Day 04: Kyoto - Takayama, Japan.

Assalamu'alaikum.

04|12|2016 Ahad. Hari ni merupakan hari terakhir kitorang di Kyoto sebab kitorang nak bermalam di Takayama pulak. Reason kenapa kitorang tak bermalam di Osaka adalah sebab Kyoto terletak di tengah-tengah antara Osaka dan Takayama so logiknya, Kyoto dekat sikit dengan Takayama la kan? Ada apa ekk kat Takayama? Kenapa tak pegi je Nara atau Hiroshiyama? Kitorang pilih untuk ke Takayama sebab dua benda. Satu, nak tengok Shirakawa-Go (Go tu means kampung) yang merupakan perkampungan unik di Gifu Prefecture dan tersenarai dalam World Heritage UNESCO dan nak main salji di Shin-Hotaka! Woot woot!

So bangun pagi macam biasa, mandi makan dan masukkan barang-barang dalam beg masing-masing sebab hari ni dah nak check-out. Rumah pun kena kemas balik sebab ini bukan hotel. Mak dan ayah aku cakap, macam mana orang bagi rumah tu kat kita, macam itu lah kita kena pulangkan balik. Hahh gittuh~ Lagipun host AirBNB boleh tinggalkan review dekat si penyewa andai kata rumah yang disewa tu, ditinggalkan dalam keadaan messy, kotor etc. Semalam kan kitorang dah sampai malam. So tak sempat nak kayuh basikal sekitar Kyoto. Pagi ni pun tak sempat dah. Mau kena jerkah dengan ayah aku nanti kalau dah nak check-out tapi terhegeh-hegeh nak mengayuh basikal. Sayang kan? Aku dan adik aku rasa ralat sikit lah. Dah lah accommodation di Kyoto ni mahal jugak. Kitorang booked sebab basikal tu lah. Tapi barang yang lepas usah dikenang. Ayuh! Plan seterusnya, lepas check-out, sebelum ke Takayama, kitorang nak jalan-jalan ke Arashiyama Bamboo Grove dulu. Naseblah host untuk accomodation di Kyoto bagi simpan beg-beg kitorang dalam office dia. Boleh pengsan kowt kalau nak berjalan, kena bawak beg-beg ni. Dalam 9.45am baru kitorang bergerak keluar.

Breakfast kitorang pagi ni. Nasi Lemak campur Nasi Goreng Ayam Brahims, Sambal Bilis, Daging Dendeng, Telur Rebus, Serunding dan Nasi Impit. Sumbat semua masuk perut. Haha.

Bergambar kenangan di hadapan accommodation di Kyoto. Ready to check-out!
Untuk ke Arashiyama Bamboo Grove ni, dari Kyoto Station, boleh naik JR San-In Line dan turun di Saga-Arashiyama Station. Di Arashiyama Bamboo Grove ni, ada macam-macam aktiviti kita boleh buat. Antaranya naik Sagano Scenic Train dari Torokko Saga Station ke Torokko Kameoka Station dan sepanjang laluan ni, korang akan disajikan dengan view yang sangat mabeles (marvelous ye)~ View paling cantik semestinya masa peak Autumn. Selain tu ada jugak Hozugawa River Cruise, sightseeing sepanjang Hozugawa River yang melibatkan boat yang nipis je hokey. Hah! Unik & rare experience gituh! Dan banyak lagi lah korang leh buat kat sini.

Hozugawa River Cruise. Awesome kan? kan? Gambar ihsan Internet.

Sabajap..Sabajap.. Aku memang nak naik sampan ni. Gambar ihsan Internet. 
So, sampai je di Saga-Arashiyama (disebabkan kitorang check-out around 945am tadi, dengan nak uruskan beg di office host lagi, sampai sini dah jam 1145am), terus kitorang tuju ke kaunter tiket Torokko Saga (yang terletak sebelah Saga-Arashiyama Station) untuk beli tiket Sagano Scenic Train dulu sebelum menerokai Arashiyama Bamboo Grove. Gittuh bakunya bahasa Melayu aku. Keke. Anyway, Sagano Scenic Train ni ada jadual & quota dia. Kalau terlambat untuk satu sesi, korang melepaslah untuk dapat tempak duduk dalam train ni. Macam kitorang, seat untuk slot 1.15pm dah habis so terpaksa beli tiket yang kena berdiri sebab kitorang tak leh tunggu untuk next slot. Kena kejar masa sebab tak nak sampai Takayama lewat sangat. Lepas dah beli tiket Sagano Scenic Train yang berharga ¥620 seorang, menapak lah kitorang ke Arashiyama Bamboo Grove.

Di Saga Arashiyama Station. Ingatkan sejuk pagi ni, tapi cuaca suam-suam gittuh.

Bergambar depan Torokko Station. Betul-betul sebelah JR Saga-Arashiyama Station.

Monumen keretapi lama. Sementara tunggu adik tercantik aku beli tiket, parent aku dan adam lepak kat sini.

Kaunter tiket untuk Scenic Train. Harga tiket untuk tempat duduk dan tiket untuk berdiri tetap sama. Cis~

Staff sini boleh speaking English sikit-sikit. Bayar jangan tak bayar ye.

Buah berangan yang dijual di luar station. Favorite mak aku nih.

Sedap giler Latte kat sini. Tiap-tiap hari aku beli. Mudah didapati sebab merata-rata vending machine kat Jepun ni.

Selesai beli tiket untuk scenic train, kitorang menapak ke Arashiyama Bamboo Groove. Dalam perjalanan ke sana, spotted kedai buah-buahan segar bugar. Apa lagi. Serbu!

Manis!

Jauh jugak sebenarnya dari Saga-Arashiyama Station nak ke Arashiyama Bamboo Grove. Rasa macam semput nafas nak berjalan sebab nak kejar masa untuk scenic train pada 115pm ni.

Tapi sempat jugak posing kejap. Haha. Letih kottt kalau jalan je kan. Hehe.

Abah aku didepan rumah traditional Jepun. Bersih giler! 

Apalah yang dicarik mak dan adik terhensem aku tu. Kawasan sini agak lengang tapi bila jalan kedepan, mak aihhhhh~ Raminya orang.

Simple je rumah Jepun kan? Tak over nak design tapi still nampak awesome.

Kawasan sekitar menuju ke Arashiyama Bamboo Grove. Bersih kan?

Selipar Jepun versi ala-ala terompah. Menuju ke arah Bamboo Grove.

Tadaaa~ Eh tapi ini bukan main spot for Bamboo Grove yang awesome tu. Kena jalan depan lagi.

Jalan depan lagi pon, cenggini je rupa bamboonya. Kitorang dah cuak. Mana dia tempat yang bamboo cantik tu?
Sepatutnya akan jumpa macam gambar kat atas ni. Tapi takde ponnnnnnnn! Gambar ihsan Internet.

Aku sangatttttt ralat (sampai ke saat aku tulis blog pasal tempat ni) sebab kitorang tak sampai ke Bamboo Grove yang dikatakan orang tu. Bila aku check Google Maps balik, sebenarnya kena jalan ke dalam lagi. Tapi sebab ayah aku dah bising-bising, mak aku pulak asyik tanya bila nak sampai, rimas! So kitorang decide patah balik keluar ke main road. Sedih sangat.
Kawasan Arashiyama ni sangat besar dan kita boleh rent basikal untuk explore tempat ni. Tak lupa jugak, kalau datang ke sini, korang wajib jenguk Togetsukyo Bridge sebab jambatan ni merupakan antara jambatan yang agak famous di Jepun. Dulu-dulu jambatan ni merupakan penghubung utama untuk aktiviti commerce penduduk di sini. Kiranya kalau takde jambatan ni, tak makan la penduduk-penduduk kat sini. Selain tu, bila jambatan ni bergabung denga view sekitar, gambar terus akan jadi sangat awesome. Picturesque gittuh~

Togetsukyo Bridge. Lawa kan? Kena spend berjam jugak untuk explore tempat ni. Memang kitorang tak sempat nak ke sini. Rugi rugi. Gambar ihsan Internet.
Bamboo Grove pun tak sampai. Ada hati nak ke Togetsukyo Bridge ni? Hahahaha. Beranganlah kau Helda. Tak pe..tak pe.. Aku memang berazam akan datang ke Kyoto lagi. Datang sorang pun tak pe sebab Jepun agak selamat untuk solo traveler. Jom bergegas ke Torokko Saga Station. Kalau terlepas scenic train tu memang meraunglah. Dahla tiket sudah dibeli.

Still control. Fuhhhh~ Sabar. InsyaaAllah ada rezeki aku nak datang Kyoto lagi, dan cari sampai jumpa Arashiyama Bamboo Grove tu. Yang kitorang jumpa tu hanya picisan bamboo.

Masa patah balik tu, terjumpa kawasan ni. Lawa! So kitorang benti kejap untuk bergambar kenangan.

Cantik tak? Hahaha.Tapi serius memang lawa kawasan ni. Arghhhh.. my bamboo grove! Sob sob..

Put aside the bad feelings of not finding the bamboo grove. Moh kiter gambor lagik. Adam baru lepas kena jerkah sebab dia sebok nak main phone. Sian dia. Dahla mak ayah tak ikut trip ke Jepun ni. 

Adam kesayangan atok dan wan. Senyumlah sikit wan tu pon. Emosi pasaipa taktau. Haha.
Untuk tenangkan hati yang tengh bergelora, meh beli aiskrim dulu. Sejukkan hati tu. Hehe.

Adam yang baru lepas menanges kena tengking dengan Wan. Hahaha. Dia merengek nak telefon tapi Wan dia badmood. Kena lah sedebik. Haha.

Cepat.. Takde masa dah ni. Lagi 15minit scenic train nak berlepas. Memang barai kaki berjalan di Jepun ni.

Tapi ternampak satu kawasan rumah yang awesome ni, So berhenti lagi untuk bergambar acah-acah hari raya gittuh~

Fuhhhh~ Sempat kejar scenic train ni. Kitorang dapat 2 je tiket untuk tempat duduk. 4 tiket lagi kena berdiri. Dahla harga sama. Sabor je lah.

Tengok ada seat kosong so kitorang duduk kejap. Rupa-rupanya ada penumpang akan naik di station depan sikit.

Berdiri je lah sepanjang laluan tu. Lawa mabeles awesome giler view sepanjang Hozugawa River. Daun masih berwarna kuning dan merah dan hijau dan pink dan... Sumpah cantik!

Sangat-sangat cantik awek yang pakai tudung biru tu kan? Hahahahaha! Tourist memang ramai giler. Berhimpit jugak lah dalam train ni.

Late Autumn. Kalau tengah peak Autumn tu, mesti lagi lawa kan? Serius takleh bayang.

Boleh turun di station ni tapi tak tau la taman ni boleh masuk ke tak sebab tengok takde orang pon turun kat sini tapi train memang stop kejap.

Nampak tak boat tu? Itulah Hozugawa River Cruise. Serius nampak menarik. Aku discuss dengan adik terhensem aku. Kitorang nak naik! Tak kirak!
Nah aku lanjer video sekeping. So amacam? Berbaloi tak nak spend ¥620/adult & ¥310/child untuk trip sehala? Hehe.

Dah sampai di Torokko Kameoka Station iaitu station yang terakhir. Sebenarnya korang boleh beli return ticket. Means boleh patah balik ke Torokko Station. Tapi kitorang decide naik train JR di Umahori Station je. Dalam 5 minit walk.
Masa dah sampai di Torokko Kameoka Station, aku dan adik lelaki aku nak try naik Hozugawa River Cruise dan sorang dalam ¥4100. Yes, a bit pricey tapi rare kottt. Bukan selalu dapat buat. Macam menarik giler ko menyelusuri sungai yang deras, tapi kiri kanan kau kemahen lawa view dia. Walaupun dah late Autumn tapi pokok-pokok still berwarna warni. Tapi mak dan ayah aku macam tak bagi sebab dorang tak sabar sangat sangat nak bergerak ke Takayama kot. Risau benor train ke sana dah takde. Adik tercantik aku suruh je naik dan buat bodoh je. Tapi aku ni sejenis mudah tak sedap hati kalau bantah cakap mak ayah. Honestly, serius tak faham kenapa mesti nak rushing tapi aku assume pemikiran orang tua-tua ni lain sikit dengan kita yang muda. Lagipon semalam memang kitorang berjalan seharian di Osaka. Maybe mak ayah aku masih letih. Tapi menggigil jugaklah diri ini menahan amarah sebab tak dapat naik Hozugawa River Cruise tu. Hahaha. Tapi what to do kan? Itulah antara asam garam kalau berjalan dengan parent ni. Ujian kesabaran memang tahap lain sikit. Hahaha. Demi chenta terhadap parent yang terchenta, aku dan adik lelaki aku pasrah je. Aku cakap kat dia, 'takpe nanti kita datang lain kali.' Perghh... macam orang kaya je kan nak datang Jepun banyak-banyak kali. Hahaha.


Terpaksa bergambar di tengah-tengah bendang bagi merawat kedukaan dihati ini. Sob sob sob..

Adik terhensem aku pon cuba memujuk hati sendiri. Kesian dekat dia. Dahlah susah nak cuti. Bila cuti, banyak restriction pulak. Sabar ye dik.

Besar-besar kan sayur dia? Kat sini agak sejuk berbanding di Saga Arashiyama.
Jalan je terus untuk ke JR Umahori Station. Sob..sob..

Mak aku cool je tapi ayah aku lah asyik marah-marah. Tak tau dia nak kejar apa yang nak cepat sangat tu. Takpe takpe.. Benda dah lepas usah dikenang. Mana tau, kalau kitorang berdegil jugak nak naik Hoguzawa River Cruise tu, bot tu akan terbalik ke. Kan? Haha. Terpaksa pikir positif.
Plan seterusnya nak visit Kinkakuji Temple (dikenali juga sebagai Golden Pavilion). Untuk kesana, dari Kyoto Station boleh ambil Kyoto City Bus nombor 101 atau 205 dan perjalanan mengambil masa 40 minit & bayaran sebanyak 230 yen sehala. Kinkakuji Temple ni sama je fungsinya macam temple yang lain. Yang membezakan dia dari temple yang lain sebab temple ni diperbuat dari emas katanyer tapi dengan keadaan emosi ayah aku yang tak berapa nak stabil, so kitorang skip je untuk ke sana. 


Inilah Kinkakuji Temple. Cantik kan? Dengan view surrounding yang terlebih mabeles itu, tenang je walaupun just tengok gambar. Haha. Gambar ihsan Internet.
Terus balik ke Kyoto Station untuk ambik beg-beg kitorang. Adik tercantik aku ajak jalan-jalan ke Gion sebab sebelum ni tak sempat nak explore. Boleh lunch di restoran halal yang kitorang pegi tu. Ye lah, baru jam berapa masa ni. Tak silap aku tak sampai pukul 2.00 pm lagi. Kitorang target untuk gerak ke Takayama paling lambat jam 4 petang sebab ambil masa 3jam 30 min je. Tapi sekali lagi, ayah aku dah emo-emo. Dia cakap tak payah lunch. Lunch je dalam train. Adoilah. Honestly, memang spoil mood aku nak bercuti masa ni. Itu tak boleh, ini tak boleh. Padahal dah study setahun untuk trip ke Jepun ni. Kemahen rapi aku study tapi bila sampai, banyak benda takleh buat. Mak aku suruh sabar, dia cakap tak baik buat muka kat ayah aku. Hahahaha, Sorry abah. Anakmu ini memang emo. Ikut perangai sapa lagi kan? Hahaha. So skip semua benda, dengan tak makannya, berlari turun ke platform. 


Kuih koci a.k.a kuih beras a.k.a kuih mochi ke apetah. Tak sedap. Hahaha.

Sementara tunggu Shinkansen sampai, macam biasa, pergi ke toilet dan sempat lah usha sushi unagi. Macam menariks je

 Inilah sushi Unagi yang takleh dihadam oleh tekak aku. Hanyir semacam.
Tapi relaks je budak dua orang ni telan. Siap cakap sedap sedap. Lapar sangat gamaknya.


Nape tu Adam oiii.. Rindu pulak kat budak kecik ni. Pandai dia bawak diri walopon mak ayah dia takde.

Dari Kyoto Station, akan berhenti di Nagoya Station. Then transfer train untuk ke Takayama Station.

Dalam train menuju ke Takayama Station. Kat luar dah gelap. Kembangkan hidung aku? Haha. 
Alhamdulillah. Selepas 3jam 30minit perjalanan, kami selamat sampai di Takayama Station pada jam 725pm.



Sejuk giler kat Takayama ni Dahlah hujan renyai-renyai kat luar.
Masa sampai di Takayama, kitorang macam delayed sikit nak jumpa rumah yang dah di book ni. Adik aku masuk satu bar ni sebab kitorang assume owner bar boleh speaking sikit-sikit. Dia yang tunjuk jalan. Dahlah hujan, sesat sekejap, dengan beg yang kalah peti ais. Kesian jugak kat mak ayah aku dan Adam. Dengan laparnya lagi.

Alhamdulillah jumpa jugak Lily Water Homestay ni. Klasik! Masuk-masuk je ada bar counter. Haha. Host siap letak welcoming present untuk kitorang. Overall, hakak suka giler rumah ni.
Masuk-masuk je nampak bar counter ni. Cool~ Kat sini lah tempat lepak kitroang adik-beradik sambil sembang-sembang dan bergosip. Serius aku rindu moment tu sebab bukan senang kitorang nak jumpa. Sob..sob..

Luas kan? Bilik tido kitorang. Masa aku masak, mak dan adik terhensem aku bentangkan Futon siap-siap. Kitorang biar je pintu tu terbukak camtu. Tido ramai-ramai lagi best.

Keunikan senibina rumah Jepun. Movable wall yang bertindak sebagai sliding door. 

Shower room!

Mesin basuh pon ada. Sebab tu aku prefer AirBNB kalau nak book accommodation sebab mostly dorang provide mesin basuh. So tak payah bawak baju banyak-banyak kan?

Dapur yang menjadi medan pertarungan aku menyediakan breakfast, lunch dan dinner untuk family. Complete kitchenware provided. Mr Yuki siap bagi buah epal free dalam fridge tu.

Tatami Room yang menjadi tempat makan kitorang. Ada heater bawah meja tu. Sedap je lepak sini. Suam-suam je .

Kitorang terkejut giler ada sauna dalam rumah ni tapi dia tak provide instruction camne nak guna bilik ni. Kebanyakan rumah sewa di Jepun akan letak instruction manual in English untuk traveler.

Bilik yang menjadi tempat adik tercantik aku sidai baju-baju. Siap ada pinky fridge lagi. Cute!
Tak buang masa, toilet pun tak sempat pergi, aku terus ke dapur dan apa lagi, panaskan apa-apa yang patutlah. Lapar giler kowt masa ni. Memang berguna sungguh instant food brand Brahim ni. Pantas & mudah disediakan. Sementara aku prepare dinner kitorang, adik-adik keluar ke kedai untuk beli telur dan apa-apa yang patut. Kesian jugak sebab dah lah baru sampai, penat, lapar, sejuk dan hujan pulak tu kat luar. Dorang memang the best travel mate aku. Meh muah cikedd.

Tadaaa~ Katil kitorang untuk dua malam di Takayama. Nama dia Futon dan dia ni sangat sangat sangat selesa. Tak rasa sejuk langsung. 
Selesai melahap, barulah aku bersih-bersihkan badan, solat dan sapu segala jenis minyak yang ada untuk kaki sado aku ni. Esok nak berjalan lagi. Ke mana tu? Tunggu ye. Masak lah nak tunggu next entry aku. Hahaha.

Notakaki:
Aku cadangkan, sampai je Kyoto, silalah merayau-rayau di Gion sebab Gion sangat lawa! Serius menyesal sebab tak sempat nak rayau kat sana. Kat Gionlah korang leh tengok culture penduduk Kyoto dengan lebih dekat. Kalau boleh, silalah berbasikal ke sana. Mesti sangat awesome.

Sekian.

Xoxo,


Share:

Day 03: Osaka, Japan (Part 2)

Assalamu'alaikum.

03|12|2016 Sabtu. Dari Osaka Castle, kitorang menapak semula ke Tanimachiyonchome Station. Sebelum tu nak citer sikit. Sebelum aku ke Jepun, aku rasa memang dah baca beribu blog 'Trip ke Jepun' dan takde jumpa 1 blog pun yang cakap dorang letih ke, kaki sakit ke, kaki nak tercabut ke dan sebagainya. Giler ah perwaja. Untuk pengetahuan korang, kitorang dah macam zombie yang hampir rebah ke ufuk bumi. Dah lah nak ke satu-satu tempat kena menapak. Dah masuk kawasan tempat tu pun kena menapak lagi untuk ke main spot. Dah sampai main spot, haruslah menapak lagi! Sekian luahan perasaan aku. Haha. Anyway, next destination kitorang yang seterusnya adalah Tempozan Ferris Wheel. Dari Tanimachiyonchome Station naik train Chuo Line dan turun di Osakako Station. Kemudian kitorang kena menapak lagi dalam 550m (google cakap tapi penipu!) untuk ke Tempozan Ferris Wheel. Masa kitorang turun dari lift di Osakako Station ni, kitorang terserempak dengan family dari Malaysia. Sempat la tanya dorang nak ke Tempozan Ferris Wheel tu, kena lalu kanan kiri depan atau belakang? Kesimpulannya, kalau korang ragu-ragu mana nak pegi lepas keluar dari station, tanya je sape-sape yang korang nampak. Kalau dorang layan, itu kira tuah kita lah. Kalau dorang tak layan, sumpah je dalam hati. Keke.

Bukti yang aku tak tipu pasal berjalan di Jepun sangat meletihkan. Hahaha. Satu-satunya gambar yang ada masa on the way ke Tempozan Ferris Wheel. Mood bergambar dah ke laut sebab letih yakmat!
Keluar je dari platform, tersergam indah 3D feature wall ni. Memang kaya Jepun ni. Kekdah buat feature wall mahal kat station kecik ni je. Tapi kagumlah dengan effort dorang yang hargai interior design ni. Thumbs up!
Keluar je dari Osakako Station, langit memang dah gelap. Bila dah masuk malam ni, nak berjalan pun macam takde mood. Gambar-gambar mesti tak cantik sebab tak nampak apa. Dah lah kamera berteknologi tinggi (katanyerr) aku tu dah kering kontang baterinya. Ni semua sebab tak bawak Universal Adapter dari Malaysia la. Merata kitorang carik Universal Adapter kat Kyoto dan Osaka tapi tak jugak jumpa. Nasib sebelum ke Jepun dah beli bateri spare lagi satu. Tu pun sempat guna dekat Osaka Castle je. Huhu. Hah! Ada apa kat Tempozan Ferris Wheel ni yang gigih nak menapak kat sini? Sebenarnya Tempozan Ferris Wheel ni terletak di Osaka Bay Area, so, kita dapat tengok Osaka Bay Area dari atas. Macam-macam ada di Osaka Bay Area ni antaranya muzium, taman tema (Universal Studio Japan terletak kat sini jugak), observatories, shopping complex dan macam-macam lagi. Pendek citer, korang kena spend lebih dari sehari kat Osaka kalau betul-betul nak tour dan menikmati kawasan sekitar dengan aman dan damai. Tapi sebab kitorang plan sehari je tour Osaka DAN sampai Osaka Bay Area ni dah malam, DAN kononnya nak tengok sunset tapi tak sempat, so kitorang layan apa yang ada je.

Tadaaa~ Tengah sakit kaki berjalan ni, dari jauh dah nampak lip lap si Ferris Wheel. Sejuk sikit hati.

Sebelum apa-apa, moh kita bergambar kenangan dulu. Keke. Kagum hakak dengan patung zirafah tu dibuat dari mainan lego. Tinggal Gopro je masih bernyawa. So gambor gelap-gelap belaka. Huhu.

Gambor lagik. Hahaha. Kat belakang kitorang tu lah entrance ke Tempozan Ferris Wheel. Jom! Kita tengok cantik ke idok bandar Osaka di malam hari dari ketinggian 112.5 meter. Berbaloi ke tak datang sini,

Untuk naik ke Tempozan Ferris Wheel ni, ada escalator disediakan. Lega~ Kalau naik tangga, jangan harap aku nak naik ferris wheel ni. Adam sempat bergambar dengan animasi dari Jepun dekat dengan Tempozan Marketplace. By the way, tiket untuk Adam kena beli ye sebab dia takde Osaka Amazing Pass. Tak silap aku dalam ¥800. Bapak mahai!

Dalam Ferris Wheel. Maafkan aku atas kualiti gambar yang teruks. Maklumlah kamera tercanggih hakak dah kering kontang. Cari Universal adapter dari first day tak jumpa. Ni hari ke tiga sudah. Argh!

Tak penah lagi tengok ayah aku keletihan. Tapi trip ke Osaka ni memang buat dia letih yakmat. By the way, Tempozan Ferris Wheel ni bersebelahan je dengan Osaka Bay. Ikutkan masa terbaik naik Ferris Wheel ni time sunset. Tapi apakan daya. Sampai sini dah jam 700pm

Going up~ Sebenarnya ada 2 jenis gondola ni. Satu yang biasa, yang kitorang naik ni lah. Satu lagi gondola berlantaikan glass. Tapi kena beraturlah dalam 30minit gittuh sebab ramai yang nak try naik. Tak koser nak tunggu dah. So kitorang naik yang biasa je. Lagipun hakak gayat noks. Glass floor? Sorry, hakak tak layan. Kekeke.

Tak berapa nak layan sangat view sebab macam tak nampak apa melainkan lampu-lampu pada bangunan. So terpaksalah hidangkan gambar gelap cenggini ye. Keke.
Bersebelahan dengan Tempozan Ferris Wheel ada Tempozan Marketplace tapi kitorang tak masuk pun. Dah takde mood nak berwindow shopping. Dan tak jauh dari Tempozan Marketplace ada  Osaka Aquarium Kaiyukan yang merupakan salah satu public aquarium yang terbesar di dunia. Tapi untuk pemegang Osaka Amazing Pass hanya diberikan 30% discount sahaja. Kalau sengsorang bolehlah aku consider nak masuk. Tapi ini sampai berenam, rasanya balik tengok Underwater World di Langkawi sudahlah. Keke. So kitorang skipped pegi aquarium dan tengok brochure Osaka Amazing Pass, ada Santa Maria Boat Tour berdekatan je dengan aquarium tu. Tanya pak guard yang sangat peramah kat situ, camne nak pegi ke Santa Maria ni. Sekali pergi, Santa Maria tu dah tutup. Hampa giler. Time tu jam dah menunjukkan pukul 730pm, perut dah start berbunyi, naseblah ada bawak roti potong beli kat Lawson. daging dendeng dan serunding balance dari lunch tadi. apa lagi, berebut la kitorang berenam ni. Tumpang makan kejap dekat kaunter Santa Maria jap.

Open Smoking Area bersebelah Tempozan Ferris Wheel. Macam kelakor je buat smoking area tapi open to the sky. Haha. Tapi ini adalah salah satu effort Jepun untuk ajor perokok tegar kurang ajar dari merokok dan buang puntung rokok merata-rata. Serius aku sangat suka idea ni. Takdelah perokok tegar kurang ajar ni merokok dan menghembuskan asap rokok dorang merata-rata. Sorry, hakak memang tak suka perokok yang suka suki je hembus asap rokok dorang tak tengok kiri kanan. So rude.

Osaka Aquarium Kaiyukan. Bergambar kat luar sudah lah kan. Osaka masa ni sangat sangat sangatlah sejuk!
Dekat depan Santa Maria, ada mende alah ni. Kemain bebudak ni suka pijak. Sebab asal pijak je dia menyala lampu. Adam je tak eksaited nak main. Letih sangat katanyer. Haha.
Tempozan Ferris Wheel as background. Nampak tak kat tangan aku tu roti? Lapar giler weh time ni.

Kawasan sekitar Tempozan yang meriah dengan lampu-lampi. 

Dah kenyang sikit, baru kitorang gerak ke next destination which is Dotonbori! Orang kata, kalau datang Osaka wajib ke Dotonbori. Ada apa kat situ? Di Dotonbori, sepanjang-panjang Terusan Osaka tu adalah shopping, eating dan entertainment district. Memang happening giler kat sini katanyer. Yang aku tau, aku nak bergambar depan Glico Man dan makan Takoyaki (yang dibuat oleh abam segak helok katanyer) je. Yang lain-lain aku tak pedulik. Haha. So dari Osakako Station, kitorang naik train Chuo Line dan turun di Awaza Station. Dari Awaza Station, naik pulak train Sen-Nichimae Line dan turun di Namba Station. Maigawt~ Lost kejap dalam Namba Station ni. Sepanjang-panjang laluan bawah tanah di Namba Station, memang penuh dengan macam macam jenis kedai-kedai. Just name it. Tapi dalam beratus kedai kat situ, takde satu pun yang jual Universal Adapter. Cait~ Anyway, nama area ni adalah Namba Walk. Cantik. Maklumlah dah nak Christmas so memacam decoration dibuat untuk memeriahkan area ni. Hah gitu bahasa Melayu baku aku. Tapi disebabkan parent aku dah memang tak larat sangat-sangat, dorang nak tunggu kitorang dekat memana je. So kitorang berjalan la cari kedai makan yang boleh dorang lepak kat Namba Walk ni. Kesian jugak nak suruh berjalan lagi ke Dotonbori walapun Dotonbori tu sekentut cuma dengan Namba Walk.

Adik-adik aku tengah beratur di kaunter Starbuck Namba Walk sebab nak order kopi panas & kek untuk mak ayah aku sebelum kitorang gerak ke Dotonbori.

Pekerja Starbuck ni adik aku cakap leh speaking English sikit-sikit. Dan dalam Starbuck ni aku tengok ramai students universiti tengah buat study revision. Pelik aku. Camne dorang leh study dekat dalam suasana yang busy dan bising.

Bayor jangan tak bayor.

Sementara tunggu adik-adik aku meng-order, hakak sado selpie dulu. Namba Walk as a background.

Namba Walk. Meriah sebenarnya kat sini & orang sangat-sangat ramai.  Dalam gambar je tak nampak orang. Sebab apa? Sebab aku yang sado ini dah melindungi mereka-mereka itu. Kah!
Abah & Ibu aku di Starbucks Namba Walk. Dorang lepak sini sementara kami adik beradik berjalan-jalan di Dotonbori.   
Keluar je dari Namba Walk, masyaaAllah, banyaknya manusia kat atas ni. Bangunan pun tinggi-tinggi. Hilang arah kejap mana yang perlu dituju untuk ke Dotonbori sebab bukan setakat kamera aku yang kering kontang. Phone dan Portable Wifi pun bateri 0% jugak. So takleh nak check arah. Cuma berpandukan pada tanya-tanya orang, kenalah menapak dalam 200m sebelum jumpa Dotonbori ni. Dan one word. MasyaaAllah. Sesak! Padat! Apa lagi, laju-laju kitorang bergambar. Yelah sebab tak sedap hati kottt tinggalkan parent lama-lama kat tempat asing.

Tadaaa~~ Dotonbori. Sesak dengan manusia! Tapi somehow sesak dia tu bagi aku tak meresahkan jiwa dan tak serabut otak. Bagi aku laa. Tak tau orang lain rasa camne kan.

King crab yang famous itu. Memula aku memang plan nak dinner situ dengan family. Tapi bila baca review, ramai cakap tak worth it. Harga mahal tapi tak sedap. So cancel plan untuk makan situ.

Glico Man! 

Aku takde sejarah apa-apa pun dengan Glico Man. Tapi dah baca blog-blog lain, dorang kata Glico Man ni wajib dicari bila datang Osaka, so aku pun nak tumpang lah sekaki. Keke.

Turun ke bawah pulak. Tak ramai sangat orang kat bawah ni. 
Glico~ Glico~ Glico Man! Kat bawah ni tak ramai orang so takdela malu sangat nak buat gaya cenggini.
Dia pun nak buat gaya Glico Man~ Haha. Aku memang suka environment riverside macam ni. Leh lepak-lepak dalam suasana yang sihat. Kenapalah kat Malaysia takde macam ni? Kalau ada pun, penuh mat bangla-nepal-indon bertapa.

Dataran Dotonbori. Memang penuh dengan bangunan kedai yang tinggi dan attractive signboard dengan lighting segala bagai.

See? Signage kemahen besor. Tapi bagi aku tak menyakitkan mata. Belakang kitorang tu Tombori River Cruise. Termasuk dalam pakej Osaka Amazing Riverside tapi sebab kitorang tak perasan, terlepas nak naik. Sayang kan?

Adik terhensem aku yang masih single. Boleh hantar borang masuk meminang dekat aku. Hahahahaha!

Terusan Osaka yang tenang dan diapit oleh shopping district. Agaknya orang Osaka ni sentiasa berduit kot kan. 

Mencarik-carik jugak Takoyaki-Abam-Segak-Helok-Buat tapi tidak diketemui. Sedih. Adik aku suruh je jalan sepanjang terusan ni kot la jumpa Takoyaki tu tapi risaukan mak ayah tunggu lama plus kaki mmg dah sakit giler.

Manhole cover yang cantik. Jepun memang tak mengecewakan bab-bab art & detail ni.
Kitorang cari jugak Universal Adapter kat Dotonbori ni tapi memang tak jumpa yang boleh masuk dengan appliances kita. Ada lah jumpa adapter 2-pin bulat yang sesuai dengan charger kamera aku dan adik aku suruh je beli tapi aku rasa macam 'takpe mesti ada jual universal adapter 3-pin yang dicari-cari itu.' Berbekalkan semangat positive aku, kitorang keluar dari kedai tu dan terus berjalan balik ke Namba Walk. Masa tengah berjalan tu, aku discussed dengan adik-adik aku, perlu tak kita ke last destination iaitu Umeda Sky Building sebab dia ni lebih kurang kembar kepada Twin Tower Petronas. Kalau Twin Tower kita tu connected by bridge, Umeda Sky Building ni connected by 'Floating Garden Observatory' gittuh. Dah lah entrance fee ke sini dalam 1,000 yen ok! At least berbaloi la jugak beli Osaka Amazing Pass kalau ke sini kan? Itu kata aku dan adik-adik. Apa kata mak bapak aku? Meh kita tanya mak pak aku. Dorang setuju tak suffer sikit je lagi untuk ke last destination ni. Alhamdulillah dorang setuju walaupun muka macam tak berapa ikhlas nak bagi persetujuan tu. Haha.

Double Decker train di Namba Station. Jakun sekejap kitorang. 
Untuk ke Umeda Sky Building ni, dari Namba Station, turun di Umeda Station then kena menapak lah (lagik!). Umeda Station ni tersangatlah besar. Highrise ok~ Dan untuk ke Umeda Sky Building ni, mudah. Keluar je dari platform, terus ada signage untuk ke sana. Actually, kitorang masa ni macam berlawan dengan masa sebab Umde Sky Building tu tutup jam 10.00pm tak silap aku. Masa tu dah jam 8.30pm. Tengah 'berkejar' nak keluar dari Umeda Station, Tetiba ternampak kedai jual barang-barang elektronik yang sangat besar. Aku masuk kejap sebab nak cari Universal Adapter tu. Berbekalkan kepakaran bercakap style Ayam-Itik ni, salah sorang staff bawak kitorang ke Level 4 (Besar hokey kedai ni. Macam-macam ada!). Memang besar harapan kitorang yang dia faham apa kitorang cakap & cuba cari. Alhamdulillah! Memang tak sia-sia kitorang nak pergi ke Umeda Sky Building. At least jumpa jugak Universal Adapter yang dicari. Nyawa kottt weh! Phone, Wifi, Kamera semua dah kong. Maps, info, translator semua dalam phone. Plus Jepun ni memang lawa yakmat. Rugi kalau tak banyak gambar bila datang sini.

Masa ayah aku bergambar ni lah, aku terperasan kedai yang aku ingat kedai IT tu. Sekali masuk, kemahen luas dan besar! Macam-macam ada!

Adam with Pokeman. Sempat lagi ko bergambar ye Adam.

Perasaan aku dan adik terhensem aku bila akhirnya jumpa jugak Universal Adapter yang dicari. Hahaha.
Misi ke Umeda Sky Building diteruskan. Keluar dari Umeda Building, kitorang dah lost. Takde pun Umeda Sky Building tu! Dan kat sini lah punca aku tuduh orang-orang Osaka sombong. Merata cari nak tanya orang, dorang blah je. Ada satu couple tu, kemahen helok berpakaian macam orang-orang kaya yang educated tapi bila kita pegi dekat, terus angkat tangan & blah begitu saja. Cinabeng~ Last-last, nampak sorang student laki ni tengah keluarkan basikal dia. So adik laki aku pegi approach. Baik giler weh budak tu! Siap bawak kitorang sampai ke depan pintu masuk Umeda Sky Building ni! Jauh kotttt nak menapak dari Umeda Station ke Umeda Sky Building ni! Ada lah dalam 2km (walaupun Google cakap 1km je. Cait~) Siap kena lalu bawah terowong lagi. Then keluar terowong menapak lagi. Naik tangga lagi. Then barulah sampai dekat Umeda SKy Building ni. Serius rasa bersalah dekat mak ayah aku. Huhu.

Walaupun gambar blur, tapi ini je satu-satunya gambar yang sempat di tangkap masa menapak ke Umeda Sky Building. Jauh giler weh nak menapak! Better study buses route untuk ke sini. 

Osaka-chan (aku tak ingat nama betul dia) yang sangat membantu. Dia bawak kitorang sampai ke Umeda Sky Building ni. Jauh giler kot! Dia bukan orang Osaka tapi orang Kyoto rasanya. Sebab tu tak sombong. Tetiba. Haha.
Masa kitorang sampai, ada lagi 15 minit sebelum gate Umeda Sky Building tutup for last group visitor. Phew~ Tunjuk je Osaka Amazing Pass, beratur untuk naik lift, Then naik escalator yang curam untuk ke Floating Garden Observatories dan tadaaaa~

Osaka city dari Umeda Sky Building. Sama je macam kat KL kot. Haha.
Ambik gambar kenangan dulu  Hangat la sikit dalam ni. Kat luar sejuk giler.

Gambar bergegar. Sorry nohh. Tapi nak upload jugak. Kenangan kotttt jauh jauh menapak, akhirnya sampai jugak ke Umdea SKy Building ni.

Dalam lif pun sempat! Anyway, masa aku nak naik lif ni, aku last sekali. Aku terserempak dengan group bebudak pompuan Malay dari Malaysia. Macam biasa, dari spesis rakyat Malaysia yang takde adap. Kita sengih kat dorang, dorang buat-buat tak nampak. Tapi dengar la dorang cakap & gosip sesama dorang, 'Weh handsome giler weh!' Dan dorang baru turun lif. Dalam lif tu ada ayah aku dengan adik laki aku je. Takkan dorang puji ayah aku hensem kot? Hahaha. Anyway, aku reject adik ipar takde adap camtu. Bai~
Tamat sudah jalan-jalan Osaka kitorang. Makanya, dari Umeda Sky Building tu, kitorang menapak balik guna jalan masa datang tadi. Tapi kitorang terus ke Osaka Station. Dekat sikit sebenarnya dari Umeda Station. Sepatutnya kitorang boleh naik JR Tokaido-Sanyo Line untuk ke Kyoto Station dan memakan masa selama 30 minit je, Tapi kitorang ter-naik train yang inter city. Makanya! Sejam kemudian baru kitorang sampai di Kyoto Station. So, before naik train tu, check sama jenis train korang nak naik ok?

Dah flat selepas seharian berjalan di Osaka. Bertabahlah ye.
Disebabkan tak berapa makan kat Osaka, sesampai je kitorang di accommodation di Kyoto, sementara abah dan adik-adik aku busy charge phone dan lain-lain, aku terus panaskan Nasi Goreng Brahim & Daging Dendeng Faliza Rich. Sempat jugak aku basuh dan keringkan baju-baju 2 hari kitorang tu sebab accommodation di Kyoto ni sediakan washer dan dryer. Dah kenyang, apa lagi. Mandi, Solat & Tido! Good Night~

Notakaki:
Bagi aku, kalau nak kenal Osaka ni, better banyakkan naik bus je. At least takyah teruk berjalan & bus tu akan pusing-pusing bandar Osaka di mana akan menjimatkan masa dan tenaga korang untuk kenali Osaka.  Tak beli Osaka Amazing Pass pun takpe sebab kitorang macam terkejar-kejar bila ada Osaka Amazing Pass ni. Bila ada pass ni, seboleh mungkin kita akan cuba nak pergi ke tempat-tempat yang ada dalam pass tu. Itu yang jadi letih. At the end of the day, kalau orang tanya aku ada apa kat Osaka, aku tak tau nak jawab sebab fokus aku masa tu untuk kejar apa yang di offer dalam Amazing Pass. Tapi itu pendapat aku sebab aku lebih berminat tengok culture, building & environment dalam keadaan yang luas dan tenang. Lain orang lain interestnya kan? Aku buat conclusion camni sebab masa pegi Dotonbori je, aku dapat feel the real Osaka. Nyesal tak lepak lama-lama kat situ. Haha. Dan better korang study buses routes sebab guna bus lagi efisyen.Sebab bus ni akan berenti betul-betul depan tempat kita nak pegi. Dan kalau nak beli Osaka Amazing Pass, nak-nak yang ada sehari je macam kitorang ni, pilihlah aktiviti yang worth it. Mcm riverside tour ke, dan yang dekat-dekat. Jimat masa nak berjalan.

Sekian.

Xoxo,

Share: