Day 02: Kyoto, Japan (Part 1)

Assalamu'alaikum.

Kalau diikutkan, masa beli tiket flight aritu, kitorang plan nak mendarat di Osaka sbb penginapan pertama kitorang kat Jepun ni adalah di Kyoto. Dari Osaka ke Kyoto adalah dalam 15-30 minit by Shinkansen (shinkansen ni free sbb JR Pass cover). Tapi bila check balik jadual penerbangan & contact JAL, ada few issues which are:

1. Kitorang ada 3jam je dari Narita Airport ke Haneda Airport. Dari Narita ke Haneda dah ambil masa sejam. Org JAL cakap sempat tapi kitorang tak yakin sbb ini pertama kali nak jejak kaki di Narita Airport. Dah la pegi dgn parent. Takkan nak suruh dorang berlari.

2. Baggage dari Narita takleh direct transfer ke Haneda. So untuk domestic flight ke Osaka, kitorang kena check in mcm biasa. Within 3 hours tu? Dengan nak kena lalu imigresen bagai, nak ambik beg lagi, tak familiar mana nak cari kaunter bus untuk ke Haneda lagi. Ko rasa?

3. Untuk ke Haneda Airport kena naik limousine bus yang berbayar. Tak silap hampir RM100 seorang. Kekdah aku dah bayar RM1200 utk JR Pass seorang, pastu nak kuar duit lagi. Ko rasa?

Pikir-pikir balek, kitorang skip je domestic flight dari Haneda-Osaka dan guna je JR Pass. More convenient & menjimatkan sebab dari Narita Airport, turun di Shinagawa then naik shinkansen direct ke Kyoto Station. Takyah berlari lari nak kejar next flight dan tak payah nak spend duit lagi memandangkan JR Pass ni valid untuk unlimited access of any JR Line & shinkansen (kecuali Nozomi, Mizuho & Hayabusa Shinkansen). Ok, sambung dari sampai Arrival Hall Terminal 1 Narita Airport.

02|12|20116 Jumaat. Berbanding trip aku ke Perth tahun lepas (yang aku kena panic attack tu. Haha) trip kali ni aku macam dah tak gelabah dah. Belajar dari kesilapan gittew~ So day 1 di Jepun, ayuh ke Kyoto! Macam yang aku dah explain kat atas, in stead of pergi Osaka by flight then ambik shinkansen untuk ke Kyoto, aku decided guna JR Pass terus dari Narita Airport ke Kyoto. Jadinya, keluar je dari Arrival Hall Terminal 1, based on map JR Kaunter yang aku dah print awal-awal, aku cari JR Kaunter tu tapi tak jumpa. Konon nak jadik survivor katanyer. Alih-alih kena jugak tanya kat Information Counter. Keke. Tup-tup depan kitorang je. Keluar je dari Arrival Hall Terminal 1, sebelah kanan jalan dalam 30m kot, terus jumpa JR Kaunter di sebelah kiri.

Wali aku di Narita Airport Arrival Hall Terminal 1
Di JR Kaunter, kena beratur panjang tapi kejap je sebab officer dia sangat laju buat keje. Thumbs up! Officer dia mmg tak ramah & agak kekwat tapi sbb tu kot urusan di kaunter JR berjalan lancar. Tunjuk JR Exchange Order tu kat dia, dia akan bagi form untuk diisi sebelum dia serahkan JR Pass kat aku. Disebabkan kitorang berenam, aku amek masa dalam 15 minit jugak nak dapatkan JR Pass ni. My advise, korang photocopy siap-siap passport setiap ahli rombongan tu. Senang bawak copy je untuk tengok nombor passport & any other information untuk isi form tu. Takyah terselak-selak macam aku. Gelabah kejap kat situ. Anyway, lepas dapat JR Pass, aku mintak officer tu reserve seat kitorang dari Narita (Terminal 1) - Shiragawa dan dari Shiragawa - Kyoto Station. Mcm mana aku tau nak kena turun kat Shinagawa then naik train lain utk ke Kyoto Station? Check je Google Maps atau Hyperdia. Nanti dia keluar lah route train sekali dengan departure point utk ke satu-satu destinasi & berapa kali kena transfer sebelum sampai ke destinasi kita nak pegi tu. Tak pun, cakap je kat abam officer tu, "Narita - Kyoto Station please~" Nanti dia akan print tiket untuk korang & bercakap dalam bahasa dia. Gasak korang nak paham. Haha. Kesimpulannya check Hyperdia bagi memudahkan & melancarkan perjalanan korang ok?At least korang dah tau awal-awal berapa kali tukar train etc. Sebenarnya kalau tak reserve seat pun takpe tapi disebabkan kitorang tak nak berpecah , sebab tu kena reserve seat. Lagipun kitorang nak tengok Mount Fuji dan seat terbaik kalau nak tengok Mount Fuji adalah seat sebelah kanan katanyer.

Tadaa! Inilah contoh JR PASS yang korang akan dapat lepas tukar JR Exchange Order di JR Kaunter. Aku terlupa nak ambik JR Pass dari mak aku. So google je contoh JR Pass dari Internet. Anyway, korang hanya perlu tunjuk pass ni je setiap kali nak keluar atau masuk train platform. Kalau nak reserve seat, tunjuk je JR Pass ni dan cakap 'Nak reserve seat boleh?'. Senang kan?

Inilah tiket untuk Reserved Seat. Kalau tak nak reserved, tunjuk je JR Pass dah boleh masuk mana-mana gerabak untuk unreserved seat. Ok? Cara nak baca (sila refer tiket dari Shinagawa-Kyoto): HIKARI 467 tu nama train korang kena naik so perhati betul-betul before naik train. Asal ada tulis 467 betullah tu. 10:10 tu masa berlepas dari Shinagawa dan 12.47 tu masa train sampai di Kyoto. CAR. 14 tu adalah nombor coach korang. So before naik train, boleh check dekat signboard di platform. Memang ada tulis coach-coach ni akan berhenti kat mana. So takdelah korang berlari-lari nak cari coach korang masa train sampai kan? Untuk tau platform pulak, masa booked tiket @ lalu JR kaunter tu, tanya je kat officer yang ada camni," Kat mana platform untuk ke Kyoto?". Hahaha.

Tengah menunggu NEX untuk ke Shinagawa. Hah, faham tak apa yang tertulis kat signboard tu? Keke. Yang aku tau nombor 4 & 5 tu nombor platform. Makesure tunggu di platform yang betul ye.
Hamek kau beg sikit punya banyak. Dah la nak kena turun naik tangga. Lif ada tapi tu pun dalam station je. Nak keluar dari station semua pakai tangga jek. Huhu.
Penantian yang tiada penghujungnya. Kekeke. Time ni memang sejuk giler tapi sebab tak nak mak ayah bebel kalau aku bukak beg nak amek jacket, so tahan je la. Salah sendiri sebab tak alert kan. Hahaha.
Dari Narita ke Shinagawa by Limited Exp Narita Express (NEX) ambik masa dalam 68 minit. So masa ni la aku sempat ke toilet untuk melawaskan segala isi perut yang ditahan-tahan sejak sampai tadi. Aku mmg tak pro untuk rushing ke toilet dalam keadaan yang kelam kabut. Kasik semua settle barulah usus besar aku boleh beroperasi dengan sempurna. Toilet dalam NEX ni lawa gilak! Selesa yakmat! Tapi yang aku stressnya, tak jumpa butang bidet. Jilake! 😥😥😥 Naseblah masa kelas Fardhu Ain dulu dah belajar cara nak sucikan diri dari najis tanpa menggunakan air. HAHAHAHAHA! Dan masa ni jugaklah aku punggah balek beg untuk cari winter jacket aku. Serius terlupa nak asingkan siap-siap sebelum departure tu. Jenuh aku tahan sejuk masa tunggu train di Narita Airport. Naseblah lemak-lemak peliharaan berfungsi dengan baik. Keke.

Inilah Limited Exp. Narita Express (NEX) yang sangat selesa itu. Disebabkan ini reserved coach, orang tak ramai sangat.
Muka puas hakak sado. Hahaha. Bapak sado lengan aku so terpaksa cover sikit. Keke. 
Untuk pengetahuan, departure & arrival time utk sistem train di Jepun sgt tepat. Kalau dia cakap 68 minit, mmg 68 minit lah masa yang diambil. Tak lebih tak kurang walopon seminit. So korang boleh agak lagi berapa minit korang akan sampai ke tempat tujuan. Lagi 1-2 minit nak sampai, kitorang dah keluarkan beg siap-siap sbb takut tengah turun nanti, train tu berjalan ke next destination ke. Tak ke naya kitorang? Jakun katanyer. Haha. So sampainya di Shinagawa, mcm biasa mak & adik tercantik aku akan lawat toilet dulu. Ayah & adik terhensem aku pulak akan carik kopi dulu, aku & Adam terpacak la tengah-tengah station tu. Shinagawa Station ni agak besar. Aku suspek fungsi dia sama mcm KL Sentral sebagai transportation hub. Ramai giler manusia kat sini. Dorang jalan mcm zombi kelaparan dgn kelajuan 200km/j kot. Laju giler! Ternganga kejap kitorang.

Kedai pertama yang menerima pecahan telur kami. Keke. Adik terhensem aku ni beriya cakap dia best student Bahasa Jepun masa kat sekolah dulu. Sekali bila suruh speaking Jepun dengan Japanese tu, dibantainya speaking English. Cait~

Oh-tee-dee-dee hakak sado, wearing Lee Cooper Parka (Thanks Aiza!) - Tudung Bawal by Bella Ammara - Arya Jeans Bandung - Lee Cooper Denim Shoes. Kekeke. Kat belakang aku tu la zombi bergerak 200km/j. Serius laju.

Abah with his morning coffee while waiting for the Shinkansen. Kalau korang tengok signboard kat belakang atas tu, nombor 317,221 & 23 tu adalah nama train korang. Please refer Hyperdia atau kalau ada tiket, refer kat tiket. So jangan pulak confuse ye.
Perjalanan ke Kyoto diteruskan. Dari Shinagawa naik Shinkansen a.k.a Bullet Train & mengambil masa dalam 171 minit. Nak jugak tengok hebat tara mana bullet train ni yang orang dok sebut-sebut. Bagi aku shinkansen ni tak se-best NEX. Tempat duduk agak sempit berbanding NEX tapi ada point untuk charge phone. Disebabkan kitorang terlupa nak beli adapter yang boleh diguna pakai di Jepun, tengok je lah point tu. Dan sepatutnya dari Shinagawa ke Kyoto, korang boleh tgk Mount Fuji di sebelah kanan train tapi sbb kitorang dah letih yakmat, semua terlelap dan terlepas nak tengok Mount Fuji. *sob.. sob* Aku carik gambar dalam shinkansen takde lah pulak. Maybe time ni kitorang letih yakmat sebab tu tak tertangkap gambar dalam ni. Huhu.

Untuk ke penginapan kitorang di Kyoto Station, kitorang dimaklumkan kena amek kunci rumah di host's office (Di AirBNB, tuan rumah dia kita panggil host). So sampai je di Kyoto Station, terus on Google Maps untuk cari arah nak ke office si host ni dan  kalau travel tak sesat, memang tak sah kan? Time ni mmg sesat sikit sbb Google Maps mcm pening nak cari office host tu. Dahlah kena angkut 8 ketoi beg tarik turun naik tangga setinggi 3 tingkat. Mengah giler kot! Bila dah keluar dari Kyoto Station, sekali lagi Google Maps biol. Dia tak dapat detect lokasi yang host tu hantar. So aku suruh mak ayah aku & Adam tunggu kejap & jaga beg-beg kitorang sementara aku & adik-adik cari office tu dulu. Ada la dalam 15 minit kitorang melilau cari office tu. So, my tips kalau nak book accom, sila carik yang boleh drop je kunci dkt accom dorang. Senang. Ni jadik keje pulak nak carik office dia dulu. Dah la kesian giler parent aku & Adam tunggu kat luar station tu. Sejuk kot! Terpaksa jugak tunggu kat luar station sebab dah angkut semua beg-beg kan. Sebelah Kyoto Station tu ada Family Mart. Try la jugak cari universal adapter tapi memang takde. Huhu.

Inilah Kyoto Station. Besaq giler bhai~

Construction in progress. Tapi aku kagum dengan langkah-langkah keselamatan untuk public yang dorang buat. Teratur dan sangat efisyen. Aku rasa Malaysia patut terapkan konsep macam ni. Teratur, kemas, selamat untuk public.

Kyoto Crossing jek. Bukan Shibuya Crossing ye. Keke. Traffic light di Jepun sangat cute. Bila lampu hijau, dia akan keluarkan bunyi yang memang cute. Seronok rasa bila melintas tu. Haha.
Akhirnya jumpa jugak office si host ni. Urusan check-in mudah walopon host yang peramah tu buat aku pening dengar dia speaking English. Dahlah English aku pun cukup-cukup makan je bang oi~ Hahaha. Dia bagi kitorang letak beg je dulu sbb kitorang sampai Kyoto dalam jam 100pm tapi boleh check-in start 400pm ke atas. Dan yang tak syoknya, kitorang kena angkut bawak turun balik 8 ketoi beg tu sbb arah nak ke accommodation tu bertentangan dgn arah office si host ni. Demmit! Berketul terus tangan aku yang sedia sado ni. Dalam description AirBNB, dari Kyoto Station ke accommodation kitorang di Kyoto dalam 3 minit walk je. Sekali dkt 10 min jugak berjalan. Letih bhai~

Bangunan unik apetah. Aku dah lupa. Mcm showroom kalau tak silap aku.Ni view nak ke accommodation kitorang di Kyoto. Masih bersisa Autumn tu so macam happy jugaklah dapat tengok pokok kuning sepanjang jalan. Keke.

View sepanjang nak ke accommodation kitorang di Kyoto. Bersih je. Bicycle pon parking molek je.

Shopping Mall berhadapan dengan Kyoto Station. Tapi kitorang tak sempat nak masuk. Busy naw dengan aktiviti sight seeing.
Disebabkan masa sampai dari Kyoto Station ke accommodation kitorang kat Kyoto keadaan agak hectic dan memenatkan, aku tak terdaya nak ambik gambar. Dahla dengan beg tarik gergasinya lagi. So gambar ni masa kitorang dah letak beg & menuju ke Kyoto Station semula. 

Tadaaaa. Sampai dah. Rasa nak petik je pisang kaki tu. Hehe.

Penderitaan kitorang tak habes lagi. Sampai je accommodation di Kyoto, kitorang kena naik tangga lagi hokey~ Noharom tak perasan masa booked accom ni. Nak terbarai dah lutut aku ni. Naseb kawasan sekitar sangat bersih. Sejuk sikit hati. Disebabkan kitorang tak leh check-in lagi & hanya boleh letak beg je, so kitorang decide nak jalan-jalan sekitar Kyoto dulu. Acaner ni? Kaki dah sengal-sengal. Sambung next entry ya~

Notakaki:
Sebelum sampai Jepun, aku suggest korang check dulu bila waktu operasi kaunter JR sebabnya nanti takde lah korang datang awal sgt ke sbb hanya kaunter JR di airport utama je akan bukak seawal jam 630am. Kaunter JR yang lain tak silap aku bukak jam 10am. At least kalau tau bila kaunter JR bukak, bleh korang plan buat something dulu dari duduk tercongok depan kaunter mcm org hilang arah. Kan?

Sekian. 

Xoxo,

Share:

2 comments: