sebab spend duit untuk unnecessary thing). Dah la dari Paddington Station kena ke Waterloo Station.
|
Dari Paddington ke Waterloo. Fuh moga sempat kejar last train ke Orpington. |
Dah sampai Waterloo Station, mencari pulak line mana nak ke Orpington. Dalam Waterloo tu bapak besar. Macam central transportation hub gitu. Dah tu, train yang last memang 1045pm. Lagi few minutes ja. Macam Amazing Race dah aku rasa. Aku memang tanya terus ja guard dekat situ mana line nak ke Waterloo. Tapi sempat lah mak ayah aku ke toilet dulu. Dari luar toilet aku nampak kedai perfume. Esok insyaaAllah kita borong perfume pulak. Hihi.
|
Sempat lagi sambil lalu sambil amek gambar. Inilah Waterloo station. Besaq kan? |
|
Sempat Alhamdulillah. Kena masuk pintu Waterloo East untuk ke Orpington. Masa ni Oyster Card dah tak potong duit sebab dah reach price cap untuk Ring 7. |
|
Menanti train ke Orpington. |
|
Saviour kitorang. Haha. Tu lah kau Helda. Sia-sia je stress tadi. Nasib ikut cakap ayah. Haha. |
|
Hari pertama kemain gaduh dua orang ni. Hahaha. |
|
Orang pun dah takde. Serius laju masa dekat sini. Rasa macam baru je tengok roses. |
|
Dekat train station pun jadik amek gambar banyak-banyak. Haha.
|
|
Okay last. Mana train ni??? |
|
Ayah dan mak aku yang kepenatan lepas seharian bershopping, berjalan, berlari bagai. |
Masa ni la aku rasa macam aku patut stay semalam dekat London City. Kalau tak, memang rushing nak kejar last train. Nasib sempat. Kesian dekat mak ayah aku. Dah la puasa siang tadi. Orpington best tapi tak berapa efisyen kalau korang nak berjalan di London City.
Bila sampai Orpington, kitorang je turun. Sunyi sepi. Dari station ke rumah kami dalam 15 minit jugak berjalan. Sampai je rumah, mandi solat semua, baru makan makanan yang kami tapaw di Satay House tadi. Bagi aku tak sedap. Macam makanan instant. Takpe esok Raya dah dan last day kami di London. Kita sambung next entry okay?
Notakaki:
Kalau shopping di London, dah teringin tu ambil je. Jangan jadi macam cik Esah dia kenan dengan coat ni tapi harga dalam RM400-500 camtu aku dah suruh ambil tapi dia takut aku takde duit (rolling eyes). Aku dah cakap kalau aku offer maksudnya ada la tu duit. Pastu dah balik Malaysia, dia bunyi nyesal tak ambil coat tu. So aku contact anak sedara aku yang study di Southampton, tanya dia ada tak M&S kat tempat dia. So berjaya lah cik Esah dapat coat tu sekali dengan aku pun tumpang beli satu lagi trench coat. Hihi.
0 comments:
Post a Comment