Assalamu'alaikum.
12 | 05 | 2018 Sabtu. Happiest 61st Birthday Abah! Sambut birthday di Jeju. Kerlasss Bam Li. Aku pun tak pernah sambut birthday di oversea. Haha. Anyway, lepas dah study jadual bas semalam, hari ni kitorang nak ke
Udo Island, Jeju! Woot woot! Udo Island ni merupakan pulau yang terletak dalam Pulau Jeju. Jeju tu sendiri dah pulau kan? Haaa Udo ni pulau dalam pulau. Haha.
|
Nampak macam jauh kan? Tapi tak terasa pun jauhnya perjalanan tu sebab Jeju ni kecik je. |
Untuk ke Udo Island, kena naik feri besar yang boleh muat kereta sekali. Disebabkan kami tak dapat sewa kereta, so kami ke perlabuhan feri tu dengan menaiki bas dan berjalan kaki sejauh 750m. Jauh jugaklah bagi aku walaupun cuaca agak berangin, tetap terasa penatnya. Di Udo, macam-macam aktiviti boleh dilakukan seperti menaiki basikal, menaiki motor elektrik, makan aiskrim kacang yang superfamous dan hanya terdapat di Udo dan macam-macam lagi. Untuk ke Udo, pagi tu aku prepare sandwich sardin telur je untuk breakfast kitorang. Lepas makan terus keluar ke station bas untuk ke bandar Pyoseon-myeon semalam. Dari situ, kami menaiki bas 201 dan turun di Hando-ro. Dari Pyoseon-myeon nak ke Hando-ro, kami lalu Seongsan-Ilchubong. Dari dalam bas dah excited tengok Seongsan Ilchubong sebab selama ni tengok dekat gambar je. Yang buat kami lagi excited sebab kiri kanan jalan lawa sangat dengan bunga canola. Confirm kitorang nak singgah nanti.
|
Nah aku lanjer sneak peek ladang conalo yang ada di sepanjang jalan di Seongsan. |
Masa kitorang turun di salah satu bus stop di Hando-ro (
ro tu bermaksud jalan dan tak silap aku kami turun di Seongsan Harbour Entrance bus stop), sekali lagi macam blur kejap sebab tak nampak pun perlabuhan feri. Dahla angin kuat gila.
|
Mencari arah perlabuhan feri ke Udo. |
|
Hmmm. Takde pun. |
|
Ingat yang seberang laut tu lah Udo. |
|
Tak jumpa, patah balik. |
Pastu aku dan adik masuk ke cafe yang berdekatan, dorang tunjuk arah ke depan lagi. So kitorang pun menapak ke depan lagi. Nampak macam perlabuhan, tapi bila masuk, bukan. Tapi ada sorang pakcik yang sangat peramah ya robbi, walaupun tak boleh berbahasa Inggeris, dia sungguh-sungguh tunjuk dekat kitorang arah jeti nak ke Udo (
do tu bermaksud island). Siap cakap cantik tudung kitorang pakai. Camne leh tau dia cakap cantik? Dia tunjuk-tunjuk arah tudung kitorang dan cakap '
yeppeutta' yang bermaksud cantik. Thanks Ajushi!
|
Jalan terus lagi. Nasib orang tak dapat sewa kereta. Hehe. |
|
Eh ada restaurant la. Nampak tak simbol ikan tu? Inilah restaurant yang kami akan singgah. Actually aku tak perasan pun restaurant ni tapi bila belek-belek gambar untuk dimasukkan dalam blog ni, baru aku perasan, rupanya ayah aku snap gambar restaurant ni cuma dia tak tau simbol ikan tu merupakan tanda restaurant seafood sahaja. |
|
Adoi mana ni jeti. Tak nampak pun. Pasrah je ni berjalan. |
|
Lalu kawasan bongkah besar ni. Semalam kan kami singgah di mana tah. Tapi banyak bongkah batu ni di tepi laut. |
|
Framework bongkah batu. |
Memang jauh kitorang menapak dan Alhamdulillah jumpa jugak jeti-nya. Actually agak-agak je mana bangunan kaunter tiket. Ikut sedap rasa. Anyway, \sSebelum naik feri, kami kena beli tiket. Nak beli tiket ni kena isi borang dan tunjuk passport. Dah lah ramai giler manusia. Urusan pembelian mudah. Lepas tunjuk form yang dah diisi bersama passport, bayar seorang dalam KRW 5,000 untuk return ticket (bersamaan RM20) dan terus kami bergerak pantas ke arah feri sebab orang kaunter cakap feri dah nak jalan. Kalau tak kena tunggu lama lagi untuk next feri. Apa lagi, pecut lah memasing.
|
Dalam bangunan kaunter tiket. Amboi pakcik tu marah ke aku snap gambar? Takde pun signage yang cakap 'no photos'. |
|
Kena isi borang ni dulu sebelum bayar. |
|
Borang tu boleh didapati dekat sini. Berlambak. Tapi sila bawak pen sendiri sebab takut kalau ramai orang, tidak lah kita menunggu ye dok? |
|
Ayah aku berehat kejap sementara adik aku isi borang. Letih bhai menapak tadi. |
|
Isi jangan tak isi. |
|
Tulisan adik aku cantik sikit. Biar dia yang tulis. |
|
Mendelah aku cakap tu. |
|
Dah habis isi borang, pergi ke kaunter untuk bayaran. Proses mudah je. |
|
Dah bayar, terus bergerak ke feri yang menunggu. Ikut je orang ramai-ramai tu. Sempat bergambar dengan feri dekat sini. Hehe. |
|
Tunjuk tiket, dah boleh masuk ke dalam. |
|
Kami antara yang terawal. Kecoh tol yang jaga pun. Penat kami berlari sebab ingatkan feri dah nak jalan. |
|
Naik ke atas di bahagian deck penumpang. |
|
Angin memang kuat giler. Aku rasa ngilu je ni. Rasa macam anytime nak melayang kalau duduk luar ni. |
|
Bawah tu untuk kereta penduduk Udo. Penumpang yang berjalan kaki ni boleh duduk di deck yang disediakan. |
|
Di corridor sebelum masuk dalam deck yang disediakan. |
|
Tadaaaa~ Mak dan adik aku dah laju duduk. |
|
Lantai dia rasa suam panas gitu sebab kat luar sejuk berangin. |
|
Rasa macam dalam sauna pulak. |
|
Deck semakin penuh. Kemain mak aku renyih. Hehe. |
|
Ada jugak plug point disediakan. |
|
Penat je kitorang lari tadi. Kosong lagi ni haaaaa. Actually ferry bergerak masa dah penuh deck ni. |
Alhamdulillah sempat naik. Masa tu kitorang yang terawal masuk dalam bilik yang disediakan. Bilik tu dilengkapi dengan heated flooring. Sejuk semacam pulak dekat sini. Mungkin sebab angin yang kuat. Dekat laut kan. Tak sedar pun bila kitorang sampai Udo. Adalah dalam 10 minit je.
|
Tadi tak sempat nak snap gambar sorang-sorang depan feri. |
|
Acara wajib bermula. Sorang-sorang beratur. Haha. |
|
Kitorang memang asyik pegang tudung je sebab angin memang kuat. |
|
Alhamdulillah selamat sampai. |
|
Welcome to U-do. |
|
Orang lain dah lama blah. Kitorang je masih dekat sini. Hehe. |
Subhanallah cantiknya Udo ni. Tak melampau aku katakan Udo ni macam summary kepada Jeju Island. Cuma version pulau yang kecik. Masa sebelum datang sini, aku dan adik plan nak naik basikal dan ayah mak aku naik motor elektrik untuk tour Udo ni. Tapi sebab nak sewa motor elektrik tu kena pakai International Driving Permit, so terpaksa lupakan hasrat tu. Mak ayah aku pulak cakap dorang dah tak larat sebab jauh jugak kami menapak untuk ke jeti tadi so dorang nak naik bas je untuk tour Udo. Walaupun terpaksa 'sakitkan' hati adik aku sebab dia teringin sangat nak naik basikal, aku terpaksa bertegas, tour Udo dengan bas sebab mak ayah dah tak larat. Next time kita datang Udo, kita naik beskal okay? Tak silap aku sewa satu basikal sebanyak KRW10,000 (RM40 seorang) untuk 3 jam. Kalau tour by bus seorang dalam KRW5,000 (RM20 seorang). Memang berhimpit gila la naik bas tu. Kitorang memang berdiri je sepanjang masa. Lagi la adik aku 'hangin'. Hahaha.
|
Map untuk laluan bas. So kami kena alert mana nak turun. |
|
Stop pertama. Subhannallah. Rasa nak mandi je. |
|
Air dia yang jernih dan sejuk dan batu berwarna hitam. |
|
Walaupun dia tengah 'bebai' sebab tak dapat naik beskal, aku tetap snap gambar dia elok-elok. Haha. |
|
Membawa hati yang lara. Haha. |
|
Sejukkkkk. Mak aku suka Udo Island ni. |
|
Iskh ramainya photo-bomb. |
|
Haaa hatni clear takdak orang. |
|
Aku dah selamat tanggal kasut. Memang sejuk tapi bearable. Orang Korea tengok aku pelik je sebab 'berani' masuk dalam air sejuk. |
|
Berbelang terus kaki aku sejak datang Jeju sebab tak pakai sport shoes. Tak sangka terik dekat sini padahal aku pakai stokin. |
|
Actually kami agak blur apa nak buat dekat sini sebab kes tak ready nak naik bas semua tu. Pelan asal aku dan adik sewa basikal, mak ayah aku naik elektrik motor tu. |
|
So layan je la gambar-gamabr kami dekat pantai ni. Setiap sudut okay. Haha. |
|
Dan lagi. Hahaha. |
|
Turn mak aku pulak. Kenapa gaya dia cenggitu? Sebab angin kuat sangat. Nak tercabut tudung kitorang. |
|
Cantik kan air dia? |
|
Tudung bawal memang tak boleh pakai masa travel. Spoil mood. Hahaha. |
|
Serius rasa nak terjun mandi je. Geram tengok air dia. |
|
Honeymoon yang keberapa kali ni ye? |
|
Setup kamera dekat batu-batu & 1-2-3 click! |
Lepas dah syok main air dan bergambar dekat pantai, kitorang naik ke atas sebab nampak kerusi kayu ni. Bas takde lagi so lepak-lepak dulu. Aku duduk sebelah adik yang tengah moody tu dan masa tengah duduk, tetiba sorang pakcik Korea ni tunjuk depan-depan arah adik aku, dia cakap 'Cantik'. Eh mak yang duduk sebelah ni tak cantik ke pakcik??? Hanat sungguh. Sentap hakak okay. Haha. Sepanjang 4 hari dekat Jeju memang ramai makcik pakcik Korea puji adik aku cantik. Dorang memang taksub dengan kecantikan. Tahap tuding jari direct & cakap cantik depan-depan okay. Takdenya puji dalam hati je. Syukur aku tak lahir di Korea. Budaya yang obses dengan kecantikkan dan tak terkejut kalau ramai buat plastic surgery untuk nampak cantik. Mau taknya kalau dari kecik dah di 'basuh' dengan kecantikkan. Ok done hakak-sentap-sebab-tak-dipuji-cantik membebel. Hahaha.
|
Walaupun rasa pakcik tu hanat, aku mintak dia snap gambar kitorang. Hehe. Dah snap pun dia still puji adik aku cantik. |
|
Turn Cik Esah berposing. |
|
Wah bas dah sampai. Jom ke stop yang kedua. |
Berhimpit giler dalam bas tu. Mulalah aku macam menyesal jugak tak sewa je basikal tapi dah mak ayah tak nak naik kan. Tapi mana nak sangka bas kena berimpit macam tu. Tak enjoy langsung. Kalau ada IDP tu dah lama sewa motor electric. More convenient to tour Udo ni. Untuk stop yang kedua, kitorang ter-turun awal sebab confuse dengan map. Patutlah kitorang je yang turun dari bas masa tu. Takpelah, jalan je kaki pelan-pelan sambil menikmati suasana perumahan di Udo.
|
Apa tu??? |
|
Macam rumpai kan? Aku nampak banyak menatang ni dalam laut. Boleh makan ke eh? |
|
Sama je macam rumah di Andeok-myeon. |
|
Bunga-bungan cantik. |
|
Jalan depan lagi ternampak cafe ni. Jom lepak cafe dulu. |
Sebelum ke Udo, adik aku dah buat research yang Udo terkenal dengan pengeluaran kacang tanah. Kira kacang tanah dari Udo memang dari kualiti yang terbaik. Dan kalau ke sini, wajib rasa ais-krim kacang dorang. Alang-alang dah jumpa cafe ni, bila tengok menu memang ada aiskrim kacang ni, so order 2 ser. Satu set berharga KRW5,000 (RM20).
|
Resit. 1 aiskrim sampai RM20. Takpe layan je. Bukan selalu. |
|
Tadaaaa~ Ais krim kacang yang famous di Udo. |
|
Bolehlah. Takde lah rasa wow sangat. Hehe. |
|
Share sorang sikit untuk merasa je. |
|
Happy Birthday Abah! Cari cafe nak makan kek tak jumpa so belanja aiskrim je la dulu. |
|
Takdelah kenyang pun tak boleh lah. Lepak luar cafe kejap. |
|
Minah yang tengah merajuk lagi. Tapi maintain mintak amekkan gambar dia. Hahaha. |
|
Tenang je Udo ni. Untungnya dorang yang duduk & kerja di sini. |
|
Merajuk lelama rugilah sebab gambar kurang nanti. Haha. |
|
Aku memang dah pasrah gambar tak cantik. Hahaha. |
|
Menunggu Lee Min Ho tak kunjung tiba. |
|
Apa lah yang mak ayah aku buat duduk jauh-jauh tu. |
|
Menungkan apa tu Cik Esah? |
|
Basikal. Macam best je. |
|
Seriusnya Bang Li. |
|
Tak ada apa sangat dekat sini. Jom lah jalan ke depan sikit. |
|
Song Hye Kyo. |
|
Song Jong Ki. |
|
Adik aku tanya dorang tak nak bergambar ke? |
|
Haruslah nak kan? Hehe. |
|
Hero dan heroin drama Descendant of The Sun. |
|
Dekat Udo ni, setiap penjuru cantik. |
|
Haa inilah kereta/motor electric yang nak sewa kena ada IDP. Stress mak. Next time memang nak datang Udo lagi & nak sewa benda ni. Haha. |
|
Comel pokok kecik ni. #selingan |
|
Gambar dorang je banyak. Huhu. |
|
Jom jalan ke depan cari bus stop. |
Lepas dah jumpa bus stop dan bas pun sampai, kitorang ke pit stop ketiga. Tengok ramai yang turun so kitorang pun turun. Aku nampak ada light house lah. Jom lah tengok ada apa dekat sana. Lagi pun tak solat lagi. Aku dan adik kira-kira, by the time kami keluar dari Udo macam kelam kabut pulak nak solat nanti.
|
Dalam bas. First time dapat tempat duduk. |
|
Haaa tempat ni cantik giler tapi kitorang macam dah takde mood nak berjalan. |
|
Snap dari dalam bas. Sama je keliling Udo ni. |
|
Light house di Udo. |
|
Mak ayah aku dulu bergambar. Kena beratur okay nak ambil gambar dekat sini. |
|
Cepat-cepat. |
|
Cukup syarat bergambar di light house. Haha. |
|
Adik aku pulak. |
|
Cuba angle lain pulak. |
Aku memang tak suka tekanan dari orang so aku give up untuk bergambar solo. Masa tengah beratur ni lah, ada sorang pakcik tegur ayah aku tanya dari mana. Rupanya dia Chinese Singaporean. Tapi fasih giler cakap Melayu. Dia datang dengan rombongan dan dia offer untuk ambilkan gambar kami sekeluarga. Terkedek-kedek aku dan parents berjalan ke light house. Stress sebab orang menunggu kan. Hehe.
|
Sekerat je pakcik? Hahahahaha. |
|
Boleh lah. Ada orang offer nak tolong ambilkan gambar tu, syukur je la. |
|
Bergambar dekat batu-batu yang disusun meninggi. Tak ingat dah pasaipa depa susun batu-batu camtu. |
|
Batu-batu hitam kesan dari letusan gunung berapi Seongsan-Ilchubong beribu tahun dulu. |
|
Sis, apa yang awak cuba lakukan? |
|
Masa ni mood dia dah okay sikit tapi moody tu masih ada. Kesan tak dapat naik basikal. Hahaha. |
|
Nasib dapat kakak yang cool layan moody adik sendiri. Kalau orang lain, mau kena tenyeh dah. Hahaha. Tapi paham jugak sebab aku dah janji nak naik basikal. Sekali tetiba tukar plan. |
Dari dalam bas lagi kami dah nampak satu pondok dekat light house ni so kami sepakat nak solat Jamak-Qasar Takdim dekat situ. Senang solat siap-siap. Ada toilet dan paip air jugak. Cuma tang amek wudhu tu terkial-kial la sebab nak jaga aurat kan. Hehe.
|
Aku yang keuzuran jadi bodyguard dorang. Orang Korea tengok kami pelik je. |
|
Done solat. Jom ke next destination. |
Masa ni kitorang macam dah malas nak turun dekat 1 pit stop ni. Sebab kena tunggu & berhimpit naik bas. Tapi memang cantik giler kawasan tu. Perjalanan diteruskan ke pit stop seterusnya di kawasan yang agak berbukit.
|
Dekat sini angin lagi kuat. |
|
Mak aku pun dah start pakai sweater. |
|
Memang trademark dorang; Air laut dan batu hitam. |
|
Aktivitas bergambar bermula. |
|
Langit yang seakan mendung. |
|
Ada aktiviti naik boat laju dekat sini. Tapi dah nak hujan ni. |
|
Dengar jugak lah orang menjerit-jerit naik bot laju tu. Berani sungguh. |
|
Kitorang puas hati dengan bergambar je. Hehe. |
|
Dah macam senior photographer ayah i~ |
|
Nampak tu langit? Scary pulak tengok. |
|
One with my queen. |
|
Dah sampai taktau nak tulis caption apa. |
|
Nasib zaman dah maju. Nak tangkap gambar tak yah pakai kodak. Hehe. |
|
Boleh jugak turun ke bawah tapi kitorang malas.Aku nampak ada orang masuk dalam gua dekat bawah tu. |
|
Bergambar dengan patung penyelam wanita Jeju. |
|
Tempat yang sama wajib snap 10 kali. Hehe. |
|
Cinta hati aku. Muah ciked. |
|
Mengenang nasib yang tak jadi sewa basikal. |
|
Ok, dah cool dah. Next time kita mai Udo, kita sewa basikal nohh. |
|
Aku yang dah gave up dengan tudung bawal ni. Nampak tak manusia halus-halus belakang aku tu? Dorang nak masuk gua. |
|
Pantai dekat sini air dia macam gelap sikit kalau berbanding pantai yang memula kitorang jumpa tu. |
|
Nampak tak gua dekat situ? Tenung lelama sikit insyaaAllah nampak. |
|
Aku check Google Maps, tempat yang kitorang turun ni nama dia Geomgeomle. Banyak kedai aiskrim dekat sini. |
|
Bus stop dekat situ. Tapi bila check, bas lambat lagi nak sampai. |
|
Lepak main buaian dulu. |
|
Aku rasa kitorang(aku dan adik) duduk jugak dekat buaian ni tapi cari gambar takde. |
|
So layan je lah gambar mak asku sorang. Hehe. |
Bila tengok jam,bas macam nak sampai. Sekali lagi berebut naik bas, berhimpit dalam tu. Stress aku. Next stop kitorang tak turun pun sebab itu macam untuk orang hiking bukit yang dekat Geomgeomle tu. Alhamdulillah selesai tour kami. Memang cantik Udo ni. Untung sape duduk sini kan? Masa kami nak bergerak balik, sekali lagi feri nak jalan. Melambai-lambai Ajushi yang jaga feri tu suruh kami lari. Sekali lagi berlari pecut kami ni. Kesian mak ayah aku. Haha. Bukan kitorang je lari. Pelancong lain pun terpaksa berlari sebab feri dah nak jalan.
|
Fuh sempat naik. Kali ni malas nak lepak deck. Lepak dekat luar je. |
|
Lepak dekat corridor feri je. |
|
ya Auloh tudung aku. Angin sumpah yarobbi kuat gila. |
|
Babai Udo. Jumpa lagi. |
|
Comel je light house tu. |
|
Alhamdulillah dah sampai seberang. |
Bila dah turun dari feri tu, lapar la pulak. Tapi takde Internet nak cari makanan dekat mana. Masa aku study pasal Jeju ni, aku ada terbaca orang cakap, kebanyakkan kedai yang letak papan tanda seafood macam ikan, sotong ke apa, kedai tu halal. So masa kitorang dari jeti menapak ke bus stop untuk ke Seongsan Ilchubong, aku ternampak satu restoran ni ada papan tanda gambar ikan. Terus masuk ke dalam & try tanya menu yang dorang sediakan sebab takutlah ada pork semua ni. Sekali owner kedai terus sebut 'halal..halal..' siap tunjuk sijil original Halal Korea. Mana nak sangka jumpa kedai Halal yang agak famous rupanya. Alhamdulillah. Nak tau apa kitorang order? Next entry okay?
Sekian.
Notakaki:
Kereta sewa tak boleh bawak ke Udo ye. Kereta yang dalam feri tu semua kereta local (penduduk tetap di Udo Island). Kalau bawak kereta, kena park dekat parking lot berbayar yang disediakan, bersebelahan je dengan kaunter tiket.
Xoxo,
0 comments:
Post a Comment