Day 01: Orpington, London.

Assalamu'alaikum.

01/06/2019 (Sabtu). Masih Ramadhan yang ke-26. Amazing sangat sebab bertolak dari KL jam 7pagi, tapi lepas 19-20jam perjalanan, hari masih cerah dan masih hari yang sama. Itulah keindahan rentas zone. Lepas tong tang tong tang settle kan urusan di airport dan ambil kereta di Hertz Office, sekitar jam 800pm baru aku boleh start drive ke Orpington berpandukan pada map yang host AirBNB kami bagi. Dari Heathrow Airport ke penginapan kami di Orpington ambil masa kurang lebih sejam jugak. Masa di highway menghala ke Orpington, langit semakin gelap. Dah la highway dorang takdak lampu jalan so as a co-pilot, ayah aku kena tengok betul-betul simpang mana menghala ke Orpington. Nak jadi cerita, kami dah terlajak simpang masuk Orpington sampai kena u-turn balik. Serius gelap highway dorang.

Tesco Extra di Orpington. Rumah AirBNB kitorang bangunan yang warna maroon atas Tesco tu. (Gambar ihsan Google)


Pekan Orpington di siang hari. Gambar ihsan Google tapi memang ini yang aku nampak keesokkan harinya. Cantik, tenang dan rasa cool. Hehe.


Masa dah masuk bandar Orpington, kitorang macam excited jugak sebab walaupun gelap, tapi samar-samar nampak bentuk rumah English style di Orpington. Tazabar nak tunggu siang. Urusan cari rumah agak senang sebab arahan host bagi memang clear, nak-nak rumah atas Tesco. Mana ja lagi Tesco kat Orpington tu kan? Kena park dulu dalam Tesco (free parking), pastu masuk melalui pintu utama apartment yang terletak betul-betul sebelah pintu masuk Tesco, ambil lift ke tingkat 4, check-in. Mudah! 

Bila check-in nampak piring ni atas meja. Sweetnya host kami. Anyway host kami ni Melayu Muslim. Tapi tak pernah jumpa pun. Bila send text pun, in English. So tak tau dia orang Melayu mana.

Ruang tamu. Cantik kan? Comel je.

Bilik tidur parents aku. 

Dapur. Semua built-in; fridge, mesin basuh semua dalam cabinet. Kemas je dapurnya.

View dari ruang tamu ke dining table & dapur. Kecik je apartmentnya. Cukup lah untuk kami bertiga.

View dari dapur ke ruang tamu. Serius aku suka rumah ni.Sejuk hati bila check-in.

Bilik tidur mak ayah aku.

Hat ni bilik aku. Comey kan?

Bilik air. Komponen utama yang aku tengok before buat tempahan. Boleh tarik paip shower kalau nak berak. Hihi.

Bukak je pintu nampak view ni.

Comey giler apartment dua bilik kami ni. Cozy dan selesa. Sempat lah kami membuang apa yang patut, lepas tu terus turun ambil kereta sebab parking disediakan di apartment ni. Host kami dah letak siap-siap kad parking & remote control untuk bukak pagar car park sebelah kunci apartment. Tapi mak aku ajak singgah Tesco sebelum ambil kereta. Alang-alang dah nak lalu Tesco kan. Konon nak beli air mineral je. Sekali......... (haaaa amek kau panjang titiknya. Hahaha.)


Masuk-masuk je terus nampak bahagian ni. Cantiknya mungeeee (bunga). Aku suruh mak aku ambil, dia tak nak. Tapi buah memang dia borong banyak giler padahal 3 malam je duduk London.

Haaaaa hakak sado sampai ternganga angkut segala apa yang hakak nampak. Hahaha.Ni tengah tunggu ayah aku ambil troli.

Spices. Ya Auloh geram. Mak aku amek serbuk paprika je. Masa ni tak terfikir nak borong je.

Serius sangat enjoy shopping sekejap di Tesco. Rasa tak nak keluar sebab Tesco ni tutup jam 1 pagi. Giler heaven! Aku siap nak beli grill untuk BBQ tapi mak aku rasa macam susah nak bawak balik sebab kami nak rentas beberapa negara lagi. Huhu. Tapi sumpah murah weh barang dekat dalam Tesco. Aku dan mak sesama ingatkan satu sama lain untuk beristigfar sebab Ms. Quality Control (adik terchantek aku la) tak ikut kami ke London. HAHAHAHAHA! Aku tak snap gambar dalam tesco sebab sebok bershopping. Penuh satu troli malam pertama kami di London. Tak tau lah esok lusa macam mana. 

Mak aku memang minum Evian je dekat Europe sebab murah! Harga aku tak ingat tapi lebih kurang harga drinking water 6x500ml dekat Malaysia. Drinking water okay. Evian ni Natural Mineral Water lagi. Kat Malaysia bapak mahal satu botal mineral water Evian ni.

Subuh di London masa ni sekitar jam 230 pagi. Jadi kami bersahur siap-siap sebelum tidur sebab balik dari Tesco pun dah dekat 12 pagi. Ada insiden masa aku nak perangat meal yang kami dapat dalam flight dari KL ke Bangkok pagi tadi. Aku masukkan dalam microwave lepas tu tetiba dia spark api siap ada bunyi pop..pop..pop.. gituh. Serius aku panic, mak aku dah jerit suruh tutup switch microwave. Tapi dah nama pun panic, aku jadi total blank tak tau nak buat apa. Switch pun aku memang tak nampak dah. Total blank kan. Mak aku dok marah jerit-jerit suruh tutup switch. Aku tak faham kenapa dia tak gi tutup sendiri kalau nampak aku memang mengeras dekat depan microwave tu. Ayah aku tengah solat masa tu. Dia terus keluar dan tutup switch microwave. Oh abah, you're so cool! Aku terharu abah aku tak marah pun aku sebab dia tau aku memang dah panic yang secara total. Otak jadi blank bila aku nampak api dalam microwave. Abah aku tepuk-tepuk belakang aku, suruh aku pi solat dulu. Mak aku dok marah tak habis. Jangan kata solat, aku terus masuk bilik menangis sebab kena marah dengan mak sebab aku bukan sengaja nak blank. HAHAHAHAHAHA! Aku rindu dekat adik aku. My travelmate. My soulmate. My bestfriend. Kalau dia ada mesti aku dah peluk dia. Hahahaha. #dramaterokhangHelda . Malam tu sebelum tidur, aku sempat sahur lepas mak aku sahur (merajuk takleh tengok muka mak masa tu. Hahaha.), solat Subuh then baru tidur. 


Don't worry, esoknya aku tegur bergurau senda macam biasa dengan mak aku. Hahaha. #kamidahberbaik Mak aku pun panik sama. Itu yang dia terover marah aku. Ni gambar kami hari ke-tiga di London. Saja bagi sneak-peek. Hihi

What a day. Dari 5 pagi di KLIA sampai lah ke London. Satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Bangun pagi, aku selak langsir, masyaaAllah~ Cantik sangat perumahan di Orpington ni. Rasa macam nak jalan-jalan dekat kawasan sekitar je. Nah aku lanjer sikit view yang aku nampak dari tingkap bilik. Serius suka sangat!


Tenangnyaaaaaa. Omg. Tak sangka aku di London sekarang. #JAKUN

Ni view dekat balcony tapi sejuk giler so idokler nak keluar.

Another view. Kami lalu roundabout tu lah semalam.

View dari tingkap bilik parents aku.

So japgi kitorang nak kemana? Kita sambung next post okay? Aktiviti kejap lagi ada kaitan dengan kenapa aku booked penginapan di Orpington yang 45minit jauhnya dari London City. Babai~


Notakaki:

Aku cadangkan untuk accommodation di London, cari lah dekat kawasan yang dekat dengan city kalau korang target untuk jelajah city. Orpington terlampau jauh bagi aku tapi yang bestnya, area situ sangat mendamaikan. Siap atas tesco lagi. memang syok shopping di Tesco dan 
rupanya ada aluminium foil dalam bekas meal Thai Airways tu. So bila aku masuk dalam microwave, dia spark lah.


Xoxo,


Share:

0 comments:

Post a Comment