Assalamu'alaikum.
Uhukk..uhukk.. Dah bersawang travel blog aku ni. Nak-nak sejak Covid menghentam dunia, tak boleh travel (siap aku terpaksa cancel dua overseas trip aku untuk tahun 2020), memang aku dah tak jenguk blog ni. Dah 2 tahun lebih blog ini kesunyian. Doakan aku masih ingat pengalaman kami berkelana di bumi Eropah. Bismillah, jom kita start~
01/06/2019 (Sabtu). 26 Ramadhan. Selepas sahur di homestay yang aku booked di Cyberjaya, kami terus bersiap-siap untuk ke KLIA kerana flight kami ke Bangkok (transit untuk ke London) adalah pada 8.05 pagi. Sekurang-kurangnya kena ada 3 jam di airport sebelum waktu berlepas untuk urusan check-in. Anyway, untuk trip ke London ni, yang terlibat hanyalah aku, mak dan ayah sahaja. Adik terchantek aku tak join tapi dia akan join kitorang semasa di Netherlands nanti DAN mak ayah aku memang tak tau plan kitorang ni. Surpriseeeeee~ Hampir setahun jugak aku dan adik rahsiakan hal ni. So untuk pagi ni adik terchantek & adik terhensem beserta isterinya hantar kitorang ke airport. Mak ayah aku dah sedih mengenangkan adik terchantek aku yang akan beraya sorang-sorang dekat Johor nun.
Penginapan kami di Cyberjaya. Aku booked via AirBNB. |
Jam 5.00 pagi kami dah sampai Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Airport pagi-pagi buta ni tak sesak sangat. Lepas selesai urusan check-in, kami terus masuk ke dalam balai berlepas sebab kitorang tak solat subuh lagi dan kesian kalau adik-adik aku nak tunggu. Kali ni aku dah tak cuak nak rentas Imigresen. Maybe sebab excited teroks nak ke Europe kwennn~ Hehe.
Semoga kami kuat untuk terus berpuasa. Hehe. First time oversea trip kami bertiga ja. Adik aku akan menyusul kemudian tapi parents aku tak tau. Surprise! |
Babai semua. Kami gerak dulu.
Awal pagi sangat. Pagi ni flight penuh tapi flight Thai Airways untuk trip pagi ni nampak buruk sikit seat dia. Leg room sempit gila pulak tu. Tak macam flight kitorang naik dulu masa nak pi Bangkok. Dari KL ke Bangkok memakan masa dalam 2 jam jugak, jadi Thai Airways ada menyediakan hidangan sarapan pagi dan disebabkan kitorang cuba untuk berpuasa, kitorang tapau je makanan yang disediakan atas flight. Kot leh makan masa berbuka nanti.
Gambar wajib bila nak pi oversea. Hehe. |
HUKUM BERPUASA BAGI MUSAFIR & WAKTU BERBUKA
Ok, dekat sini aku nak explain sikit pasal hukum hakam berpuasa semasa bermusafir. Menurut kajian, risikan, pembelajaran dan fahaman aku dan berdasarkan hadis Aisyah, Hamzah bin Amr al-Aslami bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud: “Adakah (wajib) aku berpuasa ketika musafir?” Sedangkan dia seorang yang banyak berpuasa. Maka sabda Rasulullah SAW: “Jika engkau mahu engkau boleh berpuasa, jika engkau mahu engkau boleh berbuka.” (Riwayat al-Bukhari - 1943). Kiranya, dalam keadaan bermusafir, kita boleh pilih untuk berbuka atau teruskan berpuasa. Dan hukum dua-dua ni adalah HARUS.
1. Diharuskan berbuka tetapi wajib qada semula puasa. Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.” (Surah al-Baqarah, ayat 185).
2. Diharuskan berpuasa kalau perjalanan itu tak menyusahkan kita. (Rujuk kepada riwayat dekat atas). Dan bagi kami, perjalanan kami tak menyusahkan sebab duduk dalam flight je. Oleh itu, kami cuba untuk berpuasa. Kalau nanti rasa letih gila, barulah kami consider untuk buka puasa je.
Dah nak cuba berpuasa tu, ada isu lain pulak. Disebabkan nak ke Europe ni, kami akan rentas zone masa berjam-jam lamanya, jadi persoalan yang timbul adalah bila kitorang boleh berbuka? Senang cerita, masa orang di KL dah berbuka, di London baru siang lagi jadi nak berbuka ikut waktu mana? Ikut waktu Malaysia ke? Waktu London masa sampai nanti ke? So untuk bahagian ni, setelah membuat kajian, aku boleh rumuskan ada 3 cara.
