Day 02: Bicester Village, Oxfordshire & Bourton on-the-Water, Cotswolds.

Assalamu'alaikum.

02/06/2019 (Ahad). Ramadhan yang ke-27 dan hari pertama kami berpuasa di London. InsyaaAllah kami akan cuba berpuasa selama kurang lebih 19 jam hari ni. Lepas insiden microwave mengeluarkan bunga-bunga api semalam, pagi ni aku tegur mak aku macam biasa dan dia pun sambut teguran aku macam biasa. Haha.Things happen so let bygone be bygone omputih cakap. Gitchew~ 

Nah aku lanjer lagi gambar dari phone ayah aku.Tenangnya masyaaAllah. Kenapa udara dorang lain eh?

Sebenarnya pintu rumah kami tak boleh kunci semalam. Even masa memula check-in, pintu memang tak berkunci dan kitorang ke Tesco semalam pun memang tak kunci pintu. Jadi, aku inform host rumah pasal benda ni sebab harini kami nak jalan jauh. Takut jugak kalau rumah tak berkunci. Masa tengah bersiap-siap tu, dengar orang ketuk pintu, rupanya host rumah kami datang. Dia baru lepas jogging. Dia tekan apetah terus boleh lock. Dia kata maybe cleaner yang bersihkan rumah sebelum kami check-in tertekan butang lock tu. Nama host kami Waty. Ramah giler. Rupanya dia orang Brunei, kawen dengan orang Malaysia, dah lebih 10tahun menetap di London. Dia dapat tau aku kerja Brunei, apa lagi, terus keluar Melayu Brunei. Banyak tips dia bagi especially tempat nak shopping. Woot woot! Dan untuk itinerary hari ni, kami nak ke Bicester Village (Shopping!!!!) di Oxfordshire dan menikmati keindahan perkampungan di Bourton on-the-Water yang terletak di Cotswolds area. Waty cadangkan kami park di kawasan 'Park & Ride' yang disediakan dalam 5 minutes drive dari Bicester Village, lepas tu naik shuttle bus (free) yang disediakan untuk ke sana. Dia cakap Ahad selalunya ramai orang so better parking jauh & naik shuttle bus je. Thanks Waty!


BICESTER VILLAGE

Lepas bersiap kami terus pecut ke Bicester Village! Dari Orpington ke Bicester Village ambil masa dalam 1jam 30minit drive. Yes, jauh sikit dan punca aku pilih untuk bermalam di Orpington berbanding London City sebab aku nak drive ke sana. Tujuan utama kami ke London memang nak shopping till drop gittuh. So kalau naik train ke Bicester Village, aku takut penat nak mengangkut hasil belian selain aku nak jaga puasa so taknak lah penat sangat. Kalau stay di London City, aku tak berani nak drive untuk ke Bicester Village sebab baca banyak blog cakap, jalan dia sangat busy. 


Camnilah keadaan traffic di bandar London. Memang tak kuasa lah aku nak drive dalam tu kan. Gambar dari Google tapi memang ginilah keadaan traffic di sana bila aku turun ke bandar pada hari ketiga kami di London. 


Untuk info, Bicester Village ni merupakan gedung yang menjual barangan berjenama. Macam Johor Premium Outlet lah senang citer. Antara brand yang ada; Chanel, Jo Malone, Ted Baker dan banyak lagi. Masa kitorang nak ke sana, aku dah check waktu operasi dorang dari 9 pagi sampai 6 petang. Orang kata wajib ke sini kalau datang London. Aku memang plan nak shopping gila-gila, hasil mengumpul untuk setahun, memang tempat ni lah aku dah mark dari awal. Nah aku lanjer video sepanjang highway di London. Dorang panggil motorway dan dorang namakan motorway tu macam M1,M2,M3 gituh.


Contoh Motorway di London. Bayangkan jalan lengang (bukan macam dalam gambar), tetiba ada sign 50km/j. Dari laju, terus slowkan kenderaan. Takut jugak kalau kena saman tapi aku tengok selamber dek je omputih ni drive lelaju.




Sepanjang sejam lebih perjalanan ke Bicester Village, kami ada stop kejap dekat rest area dorang. Saja nak tengok 'RNR' dorang camne. Macam shopping mall ada COSTA bagai tapi aku tak terasa nak ambil gambar. Sorry~ Tapi rupa bentuk dia macam ni la. Gambar ihsan Google.


Macam mall versi kecik je kan? Yang tak bestnya, merata nampak dorang bawak anjing. Huhu.

Since kitorang puasa, perjalanan ke Bicester (sebutan dia BIS-TER silent C) diteruskan. Aku park di kawasan 'Park & Ride' yang disediakan, pastu selang few minutes, shuttle bus datang untuk bawak kitorang ke Bicester Village. Nasib ayah aku nampak signage untuk masuk parking ni. Jom ayuh kita shopping di Bicester Village!


Nah aku lanjer map Bicester Village. Kawasan parking ada je depan kedai tapi by noon, dah jadi sedikit sesak. Actually kalau datang awal cam kitorang, okay je nak park terus dekat Bicester Village. Train station pun direct masuk Bicester Village.

Shuttle bus lengang lagi sebab baru jam10 pagi. Masuk tengahari memang penuh.

Hai mate. Adik terchantek aku takde, so terpaksa lah selfie sorang-sorang.


Dalam bas menuju ke Bicester Village.

Yey dah sampai. Kita gambar dulu depan bus stop buat kenang-kenangan. Hehe.

Ayah aku pun nak jugak bergambar depan bus stop. Hehe.

OMG!OMG! Tengok apa kitorang jumpa bila turun dari bas! Sangat terkejut sebab sangat besar! Baru teringat sekarang awal musim panas. Memang musim benda ni membesar. OMG! OMG!

Mungeeeeeeeee! Besar giler bunga ros ni! First time tengok bunga sebesar ini!

Cantik giler color bunga ni. Macam bunga jejarum kan?

Cik Esah apa lagi! Memang mak aku ni hantu bunga ros. Depan rumah tepi rumah semua ada bunga ros.

Serius cantik bunga-bunga dekat sini.

Dan lagi! Nampak tak besar bunga tu macam nak sama dengan muka cik Esah?

Tak masuk lagi kat dalam kedai-kedai tapi kami sibuk bergambar. Hahaha.

Bangli tunjuk apa la tu dekat Cik Esah.

Tak boleh jadi. Dekat 30 minit bergambar dengan bunga je (ini pun aku dah tapis banyak gambar dekat tempat yang sama). Aku ajak mak ayah aku masuk shopping pulak. Entah-entah dalam tu ada lagi.bunga. Ayuh!

Macam biasa mak aku cari toilet dulu. Aku temankan aje.

Dalam Bicester Village ni, dorang buat kedai bentuk rumah macam ni. Ala-ala perkampungan gitu.

Tangkapan kedua penuh tangan. Hehe. Tangkapan pertama adalah baju ayah aku.


Bunga lagi tapi hatni tak kembang mekar. Kemain cik Esah.

Bergambar kenangan depan London iconic phone booth.

Suasana Bicester Village yang dipenuhi manusia untuk bershopping.

Kitorang pusing satu round dulu. Siang masih muda.

Tak semua kedai menawarkan harga mampu milik. Tapi overall still berbaloi.

Shopping jangan tak shopping. Rugi datang London tak shopping sebab barang dia lagi murah dari Malaysia.


Cath Kidston. Sebelum datang memang target nak borong beg sini tapi bagi aku pilihan dia tak menarik perhatian. Takde yang terkini. Aku plan nak cari dekat London city nanti. Tapi sempat la sambar untuk mak, adik & kakak aku.

Patutlah Cheta dok membeli belah dekat sini. Murah berganda untuk jenama-jenama terkenal.


Tengah seronok bershopping, masa nak bayar, baru aku perasan kredit kad & passport aku takde! Gelabah biawak lah apa lagi sebab kalau nak bayar guna kad, kena bagi passport sekali sevbagai bukti kad tu memang milik kita. Cash aku hanya untuk emergency. Apa lagi, kelam kabut cari ayah & nasib ayah aku ada dekat luar kedai je. So guna kad kredit yang adik aku buatkan untuk ayah aku & passport ayah lah. Adoi cuainya kau Helda. Mana kad & passport kau ni. Berjalan luar negara tapi tak bawak passport. Kalau orang check, naya ja kena tahan. Huhu. Lepas insiden nak bayar baru perasan passport takde tu, mood untuk bershopping dah hilang. Memang mak & ayah aku je bershopping untuk barang-barang dorang lepas tu sebab dalam kepala otak aku ligat berpusing memikirkan mana aku letak kad kredit & passport aku.


Cantik tak beg aku? Aku sempat sambar dalam kedai BATA tadi. Tu pon hampir berebut dengan sorang makcik salleh yang usya beg ni jugak. Hihi. Tak sampai RM100 beg ni dan sampai sekarang aku pakai elok tak koyak.

Menunggu shuttle bus untuk ke tempat parking kereta. Bang Li dan Cik Esah nampak penat di situ.

Lepas dah habis shopping, kami nak claim untuk VAT refund (pengecualian cukai) di office VAT Refund yang terletak di hujung kampung. Ada benda dah jadi masa aku masuk nak tanya pasal VAT Refund ni. Banyak kottt kami bershopping. Aku kira-kira, mau dekat RM400-500 jugak dapat pengecualian cukai. Itu pun nasib few kedai yang kami shopping, dia bagi penegcualian cukai siap-siap. Masa aku ke kaunter, dah la officer tak berapa friendly. Dia macam nak marah aku nak apply tax refund. Cubalah explain leklok apa kami kena buat untuk dapat tax refund. Ini tak, macam nak taknak kerja je. Ayah aku dah tinggikan suara sebab officer tu memang nampak malas nak layan kami sampai Manager dia keluar dan mintak maaf dan explain dekat kami apa yang kami kena tau. Yes, dalam news memang Mat Saleh kerek & racist tapi yang buat kerek dengan kami ni minah Filipino. Sepanjang di Eropah, kami tak jumpa pun Mat Saleh yang kerek atau racist dengan kami. Banyak yang hanat ni dari Asia jugak. So faham jugaklah kenapa Mat Saleh sana racist dengan orang Asia. 

Lepas berurusan di Tax Refund Office. Tak faham kenapa minah Pinoy tu nak rude dengan customer. Sorry to say tapi Pinoy memang fake & gedik. Dekat Brunei ni berlambak Pinoy. Dorang nak layan orang yang dorang rasa atas dari dorang je. Boss aku sendiri tak suka Pinoy. Dia pun cakap fake dan two faces. #donekutukpinoy

VAT REFUND / PENGECUALIAN TAX

Untuk info, non-resident of EU countries (bukan penduduk Eropah) boleh apply untuk pengecualian cukai untuk setiap barangan yang kita beli. Tak silap aku start dari tahun 2019, kita boleh dapat pengecualian cukai sebanyak 20% .Contoh korang beli beg di London berharga £100, korang gi VAT Refund office di memana airport sebelum korang fly keluar dari England, korang akan dapat balik £20 (sebab pengecualian cukai sebanyak 20% kan). Banyak tu! Kebanyakkan counter pengecualian cukai ni ada di memana airport sekitar Eropah. Kadang-kadang, ada kedai yang tengok passport kita bukan penduduk EU countries, dia akan tolak siap-siap 20% dari harga di price tag. So better untuk korang tanya terus dekat cashier, boleh request untuk VAT Refund tak? Ada kedai bagi, ada yang tak. Kalau yang tak bagi tu, try apply dekat airport.

Lagi satu, korang kena refer itinerary korang jugak sebelum apply for tax refund ni. Kita hanya boleh apply untu tax refund ni di negara EU terakhir sebelum kita keluar atau hari terakhir kita di negara tu. Sebagai contoh, macam kes aku dekat Bicester Village. Aku tak dapat apply for tax refund sebab esok aku masih ada di London. Dorang mintak tiket flight atau train atau bus ye sebagai bukti hari ni hari terakhir kita di London. 

Okay sambung. Lepas dapat tau kami tak boleh mintak tax refund sebab esok-lusa kami masih di London, manager di office VAT refund tu suggest kami cuba apply di kaunter VAT refund di Port yang kami akan pergi untuk naik cruise ke Amsterdam atau di Schipol Airport, Amsterdam atau di negara EU terakhir yang kami nak pi iaitu Germany. Kami tak boleh apply VAT Refund di Switzerland sebab Switzerland tak termasuk dalam perjanjian ekonomi Kesatuan Eropah. So please check adakah negara korang nak apply untuk pengecualian cukai selepas bershopping tu samada terlibat dalam Kesatuan Eropah atau tak. Kalau macam itinerary kitorang, last EU country yang kitorang akan jejak adalah Germany. So kalau beli barang di London, kitorang boleh apply tax refund at least di Germany. Switzerland dah tak boleh tapi check la jugak kot dorang dah buat perjanjian baru ke. Sepatutnya visit London last sekali. Senang. Berjayakah aku untuk claim VAT Refund ni? Tungguuuuuu~


BOURTON ON-THE-WATER, OXFORDSHIRE.

Dah puas shopping dan 'bertekak' dengan minah Pinoy hidung penyek dekat office VAT Refund tadi dan settle naik bas ke 'Park & Ride' dimana kami park kereta pagi tadi, bila aku bukak pintu kereta, nampak elok ja handbag aku duduk atas seat co-pilot. Ya Auloh nasib kereta tak kena pecah ke apa. Memang ada guard yang jaga kawasan tu tapi still terasa cuainya aku. Macam mana lah boleh lupa nak ambil handbag sendiri? Lepas kena bebel seround dua dengan mak & ayah aku, kami ke next destination iaitu ke Bourton on-the-Water yang terletak di Cotswolds. Dari Bicester, dalam 30 minutes drive je untuk ke sana. Kenapa kitorang nak ke sana? Ada apa sebab gigih sangat drive sampai 2-3jam nak ke sana? 




Kitorang ada lalu satu kawasan ladang yang tersangatlah cantik tapi sebab kereta banyak di belakang, aku terlepas simpang nak berhenti dan ambil gambar. Serius sangat cantik sebab warna rumput dia hijau tapi banyak tone. Tak tau nak explain camne.


Bourton on-the-Water ni merupakan perkampungan English style yang terkenal dengan honey-coloured architecture dan suasananya yang indah, tenang dan nyaman. Ada sungai kecil yang mengalir, ada kedai, rumah, post office dan banyak lagi! Memang area ni dijaga sebagai National Heritage.So rugilah kalau datang ke London, tak ke sini. Tapi Waty yang duduk lebih 10 tahun di London pun tak pernah ke sini. Hahaha. 

Parking sini penuh, so kita park jauh sikit.

Aku park jauh sikit dari pintu masuk Bourton on-the-Water sebab parking penuh. Parking sini free je.

Sape lah duduk sini kan? Bestnya sebab area sini sangat tenang.

Ibunda bergambar depan rumah The Manor yang bermaksud a large country house. Memang besaq gila rumahnya.

Bunga ros lagi! Besar-besar bunga dekat sini.

Macam biasa cari toilet dulu untuk mak ayah aku. Aku memang tak guna toilet public. Sekali masuk kena bayar 50 pence (dalam RM3.00)

Gi tukar duit siling dulu sebab nak masuk toilet, ada pintu palang macam dekat stesen LRT. So kena ada ngam-ngam 50 pence.

Sabajap cik Esah ye.

Sungai dekat sini memang jernih.



Tak banyak gambar aku kali ni sebab adik terchantek aku takde.

Cik Esah sakan berposing. Mana tah ayah aku.

Ayah aku dah semakin takde mood. Penat dah kot. Cik Esah maintain lagi. Hehe.

Cantik kan? Sungai jernih, ada itik-itik. Yang tak best banyak anjing. Haha.
Cantik pulak gambar ni.

Eh itik tu patah balik pasaipa?

Sini memang ada banyak bridge.





Takde langsung gambar ayah aku. Dia dah start dah, Haha.

Belakang cik Esah tu la honey-colored country house yang lebih tua dari cik Esah rasanya. 

Cuaca yang sejuk dan hujan yang renyai.

Tetiba cahaya matahari suluh muka pulak. Hihi.


Okay, last selfie dengan cik Esah. 

Sebab hujan renyai-renyai dan cuaca agak sejuk, kami berjalan dekat bahagian depan je. Tak explore pun sampai ke dalam sebab parents aku macam dah tak larat nak jalan. Mas ani kat Malaysia dah berbuka rasanya. Sebenarnya aku agak regret sebab tak jalan sampai ke dalam. Mesti lagi cantik tapi ye lah, dengan hujan renyai-renyai, kami yang berpuasa lagi, mood pun dah kelaut.


Nampak kan cuaca mendung je. Tadi kemain cerah hangat lit lit.

Nah, aku lanjer video dari phone ayah aku. Cantikkan tempat ni?

Masa berjalan ke parking area, ternampak post-office.

Paksa ayah aku bergambar jugak. Jalan dengan orang tua memang kena layan their crankiness bila depa dah penat.

Kasik posing seround depan Audi. Esok nak pulangkan balik.

Tudia muka ayah cheq awat garang sangat?

Lepas melawat Bourton on-the-Water, tak lengkap rasanya kalau tak jenguk kawasan sekitar sebab dah dekat Oxford kan? Memula plan nak tengok University of Oxford tapi sebab hujan di samping mak ayah aku pun dah malas nak jalan-jalan masuk kampung, so kitorang lalu je tapi tak turun. Kalau adik terchantek aku ada, mesti dia suruh singgah dan explore kawasan sekeliling. 


Actually kitorang terlepas kawasan ni. Sayangkan? Tapi aku pun tak nak lah paksa parents aku berjalan kalau dorang dah penat. Tambah puasa lagi kan. Tengok dari dalam kereta je la. Gambar ihsan Google.

Harini Maghrib dalam jam 915pm dan kami plan untuk makan di rumah je. Dari Oxford kami terus pecut ke Orpington tapi kali ni aku bagi ayah pulak drive dan disebabkan hampir ke jam 9pm, kami stop di RNR dan keluar ambil wudhu dan beli lah apa-apa yang patut untuk dijamah walaupun aku memang ada bawak bekal. Aku dan ayah beli kopi COSTA. Mak aku beli salad. Lepas ke toilet untuk membuang dan ambil wudhu, kami berbuka puasa & solat secara duduk di dalam kereta sebab keadaan di luar yang basah selepas hujan disamping banyak anjing di luar, pilihan paling bersih dan selamat adalah dalam kereta. Lepas dah jamah sedikit makanan dan solat, ayah aku terus drive balik ke Orpington.

RNR yang kami singgah dalam perjalanan balik. Sedikit stress sebanyak banyak giler anjing. Dorang ni memang sentiasa bawak anjing.

Alhamdulillah, tak terasa pun kami berpuasa 19 jam mungkin gara-gara bershopping dan keadaan yang hujan renyai di sini. Esok aku dah kena hantar kereta sewa ni dan akan bersambung shopping dan berjalan-jalan di London City. Kita sambung next post sebab aku akan cerita kenapa aku tak ambil sebarang pakej jejalan like tour by bus di London City. Yes, ada pakej yang naik bus double decker tu untuk jalan-jalan sekitar London city. 

Dinner kitorang malam ni. Makan nasi putih panas bersama telur goreng dan Faliza Daging Dendeng cukup untuk buat kami happy. 

Lepas berbuka dan solat, aku terus bayar amount kad kredit yang kami dah guna tadi. Bukan apa, kad kredit ayah aku tu khas untuk kereta sewa. Kan dorang block certain amount untuk insurance. Satgi naya tak boleh sewa kereta pulak kan. So yeah, aku suggest, cash tukar sikit je, yang lain belanja pakai kredit kad. Lepas habis shopping, balik rumah, settlekan terus bil kredit kad so that esok leh pakai lagi. Sekian.



Notakaki:

Untuk solat secara duduk, aku belajar dalam kelas masa nak pergi Umrah. Ustaz aku cakap, pertama, tentukan arah kiblat. Yang ni korang boleh refer dekat apps yang boleh tunjuk arah kiblat. Aku refer Muslim Pro apps. Kedua dah ready nak solat duduk, angkat takbir tapi pusing badan arah kiblat (kalau masa tu korang duduk tak hadap kiblat lah), then lepas dah angkat takbir, terus pusing ke depan macam biasa & solat lah macam biasa. Islam tu kan mudah~

Dan oh, aku agak terkejut rupanya kalau beli guna credit card di Eropah, style dorang mesin kad tu menghadap kita, kita kena masukkan kad sendiri, tekan pin pastu cashier cakap done, baru kita keluarkan kad tu & simpan dalam purse/wallet. Kat Malaysia, cashier buatkan kan? Pada aku okay jugak cara dorang sebab lebih secure. 


Xoxo,
























Share:

0 comments:

Post a Comment