Day 04 (Part 1): Seong-eup Folk Village.

Assalamu'alaikum.

11 | 05 | 2018 Jumaat. Semalam adik aku mesej host AirBNB kami di Seong-eup Folk Village untuk tanya macam mana nak ke sana dengan menaiki bas. Kami agak susah hati sebab bila baca review sebelum tempah penginapan di Seong-eup, kebanyakannya cakap takde bus stop yang berdekatan dan kena jalan kaki ke dalam. So kalau takde kereta memang tak boleh ke mana. Mana nak sangka tetiba tak boleh sewa kereta kan. Tapi syukur sangat sebab host AirBNB di Seong-eup cakap, dia akan datang ambil kitorang di Seogwipo. Disebalik ribut, ada jugak mentari. Gitchew~ Yang penting kami kena check-out dari accommodation di Andeok-myeon dan selamat check-in dekat Seong-eup pun dah besar rahmat. Macam mana kami nak bergerak lepas tu, belakang kira. Aku memang tak berharap sangat dah sebab accommodation di Seong-eup memang jauh dari jalan utama.

Seong-eup Folk Village. Gambar ihsan Google Image.

Host di Seong-eup, Mr. Kiryung janji dia akan ambil kami dalam jam 11am so sebelum check out dari Andeok-myeon ni, kami nak pi breakfast dulu di Yellow Cafe yang terletak di Jungmun Resort. Dekat je dengan Andeok-myeon. Macam biasa, pagi-pagi jalan kaki ke bus stop Daepyeong-ri, naik bas dan turun di station berdekatan Cheonjeyeon Waterfall. Dari situ, kami berjalan kaki berpandukan pada peta di MAPS.ME yang aku dah download. Dekat je. Cantik area Jungmun ni. Tenang je. Macam-macam ada dekat Jungmun ni, antaranya Teddy Bear Museum, KPOP Museum(kot), Ripley's Believe it or Not dan macam-macam lah. Tapi kami hanya berminat nak breakfast di Yellow Cafe. Hihi.

Inilah jalan yang kami selalu lewati kalau nak ke bus stop.

Haaa itulah apartment yang kitorang menginap.

Abah aku sekali lagi request untuk ambilkan gambar dia dekat sini.

Kasik zoom out sikit. 

Salah satu homestay di sini. Nampak comel je.

Mak aku dan bunga favorite dia.

Ayah aku pun nak jugak gambar dekat sini.

Bunga ros dipanggil 'changmin' dia Korea.
Mak aku suruh snap gambar bunga ni. So layan je.

Comellll.

Gambar wajib pencinta bunga. Selfie dengan roses sekeping. Hehe.

Jeju Hallabong. Hampir setiap rumah di Jeju ada oren Hallabong katanyer.
Aku dan ibunda tercinta.

Hahaha. Kalau boleh, satu tempat tu semua akan bergambar jugak. Tempat yang sama.

Bas dah sedia menanti. Best pagi-pagi jalan ke station bas.

Bas yang masih kosong. Kejap lagi confirm aku kena bangun. Haha.
Bercanda di dalam bas.

Kami turun di Cheonjeyeon Station sebab lebih dekat untuk berjalan ke Jungmun Resort.

Melewati jambatan di Cheonjeyeon Waterfall. Cheonjeyeon Waterfall ni memang dekat jalan besar.

Haaa kat situ lah kitorang bergambar ritu. Betul-betul tepi jalan utama je.
Dari atas nampak gelap je airnya. Tapi dekat bawah air dia warna turquoise. Pelik.

Aku tak pasti kenapa ayah aku nak bergambar dekat sini. Haha.

Pi oversea ni kemain ambil gambar dekat tepi jalan. Hehe.

Jalan raya yang agak luas. Takde rezeki kami nak drive di Jeju.

Dah masuk area Jungmun Resort. Cantik tempat ni.
Sekeping tak cukup. Kena 2-3 keping tangkap gambar baru puas hati.

Ayah aku kepenatan berjalan. Hehe.

Acah-acah lintas jalan. Haaa bus stop dekat belakang tu lah yang memula kitorang jejak bila sampai Jeju. 
Best jalan-jalan sepoi bahasa di Jeju ni terutamanya musim bunga/luruh sebab tak berapa panas dan tak sejuk melampau. Anyway, Yellow Cafe ni bukak jam 9am so kitorang bergambar dulu dekat kawasan sekitar.

Comelnya teddy bear!

Di hadapan Teddy Bear Museum.

Kitorang tak masuk pun. Ada bayaran dikenakan & tak berminat nak masuk. Hehe.
Cantikkan aku ambil gambar dia? Haha. #pujidirisendiri

Dengan sengetnya. Dengan signage ada yang kena cropnya. Redho~ 

Papa bear, mommy bear, son bear & bear. Hahaha.

Tak silap aku, first time tau kewujudan teddy bear macam ni bila tengok drama korea Oh My Girl lakonan Lee Da Hee dgn Lee Dong Wook tak silap aku.

Welcome to Yellow Cafe~ Betul-betul tepi jalan dan berhadapan dengan KPOP apetah.
Ok tadi tak ready. Sekali lagi.

Syukur jumpa Yellow Cafe ni. Nak jugak rasa sedap ke tak.

Jom masuk? Cafe dah buka.
Bagi peminat KPOP leh la ke bangunan belakang mak aku tu. Besar giler. Banyak pulak tu bas. Betul-betul depan Yellow Cafe je.

Memang takde orang pun lagi. Kitorang first customer.

Staff dia boleh lah cakap English sikit-sikit.
Lepas order dia bagi menatang bunyi-bunyi ni. So tunggu dia bunyi, baru pi ambil makanan yang kita dah order.

Resit. Kurang lebih RM100++ jugak breakfast kami hari ni. Haha. Sekali sekala. 

Interior pun kuning je. Dah nama  dia pun Yellow Cafe kan.

Comel je tempat makan pun. Tapi rasa macam sempits.
Menanti hidangan tiba.

Agaknya memang ramai visit cafe ni sebab memang banyak seats dia.

Haaa situ macam luas sikit. Jom tukar tempat. Suasana cafe yang agak tenang mungkin sebab takde orang lagi.

Sementara menunggu hidangan datang, aku usha-usha cafe ni.

Dorang ada jugak jual souvenir.
Tadaaaaa~  Untuk set 1, toast dengan aiskrim pisang dekat atas tu dan krim pisang yang sumpah sedap giler. Ada jugak banana uyu, iced mocha latte dan minuman panas untuk ayah aku.

Set 2, ada bagel, sapu dengan krim pisang yang sumpah sedap gila tu, tiramitsu dan iced americano takdak gula langsung. tawaq habiaq tapi aku boleh la telan.

Sebelum telan, moh kiter gambar dulu before makan. Hihi.

Kitorang ambil 2 set menu breakfast. Just nak rasa sedap tara mana.

Anak ayah. Haha.
Jom makan! Sedap gila! Bagi aku memang boleh pejam mata la RM100++ tu. Hehe.

Apa lah yang adik aku bualkan.

Banana uyu(milk) yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia kalau datang ke Korea.

Dia ada macam-macam flavor uyu tu. Tapi yang paling famous flavor banana lah.

Dan aku rasa overrated banana uyu ni. Biasa je rasanya. Susu campur pisang. Tapi okay lah.

Dah selesai makan. Jom!

Cafe ni luas. So sebelum keluar kami pusing dulu dalam cafe.

Banana uyu ni yang fake punya. Tapi geram tengok.

Kan best kalau fridge rumah penuh banana uyu ni. Hihi.

Pahit nak mampos kopi tu. Takde gula langsung. 

Eh dia pun nak jugak. Haha.

Puas hati lah jugak breakfast di sini. Memang wishlist aku nak makan di Yellow Cafe bila tengok dekat Instagram, ramai rakyat Malaysia yang datang Jeju, singgah di sini. Semua menu (kecuali kopi) berunsurkan pisang. Sedap! Terutama sekali krim yang dimakan dengan roti tu. Aku suka giler tahap boleh ratah krim tu. Untuk balik ke Daepyrong-ri, kami kena jalan kaki ke main road dan tunggu bas di situ. Confirm aku akan rindu tempat ni. Aku memang suka area Jungmun dan Andeok-myeon.

Singgah bergambar lagi dekat dengan Ripley's Believe it or Not.

Tengoklah aku ambilkan gambar dia. Cukup komposisi.

Dia ambil gambar aku? Waaaaa... Dengan nampak tiang lampu nya lagi. Sabor je lah.

Sepanjang berjalan ke bus stop memang banyak kali kami berhenti bergambar. Lagipun memang dah set masa siap-siap bila bas akan sampai.

Cantik lah bunga ni. Padahal macam tumbuhan liar yang ada dekat tepi jalan je sebenarnya.

Lalu McD. Betul-betul tepi jalan besar.

Lalu kawasan ni je mesti dapat wifi.

Bergambar lagi. Haha.

Dah sampai Andeok-myeon pun bergambar lagi. Haha.
Peta area Jungmun.

Dan lagi.

Mak aku memang suka bunga-bunga ni.
Bergambar buat terakhir kali di batu tanda kawasan Andeok-myeon.

Nak jugekkkk.

Sampai je di accommodation, relaks-relaks kejap sebelum adik aku dapat text yang Mr Kiryung dah sampai. Memang tepat 11am dia sampai. Haha. Loaded barang dalam bonet dan chulbal~ Mr. Kiryung ni carpenter sebenarnya tapi dia ada buat keje-keje Interior Design. Baik dan ramah orangnya. Yang bestnya, dia bawak kami masuk ke jalan yang bas dan tourist jarang masuk dan siap explain lagi tempat-tempat yang kami lalu. Memang terbaik lah!

Mr Kiryung ada bagitau pasal pulau tu tapi tak ingat dah namanya. Yang aku ingat, penggemar aktiviti memancing memang suka ke pulau tu.

Memang so far, batu-batu tepi pantai yang kami jumpa memang berwarna hitam.
Acah-acah merenung ke hadapan.

Siapakah disebalik photographer untuk gambar ini?

Aku lah. Sape lagi. Hahaha.

Mr. Kiryung offer untuk ambilkan gambar kami 1 family. 
Dah bergambar sekeping dua, bergerak lagi. Kali ni memang snap gambar dalam kereta je.

Subhanallah. Cantiknyaaa.

Sepanjang jalan nampak view camni. Itulah Seongsan Ilchubong.

Batu-batu hitam dan laut sepanjang jalan.

Kan best kalau kitorang dapat sewa kereta. Confirm hari-hari akan lalu jalan yang view dia camni.

Memang cantik Jeju ni.
Lepas tu, Mr Kiryung stop lagi dekat satu tempat. Dia bagi masa dalam 10 minit untuk kami jenguk-jenguk kawasan tu. Aku tengok memang ramai pelancong. Pelik jugak kawasan apa ni? Sekali tengok rupa-rupanya kitorang di Saeyeon Bridge yang merupakan attraction terbaru di Jeju. Sebelum ke Jeju memang aku masukkan bridge ni dalam list sebab dia terletak di kawasan harbour dan boleh jugak nak slow-slow jalan enjoy view situ. Tapi dah takde kereta kan, so skip lah ke sini. Nasib menyewa di rumah Mr Kiryung, sampai jugak kami di sini. Hehe.

Bergambar di hadapan bangunan Seogwipo Excursion Ship.
Travel-mates aku. Muah ciked~

Dalam bangunan tu ada jual souvenir.

Memang kawasan perlabuhan.

Seoyeon Bridge. Kitorang tak ke seberang pun sebab tak sempat. Ada 10 minit je.

Agak terik dekat sini.
Kasik cukup syarat je ada gambar dekat sini.

Syukur ada jugak nak bawak mai sini.

Dah jom balik. Panas.

Jumpa dinding batu hitam ni, stop bergambar lagi. Hehe.

Bermula lah sesi bergambar berturut-turut. Haha.

Cantik kan background batu hitam ni? Memang banyak batu-batu cenggini dekat Jeju.

OOTD di Jeju.

Dekat Seoyeon Bridge ni, kami jumpa lagi sekali couple dari Malaysia yang kami memula jumpa di Cheonjeyeon Waterfall. Dorang tengah beli air. Hahaha. Dorang dah nak balik dah hari ni. Kitorang pulak ada 4 hari lagi untuk explore Jeju. Perjalanan diteruskan. Memang cantik sangat view sepanjang jalan. Mr Kiryung bawak kami lalu jalan kampung katanya.

Ada orang memancing lah.

Dekat situ pun ada orang suka pi mancing katanyer.


Subhannallah. Langit.

Macam wave breaker. Mr. Kiryung ni excited tunjuk so kitorang turun la bergambar lagi walaupun tak berapa tau signifikasi tempat ni. Hahaha.

Bongkah batu sebagai penghadang ombak kot.

Cuaca memang cantik. Biru je.

Tapi terik gila!

Okay, last one. Quick stop je ni.

Dalam 45 minit jugak untuk sampai di Seong-eup Folk Village. Masa lalu di pekan, Mr. Kiryung siap tunjuk bus stop yang kami kena naik/turun dan masa dah nak sampai rumah dia, dia siap stop dekat satu bus stop ni dan tunjuk dekat aku bas yang aku kena naik kalau nak ke airport. Syukur ya Allah, bus stop dekat sangat dengan rumah Mr Kiryung ni. God bless you Mr Kiryung!

Mr. Kiryung tengah explain dekat aku bas yang kitorang boleh naik kalau nak ke bandar.

Dia cakap untuk balik nanti, nak ke airport boleh naik bas 121-122. Syukur ada direct bas ke airport.

Okay better snap timetable siap-siap so idok ler nak menunggu lama di bus stop nanti.
현관
wood gate
Jom masuk rumah dulu. Mr. Kiryung nak brief kitorang apa-apa yang patut.

Lepas tu dia kasik code untuk masuk rumah dan dia tulis alamat rumah dia ni dalam bahasa Korea so senang kalau kitorang sesat, kitorang tunjuk ke kertas ni dekat driver bas atau teksi.

Rumah Mr. Kiryung ni cute sangat. Memang rumah traditional Jeju tapi agak luas dan selesa untuk kami berempat. Lepas Mr Kiryung balik, kitorang start tour rumah. Jakun sekejap sebab memang rare rumah ni. Terbayang orang dulu-dulu macam mana la survive dalam rumah macam ni. Mr Kiryung cakap ni rumah moyang-onyang dia. Dia dah renovate sikit dan baik pulih untuk suit dengan keselasaan zaman sekarang. Dia cakap dulu-dulu, rumah ni sampai 20 orang boleh duduk. Punyalah dhaif orang dulu-dulu.

성읍 민속마을 ë‚´ 숙소
Jeju-do folk village
Perkampungan di Seongsan-eup Folk Village. Gambar ihsan AirBNB.
숙소
Casa Choga
Rumah dari luar. Comel je.
외부 화장실ê³¼ 바베큐 장소 
out toilet
Backyard yang macam front yard. Haha. Ada toilet jugak dekat luar.

Dining dan living area.
Disitulah tempat aku bertarung hari-hari. Semua perabot dalam ni, Mr Kiryung yang buat sendiri.
Toilet berak yang separate dengan toilet mandi.
욕실
bathroom
Bathroom yang besar dan bersih dan water pressure yang kuat. Disebalik pintu kayu tu ada mesin basuh.
욕실
bathroom
Besar kan? Bathroom ni tambahan baru katanyer.
주ë°©
kitchen
Dapur. Aku suka layout dia sebab sampai masak, boleh tengok jalan.
큰ë°©
korean style room
Bilik tidur aku dan adik. Ada futon disediakan. Yang peliknya banyak betul semut dalam bilik ni.
침대ë°©
bedroom
Bilik mak ayah aku. Nampak je keras kejung camtu tapi selesa katanya. Nyenyak mak ayah aku tidur.

실내í™”장실 Inside restroom
Jamban. Dah lah takdak pipe air. Terlepas pandang disitu.
세탁실
laundry room
Haaa inilah mesin basuh yang disebalik pintu kayu dalam bathroom.

Lepas dah tawaf rumah comel molek ni, aku terus berperang di dapur untuk lunch kami. Menu kami simple je. Tomyam sotong menggunakan sotong dan sayur-sayuran yang di beli semasa di Dongmun Market, kimchi sotong yang kami beli di Seogwipo Olle Market, daging dendeng yang dah dipanaskan dan goreng ikan bilis. Syukur.

Lunch kami. Simple tapi kenyang. Nak kena beli telur nanti.

Dah kenyang tu, aku dan adik study macam mana kalau kitorang nak ke Sangumburi Craters. Ada apa dekat sana? Next entry aku akan ceritakan. Alhamdulillah ada bas direct dari bus stop dekat rumah kitorang ni ke Sangumburi Craters. So, cepat-cepat bersiap dan sidai baju yang kami dah basuh semasa di rumah Andeok-myeon tu, dan keluar rumah. Pantas tak? Haha. Tapi ada masalah sikit dengan sistem pintu rumah. Canggih sangat. Tetiba je dia berbunyi. Try tutup pintu banyak kali, macam tak jalan. Adik aku text Mr Kiryung, dia suruh tutup je nanti mati sendiri loceng tu.

번호키 직ì ‘ìž…ë ¥ 입실
Digital door lock
Tetiba bila tutup pintu, lock tu berbunyi. Terkejut kitorang.

Cuaca tengah panas elok so sidai dulu baju dekat luar ni. InsyaaAllah selamat.

Jom..jom..Bas lagi 10 minit nak sampai.

Tapi bergambar lah dulu. Haha.

Inilah rumah yang bakal menjadi tempat penginapan kami untuk 4hari 3 malam lagi.

Sementara nak boleh keluar tu, macam-macam gaya ada.

Ok, satu keping dekat pintu masuk.

Abah aku pun nak. Hehe.
Aku rasa happy sebab lega ada bus stop dekat je dengan rumah ni tapi untuk naik bas Sangumburi Craters, aku check Google Maps, kitorang kena jalan jauh sikit untuk ke bus stop tu. It's okay. Boleh usha-usha perkampungan ni terus. Ada kedai 24-7 jugak dekat dengan rumah ni tapi kecil je lah kedainya. Yang besar pun ada tapi jauh sikit. Overall kami memang lega ada peluang untuk berjalan lagi. Cuma teringat rumah dekat Andeok-myeon tu. Kawasan situ memang perfect. Oklah, usah dikenang kenangan lalu, kita sambung next entry okay? 

Sekian.

Notakaki:

Masa lalu di pekan tadi, aku perasan ada supermarket dan kedai roti. Nanti kena singgah situ dulu. Lagipun esok birthday ayah aku. Macam nak beli kek untuk dia.  


Xoxo,


Share:

2 comments:

  1. hi, boleh saya dapatkan no tel ahjussi tu tak? utk rumah airbnb dia tu

    ReplyDelete
  2. Hi. Kitorang tak simpan la pulak nombor dia. Tapi dekat artikel Persediaan ke Jeju ada saya bagi detail pasal accom tu. Cuba check.

    ReplyDelete