1) Berbuka ikut waktu lokasi terakhir kami berlepas, iaitu Kuala Lumpur. Di Malaysia, kita berpuasa selama 13-14 jam sehari. Jadi untuk kes kami yang bermusafir dari KL ke London, kami boleh berbuka ikut waktu Kuala Lumpur. Tengok je jam dekat tangan. Gitchew.
2) Berbuka ikut waktu di Kota Suci Mekah. Di Mekah dorang berpuasa kurang lebih 15 jam.
3) Berbuka ikut waktu lokasi yang kita tuju iaitu London, United Kingdom. Di London dorang berpuasa dalam 18-19jam sehari. Kalau kami nak berbuka ikut waktu London, kami akan berpuasa kurang lebih 22 jam kerana merentas zone masa. Ye lah, kat Malaysia siang, tapi di London dah malam. Kiranya kami kena puasa sepanjang dalam flight, Sampai London, baru boleh buka. Itu pun kena buka ikut waktu Maghrib di London lah. Waktu Maghrib di London sekitar 915pm. Gitchew~
Bab solat pulak, macam biasa masa travel, kami solat duduk atas flight. Cuma Maghrib-Isya ja kami plan Jamak Takhir di penginapan kami di Orpington.
TRANSIT DI BANGKOK
Kami transit di Bangkok dalam 3 jam lebih. Letihnya yarobbi walaupun masih pagi. Tak tau lah sebab bulan puasa ke atau sebab dari pagi dah gerak yang menyebabkan aku letih. Untuk transit di Bangkok, sebaik sahaja turun dari kapal terbang, ikut je signage yang tulis perkataan 'Transit'. Dan ada beberapa zone transit so aku refer tiket dari Bangkok ke London untuk zone transit. Kalau yang celaru tu, tunjuk je tiket ke next destination dekat pegawai yang korang jumpa di airport. Dorang sangat helpful. Kemudian akan lalu kaunter kastam untuk check hand carry & scan body kita dan kemudian lalu kaunter imigresen untuk cop passport. Simple je. Pendek cerita, ikut je orang ramai-ramai kat depan korang. Haha. Selalunya memang dorang pun transit jugak. But one thing for sure, ensem namatey pegawai imigresen yang cop passport aku. Hahahaha! Dan suka nak diingatkan, ada percuma wifi di airport Bangkok cuma korang perlu rajin jalan je (macam aku dan mak. hehe.) untuk jumpa bunting yang explain macam mana nak dapat free wifi. Jangan jadi macam ayah aku yang tak sabar menunggu, dia pergi roaming. *tepuk dahi* Dan oh, ada booth makanan halal dekat area transit ni tapi kitorang tengok je la. Hehe. Dan jugak, kalau korang transit di Bangkok, toilet dalam ni ada pili air. Apa lagi, ayuh kita rembeskan segala isi perut. Kekeke.
Dah nampak bumi Bangkok. Yahoooo! |
Ayahanda bergambar kenangan di balai menunggu. Abaikan kualiti gambar sebab aku malas nak punggah gambar dari kamera. |
BANGKOK KE LONDON
Tepat jam 1245pm, kami selamat berlepas ke London. Kali ni flight dari Bangkok ke London mengambil masa dalam 12jam 5minit. Masakkkkkkk. Kematu bontot duduk lama-lama satu hal. Bila berpuasa ni, serius aku takleh fokus untuk tak fikir yang aku tak lapar. Hahaha. Sebabnya takde benda boleh buat selain tengok je orang kiri kanan makan bila meal dihidangkan. Masa flight attendant datang check kitorang untuk Muslim Meal, aku dah cakap dekat dia yang kami bertiga sedang berpuasa. Jadi boleh tak hidangkan makanan bila dah nak dekat waktu berbuka? Kiranya aku sendiri akan alert-kan dorang bila dorang boleh hidangkan makanan. Dengan senyuman yang manih, flight attendant cakap boleh sangat & sila bagitau 30 minit awal so dorang leh tolong perangatkan meal kitorang.
Bijak tak aku suruh adik belikan benda alah ni untuk kegunaan di toilet? Hihi. Kebanyakan toilet di luar negara tak ada pili air. |
Asal ada peluang je, kita selfie yuk! |
From Bangkok to London. Semoga kami selamat sampai. Amin. |
Sejenis suka sabotaj parents sendiri. Hahaha. Anyway nampak dak orang dok makan, kami tidoq ja? Lapaq wehhh tapi tahan. Hahaha. |
Lagi 30 minit sebelum Kuala Lumpur berbuka, aku panggil flight attendant dan mintak dorang sediakan meal kitorang. Alhamdulillah, kami berjaya jugak berpuasa hari ni. Masa kitorang makan tu, flight tengah gelap so kitorang bukak lampu untuk membaca. Korang bayangkan, semua tengah tidur/rehat dan kemungkinan dorang pun tengah lapar. Tetiba kitorang bertiga je makan. Hahaha. Memang bau semerbak dalam flight tu masa kitorang makan. Nasib korang lah kan. Keke. Selang sejam lepas tu, second meal is served. Selang berapa jam lagi, rasanya sejam sebelum mendarat dan masa ni aku dah tidur, mak aku cakap dorang serve lagi makanan. Memang puas makan naik Thai Airways. Forever will be one of my fav airlines.
Tadaaa~ Makanan berbuka kami. Selamat berbuka Kuala Lumpur~ Aku cari gambar bekas ni bila dah buka tapi tak jumpa. Tak silap aku dorang served Beriani. |
Aku memang tak lalu raw salmon so aku pass dekat mak. |
Kami selamat mendarat di Terminal 4 Heathrow International Airport, London pada jam 650pm. Disebabkan sekarang awal musim panas, jadi Maghrib di London adalah pada jam 915pm. Urusan kastam dan Imigresen berjalan dengan lancar. Imigresen yang cop passport aku siap sengih lebar & cakap 'Welcome to London~' Sumpah rasa dihargai. Hahaha. Lepas dah cop passport, masa ni dalam kepala otak aku adalah camne nak ambil kereta sewa je sebab tak sabar nak check-in di Orpington satu hal. Letih gila kott. Kurang lebih 19jam kami travel dari KL ke London. Hal keduanya, ini kali pertama aku travel, adik tak ikut. Soulmate tu. Bila dia takde, rasa cuak, debar, semua ada. Aku memang sejenis cepat panic. Sebab tu aku suka travel sebab nak train diri aku untuk kurang rasa panic bila aku berdepan dengan situasi baru. Cuba untuk menenangkan diri (serius aku mudah rasa anxious setiap kali travel), aku ke Information Counter untuk tanya dekat mana nak ambil kereta sewa sebab masa kami sampai, kaunter Hertz di airport dah tutup. Giler deep accent receptionist ni. Yang aku faham dia suruh ambil lift dan turun ke basement. Dari situ dia suruh naik shuttle bas untuk ke office Hertz.
Nasib adik aku tak ikut. Kalau tak, setiap sudut UK Arrivals ni dia suruh aku snap gambar. Hahaha. Galeri phone aku penuh muka dia je. |
Bila sampai basement, aku cam confuse sebab banyak gila platform untuk bas dan memang ada signage untuk customer Hertz @ Europcar @ sewaktu dengannya tunggu. Accent dorang kan deep gila, so aku tak berapa dengar nombor platform yang receptionist tadi sebut. Usya punya usya, ayah aku nampak signage Hertz dari kejauhan. Dalam 5 minit tunggu, mini bas dari Hertz pun sampai. Baik sangat pakcik driver tu. Siap tolong bawak masuk beg kitorang dalam bas.
HERTZ OFFICE
Dari airport ke Hertz Office, ada lah dalam 10-15minit drive. Masa kami sampai di Hertz Office, rasa jakun sekejap sebab macam tak percaya dah sampai London #sisdramaterok. Sistem keselamatan keluar masuk Hertz Office agak ketat. Untuk urusan pengambilan kereta, sangat sistematik. Kena masukkan nombor booking dekat mesin yang disediakan sebijik macam sistem di bank dan kemudian tunggu je la giliran. Masa menunggu tu, ada pasangan mak & anak lelaki dia masuk. Anak dia bawak mak dia berjalan ke London sebab tak silap makcik tu ada anak lain yang dok London. Sempat lah ayah aku yang super ramah tu berbual & siap bragging anak (aku la tu) bawak mai London. Sempat jugak la aku dengar makcik tu puji aku sebab bawak mak ayah berjalan-jalan sampai ke London. Tak kan puji ja makcik? Taknak kenalkan ke dengan anak makcik tu? HAHAHAHAHAHA!
Dari airport ke Hertz Office, ada lah dalam 10-15minit drive. Masa kami sampai di Hertz Office, rasa jakun sekejap sebab macam tak percaya dah sampai London #sisdramaterok. Sistem keselamatan keluar masuk Hertz Office agak ketat. Untuk urusan pengambilan kereta, sangat sistematik. Kena masukkan nombor booking dekat mesin yang disediakan sebijik macam sistem di bank dan kemudian tunggu je la giliran. Masa menunggu tu, ada pasangan mak & anak lelaki dia masuk. Anak dia bawak mak dia berjalan ke London sebab tak silap makcik tu ada anak lain yang dok London. Sempat lah ayah aku yang super ramah tu berbual & siap bragging anak (aku la tu) bawak mai London. Sempat jugak la aku dengar makcik tu puji aku sebab bawak mak ayah berjalan-jalan sampai ke London. Tak kan puji ja makcik? Taknak kenalkan ke dengan anak makcik tu? HAHAHAHAHAHA!
Kena ambil nombor giliran dulu. |
Tunggu giliran so kita rehat sat. Masa ni aku nervous terok macam nak muntah tapi aku belagak cool ja depan parents. Aku memang fight terok anxiety dalam diri ni. |
Abaikan sisi belakang aku yang lebor itu. Hahaha. Disebabkan accent dorang terlampau deep untuk aku, itu yang kena dengar bebetol apa dorang cakap. |
Kitorang sampai dengan beg yang 3-4 ketoi dan memang tak ramai orang. Aku sangat berdebar sebenarnya masa ni sebab takut tak lepas nak sewa kereta. Staff yang entertain aku tu perempuan India yang tengah kunyah chewing gum. Sangat tak friendly and dia cakap beg kitorang macam banyak so takut tak lepas nak masuk dalam VW Polo yang aku booked. Jumlah asal aku kena bayar dalam RM330++ so aku tanya dia, option apa dia boleh bagi. Dia cadang aku tukar ke kereta Audi dengan tambah sebanyak RM570++. Masalah aku, aku cepat sangat panik dan easily convinced. Bila aku panik dan mudah sangat terpengaruh, di samping terlampau penat dan malas nak fikir panjang, aku setuju ja untuk tukar kereta & bayar untuk tambahan RM570++. Proses mudah, bagi passport & international driving license, dia photostat, pastu terus bagi kunci kereta & lokasi kereta tu. Oh yeah, dorang siap block dalam RM3000 jugak just in case aku accident ke apa. Yang ni aku tak faham kenapa dorang block duit dalam credit card aku sebab aku ambil Full Insurance Coverage. Tapi memang dorang pulangkan balik la jumlah tu few days lepas aku dah pulangkan kereta.
Lepas bye-bye dengan makcik dan anak lelakinya yang agak manih itu, kami bertiga tarik la beg-beg 4 ketoi tu ke lokasi kereta sewa (dekat kawasan parking sebelah office ja). Kereta baru & Audi kau. Jakun kejap. Benda pertama yang aku buat sebelum transfer beg ke dalam kereta adalah ambil video kereta dari setiap sudut. Benda ni penting kot nanti depa accuse kereta calar ke apa. Settle ambil video & gambar kereta, we're ready to go! Sumpah cuak weh walaupun seat driver sama ja macam dekat Malaysia.
Kita ambil gambar dulu. Kereta Audi kau. Giler apa kalau ada scratch ke. Mati aku nak bayor. |
Ambi video sekali untuk protect diri sendiri.
Ok, lets go! Serius best bawak kete ni. Patut ke aku sambar satu balik Malaysia nanti? Hahaha. |
Aku ada baca tips dari traveler lain, dorang stay dekat airport & sorang ja pegi ambil kereta. So takdelah officer kereta sewa nampak jumlah beg kita. Kalau tak, jadi macam aku la, kena upgrade kereta walaupun tak perlu pun.Tapi kalau kitorang datang berempat, aku boleh guna tips ni. Ni sebab bertiga ja, tak kan nak suruh mak aku duduk sorang-sorang dekat airport. Aku pun takdelah berani nak drive sorang-sorang dari Hertz Office ke airport semula untuk ambil mak ayah kan? Anywaysssssss, jumpa di post akan datang ya~
Notakaki:
Untuk kereta sewa, kebanyakkan kereta baru dan atas budi bicara, dorang akan upgrade kereta kita tanpa sebarang extra charges. Hertz di London ja kekwat. Banyak telan duit aku. Ni aku cerita kendian macam mana kereta sewa dekat tempat lain. Yang pasti memang lumayan kok.
Dan ya, ayah aku kurang sabar, dia pi on roaming masa tunggu aku settlekan hal dengan receptionist di airport. Padahal aku dah beli 2 keping simkad untuk kegunaan kami sepanjang berkelana di Eropah. Akibatnya, terpaksa bayar bil telephone beribu ringgit selepas aku & adik-adik emo & terminate line phone dia. Hahaha. So sila beringat ya.
0 comments:
Post a Comment