Day 03 (Part 2): Jeju City.

Assalamu'alaikum.

10 | 05 | 2018 Khamis. Selepas 30 minit menunggu, akhirnya dapat keluar dari Halla-san. Lega. Next, aku nak bawak family aku makan Hotpot di Jeju City. Apa tu Hotpot? Google lah sendirik. Hahaha. Anyway, orang cakap tak sah datang Jeju tapi tak makan Hotpot Seafood. Berpandukan pada list yang kawan aku, Kak Jemz bagi, aku pilih restoran Daewonga. Detail seperti berikut:
  • Address: 62-1 Donam-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea
  • Opening hours: Wed – Mon, 9am – 9.30pm, closed on Tuesdays
  • Contact No: +82 64-753-3030
  • Status: Muslim-friendly, seafood available

Dari Eorimok Entrance, kami naik bas 240 untuk ke Jeju City. Dalam sejam lebih jugak lah untuk sampai Jeju City. Kalau drive mungkin dalam 30-45 minit. Sepatutnya kami turun di Dongseong Village Bus Stop tapi kami dah terlajak sebab aku tak nampak signage bus stop tu. So kami turun di station terakhir di Jeju Bus Station Terminal. Dari situ kami cari bas yang akan ke Donam-dong.  Bus stop yang terdekat di restoran Daewonga adalah Hankook Hospital. Tapi sebelum sampai Hankook Hospital, aku dah turun dekat bus stop mana tah. Haha. Tak tau kenapa tetiba macam hilang arah.

Ye makcik. Saya salah turun bus stop. Pening betul lah.

Anak makcik yang hilang.

Lepas mencari kedai tu tak jumpa, alih-alih kami tahan teksi, tunjuk address (kena ada address dalam Korea tau tapi aku tak ingat mana aku letak list tu) dan mintak abam teksi bawakkan kami ke situ. Tambang tak silap dalam KRW3,000 je sebab memang tak jauh pun dari tempat kami tahan teksi.

Haaa inilah kedai Deawonga tu.

Alhamdulillah, lega sampai. Macam mana aku tau itu kedainya? Sebab dekat list kak Jemz bagi tu, memang ada gambar kedainya. So, pada yang berminat nak datang makan ke Daewonga ni, ingat gambar kedai ni okay? Semestinya kami order hotpot set tapi untuk 2 orang makan je dan harga dalam KRW30,000. Memula orang kedai macam pelik kami order untuk 2 orang je? Padahal kami berempat. Ayah dan aku macam body builder dah. Cukup ke nak makan hot pot tu? Tapi sekali sampai, masyaaAllah banyak gila! Sides dishes memang banyak penuh meja dan set hotpot untuk 2 orang tu pun memang banyak!

Pilih jangan tak pilih. Kami tunjuk-tunjuk je menu tu dan aku paham la jugak sikit-sikit apa budak waiter tu cakap dan budak waiter tu pun paham la jugak sikit-sikit apa kami order.

Kekuatan aku. Hahaha. Kitorang ni memang travel buddy terbaik lah. Haha. Kalau aku gelabah, adik aku akan cool. Kalau dia gelabah, aku akan cool. Tapi gaduh tetap gaduh beb. Hahaha.

Parents aku yang tak cerewet sebab tu aku suka berjalan dengan parents walaupun kekadang tu hangat membara jugak. Hahaha.
Side dishes je penuh meja. Side dishes ni free tau.

TADAAAAAAA~ Hotpot yang menjadi idaman kalbu. Penuh!!! Biar betoi KRW30,000 je?! Bersamaan RM120.

Nampak tak shining abalone,octopus dan udang tu?

Adik waiter tadi akan tolong potong-potongkan abalone, octopus, ketam dan segala yang ada dalam hotpot ni.

Mintak adik waiter ambilkan gambar kami sekeluarga.

Memang kami rasa jakun tengok hotpot ni. Octopus tu bergerak-gerak dalam tu. Haha.

Dah boleh makan ke tu? Ibu aku bertanya. Hehe.

Dah! Jom Makan!

Kotak dekat belakang tu ramen. So aku mintak satu bungkus. Dorang bagi dan cakap ianya percuma. Wow!

Gaul jangan tak gaul.

Selain tu aku order abalone porridge untuk mak aku. Tapi mak aku cakap tak sedap.



Syukur dapat jugak aku makan seafood hotpot di Jeju. Berpeluh-peluh kau tapi memang puas hati. Sedap dan banyak dan murah. Dengan side dishes free penuh meja. Toilet pun bersih siap ada paip air dan actually boleh solat dekat sini. Recommend sangat korang makan dekat sini. Lepas bayar KRW30,000 (harga hotpot je), kami tahan teksi lagi sebab kami nak ke Yongduam Rock yang terletak di utara Jeju City. Dalam 15 minit jugak nak ke sana.

Babai~ Kenyang perut senang hati. Actually restaurant ni rupanya sangat famous di kalangan celebrities Korea. So kalau bernasib baik, boleh lah jumpa dorang. Hehe. 

Sebenarnya aku tengok gambar si Kinah, pengasas Jeju Muslim Travel di Instagram. Dia cakap tempat wajib pergi kalau ke Jeju dan bila tengok gambar dia, memang cantik. Batu hitam dengan air laut yang membiru. Tapi sekali sampai, macam takde apa. Dah la tambang teksi mahal jugak sebab takde bus stop terdekat dekat sini. So terpaksa pergi dan balik dengan teksi. So apa Yongduam Rock ni? Yongduam Rock ni terhasil dari tiupan angin dan ombak yang super kuat beribu tahun dahulu. Sebenarnya banyak lah kisah dongeng berkaitan Yongduam Rock ni. Antaranya dikhabarkan dulu ada seekor naga ni dah mencuri jade dari Mount Halla. Lepas tu dia kena panah dengan dewa bukit dan terjatuh dalam laut Yongduam. Dan banyak lagi lah.

Air laut sama macam di Jusangjeolli Cliff.

Kena turun bawah untuk kawasan batu batu hitam.

Bayangkan kitorang turun dari atas ke bawah. Gigih kan?
Nampak tak orang ramai-ramai dekat hujung tu? Situlah tempat Haeneo (penyelam wanita) akan jual hasil tangkapan dorang.

Boleh lah kalau nak try makan gamat laut mentah-mentah.
Angin agak kuat jugak dekat sini.

Batu-batu hitam tu lah kononnya dikaitkan dengan naga.

Agak terik dekat sini.

Tak nampak pulak kepala naga yang dikatakan identiti Yongduam Rock.
Pandai pulak ayah aku posing. Haha.
Kami turun ke bawah lagi. Yang dekat dengan air laut. Tak ramai turun ke sini.

Apabila hero beraksi.

Kasik zoom sikit.

Seram jugak nak turun sampai bawah ni.

Abah dan anak abah.

Bergambar di batu-batu hitam ni pulak. Tajam tau!

Sakit bontot aku. Sebab tu gambar macam tak ready. Haha.

Ambil gambar dia je lah. Lagipun dia pakai sport shoes. Senang nak menapak dekat batu-batu yang licin ni.
Jom kita jalan depan sikit. Macam ramai orang dekat sini.

Patung Haraboji ada di mana-mana saja sekitar Jeju ni.
Tak besar pun Yongduam Rock ni. Macam RNR je.
Jeju ni memang dah cantik so bagi aku untuk spend duit teksi semata-mata nak ke Yongduam Rock, agak tak berbaloi.

Layan je lah bergambar. Sampai dah pun kan?

Ramai yang bergambar dekat sini tapi kitorang dah takde mood nak ke dataran belakang tu.

Ikan duyung ni mesti salah satu kisah dongeng yang terdapat di sini.

Manih je ikan duyung ni senyum. Haha.

Terpaksa censored sebab tak sesuai untuk tontonan umum.

Bagi aku untuk kami yang takde kereta ni, tak berbaloi datang sini. Buat penat je sebab takde apa pun. Banyak lagi tempat menarik dekat Jeju dan lebih berbaloi untuk pergi. Lain lah kalau sewa kereta mungkin lah boleh ke sini. Itu pon aku rasa susah dapat parking sebab macam sempit je jalannya. Kami tahan teksi dan terus ke Dongmun Market! Sebenarnya masa memula sampai Jeju, aku memang plan nak ke Dongmun Market lepas ambil kereta sebab orang cakap barang basah sini murah dan ada aiskrim best dekat sini. Tapi dah ditakdirkan tak dapat sewa kereta, hari ketiga kami di Jeju baru dapat jejakkan kaki di sini dan SERIUS barang basah sini sangat murah. Tiga kali ganda murah dari barang-barang di Seogwipo Olle Market dan peniaga sini lebih telus sebab dorang letak tanda harga berbanding peniaga di Seogwipo Olle Market yang tak letak tanda harga. Kepah yang kami beli semalam pun, dekat Dongmun Market ni, dalam KRW5,000 je. Dekat Dongmun ni kami banyak beli souvenir makanan je sebab esok kami dah nak check-out dari Seogwipo dan akan ke Seongsan-eup.

Dongmun Market di Jeju City.

Ada banyak bahagian sebenarnya. Pastikan tak sesat.

Jom masuk! Dongmun Market di Jeju City ni lebih besar dan lebih banyak pilihan.

Barang basah, barang kering, semua ada.

Ya Auloh geramnya tengok. Rasa macam nak beli je. Kan best kalau dapat sewa kereta.

Murah pulak tu dari barang di Seogwipo Olle Market.

Selesai membeli apa-apa yang patut di sini, termasuk coklat Jeju yang murah, kami ke Jungang Shopping Mall yang terletak di bahagian bawah tanah Dongmun Market. Katanyer banyak barang murah bawah ni. Tapi sekali tengok, takdelah murah mana pun.

Jungang Shopping Mall.

Macam-mana ada dekat bawah ni.

Memang nampak touristnya kan? Haha.

Mahal jugak barang bawah ni. 

Mencari wifi sebab kami nak balik ke Seogwipo. Bateri phone pulak nyawa-nyawa ikan.
Naik atas balik sebab tak dapat wifi bila turun bawah.

Menghala ke bus stop.

Lepak dekat dataran ni kejap sebab tak tau nak naik bas dekat bus stop mana satu. Dengan barang-barang penuh beg dan tangan.

Kami tau nombor bas yang kami kena naik tapi Google Maps tak tunjuk dekat bus stop mana kami kena tunggu. So adik aku pi cari nombor bas dekat setiap bus stop yang ada dekat Dongmun Market ni.

Dah jumpa. Kami kena tunggu dekat bus stop seberang jalan.

Memang serabut sikit bus stop ni. Banyak bas akan berhenti dekat sini.

Mak aku pun dah penat.

Sebelum kedatangan segerombolan makcik-makcik, sempatlah duduk kejap.

Bas di Jeju City ni macam berterabur sikit. Tak macam dekat Seogwipo yang agak teratur dan senang nak faham. End-up kami salah naik bas dan sesat ke arah Timur Utara Jeju. Sepatutnya kena mengarah ke Selatan. Bila dah sedar,tersalah naik bas, turun je dekat memana bus stop dan bila check papan tanda di bus stop tu, ada bas yang akan ke Jeju International Airport.

Entah mana hala kami sampai. Dah lah takde wifi nak check. Dekat Seogwipo lagi luas wifi dia.

Sebelum turun bas tadi (kan ada wifi dalam bas) kami sempat check nombor bas yang kami kena naik untuk ke Seogwipo.

Semalam smooth sangat perjalanan. Hari ni asyik sesat je.

Tapi area ni macam best jugak. Macam dekat Jepun.

Rasa macam dah betul dah masa naik bas di depan Dongmun Market. Tak faham jugak macam mana leh sesat.

Dah la barang shopping banyak ni.
Dari Dongmun Market, kami dah sampai ke Handeok Beach.
Masa dapat wifi dalam bas tadi, aku dan adik sempat check cara nak ke Seogwipo dari current location. Dan Google Maps ada cadangkan naik bas ke Jeju International Airport. Dan dari situ boleh naik bas 600 untuk ke Seogwipo. Macam masa kami memula sampai tu. Tapi kali ni kami dah tau macam mana untuk turun dan naik bas untuk masuk ke Andeok-myeon. Di sebabkan makin nak gelap, agak lama jugak kami tunggu bas di sini. Adalah dalam 20-30minit. Alhamdulillah bas sampai, touch T-Money dan kami bergerak ke Jeju International Airport.

Dah gelap dah bila sampai Jeju International Airport.
Dari Jeju International Airport, lepas adik aku topup T-Money, kami naik bas 600 yang kena bayar sorang KRW5,500 tu dan turun di Jungmung Entrance Resort. Dari Jungmun Entrance Resort, kami seberang jalan untuk ke bus stop dan naik bas ke Daepyeong-ri station dan malam ni kemas-kemas barang sebab esok pagi, host kami di Seongsan-eup nak datang ambil. Baik kan? Sambung next entry ok?

Sekian.

Notakaki:

Aku rasa harini paling tak best melainkan makan hotpot tu. Haha. Sebab rasa macam banyak masa terbuang. Dua tempat aku rasa tak berbaloi pergi kalau naik bas. Halla-san dan Yongduam Rock sebab takde apa-apa yang menarik. Cuma Halla-san tu mungkin ok kalau kami boleh daki sampai ke kawasan kawah/crater. Yongduam Rock pulak, kalau sejenis suka touch & go boleh lah ke sini. Kalau nak lepak sambil menghayati keindahan Jeju, aku rasa better lah ke tempat lain. Semalam Allah bagi semua benda smooth, harini Allah uji asyik sesat je. Takpe esok ada lagi. :)


Xoxo,

Share:

0 comments:

Post a Comment