Day 05: Hook Van Holland - Volendam, Netherlands. (PART 2)

Assalamu'alaikum. 

Kita sambung dari post lepas. Boleh klik sini kalau terlepas. Panjang pulak pengalaman hari pertama kami di bumi kincir angin, Netherlands. Masa memula plan nak ke sini, aku tak expect negara Netherlands ni best. Selain dari kincir angin, apa je orang sebut pasal Netherlands ni kan? Tak macam Switzerland, New Zealand yang kita memang expect view cantik. Atau Iceland kita memang expect boleh tengok aurora. Tapi Netherlands ni bagi aku, memang takde high expectation. Sebab tu bila datang sini, rasa macam suasana dia nampak macam humble je, sistem jalan raya yang sistematik, siap sepanjang jalan banyak lembu-lembu ragut rumput. Macam kampung-kampung tapi tak kampung pun. Haaa faham ke? Hahahaha.


VOLENDAM, NETHERLANDS.

Dari Schiphol Airport, kami nak ke rumah sewa yang adik aku dah tempah melalui airBNB di Volendam. Kenapa Volendam? Boleh refer sini  sebab aku malas nak explain banyak kali. Hahaha.


Volendam ni merupakan perkampungan nelayan yang agak terkenal sebagai tourist hotspot di Netherlands. Aku baca few blogs memang ramai suka kawasan ni. Gambar ihsan Google.


Disebabkan Volendam ni jugak merupakan tourist hotspot, jadi kami tak boleh sebarangan parking. Benda ni dah dimaklumkan awal oleh host airBNB kami di Volendam, Chaline sebab walaupun parking di Volendam ni free, tapi sebahagian besar parking di sini dilabelkan sebagai Blue Zone. Maksudnya bermula jam 7 pagi hingga 5 petang (sehingga 9 malam kalau weekend), kita boleh parking situ dalam 1jam 30minit je. Kawasan tourist kan so nak bagi chance untuk orang lain jugak. Macam kes kami, Chaline dah sediakan Blue Card untuk kami letak atas dashboard sekiranya kami park kereta di kawasan Blue Zone tapi itulah, boleh park dalam sejam lebih je. Lepas jam 5 petang, baru boleh park tanpa limit masa sampai jam 7 pagi esoknya. Kalau weekend, lepas jam 9 malam baru boleh park tanpa limit masa. Cara lain, setiap 1jam 30 minit, kami kena tukar masa dekat Blue Card kalau memang nak park dekat Blue Zone. Gigih. Hahaha. Kalau tak, kena park di kawasan yang disediakan tapi agak jauh dari rumah airBNB kami. Chaline memang dah ingatkan ada kawasan tertentu, boleh park selama 30 minit je. Luckily kami di sini bukan hujung minggu so kami takde masalah bab parking dekat Volendam ni. Pagi-pagi dah keluar, balik pulak malam.


Haaa inilah Blue Card yang kena ada kalau nak parking dekat Blue Zone di Volendam. Boleh beli di Action Store berdekatan tapi host airBNB kami, Chaline dah sediakan kad ni. 


Serius aku suka gila rumah kami di Volendam. Complete ada dryer dan washer, dapur comel, cuma nak ke bilik kena guna tangga yang sedikit sempit. Memang untuk manusia berbadan besar macam aku ni, sedikit struggle nak naik. Tapi okay je. Bukan selalu kan. 

Inilah rumah sewa kami di Volendam untuk 4 hari 3 malam. Pintu masuk dekat tepi tu je.


Bilik tidur aku di tingkat satu.

Backyard. Actually Chaline provide basikal untuk kami kalau kami nak jalan-jalan dengan basikal.

Open terrace ditingkat satu sebelah bilik aku. Tapi sebab busy berjalan-jalan dan kekadang hujan, tak sempat nak lepak luar.

Ruang tamu. Menjadi tempat tidur mak aku bila dia malas nak naik tangga. Aku pun tumpang sekaki. Haha.



Ruang tamu sekali tempat makan dan tv kecik tu kami tak pernah buka pun. Tak sempat.

View dari arah pintu masuk.

Actually ni bilik tidur untuk mak dan ayah aku di loteng. Tapi dorang malas nak naik, so jadi tempat tidur adik aku.

View dari tangga ke arah bilik tidur aku di tingkat satu. Tapi kemudian jadi tempat tidur ayah aku sebab dia malas naik atas.

Dapur comel kami. Complete dengan segala jenis perencah. Boleh pakai for free.

Kami tak pernah bukak pun pintu ke arah backyard. Busy masak, makan, pastu keluar jalan-jalan. Hehe.

Tangga sebelah pintu masuk. Haaa itulah tangga sempit aku cakap. Aku pelik jugak sebab aku tengak badan orang sini besar-besar jugak. Macam mana rumah dorang, tangga semua kecik.

Pastu memang bilik tidur semua dekat atas. Dekat bahagian bawah hanyalah dapur, ruang tamu, ruang makan dan laundry room plus powder room. Anyway nampak kan skylight atas tangga ni?

Bilik tidur loteng. Serius comey rumah ni.

Bilik air. Nampak tak alasan lain kenapa aku pilih rumah ni? sebab paip shower sebelah jamban berak je. Hahaha.

View dari katil loteng ke ruang tamu kecil.


Abaikan susunan gambar yang berterabur. Aku malas nak susun. Hehe. Anyway amacam rumah sewa kami di Volendam? Tak mahal pun. Boleh refer harga rumah ni dalam post Persediaan ke Eropah (Part 1) aku di sini. Settle tour rumah, aku cecepat charge phone yang dah kehabisan bateri sebab nak check mesej dari adik aku. Actually masa kami sampai di Schiphol Airport, adik aku pun patut dah sampai Amsterdam dari Jordan tapi bila aku mesej dia, memang single tick ja. Aku dah kira-kira patut ke aku bagitau ayah pasal surprise plan kitorang sebab what if adik aku hilang, mampus mak ayah marah aku. Last dia mesej aku masa dia dah nak depart dari Jordon. Yang buat aku cuak bukan apa tau. Dia patut fly petang 4/6/2019 dari KLIA - Bangkok - Jordan - Amsterdam. So dia patut sampai Amsterdam pagi 5/6/2019. Tapi masa dia dalam bas dari Muar ke KLIA, dia dapat email, flight dari KLIA ke Bangkok, cancelled! Flight dari Bangkok ke Jordon okay takde masalah. Giler apa. Pastu dia dapat email lagi, dia akan fly macam biasa tapi naik Malaysia Airlines untuk ke Bangkok. Tapi transit kejap je. Dia dah cuak takut tak sempat kejar next flight so nampak celaru dekat situ. Dah la delay banyak kali sebab pilot dan cabin crews lambat katanya.  Itu tak masuk masa dekat Indian Ocean, flight Boeing 737 Dreamliner yang adik aku naik tu bergegar habis sebab turbulence sampai few penunpang menjerit katanya dan dia yang tengah makan terus stop makan dan berselimut satu badan sebab ketakutan. Mau aku tak cuak bila cuba contact adik aku tapi tak dapar-dapat. 

Last video dia hantar dekat aku masa dia di Queen Alia International Airport, Amman, Jordan. Sepatutnya dia dah sampai tapi takde khabar berita.

Sementara mak aku prepare untuk lunch kami, aku dan ayah kena angkut beg-beg kami masuk ke dalam rumah. Settle angkut beg, aku check phone lagi, takde mesej dari adik aku. Haish. Mak aku masak asam pedas ikan Salmon untuk lunch kami. Aku ada bawak beras wangi dari Brunei, memang selera kami makan tengahari walaupun adik aku tak sampai-sampai lagi. Haha. 

Haluuuu itiks. Ayah aku paling suka tengok itik-itik ni siap nak bela dekat rumah. Mengamuk mak aku nanti. Hahaha.

Ayah aku park kereta dekat sikit dengan rumah. Senang nak angkut beg. Nampak kan line biru tu? Sekarang ni kami di Blue Zone so boleh parking dalam sejam setengah je. Kalau nak parking lebih lama dari sejam setengah, kena tukar waktu dekat blue card je.


Ikan salmon nak buat asam pedas. Mak aku bawak perencah asam pedas Mak Pon dari Muar.

Sayuran dan bawang cincang yang kami beli di Albert Heijn.

Get ready cik Esah ye. Kitorang angkat barang kejap ye.


Lepas makan, mak aku nak rehat-rehat dulu tapi aku nak keluar jenguk kawasan sekitar (sebenarnya aku nak cuba call adik aku), tapi ayah aku nak ikut. Sebelah rumah kitorang, ada kedai comel jual aiskrim. Ayah aku memang nak rasa sangat susu Netherlands tapi sebab tengah kenyang, makan aiskrim susu pun boleh lah. Satu kon dalam €3. Ramai pulak tu orang beratur.

Nyummeh. Kita makan aiskrim dulu.

Comel tak ayah aku? Hahaha.

Aku yang suruh dia pose camni. Hahaha.

Masa aku ready nak pose, tetiba dua ketoi minah saleh ni berlari arah aku. Nampak tak?

Haaa meh join amek gambar sekali. Hahaha.


Gambar tanpa gangguan satu. Hehe. Belakang tu kedai runcit.

Dataran dekat rumah. Best giler weh tempat ni.


Bila berjalan oversea, semua sudut rasa unik semacam. Hahaha.



Aku cakap dekat ayah, macam syok pulak area ni. Sebelum kitorang jalan lebih jauh, baik ajak mak aku sekali. Rugi kalau tak jalan-jalan harini sebab plan asal nak pergi Giethoorn kononnya tapi penat mengangkut beg-beg dari cruise ke accommodation kami di Volendam ni, so kitorang decide pergi Giethoorn esok. Harini kita jalan-jalan kawasan sekitar Volendam je. Aku suruh mak ayah aku tunggu luar kejap sementara aku check phone untuk tengok mesej dari adik aku. Serius masih single tick. Memang aku decide aku kena bagitau mak ayah jugak yang adik aku sepatutnya nak surprisekan dorang tapi sampai sekarang dia tak dapat dihubungi. At least boleh ke Schiphol Airport untuk tanya status flight adik aku. Masa aku nak keluar kunci rumah sambil fikir ayat apa nak cakap dekat mak ayah aku, tetiba aku dengar mak aku cakap, “Eh! Macam kenal..” Omoooo adik aku dah sampai! Bebetul depan rumah, dan kelihatan mak ayah aku memang muka blur giler. Dorang macam confuse macam mana adik aku tetiba ada depan mata dorang. Surprise plan menjadi! Dengan aku pun ter-surprise sekali. Haha. Tapi yang peliknya, adik aku muncul dengan beg galas dia je. Mana pi beg tarik dia?

Adik aku tengah semangat cerita apa dia alami masa dalam perjalanan ke sini.

Rupanya beg adik aku terkandas di Bangkok. Dah jadi satu kerja pulak untuk tunggu beg dia sampai. Nasib aku dan mak ada belikan baju dan seluar untuk dia di London ritu. Ikutkan plan asal aku nak ambil dia di Amsterdam tapi sebab dia takde line internet so dia tak dapat call aku. Nasib dia biasa travel sengsorang masa study dekat UK dulu. Pandai lah dia mikir cara nak ke sini. Itulah, orang dah suruh ambil simkad Three ni satu, tapi taknak konon dia tak perlukan. Sumpah tak nak buat surprise dah. Terasa nyawa dah dipendekkan. Hahahahaha. Disebabkan adik aku tak makan lagi, so kitorang tunggu dia makan dulu sebelum keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar. 


Dia mula dah beraksi. Hahaha.

My travel-mate is back! Sila expect banyak gambar minah ni dekat sini. Hahaha.


Dekat dataran yang aku dan ayah pergi tadi.


Singgah pasar raya dulu sebab pasaraya sini tutup awal. Nak beli air, buah dan jajan.

Pasaraya Deen. Tapi bagi aku tak meriah sangat. maybe sebab weekday so orang tak ramai.

Macam cold storage.


Biskut Sultana sama macam dekat Malaysia. Packaging je lain.

Cik Esah dan mungeee berpisah tiada.

My daddy. Masuk Amsterdam aku dapat rasakan ayah aku dah start minat nak bergambar. Aura sini lain macam. Haha.

Stress aku gambar goyang. Serius tak pandai pakai Gopro ni.

Kedai bunga dalam pasaraya

Tak beli pun. Bergambar je. Cantik kan daisy ni? Besar giler.


Dah beli barang, patah balik ke rumah untuk simpan sebelum kami sambung berjalan. Telur benda wajib beli tapi tadi masa dekat Albert Heijn Airport takut pecah so kitorang tak beli la. Serius syok shopping dekat pasaraya oversea. Memacam ada. Antara boleh makan atau tak je. Hehe.

Memang banyak tempat parking basikal dekat sini.

Haaa pulun bergambar dengan basikal semua. Haha.

Serius weh best sangat dekat sini. Entah berapa kali aku ulang. Haha.

Mak aku laju dah ke depan. Macam dia tau jalan. Haha.

Perumahan sini macam biskut. Simple dan feature dia yang sangat unik.

Cantik je bunga-bunga ditanam diluar rumah. Segar bugar.
Aku suka layout rumah belakang ni. Mengadap laut dari dapur ke living room. Bilik semua dekat atas. Macam mana aku tau? Ngendap la noks. Hehe.

Ayah aku bergambar bersama mini cooper.


Kitorang tengah cari waterfront sebenarnya. Tapi dalam masa sama boleh tengok-tengok rumah dekat sini. Selalu nampak dalam TV je. Haha.

Rumah yang warna gelap tu, setahu aku dorang panggil Dutch farm house. Tapi tak nampak pulak farm dekat sebelah tu.


Occupational disease. Haha.

Cantik pulak gambar ni.


Lagi cantik bila buat black and white.Aku lupa letak watermark. Sape ambil, dosa. Hahaha.

Cik Esah pantang nampak bunga mesti nak bergambar.


Cute kan rumah sini? Kecik je front yard dia.

Bila suruh ayah ambilkan. Hahaha.

Serius tak expect sesunyi ini kawasan dia. I loike~

Macam biskut kan rumah-rumah dekat sini?

Peace yaw~ I'm in love with Volendam. Hehe.

Tengok tingkat dekat atas sekali, itulah loteng. Memang rumah sini semua kot ada loteng.

Jom jalan ke depan lagi. Rumah depan tu nampak macam apartment bertingkat.

Stop lagi untuk ambil gambar. Hahaha. 

Rumah belakang aku tu macam rumah jenis duplex.

Cik Esah cakap sejuknyaaaaa. Haaa sepatutnya kami parking belakang cik Esah tu lah. Baru FREE 24jam takde limit masa. Tapi jauh giler.

Pelik mana pergi manusia. Even dalam rumah pun tengok tv terpasang tapi sunyi je.

Waterfront tak jumpa lagi tapi memang kagum tengok rumah dekat sini. Dorang tak tutup langsir so boleh nampak layout rumah dari luar. Rasanya rumah dekat sini memang banyak rumah sewa AirBNB.  Tak terasa penat pun sebab dapat tengok suasana yang agak asing bagi kami. Nak kata jakun pun ye. Hehe.


Nak sewa bot pun boleh.

Pakcik nelayan di Volendam.

Geng raya London. Hehe.

Bot-bot nelayan di Volendam.

My forever travelmates 

Macam dah penat berjalan. Jom balik.

Kedai sini tutup masa weekday aku rasa. Banyak kedai memang tak bukak masa kitorang lalu.

Wah ada swan lah. Besar giler.

Netherlands memang terkenal dengan terusan dan longkang sebab negara dia sebenarnya dibawah paras laut.

Swan ni macam jinak.Tapi adik aku takut-takut nak bergambar. Buatnya tetiba dia patuk. Haha.

Nah aku belanja video kami di Volendam. Sikit je sebab aku tak save banyak video dari Gopro. Video pertama dan kedua masa kami di dataran dan video ketiga masa kitorang baru keluar rumah nak berjalan. 





Serius best giler Volendam ni. Mak ayah aku pun suka stay dekat sini. Plan asal tu kemain jugak kan sebab ingat sampai awal dekat Hook Van Holland, bolehlah jalan-jalan jauh sikit plus kitorang ada one day unlimited pass untuk naik public transport dekat seluruh  Netherlands. Tapi tolak tambah urusan kereta sewa, perjalanan dari Hook Van Holland lagi, penat angkut beg lagi, terus aku cancel semua itinerary hari ni dan decide untuk jalan-jalan sekitar Volendam je. Kitorang plan kalau ada masa esok lusa, nak berjalan lagi di kawasan sekitar.  Esok kitorang nak ke kawasan kincir angir yang terkenal di Zaanse Schans dan perkampungan air di Giethoorn. Tazabarrrrrrrr!


Sekian.


Notakaki:

Penting untuk korang study pasal parking di setiap negara korang nak pergi sebab ada yang kena bayar dan ada yang free. Aku takdelah study sangat pasal parking. Gamble je tapi so far takdelah mahal giler parking dekat sini. Rate dalam €3-€5 sejam .Pasal adik aku pulak, rupanya beg tarik dia stuck dekat Bangkok. Boleh tak? Teruk tol servis Royal Jordan. Nasib aku ada belikan baju dan seluar dekat London untuk adik aku. Buat naya je tapi insyaaAllah boleh claim insurans sebab kelewatan bagasi.

Xoxo,







Share: