Day 00: Persediaan ke Beijing-Shanghai, China.

Assalamu'alaikum. 

Adoi. Semput nak siapkan travelogue aku ke Jepun, dah kena prepare things untuk ke Beijing-Shanghai, China. Alhamdulillah rezeki nak berjalan lagi. Kalau tahun lepas aku merasa musim Autumn dan Winter, kali ni aku nak merasa musim Spring pulak! Woot woot! Trip ke China ni takde dalam plan aku pon sebab kalau boleh aku memang tak nak ke China. Dengar cerita China ni kotor, merbahaya, banyak scammer dan macam-macam lagi yang tak best aku dengar. Dah tu kenapa kau nak pergi jugak Helda? Ada kisahnya. Hahaha. Satu hari, aku dapat tau, mak ayah dan adik tercantik aku dah beli tiket flight ke Shanghai dan dorang tak bagitau pon kat aku! Emosi halilintar la terus. Lepas beli tiket baru ajak aku ok! Sampai hati! Kita ni nak gi memana, punyalah ingat kat dorang. Sob..sob.. Berbulan jugak aku 'bawak diri' tak nak cakap dengan dorang. Silent treatment katanyer. Hahahaha! Tapi bila hati aku dah cool, aku decided, tak kirak! Nak ikut jugak dorang ke Shanghai tapi aku nak ke Beijing jugak. Rugilah bayar visa mahal-mahal, pergi Shanghai je kan? Dan sebenarnya aku nak tunjuk aku rebel kat parents aku sebab aku tau dorang akan cuak giler kalau lepaskan aku ke Beijing tapi dorang tak ikut. Keji tak aku? Hahahahahaha! Dan specialnya trip aku kali ni, aku akan pergi seorang diri ke Beijing dari 10/04/2017 sehingga 13/04/2017. Then aku akan jumpa parents dan adik tercantik aku di Shanghai pada 14/04/2017 dan fly back to Malaysia pada 18/04/2017. Yahooo! Akhirnya my solo journey begins~

Dah pegi sorang-sorang ni untuk pertama kali pulak tu, emangnya preparation extra detail dong. Berikut adalah preparation aku untuk ke sana:

|01|  TIKET FLIGHT

Disebabkan aku akan ke Beijing seorang diri dan kemudian akan ke Shanghai, aku decided untuk beli tiket one way sahaja. Jadi:

  • KLIA - Beijing by Malaysia Airlines. Harga sehala dalam RM203. Murahnya! Ada story pasal ni. Hahaha.
  • Shanghai - KLIA2 by Air Asia. Harga sehala dalam RM460 tak termasuk luggage dan meal ok. Cam harem je harga tapi sebab mak ayah aku naik AA dari Shanghai, so terpaksa jugak beli ticket flight yang sama. Seminggu sebelum pergi, aku add-on luggage 30kg sebab aku memang dah suspect mak aku akan shopping tak hengat dunia (masa adik aku tanya dorang, nak add luggage tak, mak aku cakap tak payah. Naseb aku tak caye kat 'tak payah' mak aku tu. Hahaha.) So harga add-on luggage dalam RM220.
Dan dari Beijing ke Shanghai, aku akan naik Bullet Train tapi sebab aku tak percaya untuk book online, aku decide untuk beli on the spot. Harga tiket bullet train ni dalam RM356. Mahai giler kan?So, total aku spent untuk tiket flight adalah dalam RM883 + RM356 untuk harga bullet train. Boleh lah sebab beli tiket flight sehala kan. Kalau beli tiket return ke Beijing atau Shanghai, harga untuk tiket promo lebih kurang jugak.

|02|  CHINESE VISA 

Yes, kena apply visa untuk masuk China. *rolling eyes* Disebabkan aku bekerja di Brunei, so aku apply Chinese visa di China Embassy Brunei. Harga untuk Single Entry Visa adalah dalam BND55. Kalau convert ke Ringgit dalam RM173.25. Haish. Stress terok sebelum pegi. Hahaha. Adik aku buat visa di China Embassy Malaysia dalam RM90 je. *nanges tepi bucu katil* Visa ni akan siap dalam 3-4 hari je. Paling lama mungkin seminggu.

Untuk apply visa ni, boleh upah agent atau buat je sendiri. Aku memang buat sendiri sebab aku takut kena tipu kalau suruh agent buatkan. Haha. Lagipon, rasa puas bila semua benda kita settle sendiri. Dan untuk buat visa ni, kena sediakan:

  • Original passport
  • Gambar passport background putih. Dorang nak sekeping je.
  • Isi visa form. Boleh print dari website China Embassy. Sila google sendiri. Haha.
  • Photocopy passport dan untuk kes aku yang Malaysian tapi apply Chinese visa di Brunei, aku kena provide photocopy of my employment pass.
  • Bukti booking of accommodation di Beijing dan Shanghai
  • Bukti flight ticket dari KL-Beijing & Shanghai-KL (tiket flight je. Tiket bas ke train ke tak payah gatal-gatal nak attach sekali.)
Yeay! Chinese Visa dah siap! Jenis visa L dan aku ambil single entry je. Tak koser nak masuk China banyak-banyak kali. Haha.

|03|  ACCOMMODATION 

Penginapan aku di Beijing dan Shanghai agak complicated. Semua ni berpunca dari pengalaman traveler lain yang dah ke sana. Haha.  Berpandukan kepada travelog yang aku dah baca & pengalaman kawan-kawan aku yang dah ke sana, 99.98% cakap tandas awam dan tandas di dalam train di China sangat menjijikkan. Aaa..kembang pulak tekak aku. Oleh kerana itu, aku memang TAK NAK naik sleeper train dari Beijing ke Shanghai. 12 jam tak guna toilet sebab nak elak daripada ternampak bendasing terapung-apung di mangkuk tandas, boleh biol weh! Semata-mata nak jimat duit untuk penginapan 1 malam, serius aku tak sanggup. So, aku decided:

  1. 3 malam (10/4/2017-13/4/2017) di Beijing 161 Beihai Courtyard Hotel via booking.com. Aku booked standard room sebab aku rasa awkward nak tido dengan strangers kalau aku book dorm sebab ini first time aku nak travel solo. Lagipon travel solo doesn't mean you need to travel secara bajet kan? Haha. Harga untuk 3 malam dalam RM420.
  2. 1 malam (13/4/2017-14/4/2017) di Shanghai Chi Chen Boutique Hotel via booking.com. Aku booked katil di Female Dorm sebab aku assume hari ke 4 aku travel solo, hati dah kental sikit dan tak jakun. Keke. Lagi pon sehari je so pasrah lah. Harga untuk 1 malam dalam RM50.
  3. 4 malam (14/5/2017-18/4/2017) di 410 Hai Fang Road, Shanghai via AirBNB. Adik aku booked 1 unit apartment 2 bilik. Harga 4 malam dalam RM1263. Kira sorang jatuh dalam RM316. Murah dari accommodation aku di Beijing kan? Sebenarnya kitorang agak stress cari accommodation di Beijing sebab adik aku dah tersalah book accom di Pudong area. Jauh giler kot dari bandar. So last minute request dekat AirBNB untuk cancel booking, dan nasib tuan rumah OK untuk bagi full refund. Cuma tolak duit proses untuk AirBNB je. Dah last minute, accom memang mahal giler. Cari punya cari, jumpalah apartment best dekat Hai Fang Road. Changping Road Station (Line 7) adalah station train yang terdekat dan Line 7 agak well-connected dengan line train yang lain.

So total aku spent untuk accommodation = RM786 untuk 8 malam.

|04|  FOODS a.k.a MAKANAN

Agak mudah untuk mencari makanan halal di Beijing & Shanghai tapi aku still bawak maggi, air kotak milo, daging dendeng, serunding, roti etc sebab takut emergency kebuluran atau tak jumpa kedai tu. Jalan sorang-sorang ni kekadang buat perut kita takde mood nak makan kat kedai. Tak lupa jugak Nasi Lemak & Nasi Goreng Kampung dari Brahims sebab aku tau my parent won't bother pasal makanan ni. Itu pon ada hati nak tinggalkan aku kan? Hahaha. Takde bajet untuk makanan sebab bagi aku, nak makan, makan je. Jangan disekat-sekat sebab itu dikira rezeki.

Antara bekalan yang aku bawak. Banyak kan? Haha.

|05|  CLOTHING a.k.a BAJU

Oleh kerana aku ke Beijing dan Shanghai masa Spring, so aku bawak baju yang biasa aku pakai dekat Malaysia. Tak nipis, tak tebal. Cardigan dan sweater pon aku bawak sebab Spring di Beijing agak breezy dan bila malam agak sejuk mengigil manakala Spring di Shanghai agak panas. Tudung pulak aku bawak instant shawl je. Senang nak sarung. Haha.

|06|  ITINERARY

Untuk itinerary, aku memang study giler detail. Aku berani bet, kalau aku study cenggini masa SPM, maybe sekarang aku seorang doktor. Hahaha. Cuak weh pegi sorang kat Beijing pulak tu. 89.97% penduduk dia tak boleh berbahasa Inggeris. Nak buat itinerary ni, aku advise dapatkan nama tempat yang wajar dilawati daripada travelogue lain then study dan google tempat tu sendiri untuk dapatkan latest update. Travel China Guide banyak membantu aku dalam menyusun itinerary aku. Lepas tu print itinerary dan semua info yang ada as a backup plan andai kata tak dapat wifi atau bateri phone tetiba mati.

|07|  INSTALL VPN & RELATED APPS

Ini sangat-sangat penting kalau travel ke China sebab kerajaan China dah block semua applikasi yang berkaitan Google dan social media like Facebook & Instagram. Dengan VPN, kita dapat access kesemua apps yang dorang dah block tapi kena ada Internet/Wifi connection baru boleh on VPN ni.. Selain tu, aku install siap-siap Beijing dan Shanghai Metro Maps. Tak lupa jugak untuk install Offline Chinese Translator sebab Google Play pon di block kat China.

Aplikasi VPN
Translator dan train route untuk Beijing dan Shanghai

|08|  MEDICINE a.k.a UBAT-UBATAN 

Tetambah aku travel solo, memang aku agak particular bab-bab ubat. Segala jenis ubat aku bawak. Ubat demam, ubat muntah, pain killer, ubat pening, ubat sakit gigi, ubat sakit perut, minyak gamat, minyak panas, semua aku bawak. Tapi China ni terkenal dengan kehebatan pembuatan ubat so takdelah risau sangat. Ada story pasal ubat ni. Refer entry aku kat Shanghai nanti ye.

|09|  ADAPTER

Adapter di China sama macam di Jepun. Oleh kerana aku tak suka pakai universal adapter, aku cari adapter yang boleh digunapakai di China. Bukan apa, memanglah universal adapter ni boleh digunapakai di mana-mana je tapi ada possibility nak rosak sebab canggih sangat. Aku dah kena ok masa pegi Perth.

Bentuk plug socket di China. So pepandailah cari adapter yang bersesuaian ye. Gambar ihsan Internet.


|10|  YUAN / RMB

Jangan lupa untuk tukar duit ke Yuan ye. Boleh meraung kalau terlupa ni. Haha. Aku tukar duit Yuan di Brunei sebab malas nak tukar kat Malaysia sebab tak nak kelam kabut. Aku tukar BND1000 dalam RM3000 sebab hotel dan tiket bullet train bayar masa di China nanti.

Duit Yuan atau singkatan dia CNY dan RMB.

|11|  TRAVEL INSURANCE

Wajib ada travel insurance kalau travel ke luar negara ni sebab malang tu takde bau. Untuk travel insurance, aku ambil dengan AXA Insurance dan jumlah yang perlu dibayar adalah RM39 seorang. Untuk parent aku pun sama seorang RM39 walaupun untuk 5 hari je. Seeloknya travel insurance ni diambil awal at least dalam 2 minggu sebelum tarikh nak travel tu sebab kalau tetiba korang cancel the trip, korang boleh claim insurance tau untuk kos-kos yang dah dikeluarkan. So total insurans untuk aku dan my parent adalah sebanyak RM117. Anyway, di ruangan carian Google, taip 'AXA Travel Insurance' then dia akan keluar banyak-banyak senarai tapi klik dekat 'Overseas Travel Protection Malaysia|AXA Malaysia then klik dekat icon 'Menu' then klik 'Quote Now' dan pilih 'Buy Travel Insurance'. Kemudian isi je ruangan yang disediakan and it's done!

|12|  SPORT  SHOES!

Hahaha. Harus letak dalam persediaan ke China ni sebab aku dah trauma pakai boot murah masa ke Jepun tahun lepas. Aku tengok dalam post 'Backpackers Buddies Malaysia' di FB, ramai suggest pakai sport shoes brand Skechers dan khas untuk trip ke China ni, aku gigih turun Miri nak cari sport shoes Skechers. Sekali ada sale 50% so dapatla sambar 1 pasang dengan harga RM150. I'm blessed!


Haa..amacam preparation aku? Memang aku agak confident untuk jejakkan kaki ke Beijing sebab aku rasa memang aku dah study betul-betul dan preparation aku agak mantop. Hahaha. Dos and Donts sepanjang berada di China memang aku khatam ok. Haha. Last but not least, tawakal. InsyaaAllah itu preparation terbaik. Wish me luck guys~


Sekian.

Notakaki:
Sebelum ke China atau ke mana-mana saja, aku strongly advise untuk scan segala dokumen peribadi dan email dekat diri sendiri just in case you lost your phone or any other personal belongings like your purse/wallet and your bag. Jangan lupa jugak untuk simpan alamat Malaysia Embassy dalam email korang ok?


Edited: Aku baru tau ada satu website yang menjual simcard yang boleh digunapakai di China & in fact untuk seluruh negara pun ada! So boleh layari http://hello1010.my kalau korang nak beli simcard China & dorang boleh pos ke rumah korang di Malaysia! So sampai China ja boleh terus activate simcard tu. Tak payah gelabah-gelabah nak cari simcard. Hopefully info ni membantu!


Xoxo,

Share:

14 comments:

  1. Hi dear. Saya bakal pergi ke Beijiny solo jugak dlm bulan 4 2018 ni.info2 kt atas ni sgt helpful. Nak tanya, kad prepaid Hp perlu beli tak, kalau ye, boleh suggest x sim card mana yg sesuai? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorryyyy. Baru perasan your comment. Perlu beli tapi sy tak pasti yg mana sesuai. Better sewa wifi dkt KLIA/KLIA2 je.

      Delete
    2. Anonymous12.10.23

      Maaf tanya. Nk sewa wifi tu mcmmna ye. Dan website utk beli simkad tu jenis simkad mana ye

      Delete
    3. Hi. Boleh check https://hello1010.my/ semua sim card untuk kegunaan seluruh negara ada.

      Delete
  2. Anonymous13.7.18

    Nak tanya mana website yang kak beli train dari Beijing ke Shanghai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar. Sorry, baru perasan ada komen. Untuk train dari Beijing ke Shanghai, saya beli direct dekat kaunter. Sampai je Beijing, terus ke Beijing South Station untuk beli tiket tu. Dan untuk foreigner, ada kaunter khas dekat bahagian hujung. Jgn beratur sekali dgn pakcik makcik chinese tu ye.

      Delete
  3. Nicee tips! Thank you for sharing~

    ReplyDelete
  4. Thank your for your nice sharing.. Saya pun akan travel secara solo.. Selamat kan pergi sorang2.. Dengar cerita ada scammer.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah selamat. Scammer ada tp selalunya dia approach bila kita nmpk blur or tny jalan. Kalau nk tny jalan, better tny dgn polis yg mmg ada dkt setiap train station. Selamat bertravel!

      Delete
  5. Puan, nak tanya tentang mknan2 yg dibawa. Kena declare dak. Kastam pudong airport check dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik lah. Hahaha. Masa kitorang gi tu, takde pun dia check makanan atau kena declare.

      Delete
  6. Hello Supplies that must be brought when vacation abroad is very important as long as it is prepared. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. impi.com

    ReplyDelete
  7. HAI HELLO saya ada merancang nak pergi ke shanghai thn.hadapan dlm.bln Jun.Mahu tanya apa transport yang digunakan dari airport ke hotel tempat kita menginap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Boleh naik train ke tempat kita nak menginap tu. Try download apps 'Explore Shanghai' macam saya tunjuk dalam post di atas. Really helpful.

      Delete