Day 05: Hook Van Holland - Volendam, Netherlands. (PART 1)

 Assalamu'alaikum.

05 Jun 2019 (Selasa). 2 Syawal kami di bumi Eropah. Semalam lepas penat mengangkut beg masuk ke dalam cabin bersama kejutan beg dijilat anjing, mental dan fizikal kami bertiga sangat penat. Aku tak sedar yang aku tertidur atas katil mak aku. Bila bangun tu, sedar-sedar dah 7 pagi. Kelam kabut lah nak mandi sebab semalam ingatkan nak jalan-jalan dalam cruise ni tapi dah tertidur la pulak. Mak ayah aku macam biasa dah bangun awal sambil membelek telefon masing-masing dan dorang macam confuse kenapa aku kalut semacam. Haha. Dorang ingatkan lambat lagi nak sampai port di Netherlands. Bila aku cakap cruise kami akan berlabuh tepat jam 8 pagi, kelam kabut memasing kemas barang. Hahaha.

Sebelum aku mandi, mak aku kemas-kemas beg plastik yang penuh dengan makanan. Mak aku memula nak tinggal 6 botol mineral water Evian dalam cabin wehhh. Mineral water tu tak bukak lagi. Aku marah lah, sebab sesuka hati je nak buang. Lepas tu aku sumbat mineral water Evian tu dalam beg galas aku. Gigih bahu sakit sebab taknak buang air dari gunung Switzerland. Hahaha. Tapi mak aku buang benda lain guys. Dia buang semua kebab RM300 kitorang sebab pedas. Aku baru plan nak salai balik dan boleh masak menu lain sebab elok lagi daging kebab tu. Sabar Helda...Sabar.. Itulah hakikat kalau berjalan dengan orang tua. Korang memang kena baaaaanyakkkkk sabar. Hehe.

Aku bawak biskut raya okay ke Europe. Pagi ni kita sarap ni dulu.


STENA LINE CRUISE (HARWICH INTERNATIONAL PORT - HOOK VAN HOLLAND).

Lepas mandi dan dah kemas memana yang patut, kami keluar untuk tengok-tengok keadaan dalam cruise. Serius rugi sebab kami tak keluar semalam tapi memang kami bertiga penat gila. Anyway, macam-macam ada dalam cruise ni. Restoran, entertainment room, games room, cafe, semua lah. Kalaulah adik terchantek aku ikut kitorang naik cruise, confirm aku dengan dia akan lepak-lepak di cafe semalam. Kitorang memang suka borak-borak. Hehe.


Gambar depan bilik dulu.

Interior berkonsepkan kayu. Nampak cozy.

Kemain cik Esah silang kaki di cafe

Kan best kalau semalam lepak-lepak dekat sini sambil mengopi.

Gambar bergegar la pulak.

Dah nampak daratan.Tapi kami maintain bergambar. Hehe.

Cik Esah dan tingkap. Hehe. Banyak pulak gambar bergegar. Masa ni aku simpan phone sebab bateri dah nyawa ikan. Nak guna Google Maps japgi untuk ke penginapan kami di Volendam.


Keadaan di seating area cruise. Kedai baju pun ada. Dah mcam mall.

Stress pulak aku gambar tak sharp. Go-pro ni aku tak pandai pakai sebab adik aku baru beli untuk trip kami ni.

Dahla gambar melengkung. Sabor je la. Living room pun ada dalam cruise.

Tingkap versi kurus pulak. Nampak tak kincir angin di situ?

Jakun kejap bila nampak sebatang kincir angin di situ.

Oh rupanya berbatang-batang. Haha. Netherlands memang terkenal sebagai negara kincir angin.

Jom naik ke deck pulak.

Kuat giler angin dekat luar ni. Tengokla tudung kami. Memang malas nak cara dah.

Baru lepas hujan kot. Macam basah je deck ni.

Dah la sejuk gila tapi relax ja mat saleh lepak kat luar ni.

Dah nak hujan balik. Moh masuk.

Silap tak bawak phone aku. Geram pulak tengok gambar distorted camni.

Okay jom masuk. Sejuk dekat luar ni. 

Stress pulak aku banyak gambar blur. Nah aku lambakkan koleksi video kami atas cruise. Abaikan kami yang jakun di selangi dengan gosip-gosip tingkap. Hehehe.









Bila dah dengar bunyi serombong kapal siap dengan announcement, tu tandanya cruise dah nak berlabuh. Kami balik semula ke cabin untuk ambil beg-beg. Dah lah tak boleh pinjam troli dalam cruise ni. Kena bayar mahai gila dekat €20 tak silap. Lift pulaktak tau pasaipa staff kapal cakap tak boleh pakai. Kami dan penumpang lain kena bawak turun beg-beg guna tangga okay! Menyumpah aku dekat staff cruise tu. Takde empathy langsung. Bila kami sampai bawah, nampak macam manager dia, dia tengok kami struggle, dia tanya kenapa tak pakai lift, kami cakap staff dia tak bagi. Dia geleng kepala je. Dia kata patut boleh ja pakai lift untuk kes macam kami yang banyak beg. Aku syak staff dia racist. Hahaha. Masa dah keluar dari perut cruise, aku ingat nak amek troli tapi kena bayar noks. Dalam €5 per troli. Duit pecah takde, orang yang jaga troli pun takde so berangkutlah kitorang beg-beg ni. Ingat dekat je dari cruise ke balai ketibaan macam dekat Harwich International Port. Sekali bapak jauh! Ambik kau. Mengah nak tolak-tarik beg-beg kami. 

Get ready untuk check-out. Tak payah check-out kat kaunter, terus je keluar dari cruise. Hehe.

Tadaaaaaaa~ Banyak tak beg kami? Hahaha. Bayangkan kami tolak beg ni dari cruise ke bahagian kastam. Ada la dalam 500m jaraknya. Mencuka dah ayah aku. Hahaha.

Sementara orang lain gigih beratur, kita take a break because we deserve it. Hahaha.

Selesai urusan kastam, kena cop passport pulak. Bapak scary tengok pegawai kastam dorang. Dengan bertatu penuh tangan dengan muka masam. Tapi muda belia lagi. Bila sampai giliran kitorang, dia senyum manih terok! Nasib lepas sebab aku tengok orang sebelum kami, macam kena marah. Tu yang aku jadi cuak nak cop passport tadi.

Cop di Hook Van Holland.

Setelah selamat sampai di Hook Van Holland di Netherlands, lokasi pertama kami nak tuju adalah Amsterdam Airport Schiphol atau lebih dikenali dengan nama Schiphol Airport sebab masa aku booked kereta via apps rentalcars.com, aku set untuk ambil di Schipol Airport. Macam aku suggest sebelum ni, better set lokasi ambil kereta di airport. Tak payah pening fikir pasal transportation nak ke sana sebab sah-sah ada public transport. Untuk ke Schipol Airport, dari Hook Van Holland Port, kami kena naik train atau bas dan aku check, ada train direct terus dari Hook Van Holland Port ni ke Schiphol Airport tanpa sebarang transfer. (Transfer ni maksudnya, takde tukar-tukar train). Semua ni aku check menggunakan apps NS Train.

