Assalamu'alaikum.
29|06|2017 Khamis. Sepatutnya semalam lepas visit Maeklong Railway Market, kitorang nak pergi
Ayuthaya tapi disebabkan kitorang drive untuk ke Bangkok dan tak familiar dengan selok-belok Bangkok City, kitorang risau sampai Bangkok lewat sangat, so kitorang skip plan nak ke Ayuthaya. Anyway ada apa dengan Ayuthaya ni? Ayuthaya agak jauh dari Bangkok city. Dalam 2 jam lebih drive. Ayuthaya ni dulunya merupakan Kota Siam (dulu Thailand ni orang luar panggil Siam) pada tahun 1351 - 1767. 400 tahun jugak dia jadi pusat perdagangan antarabangsa di Thailand. Hebatnya Ayuthaya ni, pada 16th century, Ayuthaya dikenali sebagai pusat perdagangan yang terbesar dan terkaya di Timur. So boleh bayanglah kan Ayuthaya ni wajar ke tak dilawati? Kingdom weh! Rugilah kalau tak pergi tengok. Yang aku paling curious adalah bahan binaan yang diguna untuk bina kingdom ni sebab surprisingly walaupun dah diserang dan dibakar, masih ada sisa-sisa / ruins yang bertahan sampai sekarang. Anyway, kingdom bagai ni hanyalah alasan kitorang kena ke Ayuthaya tapi reason paling utama yang adik aku 'paksa' kitorang ke Ayuthaya samapi extend sewa kereta sehari lagi adalah sebab nak makan di
FADA Halal Restaurant yang super sedap dan super murah katanya. Alang-alang kedai tu dekat dengan Ayuthaya, so kitorang lajak la ke Ayuthaya. Haha.
|
Ayuthaya. Hanya tinggal sejarah. Gambar ihsan Google. |
|
Besar kan kingdom ni? Ni baru sikitttttt je. Gambar ihsan Google. |
Kalau diikutkan, pagi ni dah kena hantar kereta sebab sewa untuk 2 hari je tapi kitorang decide nak extend sewa lagi sehari untuk ke Ayuthaya dan bila check Google Maps, pusat SIXT dekat je dengan apartment AirBNB kitorang. Pendek cerita, drive ke sana then orang sana cakap boleh je extend lagi sehari, apa lagi. Bersinar lah mata masing-masing. Ye lah, tak koser nak naik public transport untuk ke Ayuthaya. Renyah dengan keadaan panas di Bangkok ni. Tapi kitorang mintak tukar kereta. Kereta memula dia bagi Toyota Vios tapi macam tak best bawak kereta tu. Bila brek berbunyi. Alhamdulillah budak yang jaga tu cakap boleh tukar dan dia bagi Honda Jazz baru dekat kitorang. Woot woot. Merasa naik Jazz. Hahaha. Cumanya kena isi minyak full tank untuk kereta Vios tu. Sama macam memula kitorang ambil. Stesen minyak sebelah je tapi kena keluar jalan utama dan agak berpusing jugak kitorang nak ke stesen minyak then ke pusat SIXT balik. But thanks to Waze & Google Maps, aku dan ayah aku berjaya isi minyak dan patah balik ke SIXT sebab adik dan mak aku tunggu situ.
|
Cute je Jazz ni. |
So apa lagi? Ke Ayuthaya lah kita! Untuk ke Ayuthaya, macam biasa set Waze or Google Maps, and dalam 2 jam lepas tu, kitorang dah selamat sampai ke
FADA Halal Restaurant yang dituju. Kecik je restorannya. Adik aku yang beriya benar nak bawak kitorang ke sini. Kalau backpackers tu, aku tak pasti macam mana korang nak ke sini. Pepandailah guna khidmat Google Maps ye. Keke.
|
FADA Halal Restaurant. Jangan lupa singgah sini tau kalau nak ke Ayuthaya. |
|
Depan kedai. Cantik macam rumah. |
|
Dalam kedai. Pekerja kedai ni sorang je yang boleh cakap English. Itu pun limited choices of sentences. Hehe. Tapi yang penting menu yang diorder dia faham. |
|
Sementara menunggu order sampai, Cik Esah berposing sakan dalam kedai. Haha. |
|
Gambar kenangan wajib. Hehe. |
|
Cik Esah dan Bang Li order jus tembikai. Sedap! |
|
Sampai! Puyuh goreng. |
|
Datang Thailand, wajib try tomyam katanyer. Pon sedap! |
|
Bukti betapa sedapnya makanan di sini. Tengoklah mak aku kemain nganga mulut dia. Hahaha. |
|
Sayur campur. Menarik kan? Mak aku siap tapau lauk ni untuk dinner kitorang. Haha. |
|
More to come~ Senyap terus mak ayah aku dapat makan. Memang sedap makanan dekat sini. Patutlah beriya adik aku nak bawak kitorang datang sini. |
|
Siakap stim. Iskh memang meleleh sedap! |
Alhamdulillah memang terbaik restoran ni. Sedap giler Green Curry Chicken dia. Tak sempat ambil gambar, dah habis kena sambar. Really recommended! Kitorang siap tapau beberapa lauk untuk dinner kitorang. Thanks adik sebab bawak kitorang ke sini. Puas hati! Lepas dah menjamu selera, kitorang tanya kakak cashier mana masjid berdekatan dekat sini. Walaupun bercakap ayam dan itik, berjaya lah jugak jumpa masjid tu. Masjid ni terletak dalam perumahan kampung di sini. Agak mudah nak cari sebab masa kitorang sampai, ada ramai orang berkumpul dekat kawasan sekitar. Rupa-rupanya ada jenazah yang akan dikebumikan dan dorang datang untuk solat jenazah. Yang datangnya ramai tapi yang solatnya sikit. Hehe.
|
Tak pasti nama masjid apa tapi dekat je dengan FADA Restaurant. Cuma dari FADA Restaurant tu, kena u-turn dulu. Then dekat traffic light u-turn lagi dan masuk simpang sebelah kiri. Senang cerita, tanya je local resident mana masjid. |
|
Parking dalam masjid. Ramai jugak orang Islam dekat sini. |
|
Ruang solat wanita dekat atas. Panas giler bhai~ |
|
Tapi toilet dan tempat wudhu dekat bawah. So terpaksa turun balik. |
|
Haaa masuk jalan tu la kalau nak ke masjid ni. |
|
Tengah solat jenazah. |
|
Unik kan bumbung rumah di sini? Masih mengekalkan design bumbung lama. I like~ |
Selesai solat, kitorang terus set Google Maps/Waze sekali lagi untuk ke tapak sejarah di Ayuthaya. Dari jauh dah nampak sisa-sisa tinggalan sejarah. Aku boleh katakan memang besar kingdom Ayuthaya ni. Cuma pening sikit mana nak cari entrance untuk masuk ke tapak sejarah ni sebab adik aku cakap kena bayar. Pusing-punya-pusing, ternampak toilet awam dan mak aku suruh masuk singgah. Ruapa-rupanya dekat situlah kaunter tiketnya untuk masuk ke tapak sejarah Ayuthaya. Rejeki. Terus ayah aku parking
dan mak aku ke toilet
dan lepas tu beli tiket untuk masuk ke dalam. Tak ingat dah harga berapa tapi takde lah mahal. Cuaca? Tak payah cakap. Terik dan panas gila!
|
Kaunter tiket sebelah toilet je. Oh toilet dia sangat bersih. |
|
Pintu masuk. Tunjukkan tiket je. |
|
Tiket masuk. |
|
Bang Li bergambar di info signage. |
Meh layan sikit video kitorang masuk ke sini.
|
Papan info lakaran salah satu monumen yang terdapat di sini. |
|
Antara ruins yang masih utuh di Ayuthaya. |
|
Bayangkan dah beratus tahun bahan binaan ni masih utuh berdiri walaupun dah dibakar, diserang oleh kerajaan Burma. |
|
Sekerat je dia ambilkan gambar kita. Sabor je lah. |
|
Lyna Croft. Kekeke. |
|
Cik Esah dan Bang Li bergambar berlatar belakangkan Wat Mahathat. Wat Mahathat ni adalah temple Buddha yang dipenuhi dengan storied sculpture. Sayang kan? Musnah macam tu saje. |
|
Trying any poses yang terfikir. Bajet cool katanyer.. Haha. |
|
HAHAHAHA! Adoi. Panas-panas pun jadi. |
|
Nampak tak bricks dia? Halus tak tebal macam bricks zaman sekarang. |
|
Wat Mahathat. |
|
Halus betul hasil tangan orang dulu-dulu. Paling mengagumkan, dah beratus-ratus tahun pun masih berdiri utuh. |
|
Another 'wat' yang aku tak pasti apedia. Scary tengok patung Buddha tu duduk tengah-tengah. |
|
My bonda. Dataran 'wat' ni agak luas. Aku syaz ni tempat dorang sembahyang macam dalam movie tu. |
|
Kiri kanan patung Buddha besar tu, ada patung kecik-kecik yang dah takde kepala. |
|
Papan tanda peringatan. |
|
Naik atas sikit, ada another dataran yang lagi luas dan besar dan lagi terik dekat sini. |
|
Menara temple yang dah patah 3/4 bahagian. |
|
Erk.. Mana pergi kepala dia? |
|
Jumpa spot lawa nak bergambar. Hehe. |
|
Background temple yang dah musnah 3/4 daripadanya. Siapa yang gigih tu boleh lah mendaki dengan tangga yang halus-halus dan berlumut tu. |
|
Kitorang pilih untuk bergambar je. Hehe. Panas gila weh! |
|
Kemain Cik Esah dan Bang Li ye ada personal photographer. Haha. |
|
Eh-eh.. Tengok apa tu? |
|
Ayah aku yang addicted dengan phone. Haha. |
|
Aku merenung masa hadapan, akhir tahun ni nak pergi mana. Hahaha. |
|
Banyak OOTD (outfit of the day) wall. Vivy Yusof kalau datang sini mesti naik sheikh. Haha. |
|
Tucakkkk~ |
|
Minah ni kasik chance bergambar memang tak lepas. Yang photographer dah tak nampak apa sebab peluh jatuh dengan lebatnya mengaburi pandangan mata ini. Haha. |
|
Apa kata ko apply keje dengan Fashion Valet as their model? Haha. |
|
Failed jadik model. Hahaha. |
|
Acah-acah iklan model cellphone. Wakaka. |
|
Layan je mak aku ni. Hahaha. |
|
Tinggi sangat la pulak. |
|
Haaa ni ok sikit. Keke. |
Masa tengah bergambar ala-ala model cellphone ni, tetiba ada mamat sorang ni tegur ayah aku. Rupa-rupanya dorang sama-sama coach taekwon-do masa ayah aku kerja di Kuala Kangsar. Keciknya dunia. Boleh pulak terjumpa di Ayuthaya. Dah lama dorang tak jumpa katanyer.
|
Berpeluh habis baju dia. Kan aku cakap memang panas dekat sini. Janganlah pakai kemeja warna cerah. |
|
Alang-alang tu, mintak dia amekkan gambar kitorang satu family. Hehe. |
|
Makcik tu pun kenalan taekwondo ayah aku. Rupa-rupanya dorang datang jalan satu group taekwondo dekat sini. |
Dah habis mengenang kisah-kisah lama, kitorang pun bergerak balik. Panas gila gila gila. Aku rasa memang banyak giler perkataan panas dalam entry ni. Hahaha. Masa nak balik tu, ternampak orang ramai-ramai ambik gambar pokok. Macam pelik jugak kenapa ramai-ramai amek gambar pokok. Rupa-rupanya.........
|
Kepala Buddha terlekat celah-celah kayu. |
|
Erkk.. Macam scary tapi kami difahamkan tempat ni sacred untuk penganut agama Buddha. |
|
Akar-akar pokok seolah-olah melindungi kepala Buddha ni. |
|
Zoom-in sikit. Aku tak ingat apa nama dia tapi memang figure ni agak terkenal di Ayuthaya. |
|
Aku dan kepala Buddha. Mata sampai tak boleh bukak dah. Terik! |
|
Sebelum balik, sempat lagi. Hahaha. |
|
Rasa nak lempang je diri sendiri bila tengok gambar ni. Hahaha. Kemain ko silang kaki ye hakak sado. |
|
Last pose sebelum balik. |
|
Tengok ada orang bawak payung. Memang panas. |
|
Singgah beli air jus dulu sebelum balik. Sedap tapi manis. |
Sedih jugak tengok ruins yang masih bersisa di Ayuthaya ni. Kota yang dulunya gah, hanya tinggal sisa selepas diserang oleh tentera Burma. Tapi yang kagumnya, bahan binaan yang beratus tahun ni masih utuh walaupun lepas dibakar dan diserang. Difahamkan, kalau berjalan di sekitar kawasan ni, memang akan jumpa sisa-sisa ruins/temple di merata-rata. Punyalah luas dan besarnya kota Ayuthaya ni. Tapi berjalan sejam je dalam ni cukup lah. Panas giler! Peluh mencurah-curah di muka dan ketiak aku. Rimas. Masuk kereta pasang aircond, legaaaa~ Along the way nak keluar dari Ayuthaya, kitorang nampak banyak jugak ruins/sisa-sisa kota lama Ayuthaya di tepi-tepi jalan. Layan video bawah ni:
So set Waze, terus balik ke Bangkok. Esok pagi dah kena pulangkan kereta sebab plan kitorang nak naik public transport je untuk jalan-jalan sekitar Bangkok. Masa bergerak balik Bangkok tu, sempat jugak singgah tepi jalan nak tangkap gambar signage. Hahaha. Jakun betul kitorang ni. 7-eleven tak payah mention la. Wajib tu singgah untuk borong air jeli. Keke.
|
Pose acah-acah tak tengok kamera. Haha. |
|
Bangkok lagi 57km. Layan je ayah aku suruh dia berhenti tepi jalan. |
Sampai di Bangkok masih petang tapi macam biasa, jammed teruk. Disebabkan hari ni last gunapakai kereta sewa ni, kitorang terus shot ke
Pratunam Market sebab dengar cerita barang-barang dia murah dan yang penting, aku nak beli passport cover yang boleh cetak nama kita tu. Dorang cakap dekat Bangkok je ada benda tu. Pratunam Market ni berdekatan dengan Palladium Mall jugak. Memang sakanlah datang bershopping kat sini. Untuk ke Pratunam Market, sekali lagi set Waze je dan kitorang parking dekat dengan shopping mall yang bersebelahan dengan Pratunam Market ni. Tak ingat apa nama shopping mall tu. Bayaran parking pun aku tak ingat tapi takdelah mahal sangat. (Sorry tak dapat membantu. Keke. Tapi tak silap dalam RM5 sekali parking). Dari Mall tu, kitorang lintas jejantas dan bermulalah sesi bershopping tapi masih ingat dunia.
|
Macam ni lah keadaan di Pratunam Market. Gambar ihsan Google Image. |
|
Sedikit bersepah la. Kata nak barang murah kan? Pejam mata sudah. Haha. Gambar ihsan Google Image. |
|
Antara barangan yang dijual di sana. Gambar ihsan Google Image. |
Aku beli passport cover untuk kawan-kawan aku. Satu passport cover tu dalam RM10. Kalau beli 5 ketoi dapat lagi murah. Macam-macam pilihan warna, bag, laptop cover semua ada dan memang rambang mata. Dan kebanyakan kedai bukak dalam jam 6-7pm ke atas. Pratunam Market ni beroperasi 24-jam ok. Lagi meriah kalau datang tengah malam. Disebakan letih so takdelah gambar dekat sini. Semua ihsan Pakcik Google je. Antara barang yang kitorang borang; passport cover, sling bag, baju t-shirt, wallet, backpack (RM20 je. Dah la cute.) dan aku tak ingat dah. Pendek citer, kalau nak shopping mehla sini. Confirm tak nyesal.
|
Haa inilah passport cover yang aku belikan untuk kawan aku di Pratunam Market. Muka tak malu suruh kawan aku send gambar passport cover dia sebab aku terlupa nak snap aritu. Haha. |
Selesai memperabeskan duit seposen dua, kami pun balik semula ke Sukhumvit Road dan malam ni kitorang dinner nasi dan lauk yang dah ditapau di Fada Halal Restaurant tadi. Kenyang perut senang hati mata pun lali. Good night~ Sambung next entry ya!
Sekian.
Notakaki:
Di Ayuthaya ni banyak je lagi tempat sejarah yang boleh dilawati tapi disebabkan kitorang tak minat sangat museum-museum ni cuaca yang sangat panas, spoil mood nak berjalan. Yang penting, makan di Thailand memang best! Dan selain Pratunam Market, boleh pergi ke Chatuchak Market tapi dia bukak masa weekend je. Adik aku cakap dekat Chatuchak lagi giler bershopping. It's ok, next time kita datang Bangkok, kita pegi sana pulak. Keke.
Xoxo,
1st akak baca ingat p setahun ke sana. dari 28/1/2017. hehe
ReplyDeletemenarik boleh masuk dlm list travel ni
Sorry late reply. Sehari je pegi. Hehehe. Yes, patut lawat Ayuthaya . Boleh singgah makan dekat FADA Restaurant.
Delete