Day 00: Persediaan ke Jepun

Assalamu'alaikum.

Jepun ni takde pon dalam travel wishlist aku sebab aku tau memang tinggi giler kos nak ke sana. Selalunya penerbangan yang melebihi 5 jam dari Malaysia ni, harga tiket flight mesti nak cecah RM 1000. Dari Malaysia ke Jepun perjalanan ambik masa dalam 6-7jam so sah-sah tiket flight dia RM 1000 ke atas. Itu baru tiket flight. Tak masuk benda-benda lain sbb Jepun ni mmg terkenal sbg negara yang tinggi cost of living. Since aku takde kredit kad & duit dalam bank pon selalu nyawa-nyawa ikan, paham-paham je la kan. Hamek kau. Panjang lebor introduction. Keke.

Ayah dan mak akulah yang beriya nak ke Jepun. Konon nak bawak cucu kesayangan, Adam main salji. Kebetulan adik terhensem aku akan tamat latihan perubatan dia akhir November. Makanya, kitorang decided untuk ke Jepun pada 01|12|2016 - 08|12|2016 and it's on late autumn - an early winter (again!). Bermulalah detik aku mengabdikan diri untuk study pasal Jepun & it's killing me! Haram susah nak ingat nama-nama tempat dia. Haha. Time SPM pon aku tak struggle cenggini tau~

Anyway, untuk trip ke Jepun 2016 ni kitorang plan nak pergi Osaka - Kyoto - Takayama - Tokyo, dan antara persediaan yang aku dah buat semestinya:

|01|  FLIGHT TICKET
- Perlu beli awal kalau nak tiket murah. Serius harga tiket ke Jepun bagi aku agak mahal. Dah nak sama harga ke UK. Untuk trip ni, kitorang pilih Japan Airlines dan harga flight ticket kitorang lepaslah untuk bayar sewa sebulan untuk rumah banglo 10 tingkat. Haha. Kitorang pilih Japan Airlines sebab nak rasa kelainan dari segi layanan & makanan sebab selalu amek AA or MAS je. Kitorang plan itinerary kitorang start dari Osaka. So beli tiket pon dari KLIA - Narita Airport. Then tukar flight dari Haneda Airport - Osaka. Harga seorang untuk return ticket = RM1292.50 (ni kira murah yakmat sbb beli masa promotion) dan total keseluruhan utk 5 dewasa & 1 kanak-kanak = RM 7430.00. Sebenarnya ada cerita cemas pasal JAL ni. Nanti aku story.
Tiket untuk kitorang berenam. Keke.
|02|  ACCOMMODATION
- Once dah beli flight ticket, silalah segera tempah penginapan anda di sana.  Aku guna AirBNB untuk tempah penginapan kitorang di Kyoto, Takayama & Tokyo. Tips untuk tempah penginapan ni, pilih yang dekat dengan train station (kalau korang mmg plan guna train la sepanjang trip di Jepun). Camne nak tau pasal train station ni? Baca je review accommodation yang korang berminat tu. Selalu mmg akan ada yg tulis rumah tu dekat ke jauh dari train station. Budaya di Jepun yang sangat byk berjalan mmg boleh membunuh kita yang slalu nak kemana naik kereta je. Serius. Dan jangan lah bebunga sangat kalau dapat penginapan yang jaraknya dari train station dalam 10min walk ke. Realitinya, korang kena berjalan dalam 20min hokey. Nanti aku create satu entry khas pasal accomodation kitorang kat sana sbb aku mmg suka semua accomodation yang kitorang booked kat sana & kalau boleh nak suggest kat korang utk book accom yang sama. Keke. kesimpulannya, total harga untuk accom kitorang adalah sebanyak RM 5266 dan pecahan harga mengikut setiap accom adalah seperti berikut:

02.12.2016 - 04.12.2016  Kyoto = RM 2193
04.12.2016 - 06.12.2016  Takayama = RM 1751
06.12.2016 - 08.12.2016  Tokyo = RM 1322

|03|  ITINERARY
- Settled dua benda tu, bolehlah start plan itinerary. Pentingnya untuk korang tau mana korang nak pegi based on your kind of interest. Lepas tu barulah korang tau berapa anggaran bajet yang korang akan spend dkt sana. Kalau agak-agak dah terlebih bajet, cut je tempat-tempat tak penting. sebab mostly tempat-tempat di Jepun ni ada entrance fee. Bukan setakat ada entrance fee, ada tempat yang kena book/reserve terlebih dahulu. Dan kalau korang plan beli JR Pass, tak semua tempat JR pass boleh cover. Detail itinerary di lain entry nohh.

|04|  JR PASS
- Dah tau mana korang nak pegi, study pulak train route ke tempat-tempat korang nak pegi tu. Kalau mmg banyak guna route yang JR Pass cover, boleh lah beli JR Pass ni. Kalau setakat pegi Osaka je or Tokyo je, takyah beli JR Pass pon takpe. Tapi disebabkan kitorang plan travel dari 1 city ke 1 city yang mana byk menggunakan shinkansen (bullet train) makanya kitorang decide untuk beli JR Pass ni. JR Pass ni hanya boleh dibeli di luar Jepun sahaja. So dari Malaysia lagi korang dah kena beli JR Pass ni dan harga seorang dalam RM1200/adult. Mahal kan? Dah nak sama dgn harga flight ticket. Baik pegi UK camni. Hahaha. Boleh refer sini untuk maklumat lanjut pasal JR Pass. Once korang dah bayar, dalam sehari dua pastu, korang akan dapat Exchange Order je. Nanti dah sampai Jepun, baru tukar ke JR Pass. Sebelum beli tu, make sure nama korang tu betul-betul ikut passport. Kalau ada bin & binti pon kena letak untuk elak masalah di kemudian hari. Japanese ni skema giler kowt. Sebab tu dorang maju. Keke.
Inilah exchange order yang akan dipos kat korang. Bawak benda alah ni masa nak ke Jepun.
Jangan ditinggalkan pulak. Takdenya dorang nak layan kalau korang nak JR Pass
 tapi terlupa bawak benda alah ni. Ok?

|05|  ENTRY PASS
- Dari itinerary korang tu, jangan lupa study psl setiap tempat-tempat korang nak pegi. Sebab kebanyakan tempat-tempat di Jepun, perlukan reservation. Based on my itinerary, aku kena reserve seat untuk trip kitorang ke Shirakawago (perkampungan unik di Gifu Prefecture declared as UNESCO World Heritage Site) dan aku pilih J-Hoppers sebagai travel guide kitorang ke sana sbb lebih murah berbanding perkhidmatan yang lain. Kat sini korang kena rajin study & buat perbandingan harga sbb byk je pakej-pakej yang ditawarkan utk ke tempat-tempat tarikan pelancong ni. Kesimpulannya jangan malas nak study tempat-tempat korang nak pegi tu. Check dulu kena reserve ke idok. Ok?

|06|  PERMISSION LETTER
- Untuk Adam. Disebabkan Adam ni anak kakak aku DAN dibawah umur DAN kakak aku serta Abang Firdaus (suami dia) tak ikut kitorang ke Jepun, aku mintak kakak aku buatkan surat yang membenarkan Adam berada di bawah jagaan mak aku sepanjang kitorang di Jepun. Dalam surat tu sila letak nama budak yang dibawa, nombor passport dia, nama ayah dia, nombor passport ayah dia, alamat ayah dia, nombor telefon ayah dia, nama penjaga  dan nombor passport penjaga serta hubungan penjaga dengan budak yang dibawak tu. Hah paham? Ada sesetengah immigration akan check kalau kita bawak budak kecik, tapi dalam passport nama budak tu takde nama kita. So boleh tunjuk permission letter from parent budak tu. Macam kat Jepun, dorang tanya je sape Adam. So mak aku cakaplah cucu. Gittuh.

|07|  POCKET WIFI
- Benda ni tersangatlah penting bagi aku untuk trip ke Jepun ni sebabnya masalah bahasa lah. Boleh gugur rambut kalau berkomunikasi dgn Japanese tau. Haha. Cadangan aku, rent je wifi dari Malaysia so sampai je airport kat Jepun dah boleh on terus wifi. Tak yah berpusing pusing nak cari post office ke, counter rent wifi ke. Senang. Aku rent Samurai Wifi atau contact Ms. Azwa di 0176587784. Sebelum departure, just collect portable wifi dekat kaunter dorang kat KLIA je. Mudah kan? Oh hanya boleh bayar by debit or credit card. No cash. Untuk trip 7 hari ke Jepun, total rent aku kena bayar = RM126 sahaja. Ok la kan?

Inilah 3 benda yang korang akan dapat
dalam kit Samurai Wifi. 

|08|  INSURANCE
- Disebabkan lately memacam kejadian jadi kat Jepun, aku belikan insurance untuk parent aku & adik aku. AXA Insurance pilih hati lepas dengar recommendation dari kawan aku. Dia selalu amek AXA Insurance ni & dia cakap senang nak claim kalau jadi pape. Kalau berminat dengan AXA Insurance, leh klik sini. Then klik Quote Now - Buy Travel Insurance dan dari situ pandai-pandailah isi. Selepas selesai bayar online, dorang akan hantar segala jenis slip ke email korang. So, print je untuk simpanan, in case jadi pape kat sana kan. Mudah je sekarang. Semua online. Total insurans (aku amek pakej VIP) utk 4 orang dewasa = RM 156 sahaja.
Inilah contoh customer policy yang korang akan dapat bila beli AXA Insurance. Dia akan email kat korang then bolehlah print untuk simpanan.

|09|  MAKANAN
- Jepun ni bukanlah negara orang Islam, dan makanan halal yang ada kat sana pon a bit pricey. So nak mudah & nak jimat, bawak je bekal dari Malaysia. Alhamdulillah lepas je sbb Jepun tak cerewet mcm Australia. Aku bawak makanan-makanan instant dari Brand Brahim's, beras, sotong yeo's, sambal bilis kering, serunding & tak lupa daging dendeng by Faliza Rich Enterprise yang dah macam kimchi kitorang buat. Haha. Boleh contact Faliza di 0174519541 untuk order daging dendeng. Sumpah sedap! Di sebabkan aku nak beli banyak produk Brahim's ni, aku mintak kakak aku belikan di gudang dorang kat Bangi. Jimat banyak! Al-maklumlah pegi berenam. Hakaklah tour guide, hakak jugaklah chef. Haha.
Inilah daging dendeng ala-ala kimchi by Faliza Rich Enterprise.
Tengok pon dah kecur liur.

|10|  DUIT YEN
- Wajib ni. Kalau tak, meraung korang kat sana nanti. Haha. Kadar tukaran masa trip aku tu, dalam RM3.75 = ¥100 . Oh Malaysia ku! Syukur! *rolling eyes* Duit yen ni adik aku tukarkan dekat Midvalley. Rate dia lagi helok ye. Tp korang survey dulu la setiap money changer kat Midvalley tu sbb kekadang dorang bagi rate lain-lain. Beza ¥1 je pon sgt berharga ok? Haha.

Aku terlupa nak amek gambar Yen ni so aku google je & jumpa gambar ni. Keke.
Nak senang kira, andaikan ¥1000 tu sama dengan RM40.

Aku rasa itu je kot persediaan yang aku buat sebelum trip ke Jepun. Bagi aku memang renyah sikit preparation ke Jepun ni tapi bukan selalu pon kan? Layan je. Selain tu aku ada jugak reserved seat utk Dinner kitorang di Yakiniku Halal Panga di Tokyo through Instagram je. Teringin nak makan wagyu beef katanyer. Habes dalam RM1000 jugak la. Sekali sekala. Sekali sekala. Sekali sekala. Fuh~

Notakaki:
Disebabkan terlampau banyak benda nak pikir pasal trip ni, aku terlupa nak bawak adapter 2 pin yang boleh digunapakai di Jepun. My bad. Lepas ni pegi memana mmg kena pikir adapter dulu. Haha. Susah giler woi takde mende alah ni. Nak charge phone, kamera, wifi, laptop semua tak boleh. Mmg susah nak jumpa universal adapter di Jepun. Kalau ada pun semua yang electrical appliances kita takleh pakai. So beringat ye~


Xoxo,

Share:

3 comments:

  1. Japan pon salah satu travelist saya one day ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Sy doakan awak dapat pergi ye nanti. Amin. :)

      Delete