Haaa kena naik train kuning ni yang ada simbol anak panah dua hala tu.Apps NS Train boleh ja download kat apps store.

Sebelum kami ke Europe. aku ada lah Google pasal train station di Hook Van Holland sebab kalau aku travel, aku suka bayangkan perjalanan aku bagi meminimumkan kekalutan semasa travel. Aku ada jumpa notis sesapa yang travel dari tarikh sebelum kami sampai, kena naik shuttle bus yang disediakan sebab train station dorang under renovation. Masa kami sampai, aku assume train station dah habis renovate. Sekali train station yang memang terletak sebelah je balai ketibaan, lengang. Confuse kejap aku. Masa tengah ternganga-nganga tu, aku nampak mat salah sorang, aku tanya dia, dia cakap kena naik shuttle bus dekat situ (dia pointing out arah nak tunggu bas). Apa lagi, kena tarik lagi beg-beg kitorang ke arah bas yang terletak dalam 200m dari kitorang berdiri.

Sebenarnya bas tunggu depan pintu masuk tapi kami ingat itu bas persiaran ke apa.

Babai Stena Line. Hingga ketemu lagi.



Bas ni aku tak pasti berhenti dekat train station mana sebab driver tu cakap dalam bahasa Dutch. Tulisan dekat train station pun seeeeeemuaaaaaa dalam Dutch. Serius aku blur seketika. Sementara mak ayah aku ke toilet (jalan dengan orang tua, biasalah. Hihi.), aku check route yang patut kami ambil menggunakan apps NS Train (sila refer post Persediaan aku ke Eropah Part 2 untuk tau loga apps ni) yang digunakan untuk check laluan train di Netherlands. Dalam apps guna English tapi dekat station memang semua pakai bahasa Dutch. 

Keadaan dalam train yang lengang dan teratur. Bersih gila.

Kalau dekat London merata anjing dan sedikit kotor, di Netherlands jarang la nampak dorang bawak anjing. Dan stesen dekat sini sangat bersih, besar, banyak mesin dan memang nampak teratur.

My babies menanti atok & wan ke toilet. Beg hitam kecik tu yang kena jilat anjing semalam.

Bila mak ayah aku dah settle urusan di toilet, aku tanya pak guard dekat station camne nak ke Schiphol Airport, dia memang baik hati tunjuk dekat mana platform kitorang kena tunggu. Masalahnya, train dorang pun pakai bahasa Dutch. Dah tu camne aku nak tau train yang ke Schiphol Airport? Masa kami sampai di Hook Van Holland port, aku dah check, dari train station yang shuttle bus drop kami untuk ke Schiphol Airport, Amsterdam ada NS Train yang 0 transfer. So aku agak-agak je waktu yang ditunjuk dalam apps NS Train dengan NS Train yang sampai dekat platform yang kitorang tengah tunggu. Dalam apps NS Train tunjuk, train akan sampai jam 10.00 pagi (contoh ye sebab aku dah tak ingat jam berapa train tu sampai. Hehe), tapi ada train sampai jam 9.59 pagi so kitorang naik je train tu; assuming that train tu datang awal seminit.

Jakun tengok train dua tingkat lalu. Hehe.

Giler banyak train dekat sini. Selang seminit dua, train akan sampai.

Tak sabar nak sampai Volendam tapi masih jauh perjalanan kami.

Dalam train memang tak ramai orang. Maybe sebab masih awal dan sebelah seat kami ada sorang mat saleh Belanda. Tetiba dia cakap Melayu wehhhh dengan ayah aku! Fasih namatey! Tapi dia cakap Melayu Indonesia lah. Dia duduk lama di Indonesia dulu. Aku memang ada dengar yang ramai orang Belanda boleh cakap bahasa Melayu Indonesia. Kan dorang jajah Indonesia lama jugak dulu. Dia sembang dengan ayah aku. Apa lagi, aku tanya dia terus lah, betul ke ni train menuju ke Schiphol Airport.. Dia cakap bukan! Waaaaaaaaa..... Tapi dia offer untuk kitorang turun sama dengan dia, nanti dia guide train mana kami kena naik untuk ke Schiphol Airport. Ya Allah lega! Ayah aku siap bagi dia rasa biskut raya lagi. Tapi.....arghhhh get ready la nak angkut beg berketoi-ketoi ni lagi. Waaaaaa..... Beza seminit ja wehhhh dengan train kami patut naik. Mana nak sangka kan train sini memang punctual dan setiap minit memang ada ja train singgah. Itu menunjukkan betapa efisyennya sistem public transportation di Netherlands.

Sampai di station apetah, kami ikut si James (aku tak ingat nama dia so kita gelarkan dia James okay? Hahaha.) turun. Lepas tu dia tunjuk kitorang arah platform yang kitorang kena pergi dan tunggu train di situ. Dia siap cakap dengan staff dekat platform tu untuk tolong guide kami. Kami kan boleh naik train sesuka hati sebab ada one-day unlimited pass untuk penumpang cruise yang ambil pakej 'sail & rail' so senang. Main masuk je ke platform. Sekali train memang dah sampai, lagi seminit je lagi nak berlepas. Apa lagi. Ayah aku main campak ja beg-beg kitorang dan aku yang naik train dulu, main campak jugak beg kami ke tepi. Tak sempat nak susun elok-elok dah. Koc pun tak sempat pilih. Memang duduk dekat bahagian orang letak basikal. Siap sorang biker ni tolang kitorang tolak beg-beg ke tepi. Haish, kelam kabut sungguh. Haaaa shopping lagi tahan tak ingat.

Alhamdulillah sempat naik. Pastu gelak bertiga sebab boleh rasa betapa badutnya kami masa ni. Haha.

Notakaki:


Kalau nak naik cruise, better jangan bawak bagasi besar dan banyak macam kitorang. Keadaan cruise yang tak berapa nak friendly user untuk beg-beg yang banyak. Macam kes kitorang, bagi aku agak rugi sebab tidur sepanjang perjalanan akibat kepenatan angkut beg-beg yang banyak. Naik cruise ni salah satunya sebab nak enjoy facilities dalam tu tapi kalau tak guna, no point jugak. Nasib sempat la jugak tengok keadaan dalam cruise sekali lalu. Bagi aku better naik bas je kalau nak dari London ke Amsterdam. Senang dan tak payah transfer station banyak kali.


AMSTERDAM AIRPORT SCHIPHOL, NETHERLANDS.

Ya Allah, berlikunya perjalanan kami di Netherlands ni. Aku dan mak dah tak berani tengok ayah aku sebab memang kitorang lah puncanya barang banyak gila. Hahahaha. Alhamdulillah kami selamat sampai di Schiphol Airport dengan bantuan James. Thanks James. Bila dah sampai Schiphol Airport, perkara pertama aku kena buat, cari booth Europcar. Boleh refer sini untuk tau detail pasal kereta sewa kami di Amsterdam. Sementara ayah aku jaga troli beg kitorang, aku dan mak nak usya jap mana kaunter Europcar. Takut ayah aku marah kes beg banyak sangat so kita suruh dia rehat tengok-tengokkan beg dulu. Hahaha. 


Tetiba nampak signage 'Iamsterdam' di luar airport so apa lagi. Bergambar dulu. Haha.

Cik Esah risau takut Bangli marah kalau lama sangat. Hahaha.

Kezahhhhh. Aku nak bergambar kejap. Haha.

Depan Schiphol Airport.

Okay dah. Jom masuk dalam.

Sebelum ayah aku amuk, moh masuk balik. Haha. Rupa-rupanya kaunter kereta sewa duduk selonggok dekat tengah-tengah airport. Takut jadi macam Hertz di London ritu (terpaksa upgrade kereta dan spent more than RM500 sebab operator Hertz cakap beg kami banyak so takut tak muat kereta), aku suruh mak jagakan beg-beg kami sementara aku dan ayah uruskan kereta sewa kami. Aku akan sewa dari 5/6/2019 - 8/6/2019 untuk travel sekitar Amsterdam dan Belgium (lawatan sehari). Untuk kereta sewa di Amsterdam, aku ambil basic coverage je untuk insurans kereta sebab full coverage tersangatlah tinggi harganya bagi aku sebab dah nak cecah RM1000 jugak untuk 3 hari. Tapi problemnya, bila ambil basic coverage, deposit yang aku kena bayar agak tinggi iaitu sekitar RM3500. Ikutkan cukup sebab bila berbelanja di London, lepas swipe memang aku terus bayar kad kredit secara online banking. Tapi Hertz London masih tak lepaskan wang deposit masa kami sewa kereta dekat sana. So aku cuba guna kredit kad ayah aku yang adik terchantek aku buatkan sebagai back-up plan. Jumlah yang adik aku set untuk kredit kad ayah, tak tinggi. Dalam RM3000 je. So tak lepas jugak untuk bayar deposit sewa kereta ni. Memori di Jeju Korea semasa nak sewa kereta tetiba menjengah kembali. Aku dah hampir nak panic.

Sebelum aku panic, luckily kakak saleh di kaunter Europcar ter-saaaaaangatlah membantu. Dia suggest, aku ambil full coverage untuk insurance kereta. tapi sehari aku kena bayar €10. Total tiga hari kena bayar €30 bersamaan RM150. Boleh sangatlah kan sebab bagi aku agak murah pakej yang dia tawarkan berbanding booking melalui apps dan aku bayar cash je. Kelebihan ambil full insurance coverage, deposit kereta sewa pun kurang. Aku hanya perlu bayar deposit dalam RM1500 je so lepas lah untuk sewa kereta kan? Giler murah full coverage insurance kalau beli direct di kaunter. Macam biasa lepas tu aku kena serahkan passport, lesen memandu antarabangsa dan kredit kad ayah aku dan settle~ Yang bestnya, dah la dapat full coverage insurance dengan harga RM150, deposit pun rendah, kakak saleh tu siap upgrade kereta kami dari Peugeot 308 ke Hybrid Honda CRV for free wehhhhhh! Kereta baru pulak tu. Milage tak sampai 10km masa aku ambil okay! Yabedabeduuuuuuu~


Dari Peugeot 308, Europcar Schiphol Airport upgrade ke CRV Honda Hybrid for free! Bonet besar, lebih luas dan lebih mantop! Tapi bukan warna merah lah. Ni aku ambil dari Google. Kami dapat kete kelabu gelap.

Settle urusan kereta sewa, aku dan ayah kena naik ke kawasan parking yang terletak di bahagian atas bangunan terminal ni. Tapi aku cakap dekat kakak saleh tu, aku nak ambil mak dengan beg-beg kitorang dulu. So dia guide je mana kami kena pergi sebab akan ada staff Europcar di office tingkat atas untuk serahkan kereta kami nanti. Sebelum ambil kereta dan keluar dari airport ni, aku ajak mak masuk ke supermarket Albert Heijn yang terletak dalam airport ni sebab aku ada terjumpa satu blog ni, dia bagitau dalam supermarket Albert Heijn di airport ada jual barang basah HALAL. Ada ayam, daging,etc yang halal. Aku plan lepas check-in di rumah sewa AirBNB di Volendam nanti, boleh masak-masak. Serius best supermarket dia. Semua ada. First time jumpa supermarket yang jual barang basah, halal pulak tu, dalam airport.


Haa situlah pasaraya Albert Heijn. Airport dorang macam shopping mall. Gambar ihsan Google.

Dekat section barangan halal. Memang dorang asingkan dengan makanan lain.


Beli isi ayam brand Anur. Serius best shopping dekat Albert Heijn ni. Tak sangka mudah dapatkan barangan halal dekat Amsterdam.

Sayur dan mushrom benda wajib beli. Favorite mak aku.

Jom kita gerak ke tingkat atas untuk ambil kereta.

Ah tak sabar nak makan nasi. Settle beli apa-apa yang patut, kami bergerak ke tingkat atas tempat letak kereta. Giler jauh weh! Nasib ada troli dan lift. Urusan ambil kereta mudah. Dorang check kereta sama-sama dengan kami and it's done. Pemanduan kereta di Amsterdam, lain dengan Malaysia. Driver sebelah kiri. Aku rasa nak teriak bila memula pegang stereng. Takutttttttttttttt... Sebab aku nak jimat duit, aku tak ambil additional driver. Tapi aku dah cakap dekat ayah, dia kena drive. Nasib ah kalau kena saman ke tak nanti sebab tak daftar untuk additional driver. Haha. Dahlah kereta ni besaq, dengan ramp dekat airport ngam-ngam kereta ja weh. Aku drive sampai keluar airport je, lepas tu park tepi dan terus suruh ayah aku yang drive. Hahahahaha. 

Settle tukar posisi. Hahaha. Mak aku suruh aku duduk depan sebab dia takut ayah aku sesat. Haha.

Sumpah weh, kitorang in love dengan bumi Netherlands. Suasana dia yang tenang gila sepanjang perjalanan, highway dia yang sangat sistematik, dan paling aku suka dengan sistem terusan sepanjang jalan dorang. Yang cuak bila kereta hybrid ni sikit-sikit bunyi bila ayah aku tak memandu di lane yang betul. Haha. Nah layan video kami sepanjang ke Volendam.

Aku tak sangka akan jatuh cinta dengan Netherlands. Sistem terusan sepanjang jalan memang cantik dan sistematik. Kan best Malaysia ambil knowledge bab-bab terusan ni.





Abaikan apa yang kami bualkan dan gosipkan ye. Haha. Sistem jalan raya dorang pun bagus. Lagi 1-2 kilometer kena belok kanan @ kiri, garisan dekat atas jalan tu lain dengan garisan jalan terus. So boleh lah siap-siap rapat ke lane kanan @ ke kiri kan? Tak ada la terlepas simpang walaupun pertama kali memandu di sini. Serius terbaik! 


Notakaki:

Deposit kereta ni digunakan sebagai cagaran kalau jadi apa-apa pada kereta especially accident yang kos baikpulih melebihi dari jumlah yang insurans tawarkan dan akan dipulangkan kembali lepas kita sewa. So jangan risau cumanya akan kalau la plan nak sewa kalau jadi macam kes kitorang. 2-3 hari Hertz tahan padahal dorang declare kereta sewa kami clear takde masalah.

Sekian.


Xoxo,





























Share:

Day 04: London City - Harwich International Port, Essex, England.

Assalamu'alaikum.

04 Jun 2019 (Selasa). Selamat Hari Raya Aidilfitri semua~ Dari kami bertiga di London. Gitchewww~ Hahahaha. Jangan menyampah okay? Bagi aku tak best pun sambutan raya dekat London. Malaysia lagi best sebab budaya kita yang suka ziarah-menziarahi, pakai baju kurung dan baju Melayu warna-warni, menu yang penuh meja termasuk lah yang jiran bagi, memang terasa kemeriahan beraya di Malezi. Oh, we miss Malaysia. Banyak kali mak aku ulang, tak best raya London. Suasana tu takde. 

Family kakak sulung aku. Masa aku tulis post ni, dah bertambah sorang lagi family member dorang ;Hud Yazmin. Punya lama Mak Ngah peram tulis blog eh. Hehe.

Adik bongsu aku dan isteri. Dorang baru kawen last year. Tahun ni kami bagi chance dia raya ikut bini dulu. Cool tak family kitorang? Hahaha. Tahun ni bermaksud tahun 2019 ye masa kami di London. Bukan tahun aku tulis post ni. Hahahaha.

Tadaaaaaa~ Anak ketiga dalam keluarga a.k.a my soulmate, my best friend, my enemy, my travel mate, kadang-kadang my bank yang on the way ke Amsterdam untuk surprisekan parents kitorang dan terpaksa beraya dalam flight. Masa ni dia dekat Bangkok dan dia sepatutnya sampai dulu penginapan kami di Volendam tapi flight dia dari KLIA cancelled pastu delayed pastu macam-macam jadi. Ya Auloh aku cuak dah bila tak dapat contact dia. Ni nanti aku story.

Disebabkan hari ni kami akan check-out dari Orpington, kami tak plan ke masjid pun untuk solat raya ke apa. Jadual harini sedikit padat sebab kami nak ke bandar London sekali lagi sebab ada barang kakak aku pesan yang kami tak jumpa lagi. Stress sebenarnya bila ambil order orang ni. Kita tak fully enjoy nak berjalan atau nak mencari barang sendiri. Tak salah kakak aku lah sebab aku sendiri yang tak boleh kalau orang dah pesan tapi kita tak cari. Masalah betul. 


Menu kami di pagi raya. Simple je. Ada nasi impit, daging dendeng yang aku beli dengan kawan aku, Faliza. Dan juga serunding yang ayah aku beli dengan kawan dia.

Harini kami akan naik cruise untuk ke negara seterusnya, Netherlands! Woot..woot.. Untuk ke Netherlands, selalunya rakyat Malaysia yang bercuti di sini akan naik bas atas train tapi kami nak naik cruiseeeeeee! Cruise ni kira kapal pelayaran besar yang mewah dan  Google punya Google, aku ambil pakej 'SAIL & RAIL'. Maksudnya pakej naik cruise ni termasuk dengan pakej train dari bandar London ke Harwich International Port DAN dari Hook-Van-Holland (port di Netherlands) ke memana lokasi yang kami nak tuju di Netherlands nanti. Boleh refer full & detail explanation dekat post sini.


Haaa.. Inilah Stena Line Cruise yang aku nak bawak mak ayah aku naik. Gambar ihsan Google.

Port ye bukan Airport. Port tu bermaksud perlabuhan untuk kapal-kapal besar. Okay, macam aku cakap tadi, pakej ni termasuk tiket train dari London ke Harwich International Port kan? Disebabkan kami dekat dengan London, so train station terdekat untuk ke Harwich International Port adalah di Liverpool Street Station. Dan disebabkan beg kami yang beranak pinak dari 4 ketoi ke 9 ketoi, adalah agak menyeksakan kalau naik train dan kena tukar-tukar. Betul tak? So bila aku check apps 'Rome2Rio', pilihan terbaik untuk kami naik train di Liverpool Steet Station yang berlepas pada 745 petang. Train ni memang tak kena transit ke apa. Direct ke Harwich International Port. So kurang lebih kami kena ada di Liverpool Street Station sebelum jam 700 petang. 


Liverpool Street Station. Gambar ihsan Google.

Notakaki:

Jangan confuse dengan apps 'Rome2Rio' dan 'Citymapper'. Kalau berjalan dalam bandar London, aku rujuk apps 'Citymapper' untuk tahu laluan train dan bas. Tapi untuk jalan-jalan luar dari bandar London, aku rujuk apps 'Rome2Rio'. Tapi aku rasa apps Rome2Rio pun boleh digunakan untuk check route dalam bandar. Just make sure korang check betul-betul masa dan method of transportation korang okay? Especially kalau bawak orang tua. Kalau pergi sendiri dengan geng-geng muda, redah je. Tak yah takut-takut sesat ke apa. Hehe.


LONDON CITY.

Plan asal aku kemain hebat. Konon harini sebelum naik train ke Harwich International Port, aku nak bawak parents jalan-jalan bandar London by Hop-on Hop-off bus. Aku check dekat KLOOK, dalam RM150 sorang camtu. Boleh jugak walk-in cuma harga ada lebih sikit. Di sebabkan aku taknak fix kan itinerary aku, aku plan untuk walk-in je kalau jadi naik Hop-on Hop-off bus ni. Tapi disebabkan barang kakak aku banyak tak jumpa lagi dan adik terchantek aku dah bebel kitorang keje shopping je dan tak sight seeing (hahahahahaha!), so plan hari ni, kitorang akan cari London Bridge dulu untuk ambil bukti kami dah sampai London dan sambung shopping. Kekeke. Masa kitorang pergi ni, Big Ben tengah renovate so no point nak bergambar dekat situ. Plus aku tak rasa ini kali terakhir kami ke London so no big deal bagi aku kalau tak sight-seeing sekitar London. Yang penting kami rasa happy so tak kesahlah apa itinerary kami kan? 

Jom kita ke London city lagi. Banyak lagi tak beli. Perfume pun tak jumpa lagi. Adik aku suruh cari kedai Boots untuk beli perfume.

Itulah down-side duduk Orpington. Kena spend 45 minit dalam train untuk ke London city. Itu baru sehala. Kalau pergi-balik, dah sejam lebih buang masa. Takpe, pengalaman semua ni. Mana boleh perfect memanjang kan?

Baju Melayu versi omputih. Hihi.

Tengah plan nak turun dekat mana kalau nak ke London Bridge.

Dari Orpington, kena turun di Waterloo Station dulu. Then dari Waterloo Station, baru naik train dan turun di London Bridge Station. Lepas tu kena jalan kaki sikit untuk ke London Bridge. Suka aku nak ingatkan, ada dua jenis London Bridge katanya. Satu tu memang turun dekat dengan London Bridge. Satu lagi nama dia London Tower Bridge . Dua tempat yang berbeza ye. Kalau nak tengok London's iconic bridge yang warna biru putih tu, turun di London Bridge Station okay?

Waterloo Station. Station ni mcm KL Sentral. Ke lagi besar dari KL Sentral.

London Bridge Station

Wah. Bangunan yang aku tengok dalam buku teks Sejarah! #drama

Bergambar depan London Bridge Station

Keluar je dari London Bridge Station, terus jumpa Tooley Street.


Baju raya aku untuk hari ni. Hehe. Baju baru beli dekat Bicester Village dan seluar baru beli dekat Mark & Spencer Orpington. Hihi.

Wahhhh nampak tak London Bridge tu? Jom jalan sikit je lagi.

London Bridge! Besarnyaaaaaa. Teringat lagu "London Bridge is falling down.. falling down.."

Sebenarnya ada beberapa sisi London Bridge yang lain-lain viewnya. Kitorang takde la explore semua sisi. Ada gambar aku tengok dorang dekat sisi yang ada pagar besi. Kitorang pegi yang pagar batu ni je.


Salah satu wishlist aku sementara aku masih hidup. Bawak mak ayah ke London. Alhamdulillah tercapai.

Cik Esah bergambar berlatar belakangkan London Bridge.

Pernah ke gambar aku proportionate dengan sekeliling? Hahaha.

Haruslah aku suruh snap sekali lagi kan? Hahaha.

Puas la bergambar dekat sini je. Haha.

Kemain cik Esah berposing ye.Haa kalau korang ke sisi pagar batu ni, boleh pose macam cik Esah.

Kasik zoom sikit. Besar kan Tower dia? 

Nanti kita datang lagi, kita pi seberang pulak.


Hahaha. Awat mak aku terpenyek di situ?

Babai London Bridge. Sehingga berjumpa lagi.

Notakaki:

Untuk pengetahuan tambahan, London Bridge ni asalnya jambatan kayu je yang dibina oleh orang Rome di London zaman dulu-dulu. Lepas tu dorang upgrade la guna concrete dan steel untuk bina jambatan ni. London Bridge ni digunakan untuk menyeberangi Sungai Thames dari kota London ke Southwark (tengah-tengah London). Sebab tu kalau tengok gambar, nampak busy kan? Memang jalan utama dari dulu sampai sekarang. Dari ilmu sejarah senibina yang aku belajar 10 tahun lepas, jambatan ni dibina masa zaman Medieval Architecture. Selalu nak tengok Medieval Architecture ni adalah dekat rumah ibadah ke, jambatan ke, townhall ke. Dia ada bucu-bucu tajam sikit dekat bahagian atas. Pastu tengok bumbung dia. Nampak macam ala-ala castle gitu kan? Kalau nak tau negara mana power in military zaman dulu, boleh tengok dari bangunan-bangunan lama dorang. Ni kena buat blog baru kalau nak citer panjang. Hahahaha.

Aku rasa macam tak cukup je dok London 4 hari. Hehe.

Nanti kita datang lagi okay?

London Bridge checked. Jom sambung shopping! Hahaha. Aku check apps 'Citymapper' untuk ke Sport Direct. Mak aku nak ke Sport Direct sebab ada kasut kakak aku tak jumpa lagi. Lepas tu dia nak cari baju untuk cucu-cucu dia. Nak ke Sport Direct kami jalan kaki ke arah Southwark Street sebelum naik bas ke Oxford Circus Station. Sempat lah jugak usya keadaan sekeliling. Maybe interest aku bukan pada city, so aku rasa biasa je kota London ni. 

Dari London Bridge, kami berjalan kaki ke arah Southwark Street sebab aku check ada Sport Direct di Oxford Street. So plan nak naik bas atau tube ke sana. 


Wow overhang balcony dorang tarik pakai tali besi je? Kena tunjuk kat boss nanti ni Hihi..

Dari Southwark Street, kami naik bus dan turun di Waterloo Station balik. Lepas tu kami naik tube dan turun di Oxford Circus Station. Masa nak keluar ke Oxford Street, aku nampak kedai Boots dan adik aku habaq depa ada jual perfume macam Calvin Klein, Issey Miyaki dan banyak lagi. Pergi London sila beli perfume katanya sebab murah yakmat. Sebab dah ada depan mata, so aku plan beli ja siap-siap. 

Cari logo ni kalau korang nak cari perfume di London. Gambar ihsan Google.

Sekali lagi kitorang memborong bagai tiada hari esok. Murah kot wehhh.. Aku beli Calvin Klein 'Eternity Moments' botol besar dekat Langkawi, ada lah dalam RM300++. Dekat Boots ni dalam RM100++ je! Mau kami tak borong. Mak aku pulak pakai perfume macam pakai sunscreen. Berbotol-botol dia sorang je. Untuk kakak, abang ipar, adik-adik dan adik ipar pun aku belikan semua. Ayah aku siap beli spek mata dua lagi kat situ. Haha. Dah la pelayan kedai tu ramah gila dan pandai recommend. Lagi la kami naik sheikh membeli. Dan pelayan kedai ni dah siap-siap tolak tax untuk kami. Senang.


Muka puas hati dah borong perfumes. Haha.

Perfumes done. Moh ke Sport Direct pulak. Tapi masalah kitorang, masa berjalan ke Sport Direct, kitorang terjumpa satu booth jual souvenir London. Mak ayah aku pulak nak beli keychain la apa untuk kawan-kawan dorang. Okay kita singgah dulu! Hahaha.

Scan dulu apa nak dibeli.


Ternganga cik Esah memilih. Hahaha.

Bersama tokey kedai. Dia orang arab mana tah. Islam jugak. Harga barang dia memang okay la. Aku sambar sweater London satu. Hehe. Abahikan perut beredat aku itu. Hakak sado gagal kontrol nafas masa ni. Hahahahaha.

Okay dah. Kita tak cukup masa ni. Jom ke Sport Direct. Jangan singgah-singgah. Sport Direct di Oxford Street ni pada aku tak se-best di Orpington. Pilihan pun tak banyak walaupun kedai dia bertingkat-tingkat. Memang betul lah cakap Waty (host airBNB kami di Orpington) better shopping luar bandar. Masa di Sport Direct, aku tanya pekerja di situ pasal VAT Refund. Sports Direct London ada counter dorang sendiri untuk tax refund di basement. Minah saleh yang jaga situ sangat helpful berbanding minah pinoy hidung penyek dekat Bicester Village. Di sebabkan  kami akan sampai malam di Harwich International Port so dia cadangkan kami cuba refund di Schipol International Airport, Amsterdam. Dia yang bagitau aku, negara terakhir aku boleh refund adalah di Germany, sebelum masuk Switzerland. Info ni aku dah share dekat post sini. Ini bukti orang tau apa kerja dia. Thanks sisthur! 

Tengah pilih kasut kakak aku. Kami beli beberapa barang dekat sini. Penuh satu beg jugak lah. Kan aku cakap tujuan aku ke London nak shopping. Hahaha.

Dah puas memborong, kita balik ke Orpington semula.


Notakaki:

InsyaaAllah next time aku plan nak turun London lagi dan kali ni aku bawak mak ayah aku naik Hop on Hop off bus ni untuk pusing London. Shopping letak tepi sat. #cayelahsangat Hihi. Anyway, baguih gak naik hop-on hop-off ni kalau nak tour sekitar kotar London. Duduk ja dalam bas tu dan tengok la sampai puas. Kalau rasa nak turun, turun. Lepas tu boleh naik balik bas dari operator yang sama. 


ORPINGTON, LONDON.

Dalam jam 300 petang kami dah balik ke Orpington. Sepatutnya kami kena check-out sebelum jam 11 pagi tapi atas budi bicara Waty, dia okay je kami check-out petang sebab takde orang akan check-in hari ni. So penting ye korang tanya host AirBNB korang, boleh ke korang tumpang beg sebelum korang check-out. Jimat duit dari kena angkut beg dan letak dalam locker. Masa sampai di Orpington, kami singgah dekat kedai kebab halal ni. Aku order kebab untuk setiap sorang . MasyaaAllah sumpah aku tak tau kebab dekat London besaq gila! Satu kebab tu boleh makan 3-4 orang. Bayangkan ada 3 ketul kebab aku beli. Hahaha. Pastu aku siap request nak chili sauce. Sekali makan bapak pedas gila! Rupanya aku kena cakap SWEET chili sauce. Haha. Aku plan nanti dah sampai Amsterdam, boleh cuci daging kebab ni dan salai je balik. Sayang kott nak buang, Aku spent dalam RM300 untuk kebab-kebab ni.

Kita singgah kedai kebab dulu. Waty yang bagitau ada kedai kebab halal dekat Orpington.

Sementara kemas-kemas apa yang patut, ayah aku book UBER untuk ke Liverpool Street Station. Aku cakap dekat ayah aku, aku dan mak naik train dengan beg-beg kecik yang aku mampu tarik untuk ke Liverpool Street Station dan ayah aku naik UBER bersama-sama beg kitorang yang besar untuk jimatkan kos sebab, dari Orpington ke Liverpool Street Station mengambil masa dalam 25-45 minit by drive semasa light traffic (maksudnya kalau tak sesak). Kalau naik train dalam 50 minit tapi direct terus masuk Liverpool Street Station so takdelah teruk nak angkat beg. Masalah ayah aku, dia taknak dengar pendapat orang. Yang keluar duitnya aku dan sebolehnya untuk benda yang kita boleh cut cost, kita usaha cut sebab masih ada 3-4 negara lagi kami nak jelajah. Mak aku pun sependapat dengan aku sebab charge UBER di London memang mahal gila. Tapi sebab ayah aku insist jugak nak kami bertiga naik UBER, aku dan mak ikutkan je tapi muka dah macam taik lah. Hahahahaha! UBER pulak banyak yang reject request kitorang sebab masa pick-up yang kitorang pilih tu, jalan di bandar London akan jadi sesak gila dan kami request untuk SUV sebab ada 3 orang dewasa dan beg yang banyak. Kalau tadi aku dah keluar naik train, at least aku dah sampai Liverpool Street Station dan sementara mak jaga beg-beg kami dekat sana, aku boleh patah balik untuk ambil beg-beg besar yang ada dengan ayah. Serius berdebar masa ni sebab jam dah menunjukkan ke angka 530 petang tapi takde UBER nak ambil kitorang. Lepas sejam jugak menunggu, Alhamdulillah lekat jugak satu UBER ni dan kereta SUV.

Dalam UBER memang aku dah terkulai layu kepenatan otak dan fizikal sementara ayah aku dok menyembang dengan driver UBER yang rupanya orang Islam jugak cuma dia tak raya lagi sebab dia orang Pakistan. Dia ikut masjid Morocco kot yang raya esok. . Aku redho je berapa pun charge UBER ni nanti sebab knowing my dad, dia jenis kalut dan pakai main tekan je tak tengok harga. Jalan ke Liverpool Street Station tersangat sesak dengan keadaan hujan. Aku rasa macam nak nanges sebab berkejar dengan masa. Alhamdulillah kami sampai sekitar jam 700pm (ada lagi 45 minit) dan total UBER aku kena bayar sekitar RM400++. Aku ingat dalam RM200++ je sebab itu jumlah ayah aku cakap masa dia booked UBER. Kena game dengan ayah sendiri tapi hidup diteruskan, yang penting kami sempat naik train untuk ke Harwich International Port.

Notakaki:

Rupanya kena download apps UBER siap-siap dari Malaysia sebab registration dia agak strict. Nasib ayah aku ada download apps tu sebab aku memang tak plan or terfikir nak naik teksi. Selalunya dorang memang dah set jumlah tambang siap-siap sebelum kita agree nak guna khidmat UBER. Sebab tu aku cakap kena game dengan ayah sendiri. Hahaha. It's okay, yang penting sempat sampai tepat pada waktunya.


LIVERPOOL STREET STATION, LONDON.

UBER drop kami dekat tepi jalan je dan kami kena menapak sikit ke Liverpool Street Station dalam keadaan hujan renyai sebab dia tak boleh nak park depan pintu masuk sebab ada construction di jalankan. #rollingeyes Masa tengah plan macam mana nak rentas jalan dengan 9 ketoi beg ni, ada sorang mat saleh yang agak smart pakaiannya tegur ayah aku. Dia tanya 'Malaysian'? Terkejut gak sebab orang selalu ingat kitorang Indonesian. Dia cakap dia pernah duduk Malaysia dekat 9 tahun tak silap aku. Dia suka makanan kita especially satay dan nasi lemak. Dia kata dia dengar accent kami cakap Melayu, dia tau itu slang orang Malaysia. Lepas hai-hai, bye-bye, aku dan ayah gigih angkat segala beg kami merentas jalan dan hujan. Masa tengok ayah struggle angkat 2 ketul beg besar kami, terus hilang rasa marah dekat dia. Mungkin ayah aku takut nak naik UBER sorang-sorang di bumi asing ni. Aku pulak buat style anak muda yang berani redah. Sorry ayahku..Sob..sob..

Dekat bahagian belakang station. Aku ingat-ingat lupa kawasan dia sebab masa UBER sampai sini, aku baru bangun tidur. Mamai. lagi. Tapi lebih kurang gini la keadaan bangunan dia. Gambar ihsan Google.

Serius aku menyumpah dekat diri sendiri bila kena angkat beg banyak gila ni. Hahaha. Memang patut kami turun London last sekali. Senang. Nak apply tax refund pun senang. Benda dah jadi Helda, teruskan je. Haha. Liverpool Street Station ni agak besar bagi aku cuma tak sebesar Waterloo Station. Rupanya kalau nak naik train ke luar bandar dari London, kena naik dekat sini. Benda pertama aku buat, check platform mana kitorang kena tuju. Untuk pertama kali travel di sini, semua benda jadi keliru. Actually dekat tengah-tengah station, ada gigantic information screen. Aku cari nombor train yang kitorang patut naik, tapi takde. Tapi aku nampak dekat papan tu ada tulis to Harwich International Port so aku agak-agak je itu platform kami kena tuju. 

Haaaa kena tengok train information dekat papan elektronik yang besaq tu la.

Bila masuk ja station ni, semua dok pakat tengok papan elektronik tu. Memula aku pelik jugak. Lepas tu baru tau kena check information untuk train kita nak naik dekat situ.

Liverpool Street Station ni antara top 3 train station tersibuk di London selain dari Waterloo dan Victoria Station.

Benda kedua kami buat, angkut beg-beg turun ke bawah dengan menggunakan lift. Giler weh struggle aku dan ayah angkut beg-beg ni. Lepas tu aku cari Information Counter sebab serius aku confuse mana nak dapatkan tiket train sebab aku kan beli pakej cruise sekali dengan pakej train. Pakcik dekat I-counter tu mintak kertas A4 yang aku dah print sebagai bukti pakej cruise aku beli tu. Dia kata haa betul lah ni. Tak perlukan apa-apa tiket. Nanti tunjuk je kertas ni dekat orang yang jaga platform. Tapi platform mana kami kena tuju, tak tau lagi sebab dia kata few minutes sebelum train berlepas, baru dia keluarkan announcement. Erkkk... Few minutes sebelum berlepas? Barang kitorang banyak kot. Lepas dah dapatkan tempat duduk untuk mak ayah aku, aku ke bahagian train station intercity sebab aku nak redeem duit yang berbaki dalam Oyster Card kami. Nampak tak aku sibuk? Hahaha. Alhamdulillah dekat situ ada mesin untuk redeem Oyster Card. Mokcik kayo! 

Aku tak expect nak jumpa metro station ni. Aku just berharap ada la peluang aku untuk redeem duit dalam Oyster Card ni.

Tadaaaa..Make sure cari mesin yang tulis refund dan ikut je arahan yang mesin tu bagi. Serius mudah. Kalau tak tau jugak, cari je pegawai station yang pakai jaket oren tu. Nanti dia ajar cara untuk refund Oyster Card korang. Aku siap redeem harga kad. Banyak tu. Dekat RM90 untuk tiga kad.

Lepas tu aku beli juice favorite aku di Booster; King William Chocolate yang terletak sebelah mesin tu je. Hehe. Lega hati urusan dah selesai. Cuma aku risaukan platform mana kitorang kena naik. Aku taknak lah nanti kelam kabut berlari sebab pakcik tu cakap beberapa minit sebelum berlepas baru tau train ke Harwich International Port park dekat platform mana sebab Liverpool Street Station ni besar jugak. Jadi, aku tanya sekali lagi dekat Information Counter. Mesti dorang cakap budak ni lagi. Hahaha. Kali ni kakak saleh yang entertain aku. Dia kata selalunya train ke Harwich International Port park dekat platform sekian-sekian. So kalau kitorang memang duduk dekat situ, should be okay and dia cakap train memang depart sharp 745pm. Lepas aku tanya tu, terus gigantic electronic screen dekat tengah-tengah station ni tunjuk platform apa untuk train kitorang. Ayah dan mak aku memang duduk dekat depan platform tu je. Bila aku tanya abang yang jaga pintu masuk platform, dia cakap dah boleh masuk. Train dah ada. Apa lagi, terus panggil mak ayah aku. Punya lah aku kalut, padahal train tu memang betul-betul sebelah pintu masuk platform. Aku ingatkan macam dekat KTM Station di Malaysia yang kena menapak untuk naik train. Patutlah dorang relax je. Tapi relax-relax dorang tunggu pun, bila dah sampai train yang dorang tunggu tu, dorang berlari okay ke platform. Itu yang buat aku cuak. Rupanya free seat. So dorang berlari sebab nak rebut tempat duduk. Cait. Buat hakak sado cuak je. 


Notakaki:

Untuk info, kena naik Greater Anglia train untuk  ke Harwich International Port. Selain naik di Liverpool Street Station, boleh jugak naik Greater Anglia train  di Ipswich, Colchester, Norwich dan Cambridge. Boleh rujuk link ni untuk tempah pakej Sail & Rail with Stena Line Cruise di sini sebab aku tau korang malas nak refer dekat post persediaan ke Eropah (Part 2) kan? Haha.


Beg-beg dan segala plastik makanan. Jenuh nak mengangkut. Mula lah ayah aku bebel sebab beli beg tarik baru sampai 3 ketoi. Hahaha.


Sekali lagi, aku memang tidur je sepanjang perjalanan ke Harwich International Airport. Sebelum aku tertidur tu, sempat la dengar ayah aku yang super ramah tegur minah saleh yang baru balik keje. Aku ada dengar orang cakap omputih ni takdelah ramah sangat especially dengan Asian sebab dorang kan bangsa penjajah. Risau aku bila ayah aku tegur minah tu buat sombong. Tapi dia pun sama ramah macam ayah aku. Dia kata dia kerja di London city. Rumah dia dekat mana tah tapi sejam perjalanan naik train ni dari rumah dia ke London City. Kagum aku dengan orang yang travel by public transport untuk ke tempat kerja. Maybe aku tak suka duduk bandar dan bila kerja pun dapat dekat Brunei. Brunei merupakan negara terbaik untuk aku mencari rezeki. Drive dari rumah ke office pun less than 10 minutes. Traffic tak teruk. Kalau lunch break, siap boleh balik solat dekat rumah. Syukur.

Kami yang kepenatan. Abaikan lengan sado aku itu. Masak kicap sedap tu. Hahaha. 

Seat besar tapi macam berdebu sikit. KTM aku rasa bersih sikit. Dan tak syoknya orang belakang ayah aku tu bawak anjing and siap letak atas kerusi. Serius aku rasa dorang ni pengotor. Tapi negara orang kan. Kita diam je la.

                                            

Dah nampak port. Rupanya Harwich International Port merupakan station terakhir train ni berhenti.

Perjalanan dari jam 745 petang dan sampai pada jam 930 malam. Yes sejam lebih dari London ke Harwich International Port ni. Train berhenti betul-betul sebelah Harwich International Port. Aku punyalah risau macam mana nak angkut beg bagai. Sekali bila sampai, lenggang kangkung turun train, ambil troli beg, dan berjalan ke arah lift untuk ke kaunter perlepasan. Urusan di sini sebijik macam dekat airport. Ada semakan imigresen dan kastam. Dan semua staff kat sini tersangatlah peramah dan tersenyum manis. Lepas lalu mesin imbasan kastam, kami kena gerak ke kaunter tiket. Dekat situ tunjuk je e-ticket yang aku print atas A4 yang hampir nak koyak itu, tunjuk passport, dorang cop passport gelak-gelak, siap! Lepas tu dorang bagi tiket cruise dan nombor cabin kami, sekali dengan one day pass untuk naik public transportation masa kami sampai di Hook Van Holland nanti. Sebijik macam kat airport. Cumanya beg kena angkut sendiri la. Takde masuk kargo. Hehe.


Balai menunggu. Lengang. Maybe kami antara batch yang awal.

Ada sorang jaga dekat pintu masuk dewan perlepasan.

Kaunter tempahan tiket. Aku dah print tiket kitorang so tak payah dah ke kaunter ni. Terus je masuk Departure.

Haaa terus je masuk Depatures tu tapi mak ayah aku pi toilet sat.


Kastam dah. Imigresen dah. Jom kita naik shuttle bas pulak.


Aiseh kena menunggu la pulak. 

Menunggu shuttle bus tiba sebelum kejadian ngeri berlaku.


Masa tengah beratur nak tunggu shuttle bus, tetiba ada minah saleh ni jalan ke arah kitorang dengan anjing dia yang agak besar dan tanpa memakai mouth cover. Haishhhhh. Ni yang aku lemah berjalan dekat Europe ni. Ayah aku relax je berdiri kat sebelah anjing tu. Aku haruslah dah lari ke tepi. Koser aku kucing ke anjing ke, aku tetap tak suka. Nasib ada ruang kat tepi tu. Masa aku dok tengok phone sambil berharap janganlah anjing tu mai kat aku, tetiba mak aku menjerit kecil and rupa-rupanya anjing minah tu dah jilat satu daripada beg kami! Pastu minah tu boleh selamber cakap 'Don't be afraid'. Hotak dia afraid. Kalau bukan anjing pun, kalau tetiba aku jilat beg kau, confirm kau jijiks jugak kan? Sebab takde punca nak jilat beg orang. Satu group mat saleh & Indian depan kitorang tengok je tapi dorang pun buat muka tak suka dengan minah dan anjingnya. It's about hygenic. Bukan sebab benci anjing ke apa sebab kucing pun aku tak suka. Aku tanya kawan Chinese aku yang bela anjing, dia pun marah bila dengar story aku sebab dia kata sepatutnya kena pakai mouth cover di tempat public especially bila nak naik public transportation. Dia pun tak suka memana anjing jilat beg dia secara tetiba. Lainlah kalau itu anjing dia sendiri. So bukan kitorang yang bermasalah. Serius aku bad mood gila masa ni. Nasib beg tu ada dua tangkai, so ayah aku pegang tangkai satu lagi. Tengah stress-stress tu, bas pun sampai dan minah tu nampak kot muka taik aku, dia tarik anjing dia dekat dengan dia. Orang nak bela anjing, hang pon nak bela tapi hang tak reti jaga. Haaa kan dah mengutuk. Hahaha.

View dalam bas. Cuba tenangkan hati.

Masa dalam shuttle bus, dengan sempit padat, dia sumbat anjing dia yang dok terjelir lidah. Obviously satu bus buat muka. Bukan kami je. Tapi sebab aku dah plan dengan ayah, kami buat-buat depan dah penuh, so dia masuk dari pintu tengah. Hahaha. Masa dah sampai atas cruise, anjing dia turun dulu. Lega. Tolonglah pakai mouth cover kalau nak travel. Ni bukan isu orang Islam ke apa. Ni isu manner & hygenic kottt. Stress aku. Kalau tengok tiktok, berapa banyak video anjing bulldog gigit anjing lain. Ganas kot anjing ni. Tak payah la nak denial sangat konon anjing ni mesra wudhu ke apa. #donebebel Masa turun dari shuttle bus, ada helper mamat Pinoy tolong kitorang angkut beg masuk ke dalam cruise. dia la yang pegang tangkai beg yang kena jilat tadi. Terus jadi kering. Hahaha. 

Mencari kabin kami. Tak sabar nak rehat. Penat gila!

Sembang apa tu cik Esah?

Aku ambil cabin yang katil double decker. Memula nak ambil bilik asing dengan parents aku tapi ayah aku overprotective. Dia tak bagi dok asing. Dia risau satgi matsaleh mabuk mana masuk bilik aku. Hahaha.

Nampak tak barang dan beg kitorang? Sumbat je. 

Last-last takde sape tidur dekat katil atas sebab aku tetido dekat katil mak aku. So ayah dan mak aku tidur satu katil dan muat je dorang cakap. Katil bawah tu besar.



Lega rasa bila dah masuk dalam designated cabin kitorang. Penat tol harini. Paling penat masa mengangkut beg-beg di Liverpool Street Station dan nak naik turun train. Tak tau nak marah sape sebab penat angkat beg. Hahaha. Ayah aku memang bebel kat aku lah sebab beli banyak sangat barang. Tapi bila sampai Malaysia, dia jugak sebut-sebut nyesal tak beli itu ini. Haha. Anyway, serius best cabin ni. Katil besar dan empuk. Paling best ada bilik mandi lengkap dengan toilet berak (wc) dan aku leh tarik shower pipe untuk kegunaan bila nak berak. Hihi. Nak tengok macam mana bentuk sebenar cabin ni? Nah aku kongsi gambar dari website Stena Line. Masa sampai tu dah penat gila. Koser nak ambil gambar cabin. Hehe. Dia ada banyak jenis cabin ikut kesesuaian ahli rombongan.

Aku ambil 4-berth outside cabin. Maksudnya untuk 4 orang dewasa dan ada view tengok luar.

Bilik agak sempit tapi boleh lah untuk kami bertiga. Bukan nak berlari pun dalam ni kan?

Pintu masuk, sebelah kanan tu en-suite bathroom.Tekanan air pun laju. Best mandi.

TV pun ada. Memang kalau ada rezeki aku akan bawak lagi parents naik cruise ni. Tapi taknak dah usung beg bebanyak. Penat. Haha.


Baru aku perasan kitorang tak makan berat pun arini melainkan kebab yang super pedas tu. Nasib ada maggi cup dan cerek dalam bilik so kitorang makan tu dulu untuk malam ni. Lepas makan dan solat, tepat jam 11 malam, cruise kami slowly bergerak menuju ke destinasi. Amsterdam! Mu tunggu I datang okay?

Kita jumpa next post di mana adik terchantek aku pun ada sekali. Aku akan cerita pasal surprise plan kitorang dekat next post. Anyway, jangan salah faham luahan hati aku dalam ni yang bengang dengan ayah sendiri. Bagi aku itu normal bila kita travel berkumpulan. Ada part kita bengang dengan decision si A dan ada part si A bengang dengan decision kita. Aku lebih prefer bengang dengan family sendiri dari orang luar sebab kebengangan dengan family memang tak lama berbanding dengan orang luar. Apa yang aku luahkan ni hanyalah pengalaman dan perasaan yang aku lalui masa tu. Kalau ayah aku ada blog, mungkin dia pon boleh luahkan apa dia rasa masa tu., kenapa dia insist ikut cakap dia. Hahahaha!


Notakaki:

Masa memula sampai London, kan kami memborong di Tesco. Masa tu memang mak aku la borong tak ingat. Dalam family, memang dia sorang je suka makan buah dan aku dah nampak dia borong buah gila-gila. Aku tanya dia, habis ke? Dia cakap insyaaAllah habis. Sekali memang tak habis. Buah anggur siap ada yang tak bukak dari bekas. Last-last, bagi dekat Waty.  Jangan jadi macam cik Esah yang rambang mata ye. Dekat Europe memang merata ada buah segar gebu gebas. Anytime boleh beli.

Xoxo,




























Share: